Rabu, 2 Mac 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Panglima Perang Cyber: Gempar : Jom Tengok Video Anwar Mengamuk Di Merlim...

Posted: 01 Mar 2011 05:37 PM PST

Panglima Perang Cyber: Gempar : Jom Tengok Video Anwar Mengamuk Di Merlim...: " Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah "

Put your stuff here

PRK MERLIMAU: GEMPAR!!! CALON PAS LESAPKAN RM 100 RIBU!!!

Posted: 01 Mar 2011 05:29 PM PST

Wednesday, March 2, 2011

PRK MERLIMAU: GEMPAR!!! CALON PAS LESAPKAN RM 100 RIBU!!!


Gempar!!!  Andai calon BN Kerdau dibantu oleh bapa saudaranya berkempen, calon PAS Merlimau juga dibantu oleh bapa saudaranya.

Bapa saudara Yuhaizad mendesak agar calon PAS itu menarik diri dalam masa 24 jam dari bertanding sebagai wakil rakyat berikutan telah melesapkan wang berjumlah RM 100 ribu milik bapa saudaranya!!!  Perkara ini pernah diajukan kepada PAS Melaka sebelum ini bertujuan untuk memujuk Yuhaizad mengembalikan wang tersebut.  Namun tiada sebarang tindakan dari peramPAS.

Dasar penyamun berketayap!  Mmg sial calon PAS ini.  Duit pak sedara pun dia sapu, duit rakyat lagi la.
  

CORET-CORET PRK MERLIMAU

Posted: 01 Mar 2011 05:17 PM PST

APA KEPERLUAN BAWA ANAK-ANAK KE SINI?

BUKAN SAHAJA CALON BENDERA PUN NAK TANDING?

TINGGAL BERAPA HARI LAGI?
PILIHAN YANG HARMONI

Polis luluskan 11 permit ceramah kepada BN di Merlimau

Posted: 01 Mar 2011 05:07 PM PST



JASIN: Polis meluluskan 11 permit ceramah kepada Barisan Nasional (BN) sejak kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, bermula Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Dzaamoddin Saleh berkata, pada hari ini polis menerima empat lagi permohonan permit ceramah, juga daripada BN, yang sedang dalam proses untuk diluluskan. "Bagaimanapun, kami tidak menerima sebarang permohonan permit daripada parti PAS sehingga kini," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal (Martek) Polis raja Malaysia di Merlimau, di sini hari ini.


Katanya, keadaan keselamatan di kawasan Merlimau masih terkawal dan tiada sebarang kejadian buruk dilaporkan selepas dua hari kempen pilihan raya bermula.


Dzaamoddin berkata, polis menerima tiga laporan berkaitan kempen iaitu satu kes kain rentang hilang dan dikoyakkan megikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, satu kes fitnah mengikut Sekyen 500 Kanun Keseksaan dan satu lagi kesalahan mengikut Sekyen 27 Akta Polis 1967 iaitu mengadakan ceramah tanpa permit.

"Kesemua laporan ini masih dalam siasatan polis," katanya.

Calon BN Roslan Ahmad, 44, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, dalam pilihan raya kecil itu pada Ahad ini, yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.-Bernama /td>

AWAS : Pas tubuh skuad berkamera

Posted: 01 Mar 2011 04:38 PM PST


Pas tubuh skuad berkamera
JASIN: Pas menubuhkan skuad berkamera bagi merakamkan gambar kononnya jentera Barisan Nasional (BN) didakwa memberi rasuah kepada pengundi ketika berkempen meraih undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad ini.

Selain itu, skuad yang akan memulakan tugas mereka hari ini (esok), ditubuhkan bagi mencari bukti bahawa BN mengugut pengundi supaya tidak mengundi Pas bagi mengelak peruntukan untuk memajukan kawasan itu ditarik balik.


Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Abdul Halim Abd Rahman berkata, petugas bagi skuad itu akan menyamar dan mengekori jentera parti lawan.

BN kini diterima kembali majoroti pengundi - Ahmad Zahid

Posted: 01 Mar 2011 04:29 PM PST


BN kini diterima kembali majoroti pengundi - Ahmad Zahid

JASIN - Barisan Nasional (BN) kini diterima kembali oleh majoriti pengundi berbanding sokongan kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas kerana dasar-dasar BN yang kini lebih jelas difahami dan telus, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata suasana dahulu sewaktu pilihan raya umum lepas melihatkan sokongan kepada parti pembangkang kerana dakyah palsu dan manipulasi politik yang dilakukan tetapi suasana itu berubah kepada sokongan kepada BN sejak akhir-akhir ini.

"Saya melihat situasi menyokong kepada parti pemerintah Insya-Allah akan berterusan kerana pengundi berbalik kepada kebenaran (pada hari ini) berbanding hamburan kata-kata dan janji manis pembangkang yang telah tidak ditunaikan atau janji palsu mereka," katanya.

Beliau ditemui pemberita setelah selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau di Dewan Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama-sama pemimpin komponen BN lain termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden MIC Datuk G.Palanivel mengiringi calon BN, Roslan Ahmad ke pusat penamaan tersebut.

Jangan mimpi rampas Merlimau

Posted: 01 Mar 2011 04:28 PM PST




MERLIMAU - Pas dinasihatkan agar membuang impian untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kerana kawasan itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi.

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pas tidak usah bermimpi untuk menawan merampas kerusi Merlimau kerana parti itu tidak mempunyai jasa besar di negeri ini tetapi hanya tahu melemparkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri.

"BN buat kerja siang malam, ekonomi Melaka baik, keselamatan pun bagus dan sosial lebih bagus daripada Pas tadbir di Kelantan. Tak akan orang tak kenal jasa kita, Pas datang sini kata kita mati masuk neraka, tak akan orang Melaka nak dengar cakap Pas yang fitnah macam ini?

"Pas ini saya ingat dia mimpi, dia tak tahu apa yang dia cakap, seperti buat lapangan terbang, kapal terbang Boeing 737 dah turun tapi dia kata tak ada sama juga. Orang Melaka tahu, tak akan orang Melaka akan percaya cakap bohong macam itu," katanya ketika ditemui Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau di Sekolah Menengah Dang Anum, di sini semalam.

Mohd Ali yang juga Pengerusi UMNO Melaka berkata, Melaka sebagai sebuah negeri maju yang telah diiktiraf namun dinafikan pembangkang terutama Pas tetapi kini mereka mahu meraih undi daripada rakyat negeri itu pula.

"Kita maju tapi Pas kata tak maju, tapi nak dapatkan undi. Apa jasa Pas? Hanya pandai mengata kita, saya fikir orang tak bagi undi banyak dan jangan harap nak dapat undi percuma," katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu, seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu diraikan di mana 29 pelajar adalah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum.

HANDAU JE.....KATA ORANG MELAKA...

Posted: 01 Mar 2011 04:20 PM PST

CALON PAS PRK MERLIMAU BOIKOT DIRI SENDIRI


PAS AKAN KALAH DI MERLIMAU...
CONFIRM KALAH!!!!
NAK UNDI DIRI SENDIRI PUN TAK MAMPU..
LEPAS TU NAK HARAPKAN 
UNDI ORANG LAIN....
HANDAU JER....
HAHAHAHAHAH!!!!!!

JPX

Bukan masa Merlimau berubah angin

Posted: 01 Mar 2011 04:15 PM PST


Bukan masa Merlimau berubah angin


2011/03/02
KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya, Siti Aishah Usof memeriksa peti undi yang siap diisi dengan peralatan mengundi menjelang pilihan raya kecil DUN Merlimau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, Menara Persekutuan, Ayer Keroh, semalam.
KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya, Siti Aishah Usof memeriksa peti undi yang siap diisi dengan peralatan mengundi menjelang pilihan raya kecil DUN Merlimau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, Menara Persekutuan, Ayer Keroh, semalam.
MERLIMAU: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, bukan masanya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau untuk berubah angin dengan memberikan sokongan kepada pembangkang yang nyata gagal membuktikan mereka boleh menjadi pemimpin baik untuk masa depan rakyat.

Sebaliknya, Shaziman menasihatkan pengundi supaya memilih calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini, selain memastikan BN kekal menerajui negeri dan negara buat selamanya.
"Bukan masanya rakyat untuk `berubah angin' kerana suasana dinikmati sekarang tidak akan sama dengan apa yang akan berlaku sekiranya kepimpinan negara diambil alih oleh orang lain.
"Betapa nikmatnya hidup di Malaysia dengan pemimpinnya sentiasa mengambil berat soal hidup mati rakyat dan kita wajar berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang banyak melakukan perubahan melalui program transformasi.

"Cara berterima kasih dan mengenang jasa pemimpin ulung itu dengan memilih Roslan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, 6 Mac ini," katanya pada majlis bertemu pengundi di kawasan Peti Undi Pengkalan Samak, di Kampung Kilang Berapi, di sini, malam kelmarin.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Shaziman berkata pembangunan dikecapi Melaka ketika ini jauh berbeza dengan negeri di bawah pakatan pembangkang, bukan saja dari segi kemajuan ekonomi, malah kemudahan infrastruktur.

"Tidak guna kita menyokong mereka yang gagal membangunkan negeri seperti Kelantan. Justeru, pengundi jangan fikir langsung untuk mengundi PAS pada pilihan raya kecil ini kerana negeri yang mereka perintah pun gagal dibangunkan," katanya.
Sehubungan itu, katanya pengundi wajar menolak pembangkang dan memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan pembangunan Melaka.

Yuhaizad belum temui pengundi India

Posted: 01 Mar 2011 04:14 PM PST


Yuhaizad belum temui pengundi India


2011/03/02
MERLIMAU: Calon PAS, Yuhaizad Abdullah berkata, beliau sudah bertemu hampir 60 peratus pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau setakat empat hari berkempen, semalam.

Beliau berkata, hanya kawasan Jasin Lalang majoriti pengundinya kaum India yang belum dilawati.
"Keyakinan saya untuk memenangi pilihan raya ini amat tinggi berdasarkan maklum balas yang diterima daripada penduduk tempatan," katanya di Merlimau Baru di sini, semalam.
Yuhaizad memulakan kempennya semalam dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid Merlimau Pasir sebelum mengunjungi peniaga dan penduduk di bandar Merlimau.

Katanya, walaupun sibuk berkempen, beliau tetap cuba meluangkan masa bersama keluarga dan sentiasa menceritakan mengenai aktiviti kempen kepada isterinya.
"Saya tidur kira-kira jam 2 pagi dan bangun semula pada jam 5.30 pagi bagi memulakan tugas berkempen, " katanya.

Jentera BN usaha jejak pengundi luar kawasan

Posted: 01 Mar 2011 04:12 PM PST


Jentera BN usaha jejak pengundi luar kawasan
Oleh Rasid Rahaman, Amirullah Andi Nur, Nazura Ngah, Badrul Hizar Ab Jabar, Nurhasyima Hasim, Zanariah Abd Mutalib, Shukor Kasim, Amir Mamat, Saadiah Ismail, Hatim Abd Manan, Jaafar Neemat dan Razman Mohamad
bhnews@bharian.com.my
2011/03/02
 Gerakan kempen tumpu golongan atas pagar: Mohd Ali

MERLIMAU: Jentera Barisan Nasional (BN) sudah menemui 80 peratus pengundi selepas kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau masuk hari keempat semalam, kata Pengarah Pilihan Raya DUN Merlimau BN, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Katanya, daripada jumlah itu, 20 peratus membabitkan pengundi atas pagar yang perlu diberi perhatian bagi memastikan mereka mengundi calon BN, Roslan Ahmad pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.
Beliau berkata, biasanya golongan itu menyebelahi BN, tetapi mereka sering membuat keputusan pada saat akhir kerana ingin menilai terlebih dulu cara jentera parti menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam kempen mereka.

"Bila kita tanya (mengenai sokongan mereka), mereka kata ada empat hari lagi. Kalau kita boleh jawab dengan baik termasuk menyertakan data berkaitan, mungkin akhirnya mereka akan sokong kita.

"Oleh itu, perhatian perlu terus diberikan kepada mereka bagi memastikan mere-ka menyebelahi BN," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan jawatankuasa jentera Pemuda dan Puteri UMNO DUN Merlimau di Pusat Operasi BN di sini, semalam.

Mengulas mengenai pengundi yang masih gagal ditemui, Mohd Ali berkata pihaknya sedang berusaha mengesan dan menghubungi pengundi terbabit yang dipercayai menetap di luar kawasan DUN Merlimau.
"Kita masih belum jumpa kira-kira 20 peratus pengundi yang tinggal di luar DUN Merlimau. Alamatnya ada tetapi orangnya tidak diketahui lokasinya. Jadi, kita kena tanya lebih ramai orang bagi mengesan mereka termasuk mendapatkan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan rakan mereka," katanya.

Ditanya mengenai perjumpaannya dengan jawatankuasa jentera Pemuda dan Puteri UMNO, katanya, pertemuan itu bertujuan mem-perkemaskan lagi strategi kempen kedua-dua jentera supaya lebih mantap.

"Kita berjumpa untuk berbincang masalah dan isu berbangkit selain mengemas kini laporan kempen secara terperinci. Kita juga sudah membahagikan mereka yang terdiri daripada 1,110 jentera Puteri dan 1,142 jentera Pemuda mengikut zon dan peti undi.

"Setiap seorang akan menjaga 10 pengundi. Melalui cara ini mereka dapat mengenali pengundi dengan lebih dekat dan mendalam," katanya.
Kita harap mereka turut bergerak dan mengambil kira pengundi Cina dan India," katanya.

Beliau turut mengingatkan jentera BN supaya tidak leka dan mesti menemui pengundi sekerap mungkin termasuk sehingga hari mengundi dengan membantu mereka ke lokasi pengundian masing-masing.

SPRM panggil Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka

Posted: 01 Mar 2011 04:10 PM PST


SPRM panggil Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/03/02
Beri keterangan dakwaan penyelewengan bina kompleks MAIM

MERLIMAU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin, bagi memberi keterangan berhubung dakwaannya mengenai penyelewengan pembinaan kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Selain memberi keterangan, beliau turut mengemukakan bukti bagi menyokong laporan yang dibuat beliau Rabu lalu termasuk penggunaan wang zakat negeri itu berjumlah RM13.85 juta bagi pembinaan kompleks berkenaan.
Adly berkata, beliau juga menyerahkan bukti berhubung penyerahan hak milik tanah di lot PT 83 daripada MAIM kepada kontraktor dilantik walaupun tempoh perjanjian sudah tamat dan penjualan Lot 105 dan 106 kepada pihak ketiga oleh kontraktor terbabit.

"Saya turut persoalkan mengapa MAIM tidak mengambil tindakan kepada kontraktor selepas gagal melaksanakan projek berkenaan, " katanya pada sidang media di sini, semalam.

Adly sebelum ini mendakwa kontraktor dilantik gagal membina kompleks MAIM dalam tempoh ditetapkan menyebabkan majlis itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks berkenaan yang berjumlah RM13.85 juta menggunakan peruntukan wang zakat.

Sementara itu, PAS menafikan terbabit dalam pemasangan sepanduk yang tertera 'Undi PAS masuk syurga' pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, berkata pihaknya menemui empat sepanduk berkenaan termasuk dua sepanduk tertera 'PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Dato' Seri Anwar Ibrahim' di Permatang Serai dan Merlimau Utara di sini, awal pagi semalam.

Ditanya mengenai kebenaran kenyataan itu kerana sebelum ini dikatakan pernah dibangkitkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, katanya, parti itu secara rasmi tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

"Saya tidak tahu (mengenai kenyataan itu), kena tanya Nik Aziz," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut