Rabu, 2 Mac 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


MESTI TONTON

Posted: 01 Mar 2011 10:35 PM PST

KOMEN AHMAD MASLAN MENGENAI BLOGGERS

Posted: 01 Mar 2011 10:33 PM PST

AHMAD MASLAN MEMPERKENALKAN CALON BN DUN KERDAU

Posted: 01 Mar 2011 10:32 PM PST

Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun

Posted: 01 Mar 2011 10:25 PM PST

Felda timbang bayar ses tanam semula di 28 rancangan

Posted: 01 Mar 2011 10:21 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Panglima Perang Cyber: Gempar : Jom Tengok Video Anwar Mengamuk Di Merlim...

Posted: 01 Mar 2011 05:37 PM PST

Panglima Perang Cyber: Gempar : Jom Tengok Video Anwar Mengamuk Di Merlim...: " Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah "

Put your stuff here

PRK MERLIMAU: GEMPAR!!! CALON PAS LESAPKAN RM 100 RIBU!!!

Posted: 01 Mar 2011 05:29 PM PST

Wednesday, March 2, 2011

PRK MERLIMAU: GEMPAR!!! CALON PAS LESAPKAN RM 100 RIBU!!!


Gempar!!!  Andai calon BN Kerdau dibantu oleh bapa saudaranya berkempen, calon PAS Merlimau juga dibantu oleh bapa saudaranya.

Bapa saudara Yuhaizad mendesak agar calon PAS itu menarik diri dalam masa 24 jam dari bertanding sebagai wakil rakyat berikutan telah melesapkan wang berjumlah RM 100 ribu milik bapa saudaranya!!!  Perkara ini pernah diajukan kepada PAS Melaka sebelum ini bertujuan untuk memujuk Yuhaizad mengembalikan wang tersebut.  Namun tiada sebarang tindakan dari peramPAS.

Dasar penyamun berketayap!  Mmg sial calon PAS ini.  Duit pak sedara pun dia sapu, duit rakyat lagi la.
  

CORET-CORET PRK MERLIMAU

Posted: 01 Mar 2011 05:17 PM PST

APA KEPERLUAN BAWA ANAK-ANAK KE SINI?

BUKAN SAHAJA CALON BENDERA PUN NAK TANDING?

TINGGAL BERAPA HARI LAGI?
PILIHAN YANG HARMONI

Polis luluskan 11 permit ceramah kepada BN di Merlimau

Posted: 01 Mar 2011 05:07 PM PST



JASIN: Polis meluluskan 11 permit ceramah kepada Barisan Nasional (BN) sejak kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, bermula Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Dzaamoddin Saleh berkata, pada hari ini polis menerima empat lagi permohonan permit ceramah, juga daripada BN, yang sedang dalam proses untuk diluluskan. "Bagaimanapun, kami tidak menerima sebarang permohonan permit daripada parti PAS sehingga kini," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal (Martek) Polis raja Malaysia di Merlimau, di sini hari ini.


Katanya, keadaan keselamatan di kawasan Merlimau masih terkawal dan tiada sebarang kejadian buruk dilaporkan selepas dua hari kempen pilihan raya bermula.


Dzaamoddin berkata, polis menerima tiga laporan berkaitan kempen iaitu satu kes kain rentang hilang dan dikoyakkan megikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, satu kes fitnah mengikut Sekyen 500 Kanun Keseksaan dan satu lagi kesalahan mengikut Sekyen 27 Akta Polis 1967 iaitu mengadakan ceramah tanpa permit.

"Kesemua laporan ini masih dalam siasatan polis," katanya.

Calon BN Roslan Ahmad, 44, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, dalam pilihan raya kecil itu pada Ahad ini, yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.-Bernama /td>

AWAS : Pas tubuh skuad berkamera

Posted: 01 Mar 2011 04:38 PM PST


Pas tubuh skuad berkamera
JASIN: Pas menubuhkan skuad berkamera bagi merakamkan gambar kononnya jentera Barisan Nasional (BN) didakwa memberi rasuah kepada pengundi ketika berkempen meraih undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad ini.

Selain itu, skuad yang akan memulakan tugas mereka hari ini (esok), ditubuhkan bagi mencari bukti bahawa BN mengugut pengundi supaya tidak mengundi Pas bagi mengelak peruntukan untuk memajukan kawasan itu ditarik balik.


Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Abdul Halim Abd Rahman berkata, petugas bagi skuad itu akan menyamar dan mengekori jentera parti lawan.

BN kini diterima kembali majoroti pengundi - Ahmad Zahid

Posted: 01 Mar 2011 04:29 PM PST


BN kini diterima kembali majoroti pengundi - Ahmad Zahid

JASIN - Barisan Nasional (BN) kini diterima kembali oleh majoriti pengundi berbanding sokongan kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas kerana dasar-dasar BN yang kini lebih jelas difahami dan telus, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata suasana dahulu sewaktu pilihan raya umum lepas melihatkan sokongan kepada parti pembangkang kerana dakyah palsu dan manipulasi politik yang dilakukan tetapi suasana itu berubah kepada sokongan kepada BN sejak akhir-akhir ini.

"Saya melihat situasi menyokong kepada parti pemerintah Insya-Allah akan berterusan kerana pengundi berbalik kepada kebenaran (pada hari ini) berbanding hamburan kata-kata dan janji manis pembangkang yang telah tidak ditunaikan atau janji palsu mereka," katanya.

Beliau ditemui pemberita setelah selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau di Dewan Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama-sama pemimpin komponen BN lain termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden MIC Datuk G.Palanivel mengiringi calon BN, Roslan Ahmad ke pusat penamaan tersebut.

Jangan mimpi rampas Merlimau

Posted: 01 Mar 2011 04:28 PM PST




MERLIMAU - Pas dinasihatkan agar membuang impian untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kerana kawasan itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi.

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pas tidak usah bermimpi untuk menawan merampas kerusi Merlimau kerana parti itu tidak mempunyai jasa besar di negeri ini tetapi hanya tahu melemparkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri.

"BN buat kerja siang malam, ekonomi Melaka baik, keselamatan pun bagus dan sosial lebih bagus daripada Pas tadbir di Kelantan. Tak akan orang tak kenal jasa kita, Pas datang sini kata kita mati masuk neraka, tak akan orang Melaka nak dengar cakap Pas yang fitnah macam ini?

"Pas ini saya ingat dia mimpi, dia tak tahu apa yang dia cakap, seperti buat lapangan terbang, kapal terbang Boeing 737 dah turun tapi dia kata tak ada sama juga. Orang Melaka tahu, tak akan orang Melaka akan percaya cakap bohong macam itu," katanya ketika ditemui Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau di Sekolah Menengah Dang Anum, di sini semalam.

Mohd Ali yang juga Pengerusi UMNO Melaka berkata, Melaka sebagai sebuah negeri maju yang telah diiktiraf namun dinafikan pembangkang terutama Pas tetapi kini mereka mahu meraih undi daripada rakyat negeri itu pula.

"Kita maju tapi Pas kata tak maju, tapi nak dapatkan undi. Apa jasa Pas? Hanya pandai mengata kita, saya fikir orang tak bagi undi banyak dan jangan harap nak dapat undi percuma," katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu, seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu diraikan di mana 29 pelajar adalah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum.

HANDAU JE.....KATA ORANG MELAKA...

Posted: 01 Mar 2011 04:20 PM PST

CALON PAS PRK MERLIMAU BOIKOT DIRI SENDIRI


PAS AKAN KALAH DI MERLIMAU...
CONFIRM KALAH!!!!
NAK UNDI DIRI SENDIRI PUN TAK MAMPU..
LEPAS TU NAK HARAPKAN 
UNDI ORANG LAIN....
HANDAU JER....
HAHAHAHAHAH!!!!!!

JPX

Bukan masa Merlimau berubah angin

Posted: 01 Mar 2011 04:15 PM PST


Bukan masa Merlimau berubah angin


2011/03/02
KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya, Siti Aishah Usof memeriksa peti undi yang siap diisi dengan peralatan mengundi menjelang pilihan raya kecil DUN Merlimau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, Menara Persekutuan, Ayer Keroh, semalam.
KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya, Siti Aishah Usof memeriksa peti undi yang siap diisi dengan peralatan mengundi menjelang pilihan raya kecil DUN Merlimau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, Menara Persekutuan, Ayer Keroh, semalam.
MERLIMAU: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, bukan masanya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau untuk berubah angin dengan memberikan sokongan kepada pembangkang yang nyata gagal membuktikan mereka boleh menjadi pemimpin baik untuk masa depan rakyat.

Sebaliknya, Shaziman menasihatkan pengundi supaya memilih calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini, selain memastikan BN kekal menerajui negeri dan negara buat selamanya.
"Bukan masanya rakyat untuk `berubah angin' kerana suasana dinikmati sekarang tidak akan sama dengan apa yang akan berlaku sekiranya kepimpinan negara diambil alih oleh orang lain.
"Betapa nikmatnya hidup di Malaysia dengan pemimpinnya sentiasa mengambil berat soal hidup mati rakyat dan kita wajar berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang banyak melakukan perubahan melalui program transformasi.

"Cara berterima kasih dan mengenang jasa pemimpin ulung itu dengan memilih Roslan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, 6 Mac ini," katanya pada majlis bertemu pengundi di kawasan Peti Undi Pengkalan Samak, di Kampung Kilang Berapi, di sini, malam kelmarin.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Shaziman berkata pembangunan dikecapi Melaka ketika ini jauh berbeza dengan negeri di bawah pakatan pembangkang, bukan saja dari segi kemajuan ekonomi, malah kemudahan infrastruktur.

"Tidak guna kita menyokong mereka yang gagal membangunkan negeri seperti Kelantan. Justeru, pengundi jangan fikir langsung untuk mengundi PAS pada pilihan raya kecil ini kerana negeri yang mereka perintah pun gagal dibangunkan," katanya.
Sehubungan itu, katanya pengundi wajar menolak pembangkang dan memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan pembangunan Melaka.

Yuhaizad belum temui pengundi India

Posted: 01 Mar 2011 04:14 PM PST


Yuhaizad belum temui pengundi India


2011/03/02
MERLIMAU: Calon PAS, Yuhaizad Abdullah berkata, beliau sudah bertemu hampir 60 peratus pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau setakat empat hari berkempen, semalam.

Beliau berkata, hanya kawasan Jasin Lalang majoriti pengundinya kaum India yang belum dilawati.
"Keyakinan saya untuk memenangi pilihan raya ini amat tinggi berdasarkan maklum balas yang diterima daripada penduduk tempatan," katanya di Merlimau Baru di sini, semalam.
Yuhaizad memulakan kempennya semalam dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid Merlimau Pasir sebelum mengunjungi peniaga dan penduduk di bandar Merlimau.

Katanya, walaupun sibuk berkempen, beliau tetap cuba meluangkan masa bersama keluarga dan sentiasa menceritakan mengenai aktiviti kempen kepada isterinya.
"Saya tidur kira-kira jam 2 pagi dan bangun semula pada jam 5.30 pagi bagi memulakan tugas berkempen, " katanya.

Jentera BN usaha jejak pengundi luar kawasan

Posted: 01 Mar 2011 04:12 PM PST


Jentera BN usaha jejak pengundi luar kawasan
Oleh Rasid Rahaman, Amirullah Andi Nur, Nazura Ngah, Badrul Hizar Ab Jabar, Nurhasyima Hasim, Zanariah Abd Mutalib, Shukor Kasim, Amir Mamat, Saadiah Ismail, Hatim Abd Manan, Jaafar Neemat dan Razman Mohamad
bhnews@bharian.com.my
2011/03/02
 Gerakan kempen tumpu golongan atas pagar: Mohd Ali

MERLIMAU: Jentera Barisan Nasional (BN) sudah menemui 80 peratus pengundi selepas kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau masuk hari keempat semalam, kata Pengarah Pilihan Raya DUN Merlimau BN, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Katanya, daripada jumlah itu, 20 peratus membabitkan pengundi atas pagar yang perlu diberi perhatian bagi memastikan mereka mengundi calon BN, Roslan Ahmad pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.
Beliau berkata, biasanya golongan itu menyebelahi BN, tetapi mereka sering membuat keputusan pada saat akhir kerana ingin menilai terlebih dulu cara jentera parti menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam kempen mereka.

"Bila kita tanya (mengenai sokongan mereka), mereka kata ada empat hari lagi. Kalau kita boleh jawab dengan baik termasuk menyertakan data berkaitan, mungkin akhirnya mereka akan sokong kita.

"Oleh itu, perhatian perlu terus diberikan kepada mereka bagi memastikan mere-ka menyebelahi BN," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan jawatankuasa jentera Pemuda dan Puteri UMNO DUN Merlimau di Pusat Operasi BN di sini, semalam.

Mengulas mengenai pengundi yang masih gagal ditemui, Mohd Ali berkata pihaknya sedang berusaha mengesan dan menghubungi pengundi terbabit yang dipercayai menetap di luar kawasan DUN Merlimau.
"Kita masih belum jumpa kira-kira 20 peratus pengundi yang tinggal di luar DUN Merlimau. Alamatnya ada tetapi orangnya tidak diketahui lokasinya. Jadi, kita kena tanya lebih ramai orang bagi mengesan mereka termasuk mendapatkan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan rakan mereka," katanya.

Ditanya mengenai perjumpaannya dengan jawatankuasa jentera Pemuda dan Puteri UMNO, katanya, pertemuan itu bertujuan mem-perkemaskan lagi strategi kempen kedua-dua jentera supaya lebih mantap.

"Kita berjumpa untuk berbincang masalah dan isu berbangkit selain mengemas kini laporan kempen secara terperinci. Kita juga sudah membahagikan mereka yang terdiri daripada 1,110 jentera Puteri dan 1,142 jentera Pemuda mengikut zon dan peti undi.

"Setiap seorang akan menjaga 10 pengundi. Melalui cara ini mereka dapat mengenali pengundi dengan lebih dekat dan mendalam," katanya.
Kita harap mereka turut bergerak dan mengambil kira pengundi Cina dan India," katanya.

Beliau turut mengingatkan jentera BN supaya tidak leka dan mesti menemui pengundi sekerap mungkin termasuk sehingga hari mengundi dengan membantu mereka ke lokasi pengundian masing-masing.

SPRM panggil Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka

Posted: 01 Mar 2011 04:10 PM PST


SPRM panggil Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/03/02
Beri keterangan dakwaan penyelewengan bina kompleks MAIM

MERLIMAU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin, bagi memberi keterangan berhubung dakwaannya mengenai penyelewengan pembinaan kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Selain memberi keterangan, beliau turut mengemukakan bukti bagi menyokong laporan yang dibuat beliau Rabu lalu termasuk penggunaan wang zakat negeri itu berjumlah RM13.85 juta bagi pembinaan kompleks berkenaan.
Adly berkata, beliau juga menyerahkan bukti berhubung penyerahan hak milik tanah di lot PT 83 daripada MAIM kepada kontraktor dilantik walaupun tempoh perjanjian sudah tamat dan penjualan Lot 105 dan 106 kepada pihak ketiga oleh kontraktor terbabit.

"Saya turut persoalkan mengapa MAIM tidak mengambil tindakan kepada kontraktor selepas gagal melaksanakan projek berkenaan, " katanya pada sidang media di sini, semalam.

Adly sebelum ini mendakwa kontraktor dilantik gagal membina kompleks MAIM dalam tempoh ditetapkan menyebabkan majlis itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks berkenaan yang berjumlah RM13.85 juta menggunakan peruntukan wang zakat.

Sementara itu, PAS menafikan terbabit dalam pemasangan sepanduk yang tertera 'Undi PAS masuk syurga' pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, berkata pihaknya menemui empat sepanduk berkenaan termasuk dua sepanduk tertera 'PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Dato' Seri Anwar Ibrahim' di Permatang Serai dan Merlimau Utara di sini, awal pagi semalam.

Ditanya mengenai kebenaran kenyataan itu kerana sebelum ini dikatakan pernah dibangkitkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, katanya, parti itu secara rasmi tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

"Saya tidak tahu (mengenai kenyataan itu), kena tanya Nik Aziz," katanya.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


POSTER DUA WAJAH

Posted: 01 Mar 2011 09:44 PM PST


CUBA cari perbezaan dalam poster Pakatan Rakyat (PR) pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau yang memaparkan wajah calon PAS, Hassanuddin Salim.

Inilah poster 2 wajah calon PAS untuk menagih undi daripada 8,999 pengundi berdaftar di kawasan berkenaan menjelang hari pembuangan undi pada 6 Mac ini (Ahad).

Hassanuddin akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad, bekas Pegawai Agama Menteri Besar Pahang.

Gambar 2 wajah ini dipetik daripada portal berita Agendadaily.

JAWAPAN daripada poster ini ialah satu poster menunjukkan Hassanuddin berkopiah putih manakala satu lagi tidak.

Ini memberi gambaran calon PAS boleh bertukar wajah sepertimana pemimpin atasan mereka.

Mungkin untuk pengundi Melayu akan dipasangkan poster calonnya berkopiah dan satu lagi untuk bukan Islam.

Ini juga bermakna, PAS memang licik bermain wayang untuk mempengaruhi pengundi.

PAS bukan tiket untuk masuk syurga atau neraka – Syed Ali

Posted: 01 Mar 2011 07:30 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee bersependapat dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi.

Katanya, beliau sebelum ini sudah beberapa kali menegur perbuatan Mursyidul Am PAS itu yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

Menurutnya, pemimpin PAS harus mengakui akibat perbuatan mereka 'menjaja' hukum agama sewenang-wenangnya menjadi punca perpecahan umat Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, Nik Aziz sejak kebelakangan ini begitu ghairah mengeluarkan pelbagai fatwa termasuk menyifatkan mereka yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga.

Sehubungan itu katanya, teguran Harussani seharusnya diberikan perhatian oleh Nik Aziz dan pemimpin PAS untuk memperbetulkan kesilapan yang telah mereka dilakukan selama ini.

"Nik Aziz jangan terlalu bongkak sehingga tidak mahu mendengar pandangan dan nasihat orang lain kerana setiap manusia itu tidak sempurna 100 peratus sifatnya," tegas beliau.

Dalam laporan sebuah akhbar harian hari ini, Mufti Perak itu menasihatkan Nik Aziz supaya tidak menggunakan hukam agama untuk meraih undi kerana dibimbangi masyarakat Islam akan menjadi keliru.

Harussani dipetik sebagai berkata perbuatan Nik Aziz akan menyebabkan akidah masyarakat Islam akan terpesong sambil menegaskan ketentuan syurga dan neraka bukan terletak di tangan manusia tetapi ditentukan Allah.


Kafirkan sesama Islam kerana perbezaan ideologi politik


Dalam hal ini, Syed Ali mengingatkan Nik Aziz supaya tidak mendahului ketentetuan Allah dengan mengkafirkan sesama Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik.

"PAS bukan sebuah parti Islam dan parti itu juga bukan tiket untuk seseorang itu masuk syurga atau neraka, jadi saya minta mereka (pemimpin PAS) hentikanlah perbuatan tersebut," katanya.

Menurut beliau, jika PAS benar-benar memperjuangkan ajaran Islam berdasarkan al-quran dan hadis, pemimpin mereka tidak akan bersubahat dengan kumpulan bukan Islam yang berusaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan meruntuhkan perpaduan orang Melayu.

" Tetapi kerana PAS adalah sebuah parti politik bertopengkan agama, maka mereka boleh bersengkongkol dengan Dap dan PKR yang terbukti matlamat mereka untuk melenyapkan ketuanan melayu yang pegagangan mereka adalah Islam," tegasnya lagi.

Mengenai dakwaan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bahawa kerjasama PAS, DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) mendapat sokongan gerakan Islam seluruh dunia termasuk ulama terkemuka, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Syed Ali berkata :

"Beliau membuat pengakuan itu ketika berceramah dalam kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau, bermakna kenyataan tersebut berupa kenyataan politik".

Katanya, untuk memenagi DUN Merlimau, PAS akan akan melakukan apa sahaja untuk menawah hati pengundi termasuk mengaitkan nama Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

"Tetapi mengapa beliau tidak menyebut pandangan ulama tersebut terhadap perlakuan Anwar Ibrahim dalam isu meliwat yang kini dalam proses perbicaraan ? soal beliau.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


CUKUPLAH BERPOLITIK SECARA MURAH

Posted: 01 Mar 2011 10:51 PM PST

Assalamualaikum.

Sudah agak lama saya tidak update blog saya. Tentu sekali, kekangan waktu telah menjadi sebab utama kepada keadaan tersebut. Apa pun, setiap kali saya mempunyai ruang, saya akan kembali mencatatkan di sini. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah atau sering mengikuti tulisan saya.

Rata-rata setiap hari, orang bercakap mengenai politik. Hal ini pernah saya ulas dalam posting saya yang terdahulu. Persoalannya ialah, apakah berpolitik sepanjang masa ini banyak mendatangkan keuntungan atau sebaliknya. Pilihan Raya Kecil (PRK) misalnya, telah menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Khabarnya, sudah masuk 16 kali PRK terpaksa diadakan. Keadaan itu sedikit sebanyak telah menyebabkan rakyat terheret dengan kemelut politik.

Saya cuma ingin mengajak anda berfikir, apakah berpolitik dengan cara sekarang telah berjaya membentuk jati diri, sahsiah rakyat untuk memacu kelebihan dalam semua perkara. Rata-rata hari ini, setiap benda hendak dipolitikkan. Walaupun secara jujurnya, politik BN lebih banyak yang menjurus kepada keuntungan rakyat dan negara, namun dakyah pembangkang juga tidak boleh dipandang mudah.

Ini kerana, pembangkang lebih gemar menggunakan pendekatan fitnah dan dakyah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat sehingga ia boleh mencetuskan kekeliruan. Apatah lagi, pembangkang gemar menabur janji, lantaran "perniagaan politik" mereka hanyalah bermodalkan air liur sahaja.

Saya berpandangan, kita harus meredakan keadaan agar tidak terus berpolitik sepanjang masa. Kita harus ada tempoh tertentu untuk berpolitik agar fokus serta tumpuan dapat diberikan terhadap usaha memaju dan membangunkan negara. Hal ini sangat penting sebenarnya, kerana terlibat dengan politik putaran waktu ini akan hanya menyebabkan banyak pihak mengabaikan cabaran yang lebih getir.

Saya melihat perkembangan yang berlaku dengan sangat teliti. Saya sangat khuatir terhadap apa yang berlaku kerana apa yang saya mahukan ialah, kita perlu memberikan fokus terhadap isu-isu yang lebih serius demi masa depan kita dan negara kita.

Kepada rakyat, mereka harus lebih bijak dalam menangani keadaan ini. Jangan mudah terpedaya atau terpengaruh dengan dakyah yang dibawa pembangkang kerana kita harus melihat beberapa model yang ada di depan mata kita.

Malaysia ini unik. Beberapa negeri telah diberikan kuasa kepada pembangkang. Jadilah negeri berkenaan sebagai rujukan sebelum anda mahu mengubah Kerajaan Pusat. Jika mentadbir kuasa yang telah diberikan rakyat, pembangkang sudah gagal, di mana kemampuan mereka kononnya mahu menguasai Putrajaya.

Itu yang rakyat harus fikirkan.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Calon UMNO pegang tangan nenek tua pun jadi isu di Kerdau.

Posted: 02 Mar 2011 03:26 AM PST

PAS di Kerdau semakin mengarut dan tak tentu arah. Mereka langsung tiada isu bagi meyakinkan masyarakat Kerdau menolak calon dari UMNO/BN.

Isu terbaru yang dicanangkan oleh PAS di Kerdau ini ialah isu Calon UMNO/BN memegang tangan seorang wanita sewaktu upacara menyampaikan sumbangan Program Khidmat Masyarakat PTPTN di DUN Kerdau.

Yang lawaknya, Calon UMNO/BN Syed Ibra bukanlah memegang tangan amoi seksi ataupun perempuan muda.., tetapi Syed Ibra hanya memapah tangan seorang Ah So iaitu nyonya cina tua yang kabur pandangan dan juga kurang upaya.

Malangnya, bagi PAS itu sudah menjadi satu dosa yang amat besar kerana ia melibatkan bukan muhrim. Mungkin bagi kumpulan PAS ini, wanita tua yang berumur hampir 80 tahun ini masih boleh menimbulkan shahwat mereka.

Mulalah mereka mendakwa bahawa Calon UMNO/BN tak faham hukum Islam walaupun berkelulusan dari Al Azhar.

Siapa yang sebenarnya tak faham hukum agama? PAS atau UMNO didalam isu menolong wanita tua yang kurang penglihatan serta kurang upaya ini?

Agak-agaklah kalau nak buat propaganda sekalipun. Isu yang bertaraf tepi jalan sebegini pun PAS masih nak ketengahkan ke? Nampak sangat PAS tertekan sampaikan hilang akal kewarasan mereka.

Mereka ni sebenarnya bukan apa, mereka nak balas dendam pasal isu bukan muhrim ini pernah digunakan terhadap Cikgu Mala di PRK Tenang dulu.

Sebab itulah mereka terus sawan apabila melihatkan Ustaz Syed Ibra menolong wanita tua berumur 80 tahun ini.

Inilah tahap mentaliti jentera dan juga petugas-petugas PAS di PRK Kerdau ini.

Mungkin sebab mereka terlampau didedahkan dengan ubat kuat didalam Harakah, maka sebab itulah mereka tak tahu membezakan antara tua dan muda. Semuanya diibaratkan sama rasa sahaja.

ISA atau lucut kewarganegaraan, itu saja “ubat” untuk Hindraf..!!!

Posted: 02 Mar 2011 02:57 AM PST

Sudah berkali-kali diberitahu bahawa Hindraf tidak diperlukan di Malaysia. Sudah berkali-kali amaran demi amaran dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri kepada puak-puak pelampau berbangsa India ini. Namun semua itu masih lagi gagal membendung kekacauan yang cuba dicetuskan oleh penyokong Hindraf tak sedar diri ini.

Baru-baru ini sejumlah 14 orang anggota Hindraf yang ditahan oleh pihak PDRM kerana menyertai demonstrasi haram atau tanpa permit. Meskipun ditahan polis, mampukah tindakan itu menjamin bahawa Hindraf akan berhenti "once and for all" dari membuat onar yang berbaur perkauman dan permintaan melampau mereka itu?

Hindraf dari kaca penulis tidak ubah seperti kumpulan pelampau Tamil Eelam di India. Cuma, Tamil Eelam mengganas di India, tanah tumpah darah mereka sendiri, manakala Hindraf pula mengganas di Tanah Melayu yang bernama Malaysia, yang bukan merupakan tanah asal mereka.

Berani juga mereka ini cuba "menjadi tuan di rumah orang". Mujurlah "tuan rumah" ini menggunakan pendekatan yang "mesra rakyat" dan sangat mudah bertolak ansur. Cuba Hindraf mengganas begini di negara China, Taiwan, Iran, Iraq atau Arab Saudi, rasanya sudah lama kepala pemimpin-pemimpin Hindraf dan konco-konconya dipancung pedang!

Pada pandangan penulis, tindakan Hindraf sudah melampau ketika di saat ini. Dahulu, mereka cuba menyaman Kerajaan Malaysia di London, kononnya kaum India teraniaya di bumi Malaysia. Tuntutan mereka yang bukan-bukan bagaikan merekalah "bumiputera" di negara ini. Dan kini, mereka mengadakan siri demonstrasi haram dan ditangkap polis, hairannya, polis pula disalahkan?

Hindraf kenal akta ISA?

Sendiri buat salah, sendiri tanggung la deyyy..!!! Uthayakumar menyalahkan pihak polis kerana tidak memberikan permit kepada mereka untuk berdemonstrasi. Sudah tentulah polis tidak luluskan kerana sejarah Hindraf ternyata menghuru-harakan keadaan.

Ingat lagi perhimpunan Hindraf dahulu? Polis pun dicederakan ketika mengawal keganasan yang mereka lakukan. Ingat tak sakitkah terkena batu yang dibaling sekuat hati? Itu baru batu, jika terkena besi atau kayu, tentunya lebih sakit! Ketika itu, polis hanya bertujuan mengawal keadaan, namun apabila keadaan sudah diluar kawalan, salahkah jika polis menggunakan "water cannon" untuk menyuraikan keganasan? Mujur hanya "meriam air" jika polis guna meriam betul, apa pula nak dikata???

Hindraf nak rasa kena tahan bawah ISA lagi ke?

Kini Hindraf cuba kembali aktif dengan mengadakan demonstasi haram dan polis pastinya tidak akan mengeluarkan permit kepada kumpulan pengganas itu berdasarkan "dark history" yang pernah Hindraf lakukan. Uthayakumar perlu meletakkan dirinya sebagai Ketua Polis Negara, jika dia ditempat KPN, apakah dia akan meluluskan permit kepada pengganas perkauman untuk mengganas di khalayak umum?

Sedar tak sedar, Hindraf harus diISAkan lagi.

Hindraf kononnya memperjuangkan bangsa India di Malaysia. Setahu penulis, bangsa bumiputera yang bernama Melayu dikecam hebat jika menyebut tentang bangsa Melayu di mana-mana majlis, alasannya ialah berbau perkauman, "rasis!!!" katanya. Meskipun ungkapan Melayu itu disebut di dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh bangsa Melayu sahaja, kaum lain terutamanya DAP, Melayu "murtad" PAS dan PKR pun menyalak sama! Itu belum lagi berdemo secara aman atau melaungkannya di jalanraya, pasti lebih teruk dikecam mereka.

Jadi, apakah perjuangan Hindraf itu tidak rasis??? Sepatutnya Hindraf dilabelkan sebagai rasis dan cuba menimbulkan krisis perkauman di negara ini. Sepatutnya mereka ditahan tanpa kompromi.

Sekali lagi penulis katakan, HINDRAF WAJIB DI ISA LAGI!

Apalagi yang Hindraf mahukan? Hatta novel Interlok pun mahu dipolitikkan? Tersinggung sangat dengan perkataan "Pariah"? Bila Azmin panggil bangsa India dengan perkataan "Pariah" tak pula Hindraf tersinggung? Thaipusam yang dirayakan itu bagaimana pula "asal usulnya"nya? Malah Kerajaan beri pula cuti umum percuma kepada bangsa India. Bukankah sambutan Thaipusam lebih mirip kepada "adat resam"? Adat resam "siapa"? Sila rujuk kembali di mana, bagaimana, kenapa dan siapa yang asalnya mengamalkan perayaan "Thaipusam".

Beginilah, penulis tidak mahu berceloteh panjang. Penulis percaya bahawa rakan-rakan dan penulis sendiri sudah lama memendam rasa menahan sabar melihat perihal Hindraf yang kian melampau dari hari ke hari. Pemimpin Hindraf yang layaknya digelar pengganas menggelar diri mereka "pejuang bangsa India". Rakan-rakan penulis yang berbangsa India juga tidak setuju dengan perjuangan Hindraf dan menganggap Hindraf tidak lebih dari sebuah pertubuhan opportunis yang mengelirukan bangsa India dan mencemar keharmonian kaum di Malaysia.

Sayugia begitu, eloklah penulis tekankan di sini, tegaskan di sini, dan jelaskan di sini bahawa satu-satunya cara untuk menghapuskan pengganas pelampau "Tamil Eelam versi Malaysia" ini hanyalah dengan ISA atau dilucutkan saja kewarganegaraannya. Wujudnya kumpulan ini tidak lebih sebagai "bad eggs" pada kaum India yang lain dan mencetuskan "api" yang jika tidak dikawal akan menjadi "marak" sebagaimana yang berlaku di India, tanah asal mereka. Cukuplah mereka mengganas di negara ibunda mereka, jangan pula dibawa perangai buruk itu di "rumah orang". Itu "kurang ajar" namanya!!!

Akhir kata, HINDRAF WAJB DI ISA KAN ATAU DILUCUT KEWARGANEGARAAN MEREKA..!!! Titik.

Imej Lelaki Y Semakin Jelas (Bukti Bergambar)

Posted: 02 Mar 2011 02:21 AM PST

Ha..nampak, nampak..iituu rambut dia, iiituuu badan dia..apa, tak nampak? Dalam ilmu patik, barang siapa tak nampak gambar dalam posting ini, tanda dia anak luar nikah..

Begitulah kalau diselokakan pernyataan di atas mengikut satu adegan dalam filem Nujum Pak Belalang.

Dulu kita kabur-kabur jugak siapa dia lelaki Y. Yusof ke Yunus ke, Yazid ke? Tapi bila diterangkan kenapa kata ganti Y digunakan, barulah kita faham yang Y itu tidak mewakililah nama orang dengan awalan sama.

Anwar fikir dia bijak bila enggan serah sampel DNAnya kepada polis untuk dibuat perbandingan. Mana Anwar nak tahu yang polis lagi bijak bila merampas barang seperti berus gigi, tuala dan botol air mineral yang digunakannya semasa ditahan sehari dalam lokap polis pada 16hb Julai 2008.

Sample DNA yang diperolehi dari barangan inilah yang digunakan polis untuk dibuat perbandingan dengan DNA lelaki Y yang dijumpai pada bahagian peri anal dubor Saiful.

Dan para pakar sudah membuktikan di mahkamah bahawa DNA dari peri anal Saiful dan yang dijumpai pada barangan tersebut yang di atas adalah sama!!

Dan tiadalah cara lain untuk DNA dari ekstrak semen ini dijumpai di bahagian peri anal melainkan melalui sesuatu yang menusuk masuk melaluinya.

Peguam Anwar pun mati kutu nak menafikan kebenaran ini.

Dengan imej lelaki Y yang semakin jelas, laluan Anwar ke Sungai Buloh pun sudah semakin melebar dan mudah.

Anwar dah tak boleh nak mengelak lagi, mana dia mau lari? Menyuruk dalam kedutaan Turki pun tidak akan membantu Anwar kali ini kerana DNA bukan darah yang boleh ditukar seperti dalam kes Afifah 13 tahun dulu.

Anwar kata memang dia ada di kondo itu tapi bermesyuarat di bilik 1152. Satu hal pulak Anwar kena menjawab, bagaimana tubuh badanya sedang bermesyuarat di bilik 1152 tapi DNA dari ekstrak semennya berada dalam peri anal milik Saiful di bilik 1151.

Susah nak jawab tu ya.

Pengikut