Rabu, 2 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


POSTER DUA WAJAH

Posted: 01 Mar 2011 09:44 PM PST


CUBA cari perbezaan dalam poster Pakatan Rakyat (PR) pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau yang memaparkan wajah calon PAS, Hassanuddin Salim.

Inilah poster 2 wajah calon PAS untuk menagih undi daripada 8,999 pengundi berdaftar di kawasan berkenaan menjelang hari pembuangan undi pada 6 Mac ini (Ahad).

Hassanuddin akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad, bekas Pegawai Agama Menteri Besar Pahang.

Gambar 2 wajah ini dipetik daripada portal berita Agendadaily.

JAWAPAN daripada poster ini ialah satu poster menunjukkan Hassanuddin berkopiah putih manakala satu lagi tidak.

Ini memberi gambaran calon PAS boleh bertukar wajah sepertimana pemimpin atasan mereka.

Mungkin untuk pengundi Melayu akan dipasangkan poster calonnya berkopiah dan satu lagi untuk bukan Islam.

Ini juga bermakna, PAS memang licik bermain wayang untuk mempengaruhi pengundi.

PAS bukan tiket untuk masuk syurga atau neraka – Syed Ali

Posted: 01 Mar 2011 07:30 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee bersependapat dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi.

Katanya, beliau sebelum ini sudah beberapa kali menegur perbuatan Mursyidul Am PAS itu yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

Menurutnya, pemimpin PAS harus mengakui akibat perbuatan mereka 'menjaja' hukum agama sewenang-wenangnya menjadi punca perpecahan umat Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, Nik Aziz sejak kebelakangan ini begitu ghairah mengeluarkan pelbagai fatwa termasuk menyifatkan mereka yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga.

Sehubungan itu katanya, teguran Harussani seharusnya diberikan perhatian oleh Nik Aziz dan pemimpin PAS untuk memperbetulkan kesilapan yang telah mereka dilakukan selama ini.

"Nik Aziz jangan terlalu bongkak sehingga tidak mahu mendengar pandangan dan nasihat orang lain kerana setiap manusia itu tidak sempurna 100 peratus sifatnya," tegas beliau.

Dalam laporan sebuah akhbar harian hari ini, Mufti Perak itu menasihatkan Nik Aziz supaya tidak menggunakan hukam agama untuk meraih undi kerana dibimbangi masyarakat Islam akan menjadi keliru.

Harussani dipetik sebagai berkata perbuatan Nik Aziz akan menyebabkan akidah masyarakat Islam akan terpesong sambil menegaskan ketentuan syurga dan neraka bukan terletak di tangan manusia tetapi ditentukan Allah.


Kafirkan sesama Islam kerana perbezaan ideologi politik


Dalam hal ini, Syed Ali mengingatkan Nik Aziz supaya tidak mendahului ketentetuan Allah dengan mengkafirkan sesama Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik.

"PAS bukan sebuah parti Islam dan parti itu juga bukan tiket untuk seseorang itu masuk syurga atau neraka, jadi saya minta mereka (pemimpin PAS) hentikanlah perbuatan tersebut," katanya.

Menurut beliau, jika PAS benar-benar memperjuangkan ajaran Islam berdasarkan al-quran dan hadis, pemimpin mereka tidak akan bersubahat dengan kumpulan bukan Islam yang berusaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan meruntuhkan perpaduan orang Melayu.

" Tetapi kerana PAS adalah sebuah parti politik bertopengkan agama, maka mereka boleh bersengkongkol dengan Dap dan PKR yang terbukti matlamat mereka untuk melenyapkan ketuanan melayu yang pegagangan mereka adalah Islam," tegasnya lagi.

Mengenai dakwaan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bahawa kerjasama PAS, DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) mendapat sokongan gerakan Islam seluruh dunia termasuk ulama terkemuka, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Syed Ali berkata :

"Beliau membuat pengakuan itu ketika berceramah dalam kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau, bermakna kenyataan tersebut berupa kenyataan politik".

Katanya, untuk memenagi DUN Merlimau, PAS akan akan melakukan apa sahaja untuk menawah hati pengundi termasuk mengaitkan nama Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

"Tetapi mengapa beliau tidak menyebut pandangan ulama tersebut terhadap perlakuan Anwar Ibrahim dalam isu meliwat yang kini dalam proses perbicaraan ? soal beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut