Isnin, 28 Februari 2011

Razlan's

Razlan's


Pengiktirafan Sijil Sek Menengah Cina Sudah Menampakan Hasil?

Posted: 28 Feb 2011 03:06 AM PST

** Ada diantara anak-anak cina tidak langsung tahu bercakap bahasa Malaysia .. "


Sinchew Jitpoh
Perkara: sijil sekolah menengah Cina dipolitikan?
Ruangan: Opinion Corner m/s 28
Tarikh: 23 Februari 2011 (Rabu)

Tajuk:
Pengiktirafan Sijil Sek Menengah Cina Sudah Menampakan Hasil?
Tan Poh Chin/ penulis utama akhbar ini

Pilihan raya negeri di Sarawak sudah pun mula bergema. Setiap kali ada pilihan raya keci di peringkat negeri mahupun di peringkat pilihan raya umum, banyak cara pihak pemerintah mahu pikat jiwa rakyat, ia umpama ombak air pasang laut yang semakin tinggi, kini sudah menjadi perkara biasa di negara kita.

Tetapi Timbalan Ketua Menteri Sarawak Chan Hong Nam telah mengumumkan, isu pengiktirafan sijil-sijil sekolah menengah swasta Cina oleh pihak kerajaan seperti sudah hampir menampakan hasilnya. Kenyataan ini seperti mengirimkan satu berita gembira kepada masyarakat Cina, walau bagaimana pun masyarakat Cina masih menaruh teka-teki serta dalam keadaan nunggu dan lihat.

Dalam pemikiran masyarakat Cina sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina ialah sekeping sijil yang mampu melahirkan dan memberi jaminan tahap kelayakan cerdik pandai untuk negara ini; tetapi dalam pandangan pihak kerajaan pusat pula berbeza, pengiktirafan sijil gabungan sekolah menengah Cina itu seperti bom periuk api yang berselerak, ia akan menimbulkan pelbagai isu yang rumit jika diiktiraf, dan perlu lebih berhati-hati sebelum ia dilaksanakan.

Chan Hong Nam sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkuasa dan berkedudukan tinggi, apa yang beliau umumkan itu sudah tentu ada pemberatnya dan mempunyai bukti-bukti tertentu, malangnya masyarakat Cina telah sering dan banyak kali mendengar kata-kata manis dan janji-janji itu, sebab itu masyarakat Cina masih sangsi lagi untuk mempercayainya.

Semasa PRK di Hulu Selangor Chua Sui Lek pernah mengumumkan, pihak kerajaan sedang mempertimbangkan pengiktirafan sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina, akhirnya hanya membenarkan bekas pelajar sekolah menengah Cina memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajran ke IPTS, seperti apa yang dicakap oleh Chua Sui Lek itu langsung tidak membawa sebarang makna.

Berkaitan isu pelajar lepasan peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina masuk ke maktab perguruan, MCA dan Gerakan saling bertelagah tidak habis-habis tentang isu itu, akhirnya membuat keputusan lulus 3 mata pelajaran terbaik dalam peperiksaan gabungan dicampur kredit bahasa Melayu sijil SPM sebagai syarat layak untuk masuk ke Maktab Perguruan, bermakna pengiktirafan sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina masih tergantung dan tidak jelas.

kefahaman ahli-ahli politik dan masyarakat Cina tentang sijil gabungan peperiksaan sekolah menengah Cina masih lagi banyak perbezaannya, sikap dan pandangan dalam masyarakat Cina sangat mudah sahaja, iaitu mahu kelayakan sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina itu disama tarafkan dengan sijil STPM, bagi memudahkan pelajar sekolah menengah Cina masuk ke IPTA dengan menggunakan sijil-sijil itu.

Orang-orang politik melihat isu sijil sekolah Cina itu sebagai gula-gula politik, apabila diperlukan mereka cuma bagi sedikit kemanisan sahaja untuk dirasa, terutama sekali selepas Tsunami politik Mac 2008, perkataan peperiksaan gabungan itu menjadi kata-kata di bibir sahaja oleh ahli-ahli politik untuk milege kepada agenda politik mereka.

Ahli-ahli politik laungkan perkataan sijil gabungan sekolah menengah Cina, apabila sampai ke dalam masyarakat Cina ia mudah berlaku penapaian dengan sendirinya, itu adalah stategi terbaik ahli politik untuk meraih sokongan undi dari kalangan masyarakat Cina.

Sebenarnya selama ini apa yang masyarakat Cina perjuangkan ialah, mahu satu kedudukan yang adil dengan pengiktirafannya sijil sekolah menengah Cina itu, ini sebenarnya mahu menguji pihak kerajaan sama ada mahu tangani masyarakat Cina dengan adil ataupun tidak.

Pada bulan November tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dengan terang dan jelas berkata: kementerian Pelajaran tidak mengiktiraf sijil peperiksaan sekolah Menengah Cina, kerana sijil-sijil itu tidak di bawah sistem Kementerian Pelajaran Malaysia, tidak menggunakan skima silibus yang diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran.

Selepas 3 bulan dari tarikh beliau bercakap sehingga ke hari ini, sijil gabungan sekolah Cina walupun masih tidak menggunakan skima silibus Kementerian Pelajaran, Najib akan memberi kata putus sijil gabungan sekolah-sekolah menengah Cina pada 5 Mac di Sarawak nanti, adakah sijil itu akan diiktiraf? Ia menimbulkan tanda tanya buat semua orang.

Tetapi jika pengiktirafan sijil-sijil itu masih samar-samar pada pilihan raya di negeri Sarawak kali ini, diharap masyarakat Cina jangan rasa kecewa dan hampa, kerana kita ada banyak lagi pilihan raya kecil akan dilangsungkan, dan pilihan raya umum juga sudah tidak jauh lagi dari sekarang, tunggu ujian keras kita nanti.

Anak-anak Cina mempunyai tanggungjawan besar !

Posted: 28 Feb 2011 03:05 AM PST

China Press
Perkara: antara guru dan murid?
Ruangan: bilik perbincangan rakyat m/s C16
Tarikh: 26 Februari 2011 (Sabtu)

Tajuk:
Anak-anak Bangsa Cina mempunyai tanggungjawab besar untuk masa depan
Nama samaran Lee Wei/ aritikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Saya pernah menjadi seorang guru di sekolah menengah kebangsaan dan
sekolah menengah Cina Swasta, saya mempunyai pandangan dan perasaan
yang perbezaan di antara kedua-dua jenis sekolah ini.

Semasa saya berada di sekolah menengah Cina swasta saya dapat rasakan
keseronokan apabila tiba masanya suasana musim perayaan kaum Cina.
Contohnya pada hari tahun baru Cina, cikgu-cikgu diberi limau sebagai
hadiah penghargaan pada musim perayaan itu, dapat diraikan dalam
majlis makan, penolong guru besar lebih mesra melayan cikgu-cikgu,
tidak kurang juga peranan guru besar sendiri yang menjadi pengacara
makan malam melayan semua guru-guru, berperwatakan tuhan rezeki
memberi angpau ke meja-meja makan guru-guru yang hadir. Saya rasa amat
seronok, dapat rasakan bahawa guru besar begitu perihatin terhadap
semua guru-guru. Dalam fikiran saya guru besar adalah orang yang
terletak tinggi di atas, mempunya kewibawaan yang tertentu, beliau
sanggup turun ke bawah sama-sama berkorban meraikan jamuan hari raya
bersama guru-guru. Dengan ini saya berbanyak berterima kasih kepada
guru besar itu.

Imbas kembali sebelum itu saya pernah mengajar di sekolah menengah
asrama penuh, guru besar di sekolah itu seperti terlalu tinggi tidak
boleh disentuh. Dia pernah mengarahkan guru-guru memberi amaran kepada
murid-murid tidak boleh bercakap sambil berjalan, murid-murid nampak
guru besar lari menyorok seperti tikus nampak kucing, semua roang
menghormati setia tabik hormat kepada guru besar itu; saya sebagai
seorang guru melihat keadaan itu, apabila masuk ke kawasan sekolah
seperti dalam keadaan berjaga-jaga seperti suasana di medan
pertempuran perang, apabila mahu bercakap kena berhati-hati dan
perlahankan suara, kerana guru besar itu ada taring, dan rasa agak
susah untuk didekati.

Tidak Ada Perbezaan Kasta Pangkat?

Saya melihat sekolah menengah Cina swasta pergaulan guru besar guru
dan murid-murid boleh saling bertepuk bahu di antara mereka,
kadang-kadang rasa tidak masuk akal. Kemesraan guru-guru dan murid
begitu akrab sekali, tidak dinafikan ia boleh merapatkan hubungan
silaturahim di antara mereka, adakah dengan cara itu murid-murid ambil
kesempatan pijak kepala guru-guru? Jika mereka lakukan kesalahan
adakah mereka tidak rasa bersalah dan rasa khuatir?

Ada sesetengah murid apabila terserampak saya, mereka akan ucapkan
perkataan "hai"; saya perbetulkan mereka dan tanya mereka kenapa
berucap hai apabila berjumpa cikgu, mereka menjawab ucapan "hai" itu
lebih mesra, saya rasa cara itu lebih baik daripada murid-murid nampak
cikgu langsung tidak bersuara untuk menghormati cikgu.

Saya pernah nampak bekas murid-murid yang telah tamat sekolah, kembali
kesekolah semasa ambil sijil tamat sekolah boleh dengan ariang
berbual-bual dengan cikgu-cikgu, pakaian mereka memeranjatkan saya,
bekas murid-murid perempuan mengenakan kasut fasion terkini, bekas
murid lelaki mewarna rambut, menunjukkan anak-anak Cina telah
ketepikan adat dan tradisi yang paling asas itu. Saya pernah timbulkan
persoalan itu di dalam kelas saya mengajar secara peribadi, tetapi
mereka rasa mengenakan pakaian seperti itu masuk ke dalam kawasan
sekolah tidak ada yang tidak kena. Adakah menghormati guru itu telah
hilang dalam mata kasar anak-anak kaum Cina dan telah terhakis dan
dilupakan.

Apa dalam fikiran saya sama ada budaya dan tradisi kita telah
ketinggalan zaman? Ataupun saya sendiri sepatutnya berubah? Ataupun
perbaiki dan perbaharui budaya dan tradisi lama itu?

Boleh beramah mesra dengan murid-murid itu satu petanda baik, tetapi
kita jangan lupa pada masa yang sama mengikut kesesuaian menasihati
mereka, supaya mereka mendapat didikan yang baik, dengan itu untuk
menjadi seorang guru itu bukan begitu mudah!

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Al Fatehah - Perginya Seorang Lagi Pejuang Blogger Pahang

Posted: 28 Feb 2011 03:35 PM PST

Tuesday, March 1, 2011



Al Fatehah

Marilah kita sedekahkan surah Al-fatehah buat bekas ADUN Pulau Tawar Negeri Pahang, Dato Azizan Yaakob yang telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.

Allahyarham telah menghembuskan nafasnya terakhir setelah tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma semenjak pagi 26hb Februari iaitu hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau.

Keluarga Allahyarham telah memindahkan beliau dari Hospital Temerloh ke Hospital Kuala Lumpur setelah keadaannya semakin kritikal. Allahyarham Dato Azizan diserang stroke pada awal subuh Sabtu yang lepas.

Pernah menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia sewaktu kepimpinan Zahid Hamidi, Allahyarham juga aktif dalam dunia Bloggers. Kendalian blog Melayurayadaily.blogspot.com

Psssttt...Ajal dan maut di tangan Allah SWT.....AL Fatehah....

AWAS : 'Skuad kamera' pembangkang cenderung sebar fitnah

Posted: 28 Feb 2011 03:31 PM PST




'Skuad kamera' pembangkang cenderung sebar fitnah

JASIN 28 Feb. - Tindakan Pas menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan calon dan peraih undi Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau hanya mendedahkan kelemahan jentera pilihan raya parti itu yang ketandusan isu untuk dimanipulasikan.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau cuma khuatir 'skuad' berkenaan akan lebih menjurus kepada gejala menabur fitnah dan dakyah yang amat dicela oleh Islam.

"Terima kasih kerana beritahu, kita akan senyum... tapi hakikatnya kita (BN) tumpu kepada strategi sebab kalau nak 'buat cerita', macam-macam fitnah dan dakyah akan berlaku.

"Macam insiden Nik Aziz (beri duit kepada Orang Asli pada kempen pilihan raya kecil Galas tempoh hari), itu kita serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita ada peraturan dan saya percaya semua parti faham akan peraturan (berkempen) ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru kepada 586 guru besar sekolah rendah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa Pas telah menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan jentera pilihan raya BN.

Menurut Abdul Halim, gambar yang akan diambil termasuk jika wujud pergerakan elemen rasuah itu kemudian akan dicetak dan disebarkan sebagai modal kempen Pas pada saat-saat akhir pengundian Ahad ini.

Dalam pada itu mengulas tindakan isteri calon Pas, Shakila Mohamad yang juga seorang guru mengiringi suaminya, Yuhaizad Abdullah berkempen untuk meraih sokongan pengundi, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata:

"Dia ada kelayakan dari segi jawatan (guru) dan dia bebas ke mana sahaja asalkan tidak melanggar peraturan perkhidmatan awam, kerajaan tidak akan berniat jahat terhadapnya."

Dun Merlimau : Untuk Menang Pas Perlukan 45% Undi Melayu

Posted: 27 Feb 2011 04:42 PM PST

Dun Merlimau : Untuk Menang Pas Perlukan 45% Undi Melayu
Berita, Komentar, Ulasan & Pendapat27 Feb — PAS memerlukan 45 peratus undi Melayu untuk merampas kerusi Merlimau, yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), sekali gus menghantar wakil rakyat pertamanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka





Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sudah berjaya memperoleh 41 peratus undi Melayu dan memerlukan empat peratus lagi untuk mencapai kemenangan.
"Saya harus akui bahawa kita tidak mempunyai peluang untuk menang tapi kita yakin dengan strategi di sini kita boleh mendapatkan 61 peratus undi," katanya pada sidang media Markas PAS di sini.
Halim berkata PAS juga menyasarkan 75 peratus undi Cina dan 40 peratus undi India.
Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.
DUN Merlimau yang mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, meliputi tujuh daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 6,935 orang (64.9 peratus), Cina 2,218 orang (20.8 peratus), India 1,510 orang (14.1 peratus) dan lain-lain 16 orang (0.2 peratus).
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menafikan parti Islam itu menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau semata-mata mahu meraih sokongan pengundi Melayu di kawasan itu.

Sebaliknya, Idris berkata parti Islam itu akan menggunakan apa sahaja pendekatan yang boleh membantu meraih sokongan pengundi termasuk pengundi Melayu.
"Kita ambil semua, di kalangan ulama pun ada, wanita pun ada, orang muda juga ada dan juga Bob Lokman.
"Kalau kita lihat pengundi-pengundi sama ada ada PhD sampai tak ada kelulusan juga adalah peminat Bob Lokman," katanya.
Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai PAS pada 19 Februari lalu.
Beliau merupakan salah seorang penceramah jemputan PAS pada pilihan raya kecil DUN Merlimau yang berlangsung ini.
Malam tadi Bob Lokman turut memberikan ceramah di Merlimau Pasir yang dihadiri kira-kira 500 orang.
Tambah Idris, penyertaan Bob Lokman dalam kempen pilihan raya PAS akan membantu meraih sokongan pengundi Melayu.
"Ini salah satu pendekatan kita selama ini, kita lihat dan saya anggap sebagai satu sindiran tajam tentang pada orang yang sedikit tahu hal agama tiba-tiba menyertai perjuangan PAS.
"Walaupun dulu Bob Lokman adalah seorang artis tapi beliau berminat untuk bersama dengan PAS," katanya.
Pada sidang media itu juga, Idris menegaskan pengundi Melayu perlu memberikan sokongan kepada calon PAS Yuhaizat Abdullah agar Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu akan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Melaka dalam isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam.
"Kita harap pengundi akan pilih wakil rakyat PAS-Pakatan Rakyat untuk menjaga hal ehwal agama Islam seterusnya berganding bahu dengan wakil rakyat DAP seramai lima orang.
"Kira harap beliau (Yuhaizat) dapat mewakili PAS di Melaka untuk tegur pihak kerajaan terutamanya dalam hal-hal penghormatan agama Islam," katanya.
Melaka mempunyai 28 kerusi yang mana 23 dimenangi BN manakala lima diwakili DAP.
Yuhaizat akan berdepan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin.TMI
 

In Merlimau, BN sees return of Chinese votes

Posted: 27 Feb 2011 04:30 PM PST

 

February 28, 2011
Ali Rustam believed BN would take over half the Chinese votes there. — file pic
JASIN, Feb 28 — Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam yesterday said Barisan Nasional (BN) was confident of regaining the support of the Chinese community in the Merlimau by-election. Mohd Ali told The Malaysian Insider BN has targeted an increase over the 40 per cent of Chinese support it received during the 2008 general election.
"I am confident that we [can] get additional votes from the Chinese electorate in the Merlimau state seat as I have seen positive and good response from the community.
"I think we can get more than 50 per cent of Chinese support, and if you look at the situation now where everybody is okay and happy," he said after visiting a Chinese community in Kampung Chin Chin.
The Merlimau by-election was called following the death of Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan on January 20.
The seat's electoral roll has 10, 679 votes, with 6,935 Malay voters, 2,218 Chinese voters and 1,510 Indians voters.
Pengkalan Samak and Merlimau Pasir will be highly contested as both districts constitute more than 1,000 Chinese votes.
Pengkalan Samak is also the biggest district and holds the town centre.
PAS election director Datuk Abdul Halim Abdul Rahman claimed on Saturday that the party has already captured 41 per cent of the Malay electorate in Merlimau.
The Pengkalan Chepa MP added the party needed another four per cent of Malay votes to ensure victory in the state seat.
Abdul Halim also said PAS was targeting 75 per cent of the Chinese votes and 40 per cent of Indian votes.
Yesterday, Mohd Ali dismissed the claims and accused PAS of making unfounded claims.
"PAS can say whatever it wants to say. It is an arrogant party and likes to spread allegations," he said.
He added that PAS will not be able to fool the people of Malacca.
"The Malacca public knows that PAS likes to make slanderous accusations. I do not think that the people of Merlimau will give them much support. Maybe some will vote for PAS but not a lot," he said.
Mohd Ali said PAS should not expect any free votes and questioned the party's contributions to the state so far.
The chief minister also said that BN will win by a bigger majority, but did not reveal the target figure.
In 2008, the late Mohamad Hidhir retained the Merlimau state seat after he defeated PAS's Jasme Tompang by a majority of 2,154 votes. In Election 2004, he won the seat by 5,087 votes.
Merlimau is located within the Jasin parliamentary constituency, a stronghold of BN, which won all the five state seats in Election 2008.
The by-election will see a straight fight between PAS's Yuhaizat Abdullah and Umno's Roslan Ahmad.
BN currently controls 23 seats in the Melaka assembly while DAP is the only opposition with five.

PENGUNDI MERLIMAU TAHU APA ITU PAS....

Posted: 27 Feb 2011 04:21 PM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pengundi-pengundi di DUN Kerdau dan Merlimau cukup mengetahui bentuk sebenar perjuangan PAS yang sanggup menimbulkan fatwa karut serta penyelewengan agama bagi tujuan poltik dan memancing undi.

Bagi beliau, dua pilihanraya kecil serentak membabitkan calon parti itu memberi satu peluang kepada rakyat membuat perbandingan serta asas untuk mengetahui siapa akan mereka pilih sebagai wakil rakyat.

"Dalam setiap pilihan raya kecil, pengundi adalah raja dan mereka ada cita rasa serta inspirasi. Pilihan raya kali ini beri satu peluang kepada rakyat buat perbandingan antara Barisan Nasional dan PAS," katanya pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Kerdau, di Temerloh, Sabtu.

Selain itu, Muhyiddin memberi contoh bagaimana PAS mempertikai kelayakan bahasa Arab calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad kononnya ijazah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau itu adalah palsu.

"Mereka sudah tidak ada bahan lain nak dijadikan isu..saya rasa Syed Ibrahim boleh tunjuk ijazah yang sebenar supaya pengundi akan tahu siapa mereka akan pilih," katanya.

Calon BN itu yang hadir sama sidang media berkenaan kemudian mengeluarkan ijazah yang dimaksudkan serta menunjukkan kepada wartawan yang hadir.

Menurut Muhyiddin, pihak lawan sudah tidak ada modal lain sama ada di Kerdau mahupun di Merlimau pada pilihan raya kecil ini.

"Saya di sana (Merlimau). Itu pun tak ada isu...pembangunan berjalan baik. Sebab itu mereka sasar pada calon atau pengarah PRK dan cari cerita karut marut untuk pengaruhi fikiran pengundi," ujar Timbalan Pengerusi BN itu.

Malah menurut Muhyiddin, PAS juga turun dengan pemimpin besar pembangkang buat cerita Felda bangkrap tetapi peneroka tahu itu semua cerita bohong.

"Bila tengok keputusan (PRK DUN Tenang) di Felda, kita menang kerana cerita bohong mereka tidak berkesan sebab rakyat tahu itu pembohongan," kata beliau.

Namun Muhyiddin berkata, BN tidak pernah menganggap kemenangan calon mewakili parti itu dapat dicapai dengan mudah walaupun sentimen dan majoriti sokongan rakyat meningkat.

"Kita tidak tahu hati pengundi di bawah..Kita tak boleh pandangan mudah sikap mereka tetapi jentera perlu kena siap sedia memastikan momentum sokongan terus bergerak," tegasnya.

Beliau yakin pengundi di Kerdau akan menerima Syed Ibrahim begitu juga dengan calon BN di Merlimau, Roslan Ahmad.

"Mereka berdua ini akan bawa obor BN dan kita amat mengharapkan sokongan pengundi bagi memastikan kemenangan calon kita dengan majoriti sebesar mungkin," ujar Muhyiddin lagi.

PRK DUN Kerdau menyaksikan pertembungan Syed Ibrahim dengan calon PAS Hasanuddin Salim manakala Roslan berdepan Yuhaizad Abdullah di Merlimau.

Terdahulu, Syed Ibrahim diiringi Muhyiddin serta pemimpin komponen lain seramai kira-kira 3,000 orang berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak Temerloh manakala Hasanuddin diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 2,000 penyokong.-26/2/2011

Pusat Media tempat berteduh….

Posted: 27 Feb 2011 04:18 PM PST




Satu perkara yang baik tetapi jarang ditulis wartawan yang buat liputan dalam pilihanraya kecil ini adalah kewujudan Pusat Media Jabatan Penerangan.
Pusat Media ini sejarahnya mula ditubuhkan semasa pilihanraya kecil Bagan Pinang dan kekal hingga hari ini.
Di Merlimau ini, Pusat Media terletak berhampiran dengan Politeknik, Pusat Opreasi BN dan tidak jauh dengan markas PAS. Kiranya strategik sekali.
Bagi para wartawan, yang keluar meliputi program pagi, tempat terbaik hendak hantar berita adalah Pusat Media ini.
Selain ada 20 komputer, ada wifi untuk yang bawa laptop, tempat sembayang untuk yang beragama Islam dan paling penting ada makan-minum percuma.
Menurut pegawai yang jaga pusat ini, Lim Ann Teck, mereka beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
"Hingga kini ada lebih 80 wartawan dengan 17 agensi yang berdaftar dengan kami," katanya.
Seorang kawan yang sama-sama cover pilihanraya ini mengaku kalau tak ada Pusat Media 'jenuh' melepak kat restoran.
"Panas-panas macam ini, nasib ada tempat berteduh, boleh melepak tukar cerita, hantar berita dan makan free, syukur…" kata kawan itu. - 27/2/2011



Di Tenang ada Tok Ai, di Merlimau ada Ron…




Nama panggilan menjadi cara baru berkempen, terutama bila calon itu anak jati di kawasan yang dia bertanding.
Kalau di Tenang, calon BN masa itu Azhar Ibrahim popular dengan panggilan 'Tok Ai'.
Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad lebih dikenali dikalangan penduduk tempatan sebagai Ron.
Dari segi latar belakang, mereka berdua hampir sama, ayah bekas orang politik, dikenali dan berjasa besar di kawasan yang kini mereka tandingi.
Seperti Tok Ai, Ron juga mempunyai keluarga yang besar di Merlimau, selain kawan yang ramai sebab memang dari kecil sampai kerja duduk di kawasan ini.
Ron sendiri ketika ditemui Agendadaily, anggap latar belakangnya satu bonus dan dia sendiri akan bekerja keras untuk menarik sokongan kepada BN.

Apa dinasti, yang dalam DAP dan PKR tu apa…?
Bila BN pilih Ron jadi calon maka berbunyilah kata BN amal sistem dinasti. Walau dari segi fakta tak betul sebab baik Tok Ai mahu pun Ron, ayah masing-masing sudah digantikan dengan orang lain lama sebagai ADUN dulu baru mereka dipilih.
"Dinasti yang ganti berturut-turut macam Lim Guan Eng ganti jawatan paling tinggi dalam DAP iaitu Setiausaha Agung dari ayahnya Lim Kit Siang," kata seorang kawan masa minum petang tadi.
Sebab itu kot, bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Azalina Mohd Said dalam twitternya balun bab pembangkang kata UMNO amal sistem dinastinya.
"PAS kata UMNO amal sistem dinasti, tapi terlepas pandang dinasti yang wujud dalam DAP dan PKR. Kalau boleh nak letak semua 'family' dalam saf kepimpinan" tweet beliau.

Merlimau yang panas berangin…
Bagi yang pertama kali datang ke Merlimau dan terus sertai perarakan calon, ada yang mengeluh kata cuaca panas sungguh.
Cuaca di sini terutamanya bila nak masuk bulan Mac dan April memang macam itu, pertukaran manson, kata seorang nelayan yang kami jumpa masa minum di gerai tepi jalan di sini Sabtu malam.
"Cuaca panas sebab angin laut bertiup ke darat sebelah siang, sebab itu rasa berbahang," katanya.
Menurut pak cik itu, berdasarkan pengalamannya cuaca panas berangin ini akan berterusan dan beliau jangka kalau hujan pun sekejab-sekejab saja, tak ada sampai banjir macam di Tenang tempoh hari.
Ada wartawan yang harap program kedua-dua parti yang bertanding dikurangkan sebelah tengahhari, "Boleh pengsan kalau kena berjemur tengah panas ni.."katanya.-26/02/2011

Ali Rustam mengaku Melaka kalah dengan Kelantan

Posted: 27 Feb 2011 04:14 PM PST



Oleh: HELME HANAFI



Jarang-jarang ketua sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan.

Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah.

Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.

"Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,"katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.

Sebab itu kata, Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini.

"Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah," katanya.

Sekolah Harapan", adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.

18 kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan

Sebut bab Melaka gagal ini, ahli Dewan Negara asal Melaka Senator Akbar Ali ada pandangan lain, beliau dalam satu tulisan khas mendedahkan 18 perkara yang dijadikan perbandingan antara kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan.

"Soal penagih dadah, sekali lagi kita kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1902 orang,"kata beliau.

Menurut beliau semua sumber yang menjadi angkubah ini sahih kerana diambil dari sumber rasmi.

"Kelantan bukan sahaja tercicir dari segi ekonomi, tetapi sebagai Serambi Mekah yang digahkan, ia terus bergelumang dengan kemelut gejala sosial," katanya.

Antara yang diukur adalah kadar kemiskinan di mana 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus.

Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta.

Selain itu, penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka 923 pasangan, di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009.

Keseluruhan jenayah tahun 2010 Melaka 5,967 berbanding Kelantan 7,900. Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221.

Berdasarkan semua fakta itu, Akbar Ali, menyeru ahli PAS agar melakukan tranformasi kerana kata beliau, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. - 27/2/2011

BN and PAS candidates go all out to woo voters in Merlimau

Posted: 27 Feb 2011 04:09 PM PST


BN and PAS candidates go all out to woo voters in Merlimau

JASIN: On the campaign trail, the local folk in Merlimau call him Ron.

"You know, I'm a local boy. When they see me, they would greet me by my nickname," said an upbeat Roslan Ahmad.

The Barisan Nasional candidate said he does not feel tired while campaigning.

"I am enjoying it. Furthermore, my wife (Zalifah Omar) is with me and she keeps talking so that I will not feel exhausted," the father of four added. Roslan, 44, said he tried to attend every event arranged by the people to make sure he meets all the voters before polling day.

"InsyaAllah, I will be able to move around with little rest until the polling day. It's important that I have a chance to personally meet the electorate. I don't feel tired when I see them," he said.

The Jasin Umno division member and his challenger, Malacca PAS Youth deputy chief Yuhaizad Abdullah, 38, are both taking a personal approach to woo the more than 10,600 voters.

Yesterday, Roslan and Yuhaizad started their rounds at about 5am to catch as many voters as they could during the weekend.

They covered many areas, including their respective operations centres.

Yuhaizad, too, has not given in to fatigue and was also confident of support, saying: "I am not tired and will go all out to ensure the voters make changes.

"They (the voters) are in my heart. I know most them and they are supportive of me," he said, adding that their backing reduced the fatigue although he had to cover more areas during the campaign period.

The Merlimau by-election follows the death of Barisan's incumbent assemblyman Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan from a heart attack on Jan 20.

PAS mula merendah diri untuk tagih undi simpati

Posted: 27 Feb 2011 03:59 PM PST



2011/02/28

Kempen pembangkang pada masa lalu tabur fitnah, provokasi

SELEPAS tewas dua kali berturut-turut pada pilihan raya kecil di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor, PAS nampaknya meletakkan diri sebagai 'underdog' dalam menghadapi pilihan raya kecil serentak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini. Sikap merendah diri PAS, sesuatu yang jarang dilakukan oleh parti itu sebelum ini, disuarakan oleh pemimpin kanannya selepas penamaan calon di Jasin dan Temerloh, kelmarin.

Di Temerloh kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya menyedari bukan mudah untuk mencapai kemenangan di Kerdau walaupun parti itu menampilkan calon terbaiknya. Di Jasin pula, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengakui tugas untuk menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Merlimau agak sukar, tetapi PAS akan menentang habis-habisan atas semangat demokrasi.
Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS pada 6 Mac ini. Di Merlimau, BN diwakili oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, yang akan berdepan dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah, 38. Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, ditentang oleh Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43, di Kerdau.
Walau apa pun muslihat PAS apabila mengambil pendekatan sedemikian, kerusi Merlimau dan Kerdau sebelum ini, memang sentiasa dimenangi calon BN.
Berdasarkan rekod beberapa pilihan raya terdahulu, kedua-dua kerusi berkenaan memang dianggap sebagai kubu kuat BN. Cuma, antara dua kerusi itu, PAS dilihat lebih kuat di Kerdau berbanding Merlimau kerana 90 peratus pengundi di Kerdau adalah orang Melayu berbanding kira-kira 70 peratus pengundi Melayu di Merlimau.

Kerusi Kerdau dahulunya dikenali sebagai Sanggang dan terletak dalam kawasan Parlimen Mentakab, tetapi selepas persempadanan semula pada 2004, Kerdau diletakkan dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

Apapun, dua pilihan raya kecil ini, mungkin yang terakhir bagi penggal Parlimen sekarang, amat penting kepada BN dan PAS dalam menilai keberkesanan pelbagai aspek persiapan masing-masing untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Bagi PAS pula, Merlimau dan Kerdau boleh dilihat sebagai penentu sejauh mana kemampuannya menyekat momentum BN sekarang. Kerana itu, ramai melihat kenyataan merendah diri dua pemimpin kanan PAS pada hari penamaan calon kelmarin tidak lebih daripada taktik untuk menagih undi simpati rakyat Merlimau dan Kerdau.
Seperkara lagi yang turut menarik perhatian pada dua pilihan raya kecil ini ialah sejauh mana penceramah pembangkang tidak menggunakan taktik menyerang peribadi calon lawan, taktik yang sering digunakan pembangkang apabila ketiadaan isu besar untuk memburukkan parti lawan. Jika keputusan beberapa pilihan raya kecil lalu boleh dijadikan ukuran, langkah BN tidak mengendahkan pelbagai provokasi, fitnah dan serangan peribadi pembangkang ternyata memihak kepadanya.

Abdul Hadi, memberitahu pemberita di Temerloh kelmarin, PAS tidak akan menggunakan kempen yang menyerang peribadi lawan dalam setiap ceramahnya sepanjang kempen berlangsung. Di Jasin pula, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dilaporkan berkata serangan peribadi ke atas calon tidak seharusnya berlaku dan PAS tidak akan berbuat demikian sepanjang kempen.

Kesan daripada kenyataan senada dua pemimpin kanan PAS itu ditunggu dengan penuh minat sepanjang kempen di Merlimau dan Kerdau ini.

Apakah benar pembangkang tidak akan mengulangi taktik lama mereka terutama pada saat akhir berkempen dengan menabur fitnah dan melakukan provokasi dalam tempoh seminggu ini? Yang jelas, calon BN di Kerdau kelmarin terpaksa tampil menunjukkan sijil asal Ijazah Bahasa Arab yang diperolehnya daripada Universiti Al-Azhar pada 1997 selepas hampir seminggu dituduh gagal menamatkan pengajiannya di Mesir.

PEMBANGKANG AMAL KRONISME

Posted: 27 Feb 2011 03:53 PM PST


Bukan BN, tapi pembangkang yang amal kronisme - Idris

JASIN 27 Feb. - Dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) mengamalkan kronisme berhubung pemilihan Roslan Ahmad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau tidak berasas sama sekali.

Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Idris Haron berkata, BN tidak pernah memilih calon berdasarkan kroni tetapi atas kebolehan individu itu sebagai calon yang boleh menang.

Menurutnya, secara kebetulan bapa Roslan, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin adalah bekas wakil rakyat di Jasin dan bapa saudaranya, Datuk Abu Zahar Ithnin adalah bekas Ketua Menteri Melaka yang kelapan.

"Allahyarham bapa Roslan sudah meninggal dunia 19 tahun lalu iaitu pada 1991 dan bapa saudaranya pula bersara sebagai ketua menteri 11 tahun lalu.

"Oleh itu, tidak timbul soal kroni mengaitkan pemilihan Roslan sebagai calon BN untuk meneruskan legasi kepimpinan keluarganya.

"Beliau (Roslan) dipilih atas kapasiti dan kebolehannya sendiri," kata Idris ketika ditemui di sini hari ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu sebaliknya menegaskan bahawa pembangkang sebenarnya lebih mengamalkan dasar kroni.

Perkara itu katanya dapat dilihat apabila DAP dikuasai Penasihatnya, Lim Kit Siang bersama anaknya yang juga Setiausaha Agung, Lim Guan Eng serta menantunya, Betty Chew.

Katanya, Kit Siang sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Guan Eng pula sebagai Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Putih di Pulau Pinang yang juga Ketua Menteri negeri itu manakala Betty sebagai ADUN Kota Laksamana di Melaka.

"Begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikuasai oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sudahlah Anwar sebagai Penasihat PKR, isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anaknya, Nurul Izzah pula sebagai Naib Presiden," katanya.

Beliau menambah, begitu juga dengan keluarga Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut mewujudkan kroni.

Ujarnya, Karpal adalah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor sementara dua anaknya iaitu Gobind Singh Deo ialah Ahli Parlimen Puchong dan Jagdeep adalah ADUN Dato Keramat.

Sehubungan itu, Idris meminta pengundi di Merlimau tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang yang membangkitkan isu kroni mengaitkan calon BN di Merlimau.

12,000 bendera BN penuhi Merlimau

Posted: 27 Feb 2011 03:51 PM PST



Oleh Norizan Abdul Muhid
utusanmelaka@utusan.com.my

BENDERA Barisan Nasional kelihatan menenggelamkan bendera parti pembangkang di Kampung Ayer Merbau, Merlimau, Jasin, Melaka semalam. - utusan/GAIE UCHEL

JASIN 27 Feb. - Lebih 12,000 bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di sekitar Merlimau sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Penolong Setiausaha BN Melaka, Datuk Hasan Rahman berkata, sebahagian besar dipasang pada laluan masuk dan sepanjang jalan di Merlimau bagi menarik perhatian masyarakat pelbagai kaum menyokong calon BN, Roslan Ahmad.

Menurutnya, jumlah bendera BN yang sedia ada akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memeriahkan bahang pilihan raya di kawasan itu.

"Dalam masa terdekat ini, kita akan menambah 10,000 bendera BN untuk dipasang di tempat-tempat awam dan kawasan tumpuan pengundi Merlimau," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Roslan Ahmad, 44, akan ditentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38, pada 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Selain itu kata Hasan, pihaknya mengadakan lebih 321 perjumpaan berkumpulan dengan pengundi di Merlimau.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Jasin berkata, melalui pertemuan yang diadakan itu, pihaknya yakin BN mampu meraih sokongan penuh pengundi.

Beliau turut meminta anak kelahiran negeri ini khususnya dari kalangan selebriti agar turun padang ke Merlimau bagi memberi sokongan kepada calon BN pada pilihan raya kecil ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Merlimau hari ini mendapati perang poster dan risalah kedua-dua parti masih hambar.

Persiapan kempen dari segi pemasangan bendera dan poster giat dilakukan oleh BN namun nampaknya kurang aktif di pihak Pas memandangkan tidak semua tempat di Merlimau dipasang dengan bendera parti itu.

Para peniaga pula memanfaatkan peluang kehadiran ribuan jentera pilihan raya BN dan Pas dengan menjual pelbagai jenis makanan, minuman serta buah-buahan di tepi-tepi jalan.

Polemik 'dinasti' Pas

Posted: 27 Feb 2011 03:47 PM PST


Polemik 'dinasti' Pas

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

DI Merlimau ketika ini Pas dikatakan tidak senang duduk. Semuanya serba tidak kena kerana tiada isu kukuh yang boleh dipolitikkan. Jenis isu mana yang mahu dikontroversikan untuk berdepan dengan BN menjadi kemelut Pas. Kalut Pas membawa kepada tindak-tanduk calonnya, Yuhaizad Abdullah yang dilihat lebih banyak berdiam diri dan kurang berinteraksi apabila ditanya media mengenai visinya untuk pengundi Merlimau.

Sebaliknya, dia hanya sekadar menyerahkan kepada kepimpinan Pas Melaka dan Pusat untuk menyusun strategi mencipta isu yang sesuai. Kerana ketiadaan isu konkrit inilah maka Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik cuba menguji pengundi dengan mencetuskan isu 'dinasti dan legasi' yang mahu dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad.

Meskipun pemilihan Roslan dilihat ramai pemerhati tidak bersandarkan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithin yang meninggal dunia pada 1991 dan bapa saudaranya bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang tidak lagi mengetuai kerajaan Melaka pada 1999 lagi, Kamaruddin tetap tidak 'putus asa'.

Malah, dengan senang hati pula dan tanpa membuat 'kerja rumah', Kamaruddin mendakwa BN yang diwakili UMNO mengamalkan sistem dinasti secara turun temurun bagi jawatan pemimpin dari bapa kepada anak. Yang menjadi mangsa ialah Roslan. Soal jarak masa bapa dan bapa saudaranya tidak lagi berada dalam kerajaan negeri dengan tarikh beliau dinamakan sebagai calon BN bukan lagi persoalan.

Dakwa Kamaruddin, amalan 'dinasti' itu telah lama berlaku dalam UMNO, malah beliau mendakwa lagi kononnya 'orang ramai yang saya temuipun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini'. Benarkah?

Mungkin Kamaruddin sengaja tidak mahu menyamakan perkataan 'nepotisme' untuk 'dinasti'. Barangkali untuk mengelirukan pengundi Merlimau bahawa realiti sebenarnya ialah pihak pembangkanglah yang amat menjuarai dalam hal ini.

Kamaruddin sewajarnya melihat amalan 'dinasti' ini yang mana para pemimpin yang menerajui sesebuah parti menurunkan kuasa kepada anak beranaknya untuk jawatan tertinggi dalam DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - sekutu utama Pas dalam pembangkang.

Cuba Kamaruddin renung-renungkan dua perkataan iaitu kronisme & nepotisme (juga dinasti) yang menjadi modal Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang UMNO dan BN. Sebenarnya yang kuat mengamalkan kronisme dan nepotisme adalah Anwar sendiri.

Sejak beliau memegang jawatan di dalam Kabinet sehinggalah menjadi Ketua Umum PKR, amalan itu tidak pernah lekang daripada beliau. PKR menjadi sebuah parti anak beranak dan kroni Anwar sekeluarga apabila Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyandang jawatan Naib Presiden parti itu. Si ayah menjadi ketua umum, si ibu menjadi presiden dan si anak pula naib presiden.

Anwar bertindak ala pengurus kempen pula kepada semua calon pilihan semasa bertanding kepimpinan Pusat PKR. Beliau mahukan orangnya menguasai keseluruhan parti dari peringkat cabang sehinggalah ke peringkat pusat. Apabila Kamaruddin melabelkan UMNO sebagai parti yang mengamalkan kronisme dan nepotisme, seolah-olah dia membuka pekung sendiri.

Segala apa yang ditohmah oleh Kamaruddin terhadap Roslan di Merlimau kini kembali kepada diri Pas, partinya yang bersekutu dengan PKR yang paling ketara mengamalkan 'dinasti' dan kronisme ini.

Demikian jugalah wujud dinasti politik lain seperti gandingan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew, selain Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo.

Kamaruddin sewajarnya bermuhasabah diri. Seperti mana kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil DUN Merlimau itu dibuat berdasarkan merit.

Perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira, malah tidak dapat dielakkan. Yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap potensi Roslan.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Esok, Nik Aziz mungkin kata dia pun tak kisah jadi benggali

Posted: 27 Feb 2011 09:55 PM PST

TIDAK mustahil esok Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat akan berkata beliau tidak kisah dilahirkan sebagai benggali kerana tidak pernah meminta dilahirkan sebagai Melayu.

"Semalam dia kata tak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli, maka saya tidak menolak esok dia juga akan berkata tak kisah jadi benggali asalkan PAS mendapat sokongan rakyat," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sambil menyifatkan Menteri Besar kelantan itu seperti 'sesumpah', beliau kesal Nik Aziz masih berterusan memainkan isu bangsa dan agama untuk meraih simpati.

Katanya, Nik aziz sanggup bercakap putar belit dengan berselindung disebalik pengertian agama apabila berada di dalam kumpulan berbeza.

"Dalam kumpulan Cina, dia kata PAS bertolak ansur, dengan India dia cakap negara Islam hanya cadangan PAS dan apabila bersama umat Islam dan orang Melayu, dia kata ikut al-quran dan hadis," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, Nik Aziz hanya membisu apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan langkah mayat beliau dulu jika PAS mahu membentuk sebuah negara Islam.

"Mungkin esok dia (Nik aziz) akan kata dia pun seronok jadi benggali hanya untuk ambil hati Karpal Singh," tambahnya.
Cerita putar alam pemimpin PAS yang nyanyuk

"Inilah cerita putar alam daripada seorang pemimpin politik nyanyuk tetapi masih beranggapan hanya dirinya tokoh ulama yang hebat.

Katanya, memang tepat Nik Aziz mengakui tak kisah jadi Orang Asli kerana mereka adalah pribumi negara ini dan kemungkinan bangsa Melayu adalah keturunan tersebut sama ada daripada suku jakun, semai dan negrito dan sebagainya.

Tetapi katanya, yang menjadi persoalan ialah Menteri Besar Kelantan itu terlalu ghairah memperalatkan pengertian agama untuk kepentingan politik PAS.

"Sebelum ini, pelbagai fatwa menyesatkan pemikiran umat dan tuduhan karut dilemparkan beliau termasuk mengkafirkan sesama Islam," katanya.

Mengenai dakwaan Nik Aziz bahawa ajaran Islam tidak mengenali status bangsa termasuk Arab, Syed Ali menjelaskan perkara sudah dalam pengetahuan umat Islam

Berserban belum tentu lagi Islam sebenarnya

"Orang Islam sama ada berserban dan mengakui dirinya PAS pun tidak semestinya Islam hanya dengan mendengar khutbah Nik Aziz," tegasnya.

Dalam hal ini tegas beliau, NIk Aziz sepatutnya membubarkan perkataan 'Islam' kepada pengertian PAS kerana parti itu bukannya memperjuangkan kepentingan Islam keseluruhannya.

Beliau mengingatkan, orang yang mengakui arif mengenai agama tetapi memperalatkan agama untuk kepentingan politik dan peribadi adalah kumpulan berbahaya kepada penyatuan umat.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai 'pengecut' kerana tidak sanggup menentang calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau.

"Sebelum penamaan calon, PAS sudah tekad untuk menurunkan Tuan Ibrahim tetapi apabila BN umumkan Syed Ibrahim sebagai calon, PAS terpaksa mengubah strategi," ujarnya.

Dalam hal ini jelas beliau, PAS Pahang termasuk Tuan Ibrahim sebenarnya gentar berdepan dengan Syed Ibrahim kerana pengundi di Kerdau amat menyenagi pemimpin UMNO berkenaan.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Gambar Pilihan Minggu Ini

Posted: 28 Feb 2011 07:40 AM PST

kredit minaq-jinggo     - tatkala kempen boikot utusan…presiden pas pula sibuk membaca utusan malaysia….hahahahaha…mana pi harakah korang woi!!!

PAS: Keperluan Kerdau bukan calon agama

Posted: 28 Feb 2011 07:21 AM PST

Bagi menangai masalah pembangunan dan “kepincangan” setempat, DUN Kerdau memerlukan calon profesional dan bukannya calon agama, kata naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. “Sekarang dia (BN) mainkan isu, dianggap bahawa nak lawan ustaz dengan ustazlah, golongan agama dengan … Continue reading

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Ceramah sulung Bob Lokman di Kerdau hambar..

Posted: 28 Feb 2011 05:20 AM PST

PAS yang mewar-warkan kehadiran ayam tambatan barunya iaitu Bob Lokman di Kerdau sejak dua hari lepas, agak terkejut dengan kehadiran masyarakat Kerdau ini di ceramah tersebut.

Bukan kerana kehadiran ribuan manusia, tetapi PAS terkejut kerana Bob Lokman hanya berjaya menarik lebih kurang 30 orang sahaja untuk ke ceramah tersebut.

Bertempat di Taman Desa Murni Kerdau, Bob Lokman telah menyampaikan ceramah bersama dengan calon PAS dan juga YDP PAS kawasan.

Isi ceramah tersebut hanya berkisarkan tentang kisah hidup Bob Lokman yang kononnya mendapat hidayah untuk masuk PAS. Sebelum ini kata Bob, dia jahil tentang agama apabila menyokong BN.

Tetapi kini dia sudah insaf dan bersyukur kepada Tuhan kerana dia memperolehi ketenangan didalam PAS. Bob juga mengakui bahawa dia tertarik untuk masuk PAS setelah dia mendengar ucapan Nik Aziz.

Bagi Bob, Nik Aziz adalah manusia yang amat ikhlas dalam berkata-kata sepanjang dia mengikuti setiap ceramah "Tok Guru" tersebut. Inilah antara faktor utama Bob Lokman terbuka hidayah untuk menerima PAS.

Jadi, sebenarnya Bob Lokman ni bukanlah mencari syurga Islam, tetapi dia lebih kepada mencari syurga PAS. Lebih tepat lagi, dia hanya mencari Syurga Nik Aziz.

Sebabnya.., ketaksuban Bob terhadap Nik Aziz terlampau tinggi hinggakan dia percaya bahawa ulamak politik itu mampu memberikan "syurga" kepada sesiapa yang masuk PAS.

Mudah-mudahan, Bob akan sedar dari kekhilafan yang sedang dilaluinya sekarang ini.

Mencari Syurga Dalam PAS By Bob Lokman

Posted: 28 Feb 2011 04:05 AM PST

Itu mungkin lirik bagi tajuk terbaru lagu oleh Bob Lokman yang baru-baru ini menyertai PAS kerana kononnya 'nak masuk syurga'. Apalah malang, dalam nak mencari jalan, termasuk pulak ke lubang buaya.

Di Merlimau, Bob Lokman menyerlahkan kebolehannya berceramah buat pertama kali di atas pentas politik PAS. Selama hari ini kebolehan Bob terhad kepada mencipta lirik lagu yang mengkhayalkan orang yang mendengar, disamping berlawak dan mengacara sahaja.

Punya ramai yang dah lama hidup dan ada yang dah mati sebagai ahli PAS pun tidak dapat nak naik ke pentas PAS untuk berceramah, tetapi Bob Lokman yang masih baru ini mendapat keistimewaaan itu kerana apa?

Kerana dia tergolong dalam golongan artis, popular, kalau tidak, bolehlah mimpi.

Pada siapa yang tak tau, Bob Lokman adalah penulis lirik lagu terkenal Search bertajuk Isabela, ciptaan M. Nasir yang sungguh popular hingga ke hari ini. Malah Bob Lokman terkenal dengan lirik-lirik lagi yang berpaksikan kepada nama, seperti Taman Rashidah Utama (Nama taman perumahan di Negeri Sembilan).

Mungkin selepas ini Bob boleh tulis lirik guna nama Nik Aziz juga.

Malang bagi Bob Lokman, dia melihat 'syurga' di dalam PAS. Buat seketika, mungkin Bob Lokman bersyukur berada di Malaysia ini kerana hanya di negara ini sahaja yang mempunyai PAS, di tempat lain tak ada. Mungkin juga Bob Lokman mahu mencium kaki penjajah British yang membenarkan penubuhan PAS lebih 60 tahun dulu untuk menyaingi Perikatan.

Dari segi demokrasi, itu adalah terpulang kepada Bob Lokman untuk menyertai PAS, sama seperti Dato Ali Mamak dan Jefridin yang menyokong UMNO. Negara ini tidak menyekat mana-mana rakyat untuk menyertai mana-mana parti politik yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan Bob Lokman tidak terkecuali.

Tapi dari segi pendapatnya pula, mencari 'syurga' di dalam PAS, adalah satu perkara yang paling jahil pernah penulis dengar sepanjang menjadi pengkarya politik. Kalau pun menjadikan kegagalan mendidik anak sebagai sebab untuk kembali ke pangkal jalan, PAS bukanlah destinasi yang patut ditujui Bob Lokman.

PAS hari ini langsung tidak ada beza dengan parti politik sekular dan Sosialis yang menjadi rakan komponennya – PKR dan DAP. PAS yang memperjuangkan Islam adalah PAS yang dulu, bukan PAS yang sekarang. Malah Islam yang diperjuangkan PAS dahulu pun boleh dpertikaikan, apatah lagi yang sekarang.

Dengan begitu keadaannya, syurga apa yang dicari Bob Lokman?

Tambah lagi, bila Bob Lokman berceramah atas satu pentas dengan Nizar, itu sekadar menyerlahkan kejahilan Bob Lokman mengenai retorik politik PAS. Nizar adalah lambang bagaimana PAS menjadi tunggangan DAP di Perak walaupun bergelar seorang Menteri Besar. Nizar juga yang yang terbabit dengan upacara 'candle virgil' yang dianjurkan DAP.

Pada pendapat Bob Lokman, adakah itu selari dengan Islam? Adakah itu menjanjikan syurga?

Jika pun Bob Lokman ingin bermuhasabah diri, mencari dimana silap yang menyebabkan apa pun masalah yang melanda dirinya sekarang, PAS bukanlah tempatnya. Ada lebih banyak dosa jenis berlainan dalam PAS berbanding dunia glamor artis yang selama hari ini Bob bergelumang.. Dan dosa-dosa ini pula tergolong dalam kategori dosa-dosa berat, antaranya fitnah dan adu domba.

Berkunjunglah ke pusat-pusat dakwah yang bersepah dalam negara ini, bergurulah dengan guru-guru yang lebih bebas pemikirannya dan tidak terkongkong oleh politik kepartian untuk mencari panduan. Itu adalah lebih afdal.

Politik ini kotor dan PAS sebagi antara pemain utamanya di negara ini bukan sahaja tidak terkecuali malah antara penyumbang terbesar kepada kekotoran itu. Kalau nak kita bahaskan, ruang yang ada ini tidak akan cukup panjang..

Dipendekkan cerita ya Bob, ke syurga atau ke neraka selepas ini, bukan PAS yang dapat menentukannya.

Penulis bagaimanapun menjangkakan hayat Bob Lokman bersama PAS tidak panjang. Sudah ramai artis yang sebelum ini terlihat kembali ke pangkal jalan (melalui penampilan pakaian) tapi tidak lama. PAS sebagai parti politik pun bukanlah sesuai dengan panduan yang mahu dicari Bob – jika betul lah mencari panduan.

Sebaliknya Bob hanya digunakan PAS untuk mempopularkan PAS itu sendiri, dari segi nilai, Bob tidak ada sekupang pun.

Ini membuktikan juga bahawa memang selama hari ini PAS dok janji syurga sebagai tarikan untuk masyarakat menyertai mereka. Bila kita kata begitu ramai orang dok nafikan, mintak bukti dan sebagainya. Bila bagi bukti, diminta pula kenyataan penuh, so on so fought.

Sekarang 'besar' punya bukti ada, apa kata kau balaci?

Undilah BN

Oleh: Adamyan

Rosmah Mansor: Wanita Igauan Ngeri kepada Pembangkang..!!!

Posted: 28 Feb 2011 01:47 AM PST

Tentunya sekeping hati wanita akan sedih bukan kepalang, hancur berderai, dan terkilan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada dirinya dan keluarga. Tentunya semangat yang membara akan terpadam jika tidak memiliki sekujur jiwa yang betah dan jitu. Namun, begitulah perihal isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah, seorang wanita, isteri dan insan yang mempunyai keperibadian yang sangat teguh prinsipnya.

Rosmah Mansor, bukan calang-calang wanita Melayu. Biarpun dihujani dengan kutukan dan serangan yang tidak putus-putus dari pihak pembangkang, beliau tetap utuh berdiri dengan sifat "srikandi Melayu"nya yang tersendiri. Sejak Dato' Seri Najib menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau diserang. Sehingga kini, suaminya bergelar Perdana Menteri sekalipun, beliau tetap memainkan peranannya yang istimewa sebagai satu-satunya isteri Perdana Menteri yang paling aktif dan prihatin terhadap rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, hari ini Datin Seri Rosmah menafikan segala tohmahan tersebut. Beliau menyatakan bahawa setiap apa yang beliau ingin lakukan, pastinya akan memaklumkan kepada suaminya terlebih dahulu dan jika suaminya mengizinkan, maka barulah beliau melaksanakannya.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa semua itu (mengongkong) tidak benar kerana segala keputusan dibuat sendiri oleh Datuk Seri Najib. "Malah, apa jua yang saya lakukan adalah dalam pengetahuan dan perlu mendapat kebenaran daripada beliau terlebih dahulu," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik di Felda Jengka 25 di sini hari ini. -Utusan


Hairannya, puak-puak pembangkang seakan-akan arif pula tentang kehidupan suami isteri Perdana Menteri dan isterinya sehingga menuduh pasangan no.1 itu dengan pelbagai fitnah. Apakah mereka tinggal sebumbung, makan semeja, tidur sekatil atau 24 jam sentiasa bersama Perdana Menteri dan keluarganya?

Datin Seri Rosmah sering dituduh sebagai "queen control" oleh segelintir pihak, terutamanya pembangkang. Namun, tuduhan tanpa asas yang kukuh itu ternyata tidak melemahkan semangat beliau untuk terus menjadikan slogan yang diilhamkan oleh suaminya terus dizahirkan melalui sentuhan istimewanya. Siapa sangka, Datin Seri Rosmah muncul sebagai "ibu" yang prihatin terhadap pembangunan minda dan pendidikan asas anak-anak kecil yang bakal menerajui negara kelak.

Program Permata yang dinaunginya itu menjadi ikutan dan contoh kepada banyak negara Islam lain di seluruh dunia. Justeru begitu, beliau diundang khas oleh pelbagai negara untuk menunjuk ajar sebuah program yang bakal melahirkan produk-produk yang berharga untuk masa depan negara – modal insan masa depan yang berkualiti.

Busuknya hati pemimpin politik pembangkang telah cuba menimbulkan persepsi buruk dikalangan rakyat terhadap usaha isteri Perdana Menteri itu. Mereka menuduh Datin Seri Rosmah hanya menghabiskan duit kerajaan dengan program Permatanya itu. Malah Perdana Menteri turut ditohmah kononnya beliau "mengikut telunjuk isteri".

Entah dimana letaknya akal yang Allah berikan kepada mereka itu? Program itu ternyata bermanfaat kepada masa depan anak-anak kita kelak. Bak pepatah Melayu, "Melentur buluh, biarlah dari rebungnya", itulah yang cuba dilaksanakan oleh isteri Perdana Menteri itu. Beliau cuba membina generasi akan datang yang lebih baik dan berkualiti serba serbinya. Dan salahkah seorang Perdana Menteri menyokong sesuatu yang akan memberikan pulangan yang hebat untuk masa depan negara? Itu pun nak bangkang juga, kah?

Datin Seri Rosmah bukannya buat program yang menguntungkan diri sendiri. Beliau bukannya menjual aset negara kepada Singapura atau negara asing lain. Beliau bukannya melobi projek sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang di negeri-negeri jajahan pembangkang. Beliau bukannya seorang "peniaga", beliau hanya ingin membangunkan modal insan yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

Pemergian beliau ke negara-negara timur tengah baru-baru ini turut dipertikai dan dijadikan modal politik murahan. Beliau dituduh menghabiskan wang Kerajaan dengan lawatan tersebut. Namun hakikatnya, lawatan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh negara-negara yang menjemput beliau ke sana! Malah, jemputan itu juga membabitkan program Permata yang ingin dicontohi oleh negara-negara tersebut. Apakah tindakannya salah juga sehingga perlu difitnah sedemikian rupa?

Mujurlah Datin Seri Rosmah teguh hatinya. Segala fitnah tersebut bagaikan menjadi "penguat semangat" kepadanya untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara. Segala usahanya itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat di Malaysia dan penulis menyokong penuh tindakan beliau itu. Bersabarlah Datin Seri, kuatkanlah hati dan berserahlah pada Allah S.W.T. Teruskanlah usaha murni mu wahai Datin Seri, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik mu…

Penulis melihat pendekatan baru wanita yang bergelar isteri kepada Perdana Menteri ini sebagai satu rahmat dari Allah S.W.T. Sebelum ini, kita dikurniakan lima orang isteri Perdana Menteri yang mempunyai pelbagai keistimewaan masing-masing. Namun, keistimewaan Datin Seri Rosmah ini bagaikan menjadi igauan ngeri untuk segelintir pihak yang ber"agenda"kan politik murahan seperti Pakatan Haram! Semoga Allah terus memberikan kekuatan, rahmat dan hidayahNya kepada Datin Seri Rosmah pada masa akan datang.

Wallahua'alam.

PAS kalah ditimbun dosa sendiri…

Posted: 28 Feb 2011 01:18 AM PST

Kempen Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau sedang hangat berlangsung. Menyaksikan pertandingan "satu lawan satu" di antara Barisan Nasional yang diwakili calon UMNO bertemu PAS, pastinya ramai penyokong dan "tukang kempen" yang akan turun di sana membantu kedua-dua parti tersebut.

Kerusi DUN Merlimau dan Kerdau sebelum ini masih belum mampu ditembusi oleh mana-mana pihak dari parti pembangkang. Kerusi di DUN Merlimau misalnya, walaupun PAS pernah memberi laluan untuk Parti Ke"tidak"adilan Rakyat mencuba nasib di situ, namun keputusannya tetap sama, pembangkang tetap gagal di situ. Dan kali ini, PAS sekali lagi mencuba nasib untuk menggugat Barisan Nasional di situ. Apakah PAS akan berjaya di kedua-dua kerusi itu kali ini?

Kita melihat PAS sangat bersungguh-sungguh pada PRK sebelum ini iaitu di DUN Tenang. Dianggarkan puluhan ribu penyokong PAS yang berarak sewaktu hari pencalonan, malah ada blogger PAS yang mendakwa jumlahnya mencecah lebih 100,000. Jika dilihat gayanya, pastinya PAS akan berjaya di DUN Tenang. Namun Allah telah menentukan bahawa PAS kalah di sana, malah lebih teruk pula kalahnya. Moral dan status politik PAS jelas merosot teruk. Mengapa mereka kalah?

Merujuk kembali di PRK DUN Merlimau dan Kerdau. Sekali lagi PAS membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menggoyah kubu BN di sana. Walaupun kepimpinan PAS seperti Ustaz Nasharuddin dan Salahuddin Ayyub telah mengingatkan jentera mereka agar "lebih sopan" dan menjaga tingkah laku (terutamanya jangan memfitnah), apakah ingatan itu akan dipatuhi oleh juak-juak PAS dan paksi Pakatan Haram itu?

Jawapannya, PAS tetap PAS. Sifat sopan dan akhlak mahmudah tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka sejak dulu, apatah lagi kini ketika mana mereka sedang bersekongkol bersahabat dengan "syaitan", musuh Islam yang nyata. Tingkah laku mereka lebih teruk dari terdahulunya. Jika diingatkan supaya jangan memfitnah, maka memfitnahlah yang menjadi keutamaan kempen mereka di Merlimau dan Kerdau.

Sebagai contoh, PAS menuduh bahawa calon BN di DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, sebenarnya bukanlah lulusan Universiti Al-Azhar dan dengan busuk hatinya mendakwa bahawa jika ada pun sijil tersebut, mungkin ianya "dibeli" ataupun palsu! Astaghfirullahil Azim. Kempen jenis apakah ini?

Sayugia bagi menjawab tohmahan dan persepsi buruk yang dilemparkan Parti "Islam" Se-Malaysia itu, maka terpaksalah calon BN tersebut membuka kembali fail sijilnya dan menunjukkan pada rakyat umumnya bahawa sememangnya beliau memiliki ijazah dari institusi pengajian tersohor di Mesir itu. Malah surat akuan pemilikan ijazahnya juga turut disertakan bagi membuktikan bahawa PAS sememangnya menabur fitnah terhadapnya. Entah "Islam" apakah PAS ini yang sememangnya sangat suka dengan "fitnah"?

Jentera BN yang turun padang kali ini turut dilaporkan melawat ke rumah salah seorang penyokong PAS "tegar" zaman berzaman. Melihat rumah "hamba Allah" yang dhaif tersebut, mereka bertanya padanya sama ada dia pernah menerima sebarang bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini? Tuan rumah itu menyatakan bahawa memang ada wakil dari agensi Kerajaan yang datang untuk menghulurkan bantuan. Namun atas "nasihat" rakan-rakan PAS yang lain yang menyatakan bahawa "duit bantuan dari BN adalah haram" maka dia terpaksalah menolak bantuan tersebut.

Astaghfirullahil Azim. Duit Kerajaan "haram"? Nampaknya "fatwa" dari ulama PAS sememangnya menjadi pegangan hidup juak-juak PAS seluruh Malaysia. "Fatwa" karut yang muncul lebih sedekad itu masih lagi dipraktikkan oleh penganut agama PAS! Dosa seperti inilah yang akan ditanggung oleh pimpinan PAS seumur hidup dan jawablah kelak di dalam soal kubur masing-masing. Penulis tidak hairan jika ada lagi insiden "solat dua imam di dalam satu masjid atau qaryah", "sembelihan orang UMNO haram dijamah", "tidak sah nikah berwalikan ayah yang berpartikan UMNO" dan sebagainya.

Penulis menganggap bahawa kekalahan demi kekalahan PAS adalah berpunca dari "dosa-dosa PAS" sendiri. Malah takdir bahawa PAS tidak pernah berjaya menawan Kerajaan Persekutuan adalah kerana "dosa-dosa" dari PAS itu sendiri. Perjuangan lebih 50 tahun oleh PAS itu begitu sebati dengan dosa, fitnah, pembohongan, penyelewengan, assobiyyah, zalim, memperdagangkan agama Allah S.W.T dan menyimpang dari ajaran Rasulullah S.A.W adalah faktor terbesar yang menyumbang ke arah kekalahan PAS di persada politik negara.

Meskipun PAS "lebih veteran" berbanding PKR, namun PKR dilihat lebih mendominasi PAS dan berjaya meng"keldai"kan parti Islam tersebut. "Islam" jenis apakah yang membiarkan diri di"keldai"kan? Namun PAS, sebuah parti yang tak tahu malu, rela nama "Islam" yang ada padanya di"keldai"kan begitu sahaja oleh kafir harbi dan agen yahudi. Ternyata PAS sudah terpesong jauh dari landasan Islam yang sebenar.

Politik tetap politik. Namun Islam tetap letakknya di tempat tertinggi di dalam kehidupan kita. Menafikan keutamaan Islam dengan mendahulukan politik adalah salah sama sekali. Begitu juga dengan "bersahabat dengan syaitan yang dianjurkan oleh Mursyidul Am PAS" itu juga salah sama sekali. Janganlah hanya disebabkan politik keduniaan, maka syaitan dipeluk dan saudara seagama dikafir dan diperangi. Itu bukan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.

Wallahu'alam.

Askar Upahan Harakah Yang Haprak

Posted: 27 Feb 2011 04:38 PM PST

Saya dan rakan-rakan amat mengenali Brig Jen (B) Abdul Ghani (12044) kerana kami menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 30 Ogos 1954 dan pernah sama-sama bertugas di pasukan 3 Recce (semasa di Ipoh) dan di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) sebelum beliau bersara secara pilihan pada bulan Ogos 1985.

Kami terpanggil kerana tak tahan dengan karenah Ghani yang bagaikan 'kacang lupakan kulit' terhadap ATM. Manusia yang tak tau bersyukur. Tapi kami tak hairan! Memang inilah Ghani yang kami kenali. Apakah tujuan sebenar Ghani menyerang ATM melalui artikelnya bertajuk Orang Tengah Punca Kos Melambung dalam Harakah Bil.1616 bth 21-24 Feb 2011 tidak jelas tapi mudah diagak dan ditafsir.

Ghani mempunyai syarikat Ayu Edisi Sdn Bhd, beliau berusaha mendapat kontrak kontrak dan menjadi "Orang Tengah" dengan KEMENTAH. Namun gagal sama sekali. Kerana kegagalan perniagaan inilah membuatkannya mulai marah dan kecewa.

Mengenali Ghani, beliau memang mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segalanya. Apa tidaknya, isterinya Zulekha Abdullah yang mati ditembak di kepala dengan pistol milik perkhidmatan pun dia tak kisah. Apa jadi dengan kes ini, Ghani? Pihak Mahkamah Koroner memutuskan kematian Zulekha bukan bunuh diri. Bagaimana pistol dibawa balik ke rumah?

Cakap bab isteri, Ghani memang handal – kalau tak cukup bomoh Melayu, dia akan cari bomoh Siam untuk dapatkan perempuan yang diingini bagi memuaskan nafsu serakahnya. Isteri pertama, Azizah Putih diceraikan pada 13 Apr 1971. Isteri kedua, Zulekha Abdullah mati ditembak. Yang ketiga, Siti Rosnah Ismail bercerai pada 30 Ogos 1984. Ini yang keempat, Raja Rozita Raja Abdullah Omar (berkahwin pada 1985). Entahlah! Boleh tahan nafsu orang tua ni!

Sekarang ini Ghani dah pandai berlakon dan perlu tunjuk baik, maklumlah dah jadi orang PAS dan pegang Jawatankuasa Khas PAS Pusat sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan kepada Dr Lo'Lo (jaga-jaga sikit Dr dengan Ghani). Kenapalah PAS boleh percaya dengan Ghani? atau pun PAS lebih suka orang macam ni yang latarbelakang TIDAK BAIK malahan peribadi lagi tak elok. Nampaknya, Hj Hadi Awang (Presiden PAS) pun kena tipu dengan Ghani.

Insaflah sebelum menemui ajal kerana Pintu Taubat Terbuka Untuk Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahluddin. Hentikanlah segala tuduhan tanpa asas terhadap KEMENTAH dan ATM. Jangan jadi anjing tersepit, bila dilepaskan menggigit Tuan.

Pengikut