YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
CUKUPLAH BERPOLITIK SECARA MURAH Posted: 01 Mar 2011 10:51 PM PST Sudah agak lama saya tidak update blog saya. Tentu sekali, kekangan waktu telah menjadi sebab utama kepada keadaan tersebut. Apa pun, setiap kali saya mempunyai ruang, saya akan kembali mencatatkan di sini. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah atau sering mengikuti tulisan saya. Rata-rata setiap hari, orang bercakap mengenai politik. Hal ini pernah saya ulas dalam posting saya yang terdahulu. Persoalannya ialah, apakah berpolitik sepanjang masa ini banyak mendatangkan keuntungan atau sebaliknya. Pilihan Raya Kecil (PRK) misalnya, telah menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Khabarnya, sudah masuk 16 kali PRK terpaksa diadakan. Keadaan itu sedikit sebanyak telah menyebabkan rakyat terheret dengan kemelut politik. Saya cuma ingin mengajak anda berfikir, apakah berpolitik dengan cara sekarang telah berjaya membentuk jati diri, sahsiah rakyat untuk memacu kelebihan dalam semua perkara. Rata-rata hari ini, setiap benda hendak dipolitikkan. Walaupun secara jujurnya, politik BN lebih banyak yang menjurus kepada keuntungan rakyat dan negara, namun dakyah pembangkang juga tidak boleh dipandang mudah. Ini kerana, pembangkang lebih gemar menggunakan pendekatan fitnah dan dakyah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat sehingga ia boleh mencetuskan kekeliruan. Apatah lagi, pembangkang gemar menabur janji, lantaran "perniagaan politik" mereka hanyalah bermodalkan air liur sahaja. Saya berpandangan, kita harus meredakan keadaan agar tidak terus berpolitik sepanjang masa. Kita harus ada tempoh tertentu untuk berpolitik agar fokus serta tumpuan dapat diberikan terhadap usaha memaju dan membangunkan negara. Hal ini sangat penting sebenarnya, kerana terlibat dengan politik putaran waktu ini akan hanya menyebabkan banyak pihak mengabaikan cabaran yang lebih getir. Saya melihat perkembangan yang berlaku dengan sangat teliti. Saya sangat khuatir terhadap apa yang berlaku kerana apa yang saya mahukan ialah, kita perlu memberikan fokus terhadap isu-isu yang lebih serius demi masa depan kita dan negara kita. Kepada rakyat, mereka harus lebih bijak dalam menangani keadaan ini. Jangan mudah terpedaya atau terpengaruh dengan dakyah yang dibawa pembangkang kerana kita harus melihat beberapa model yang ada di depan mata kita. Malaysia ini unik. Beberapa negeri telah diberikan kuasa kepada pembangkang. Jadilah negeri berkenaan sebagai rujukan sebelum anda mahu mengubah Kerajaan Pusat. Jika mentadbir kuasa yang telah diberikan rakyat, pembangkang sudah gagal, di mana kemampuan mereka kononnya mahu menguasai Putrajaya. Itu yang rakyat harus fikirkan. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan