Apo Kono Eh Jang! |
- Calon UMNO pegang tangan nenek tua pun jadi isu di Kerdau.
- ISA atau lucut kewarganegaraan, itu saja “ubat” untuk Hindraf..!!!
- Imej Lelaki Y Semakin Jelas (Bukti Bergambar)
Calon UMNO pegang tangan nenek tua pun jadi isu di Kerdau. Posted: 02 Mar 2011 03:26 AM PST PAS di Kerdau semakin mengarut dan tak tentu arah. Mereka langsung tiada isu bagi meyakinkan masyarakat Kerdau menolak calon dari UMNO/BN. Isu terbaru yang dicanangkan oleh PAS di Kerdau ini ialah isu Calon UMNO/BN memegang tangan seorang wanita sewaktu upacara menyampaikan sumbangan Program Khidmat Masyarakat PTPTN di DUN Kerdau. Yang lawaknya, Calon UMNO/BN Syed Ibra bukanlah memegang tangan amoi seksi ataupun perempuan muda.., tetapi Syed Ibra hanya memapah tangan seorang Ah So iaitu nyonya cina tua yang kabur pandangan dan juga kurang upaya. Malangnya, bagi PAS itu sudah menjadi satu dosa yang amat besar kerana ia melibatkan bukan muhrim. Mungkin bagi kumpulan PAS ini, wanita tua yang berumur hampir 80 tahun ini masih boleh menimbulkan shahwat mereka. Mulalah mereka mendakwa bahawa Calon UMNO/BN tak faham hukum Islam walaupun berkelulusan dari Al Azhar. Siapa yang sebenarnya tak faham hukum agama? PAS atau UMNO didalam isu menolong wanita tua yang kurang penglihatan serta kurang upaya ini? Agak-agaklah kalau nak buat propaganda sekalipun. Isu yang bertaraf tepi jalan sebegini pun PAS masih nak ketengahkan ke? Nampak sangat PAS tertekan sampaikan hilang akal kewarasan mereka. Mereka ni sebenarnya bukan apa, mereka nak balas dendam pasal isu bukan muhrim ini pernah digunakan terhadap Cikgu Mala di PRK Tenang dulu. Sebab itulah mereka terus sawan apabila melihatkan Ustaz Syed Ibra menolong wanita tua berumur 80 tahun ini. Inilah tahap mentaliti jentera dan juga petugas-petugas PAS di PRK Kerdau ini. Mungkin sebab mereka terlampau didedahkan dengan ubat kuat didalam Harakah, maka sebab itulah mereka tak tahu membezakan antara tua dan muda. Semuanya diibaratkan sama rasa sahaja. |
ISA atau lucut kewarganegaraan, itu saja “ubat” untuk Hindraf..!!! Posted: 02 Mar 2011 02:57 AM PST Sudah berkali-kali diberitahu bahawa Hindraf tidak diperlukan di Malaysia. Sudah berkali-kali amaran demi amaran dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri kepada puak-puak pelampau berbangsa India ini. Namun semua itu masih lagi gagal membendung kekacauan yang cuba dicetuskan oleh penyokong Hindraf tak sedar diri ini. Baru-baru ini sejumlah 14 orang anggota Hindraf yang ditahan oleh pihak PDRM kerana menyertai demonstrasi haram atau tanpa permit. Meskipun ditahan polis, mampukah tindakan itu menjamin bahawa Hindraf akan berhenti "once and for all" dari membuat onar yang berbaur perkauman dan permintaan melampau mereka itu? Hindraf dari kaca penulis tidak ubah seperti kumpulan pelampau Tamil Eelam di India. Cuma, Tamil Eelam mengganas di India, tanah tumpah darah mereka sendiri, manakala Hindraf pula mengganas di Tanah Melayu yang bernama Malaysia, yang bukan merupakan tanah asal mereka. Berani juga mereka ini cuba "menjadi tuan di rumah orang". Mujurlah "tuan rumah" ini menggunakan pendekatan yang "mesra rakyat" dan sangat mudah bertolak ansur. Cuba Hindraf mengganas begini di negara China, Taiwan, Iran, Iraq atau Arab Saudi, rasanya sudah lama kepala pemimpin-pemimpin Hindraf dan konco-konconya dipancung pedang! Pada pandangan penulis, tindakan Hindraf sudah melampau ketika di saat ini. Dahulu, mereka cuba menyaman Kerajaan Malaysia di London, kononnya kaum India teraniaya di bumi Malaysia. Tuntutan mereka yang bukan-bukan bagaikan merekalah "bumiputera" di negara ini. Dan kini, mereka mengadakan siri demonstrasi haram dan ditangkap polis, hairannya, polis pula disalahkan? Hindraf kenal akta ISA? Sendiri buat salah, sendiri tanggung la deyyy..!!! Uthayakumar menyalahkan pihak polis kerana tidak memberikan permit kepada mereka untuk berdemonstrasi. Sudah tentulah polis tidak luluskan kerana sejarah Hindraf ternyata menghuru-harakan keadaan. Ingat lagi perhimpunan Hindraf dahulu? Polis pun dicederakan ketika mengawal keganasan yang mereka lakukan. Ingat tak sakitkah terkena batu yang dibaling sekuat hati? Itu baru batu, jika terkena besi atau kayu, tentunya lebih sakit! Ketika itu, polis hanya bertujuan mengawal keadaan, namun apabila keadaan sudah diluar kawalan, salahkah jika polis menggunakan "water cannon" untuk menyuraikan keganasan? Mujur hanya "meriam air" jika polis guna meriam betul, apa pula nak dikata??? Hindraf nak rasa kena tahan bawah ISA lagi ke? Kini Hindraf cuba kembali aktif dengan mengadakan demonstasi haram dan polis pastinya tidak akan mengeluarkan permit kepada kumpulan pengganas itu berdasarkan "dark history" yang pernah Hindraf lakukan. Uthayakumar perlu meletakkan dirinya sebagai Ketua Polis Negara, jika dia ditempat KPN, apakah dia akan meluluskan permit kepada pengganas perkauman untuk mengganas di khalayak umum? Sedar tak sedar, Hindraf harus diISAkan lagi. Hindraf kononnya memperjuangkan bangsa India di Malaysia. Setahu penulis, bangsa bumiputera yang bernama Melayu dikecam hebat jika menyebut tentang bangsa Melayu di mana-mana majlis, alasannya ialah berbau perkauman, "rasis!!!" katanya. Meskipun ungkapan Melayu itu disebut di dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh bangsa Melayu sahaja, kaum lain terutamanya DAP, Melayu "murtad" PAS dan PKR pun menyalak sama! Itu belum lagi berdemo secara aman atau melaungkannya di jalanraya, pasti lebih teruk dikecam mereka. Jadi, apakah perjuangan Hindraf itu tidak rasis??? Sepatutnya Hindraf dilabelkan sebagai rasis dan cuba menimbulkan krisis perkauman di negara ini. Sepatutnya mereka ditahan tanpa kompromi. Sekali lagi penulis katakan, HINDRAF WAJIB DI ISA LAGI! Apalagi yang Hindraf mahukan? Hatta novel Interlok pun mahu dipolitikkan? Tersinggung sangat dengan perkataan "Pariah"? Bila Azmin panggil bangsa India dengan perkataan "Pariah" tak pula Hindraf tersinggung? Thaipusam yang dirayakan itu bagaimana pula "asal usulnya"nya? Malah Kerajaan beri pula cuti umum percuma kepada bangsa India. Bukankah sambutan Thaipusam lebih mirip kepada "adat resam"? Adat resam "siapa"? Sila rujuk kembali di mana, bagaimana, kenapa dan siapa yang asalnya mengamalkan perayaan "Thaipusam". Beginilah, penulis tidak mahu berceloteh panjang. Penulis percaya bahawa rakan-rakan dan penulis sendiri sudah lama memendam rasa menahan sabar melihat perihal Hindraf yang kian melampau dari hari ke hari. Pemimpin Hindraf yang layaknya digelar pengganas menggelar diri mereka "pejuang bangsa India". Rakan-rakan penulis yang berbangsa India juga tidak setuju dengan perjuangan Hindraf dan menganggap Hindraf tidak lebih dari sebuah pertubuhan opportunis yang mengelirukan bangsa India dan mencemar keharmonian kaum di Malaysia. Sayugia begitu, eloklah penulis tekankan di sini, tegaskan di sini, dan jelaskan di sini bahawa satu-satunya cara untuk menghapuskan pengganas pelampau "Tamil Eelam versi Malaysia" ini hanyalah dengan ISA atau dilucutkan saja kewarganegaraannya. Wujudnya kumpulan ini tidak lebih sebagai "bad eggs" pada kaum India yang lain dan mencetuskan "api" yang jika tidak dikawal akan menjadi "marak" sebagaimana yang berlaku di India, tanah asal mereka. Cukuplah mereka mengganas di negara ibunda mereka, jangan pula dibawa perangai buruk itu di "rumah orang". Itu "kurang ajar" namanya!!! Akhir kata, HINDRAF WAJB DI ISA KAN ATAU DILUCUT KEWARGANEGARAAN MEREKA..!!! Titik. |
Imej Lelaki Y Semakin Jelas (Bukti Bergambar) Posted: 02 Mar 2011 02:21 AM PST Ha..nampak, nampak..iituu rambut dia, iiituuu badan dia..apa, tak nampak? Dalam ilmu patik, barang siapa tak nampak gambar dalam posting ini, tanda dia anak luar nikah.. Begitulah kalau diselokakan pernyataan di atas mengikut satu adegan dalam filem Nujum Pak Belalang. Dulu kita kabur-kabur jugak siapa dia lelaki Y. Yusof ke Yunus ke, Yazid ke? Tapi bila diterangkan kenapa kata ganti Y digunakan, barulah kita faham yang Y itu tidak mewakililah nama orang dengan awalan sama. Anwar fikir dia bijak bila enggan serah sampel DNAnya kepada polis untuk dibuat perbandingan. Mana Anwar nak tahu yang polis lagi bijak bila merampas barang seperti berus gigi, tuala dan botol air mineral yang digunakannya semasa ditahan sehari dalam lokap polis pada 16hb Julai 2008. Sample DNA yang diperolehi dari barangan inilah yang digunakan polis untuk dibuat perbandingan dengan DNA lelaki Y yang dijumpai pada bahagian peri anal dubor Saiful. Dan para pakar sudah membuktikan di mahkamah bahawa DNA dari peri anal Saiful dan yang dijumpai pada barangan tersebut yang di atas adalah sama!! Dan tiadalah cara lain untuk DNA dari ekstrak semen ini dijumpai di bahagian peri anal melainkan melalui sesuatu yang menusuk masuk melaluinya. Peguam Anwar pun mati kutu nak menafikan kebenaran ini. Dengan imej lelaki Y yang semakin jelas, laluan Anwar ke Sungai Buloh pun sudah semakin melebar dan mudah. Anwar dah tak boleh nak mengelak lagi, mana dia mau lari? Menyuruk dalam kedutaan Turki pun tidak akan membantu Anwar kali ini kerana DNA bukan darah yang boleh ditukar seperti dalam kes Afifah 13 tahun dulu. Anwar kata memang dia ada di kondo itu tapi bermesyuarat di bilik 1152. Satu hal pulak Anwar kena menjawab, bagaimana tubuh badanya sedang bermesyuarat di bilik 1152 tapi DNA dari ekstrak semennya berada dalam peri anal milik Saiful di bilik 1151. Susah nak jawab tu ya. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan