Al Fatehah - Perginya Seorang Lagi Pejuang Blogger Pahang Posted: 28 Feb 2011 03:35 PM PST Tuesday, March 1, 2011 Al Fatehah Marilah kita sedekahkan surah Al-fatehah buat bekas ADUN Pulau Tawar Negeri Pahang, Dato Azizan Yaakob yang telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi. Allahyarham telah menghembuskan nafasnya terakhir setelah tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma semenjak pagi 26hb Februari iaitu hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau. Keluarga Allahyarham telah memindahkan beliau dari Hospital Temerloh ke Hospital Kuala Lumpur setelah keadaannya semakin kritikal. Allahyarham Dato Azizan diserang stroke pada awal subuh Sabtu yang lepas. Pernah menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia sewaktu kepimpinan Zahid Hamidi, Allahyarham juga aktif dalam dunia Bloggers. Kendalian blog Melayurayadaily.blogspot.comPsssttt...Ajal dan maut di tangan Allah SWT.....AL Fatehah.... |
|
AWAS : 'Skuad kamera' pembangkang cenderung sebar fitnah Posted: 28 Feb 2011 03:31 PM PST
'Skuad kamera' pembangkang cenderung sebar fitnah
JASIN 28 Feb. - Tindakan Pas menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan calon dan peraih undi Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau hanya mendedahkan kelemahan jentera pilihan raya parti itu yang ketandusan isu untuk dimanipulasikan.
Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau cuma khuatir 'skuad' berkenaan akan lebih menjurus kepada gejala menabur fitnah dan dakyah yang amat dicela oleh Islam.
"Terima kasih kerana beritahu, kita akan senyum... tapi hakikatnya kita (BN) tumpu kepada strategi sebab kalau nak 'buat cerita', macam-macam fitnah dan dakyah akan berlaku.
"Macam insiden Nik Aziz (beri duit kepada Orang Asli pada kempen pilihan raya kecil Galas tempoh hari), itu kita serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita ada peraturan dan saya percaya semua parti faham akan peraturan (berkempen) ini," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru kepada 586 guru besar sekolah rendah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa Pas telah menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan jentera pilihan raya BN.
Menurut Abdul Halim, gambar yang akan diambil termasuk jika wujud pergerakan elemen rasuah itu kemudian akan dicetak dan disebarkan sebagai modal kempen Pas pada saat-saat akhir pengundian Ahad ini.
Dalam pada itu mengulas tindakan isteri calon Pas, Shakila Mohamad yang juga seorang guru mengiringi suaminya, Yuhaizad Abdullah berkempen untuk meraih sokongan pengundi, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata:
"Dia ada kelayakan dari segi jawatan (guru) dan dia bebas ke mana sahaja asalkan tidak melanggar peraturan perkhidmatan awam, kerajaan tidak akan berniat jahat terhadapnya." |
|
Dun Merlimau : Untuk Menang Pas Perlukan 45% Undi Melayu Posted: 27 Feb 2011 04:42 PM PST Dun Merlimau : Untuk Menang Pas Perlukan 45% Undi Melayu | | 27 Feb — PAS memerlukan 45 peratus undi Melayu untuk merampas kerusi Merlimau, yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), sekali gus menghantar wakil rakyat pertamanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sudah berjaya memperoleh 41 peratus undi Melayu dan memerlukan empat peratus lagi untuk mencapai kemenangan.
"Saya harus akui bahawa kita tidak mempunyai peluang untuk menang tapi kita yakin dengan strategi di sini kita boleh mendapatkan 61 peratus undi," katanya pada sidang media Markas PAS di sini. Halim berkata PAS juga menyasarkan 75 peratus undi Cina dan 40 peratus undi India. Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka. DUN Merlimau yang mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, meliputi tujuh daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 6,935 orang (64.9 peratus), Cina 2,218 orang (20.8 peratus), India 1,510 orang (14.1 peratus) dan lain-lain 16 orang (0.2 peratus). Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menafikan parti Islam itu menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau semata-mata mahu meraih sokongan pengundi Melayu di kawasan itu.
Sebaliknya, Idris berkata parti Islam itu akan menggunakan apa sahaja pendekatan yang boleh membantu meraih sokongan pengundi termasuk pengundi Melayu. "Kita ambil semua, di kalangan ulama pun ada, wanita pun ada, orang muda juga ada dan juga Bob Lokman. "Kalau kita lihat pengundi-pengundi sama ada ada PhD sampai tak ada kelulusan juga adalah peminat Bob Lokman," katanya. Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai PAS pada 19 Februari lalu. Beliau merupakan salah seorang penceramah jemputan PAS pada pilihan raya kecil DUN Merlimau yang berlangsung ini. Malam tadi Bob Lokman turut memberikan ceramah di Merlimau Pasir yang dihadiri kira-kira 500 orang. Tambah Idris, penyertaan Bob Lokman dalam kempen pilihan raya PAS akan membantu meraih sokongan pengundi Melayu. "Ini salah satu pendekatan kita selama ini, kita lihat dan saya anggap sebagai satu sindiran tajam tentang pada orang yang sedikit tahu hal agama tiba-tiba menyertai perjuangan PAS. "Walaupun dulu Bob Lokman adalah seorang artis tapi beliau berminat untuk bersama dengan PAS," katanya. Pada sidang media itu juga, Idris menegaskan pengundi Melayu perlu memberikan sokongan kepada calon PAS Yuhaizat Abdullah agar Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu akan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Melaka dalam isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam. "Kita harap pengundi akan pilih wakil rakyat PAS-Pakatan Rakyat untuk menjaga hal ehwal agama Islam seterusnya berganding bahu dengan wakil rakyat DAP seramai lima orang. "Kira harap beliau (Yuhaizat) dapat mewakili PAS di Melaka untuk tegur pihak kerajaan terutamanya dalam hal-hal penghormatan agama Islam," katanya. Melaka mempunyai 28 kerusi yang mana 23 dimenangi BN manakala lima diwakili DAP. Yuhaizat akan berdepan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin.TMI |
|
In Merlimau, BN sees return of Chinese votes Posted: 27 Feb 2011 04:30 PM PST By Asrul Hadi Abdullah Sani February 28, 2011 Ali Rustam believed BN would take over half the Chinese votes there. — file pic JASIN, Feb 28 — Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam yesterday said Barisan Nasional (BN) was confident of regaining the support of the Chinese community in the Merlimau by-election. Mohd Ali told The Malaysian Insider BN has targeted an increase over the 40 per cent of Chinese support it received during the 2008 general election. "I am confident that we [can] get additional votes from the Chinese electorate in the Merlimau state seat as I have seen positive and good response from the community. "I think we can get more than 50 per cent of Chinese support, and if you look at the situation now where everybody is okay and happy," he said after visiting a Chinese community in Kampung Chin Chin. The Merlimau by-election was called following the death of Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan on January 20. The seat's electoral roll has 10, 679 votes, with 6,935 Malay voters, 2,218 Chinese voters and 1,510 Indians voters. Pengkalan Samak and Merlimau Pasir will be highly contested as both districts constitute more than 1,000 Chinese votes. Pengkalan Samak is also the biggest district and holds the town centre. PAS election director Datuk Abdul Halim Abdul Rahman claimed on Saturday that the party has already captured 41 per cent of the Malay electorate in Merlimau. The Pengkalan Chepa MP added the party needed another four per cent of Malay votes to ensure victory in the state seat. Abdul Halim also said PAS was targeting 75 per cent of the Chinese votes and 40 per cent of Indian votes. Yesterday, Mohd Ali dismissed the claims and accused PAS of making unfounded claims. "PAS can say whatever it wants to say. It is an arrogant party and likes to spread allegations," he said. He added that PAS will not be able to fool the people of Malacca. "The Malacca public knows that PAS likes to make slanderous accusations. I do not think that the people of Merlimau will give them much support. Maybe some will vote for PAS but not a lot," he said. Mohd Ali said PAS should not expect any free votes and questioned the party's contributions to the state so far. The chief minister also said that BN will win by a bigger majority, but did not reveal the target figure. In 2008, the late Mohamad Hidhir retained the Merlimau state seat after he defeated PAS's Jasme Tompang by a majority of 2,154 votes. In Election 2004, he won the seat by 5,087 votes. Merlimau is located within the Jasin parliamentary constituency, a stronghold of BN, which won all the five state seats in Election 2008. The by-election will see a straight fight between PAS's Yuhaizat Abdullah and Umno's Roslan Ahmad. BN currently controls 23 seats in the Melaka assembly while DAP is the only opposition with five. |
|
PENGUNDI MERLIMAU TAHU APA ITU PAS.... Posted: 27 Feb 2011 04:21 PM PST Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pengundi-pengundi di DUN Kerdau dan Merlimau cukup mengetahui bentuk sebenar perjuangan PAS yang sanggup menimbulkan fatwa karut serta penyelewengan agama bagi tujuan poltik dan memancing undi.
Bagi beliau, dua pilihanraya kecil serentak membabitkan calon parti itu memberi satu peluang kepada rakyat membuat perbandingan serta asas untuk mengetahui siapa akan mereka pilih sebagai wakil rakyat.
"Dalam setiap pilihan raya kecil, pengundi adalah raja dan mereka ada cita rasa serta inspirasi. Pilihan raya kali ini beri satu peluang kepada rakyat buat perbandingan antara Barisan Nasional dan PAS," katanya pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Kerdau, di Temerloh, Sabtu.
Selain itu, Muhyiddin memberi contoh bagaimana PAS mempertikai kelayakan bahasa Arab calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad kononnya ijazah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau itu adalah palsu.
"Mereka sudah tidak ada bahan lain nak dijadikan isu..saya rasa Syed Ibrahim boleh tunjuk ijazah yang sebenar supaya pengundi akan tahu siapa mereka akan pilih," katanya.
Calon BN itu yang hadir sama sidang media berkenaan kemudian mengeluarkan ijazah yang dimaksudkan serta menunjukkan kepada wartawan yang hadir.
Menurut Muhyiddin, pihak lawan sudah tidak ada modal lain sama ada di Kerdau mahupun di Merlimau pada pilihan raya kecil ini.
"Saya di sana (Merlimau). Itu pun tak ada isu...pembangunan berjalan baik. Sebab itu mereka sasar pada calon atau pengarah PRK dan cari cerita karut marut untuk pengaruhi fikiran pengundi," ujar Timbalan Pengerusi BN itu.
Malah menurut Muhyiddin, PAS juga turun dengan pemimpin besar pembangkang buat cerita Felda bangkrap tetapi peneroka tahu itu semua cerita bohong.
"Bila tengok keputusan (PRK DUN Tenang) di Felda, kita menang kerana cerita bohong mereka tidak berkesan sebab rakyat tahu itu pembohongan," kata beliau.
Namun Muhyiddin berkata, BN tidak pernah menganggap kemenangan calon mewakili parti itu dapat dicapai dengan mudah walaupun sentimen dan majoriti sokongan rakyat meningkat.
"Kita tidak tahu hati pengundi di bawah..Kita tak boleh pandangan mudah sikap mereka tetapi jentera perlu kena siap sedia memastikan momentum sokongan terus bergerak," tegasnya.
Beliau yakin pengundi di Kerdau akan menerima Syed Ibrahim begitu juga dengan calon BN di Merlimau, Roslan Ahmad.
"Mereka berdua ini akan bawa obor BN dan kita amat mengharapkan sokongan pengundi bagi memastikan kemenangan calon kita dengan majoriti sebesar mungkin," ujar Muhyiddin lagi.
PRK DUN Kerdau menyaksikan pertembungan Syed Ibrahim dengan calon PAS Hasanuddin Salim manakala Roslan berdepan Yuhaizad Abdullah di Merlimau.
Terdahulu, Syed Ibrahim diiringi Muhyiddin serta pemimpin komponen lain seramai kira-kira 3,000 orang berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak Temerloh manakala Hasanuddin diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 2,000 penyokong.-26/2/2011 |
|
Pusat Media tempat berteduh…. Posted: 27 Feb 2011 04:18 PM PST Oleh: HELME HANAFI
Satu perkara yang baik tetapi jarang ditulis wartawan yang buat liputan dalam pilihanraya kecil ini adalah kewujudan Pusat Media Jabatan Penerangan. Pusat Media ini sejarahnya mula ditubuhkan semasa pilihanraya kecil Bagan Pinang dan kekal hingga hari ini. Di Merlimau ini, Pusat Media terletak berhampiran dengan Politeknik, Pusat Opreasi BN dan tidak jauh dengan markas PAS. Kiranya strategik sekali. Bagi para wartawan, yang keluar meliputi program pagi, tempat terbaik hendak hantar berita adalah Pusat Media ini. Selain ada 20 komputer, ada wifi untuk yang bawa laptop, tempat sembayang untuk yang beragama Islam dan paling penting ada makan-minum percuma. Menurut pegawai yang jaga pusat ini, Lim Ann Teck, mereka beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. "Hingga kini ada lebih 80 wartawan dengan 17 agensi yang berdaftar dengan kami," katanya. Seorang kawan yang sama-sama cover pilihanraya ini mengaku kalau tak ada Pusat Media 'jenuh' melepak kat restoran. "Panas-panas macam ini, nasib ada tempat berteduh, boleh melepak tukar cerita, hantar berita dan makan free, syukur…" kata kawan itu. - 27/2/2011
Di Tenang ada Tok Ai, di Merlimau ada Ron…
Nama panggilan menjadi cara baru berkempen, terutama bila calon itu anak jati di kawasan yang dia bertanding. Kalau di Tenang, calon BN masa itu Azhar Ibrahim popular dengan panggilan 'Tok Ai'. Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad lebih dikenali dikalangan penduduk tempatan sebagai Ron. Dari segi latar belakang, mereka berdua hampir sama, ayah bekas orang politik, dikenali dan berjasa besar di kawasan yang kini mereka tandingi. Seperti Tok Ai, Ron juga mempunyai keluarga yang besar di Merlimau, selain kawan yang ramai sebab memang dari kecil sampai kerja duduk di kawasan ini. Ron sendiri ketika ditemui Agendadaily, anggap latar belakangnya satu bonus dan dia sendiri akan bekerja keras untuk menarik sokongan kepada BN.
Apa dinasti, yang dalam DAP dan PKR tu apa…? Bila BN pilih Ron jadi calon maka berbunyilah kata BN amal sistem dinasti. Walau dari segi fakta tak betul sebab baik Tok Ai mahu pun Ron, ayah masing-masing sudah digantikan dengan orang lain lama sebagai ADUN dulu baru mereka dipilih. "Dinasti yang ganti berturut-turut macam Lim Guan Eng ganti jawatan paling tinggi dalam DAP iaitu Setiausaha Agung dari ayahnya Lim Kit Siang," kata seorang kawan masa minum petang tadi. Sebab itu kot, bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Azalina Mohd Said dalam twitternya balun bab pembangkang kata UMNO amal sistem dinastinya. "PAS kata UMNO amal sistem dinasti, tapi terlepas pandang dinasti yang wujud dalam DAP dan PKR. Kalau boleh nak letak semua 'family' dalam saf kepimpinan" tweet beliau.
Merlimau yang panas berangin… Bagi yang pertama kali datang ke Merlimau dan terus sertai perarakan calon, ada yang mengeluh kata cuaca panas sungguh. Cuaca di sini terutamanya bila nak masuk bulan Mac dan April memang macam itu, pertukaran manson, kata seorang nelayan yang kami jumpa masa minum di gerai tepi jalan di sini Sabtu malam. "Cuaca panas sebab angin laut bertiup ke darat sebelah siang, sebab itu rasa berbahang," katanya. Menurut pak cik itu, berdasarkan pengalamannya cuaca panas berangin ini akan berterusan dan beliau jangka kalau hujan pun sekejab-sekejab saja, tak ada sampai banjir macam di Tenang tempoh hari. Ada wartawan yang harap program kedua-dua parti yang bertanding dikurangkan sebelah tengahhari, "Boleh pengsan kalau kena berjemur tengah panas ni.."katanya.-26/02/2011
|
|
Ali Rustam mengaku Melaka kalah dengan Kelantan Posted: 27 Feb 2011 04:14 PM PST
Oleh: HELME HANAFI
Oleh: HELME HANAFI Jarang-jarang ketua sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan.
Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah.
Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.
"Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,"katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.
Sebab itu kata, Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini.
"Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah," katanya.
Sekolah Harapan", adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.
18 kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan
Sebut bab Melaka gagal ini, ahli Dewan Negara asal Melaka Senator Akbar Ali ada pandangan lain, beliau dalam satu tulisan khas mendedahkan 18 perkara yang dijadikan perbandingan antara kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan.
"Soal penagih dadah, sekali lagi kita kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1902 orang,"kata beliau.
Menurut beliau semua sumber yang menjadi angkubah ini sahih kerana diambil dari sumber rasmi.
"Kelantan bukan sahaja tercicir dari segi ekonomi, tetapi sebagai Serambi Mekah yang digahkan, ia terus bergelumang dengan kemelut gejala sosial," katanya.
Antara yang diukur adalah kadar kemiskinan di mana 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus.
Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta.
Selain itu, penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka 923 pasangan, di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009.
Keseluruhan jenayah tahun 2010 Melaka 5,967 berbanding Kelantan 7,900. Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221.
Berdasarkan semua fakta itu, Akbar Ali, menyeru ahli PAS agar melakukan tranformasi kerana kata beliau, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. - 27/2/2011
|
|
BN and PAS candidates go all out to woo voters in Merlimau Posted: 27 Feb 2011 04:09 PM PST BN and PAS candidates go all out to woo voters in Merlimau
JASIN: On the campaign trail, the local folk in Merlimau call him Ron.
"You know, I'm a local boy. When they see me, they would greet me by my nickname," said an upbeat Roslan Ahmad.
The Barisan Nasional candidate said he does not feel tired while campaigning.
"I am enjoying it. Furthermore, my wife (Zalifah Omar) is with me and she keeps talking so that I will not feel exhausted," the father of four added. Roslan, 44, said he tried to attend every event arranged by the people to make sure he meets all the voters before polling day.
"InsyaAllah, I will be able to move around with little rest until the polling day. It's important that I have a chance to personally meet the electorate. I don't feel tired when I see them," he said.
The Jasin Umno division member and his challenger, Malacca PAS Youth deputy chief Yuhaizad Abdullah, 38, are both taking a personal approach to woo the more than 10,600 voters.
Yesterday, Roslan and Yuhaizad started their rounds at about 5am to catch as many voters as they could during the weekend.
They covered many areas, including their respective operations centres.
Yuhaizad, too, has not given in to fatigue and was also confident of support, saying: "I am not tired and will go all out to ensure the voters make changes.
"They (the voters) are in my heart. I know most them and they are supportive of me," he said, adding that their backing reduced the fatigue although he had to cover more areas during the campaign period.
The Merlimau by-election follows the death of Barisan's incumbent assemblyman Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan from a heart attack on Jan 20. |
|
PAS mula merendah diri untuk tagih undi simpati Posted: 27 Feb 2011 03:59 PM PST
2011/02/28
Kempen pembangkang pada masa lalu tabur fitnah, provokasi
SELEPAS tewas dua kali berturut-turut pada pilihan raya kecil di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor, PAS nampaknya meletakkan diri sebagai 'underdog' dalam menghadapi pilihan raya kecil serentak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini. Sikap merendah diri PAS, sesuatu yang jarang dilakukan oleh parti itu sebelum ini, disuarakan oleh pemimpin kanannya selepas penamaan calon di Jasin dan Temerloh, kelmarin.
Di Temerloh kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya menyedari bukan mudah untuk mencapai kemenangan di Kerdau walaupun parti itu menampilkan calon terbaiknya. Di Jasin pula, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengakui tugas untuk menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Merlimau agak sukar, tetapi PAS akan menentang habis-habisan atas semangat demokrasi. Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS pada 6 Mac ini. Di Merlimau, BN diwakili oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, yang akan berdepan dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah, 38. Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, ditentang oleh Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43, di Kerdau. Walau apa pun muslihat PAS apabila mengambil pendekatan sedemikian, kerusi Merlimau dan Kerdau sebelum ini, memang sentiasa dimenangi calon BN. Berdasarkan rekod beberapa pilihan raya terdahulu, kedua-dua kerusi berkenaan memang dianggap sebagai kubu kuat BN. Cuma, antara dua kerusi itu, PAS dilihat lebih kuat di Kerdau berbanding Merlimau kerana 90 peratus pengundi di Kerdau adalah orang Melayu berbanding kira-kira 70 peratus pengundi Melayu di Merlimau.
Kerusi Kerdau dahulunya dikenali sebagai Sanggang dan terletak dalam kawasan Parlimen Mentakab, tetapi selepas persempadanan semula pada 2004, Kerdau diletakkan dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.
Apapun, dua pilihan raya kecil ini, mungkin yang terakhir bagi penggal Parlimen sekarang, amat penting kepada BN dan PAS dalam menilai keberkesanan pelbagai aspek persiapan masing-masing untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Bagi PAS pula, Merlimau dan Kerdau boleh dilihat sebagai penentu sejauh mana kemampuannya menyekat momentum BN sekarang. Kerana itu, ramai melihat kenyataan merendah diri dua pemimpin kanan PAS pada hari penamaan calon kelmarin tidak lebih daripada taktik untuk menagih undi simpati rakyat Merlimau dan Kerdau. Seperkara lagi yang turut menarik perhatian pada dua pilihan raya kecil ini ialah sejauh mana penceramah pembangkang tidak menggunakan taktik menyerang peribadi calon lawan, taktik yang sering digunakan pembangkang apabila ketiadaan isu besar untuk memburukkan parti lawan. Jika keputusan beberapa pilihan raya kecil lalu boleh dijadikan ukuran, langkah BN tidak mengendahkan pelbagai provokasi, fitnah dan serangan peribadi pembangkang ternyata memihak kepadanya.
Abdul Hadi, memberitahu pemberita di Temerloh kelmarin, PAS tidak akan menggunakan kempen yang menyerang peribadi lawan dalam setiap ceramahnya sepanjang kempen berlangsung. Di Jasin pula, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dilaporkan berkata serangan peribadi ke atas calon tidak seharusnya berlaku dan PAS tidak akan berbuat demikian sepanjang kempen.
Kesan daripada kenyataan senada dua pemimpin kanan PAS itu ditunggu dengan penuh minat sepanjang kempen di Merlimau dan Kerdau ini.
Apakah benar pembangkang tidak akan mengulangi taktik lama mereka terutama pada saat akhir berkempen dengan menabur fitnah dan melakukan provokasi dalam tempoh seminggu ini? Yang jelas, calon BN di Kerdau kelmarin terpaksa tampil menunjukkan sijil asal Ijazah Bahasa Arab yang diperolehnya daripada Universiti Al-Azhar pada 1997 selepas hampir seminggu dituduh gagal menamatkan pengajiannya di Mesir. |
|
PEMBANGKANG AMAL KRONISME Posted: 27 Feb 2011 03:53 PM PST Bukan BN, tapi pembangkang yang amal kronisme - Idris
JASIN 27 Feb. - Dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) mengamalkan kronisme berhubung pemilihan Roslan Ahmad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau tidak berasas sama sekali.
Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Idris Haron berkata, BN tidak pernah memilih calon berdasarkan kroni tetapi atas kebolehan individu itu sebagai calon yang boleh menang.
Menurutnya, secara kebetulan bapa Roslan, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin adalah bekas wakil rakyat di Jasin dan bapa saudaranya, Datuk Abu Zahar Ithnin adalah bekas Ketua Menteri Melaka yang kelapan.
"Allahyarham bapa Roslan sudah meninggal dunia 19 tahun lalu iaitu pada 1991 dan bapa saudaranya pula bersara sebagai ketua menteri 11 tahun lalu.
"Oleh itu, tidak timbul soal kroni mengaitkan pemilihan Roslan sebagai calon BN untuk meneruskan legasi kepimpinan keluarganya.
"Beliau (Roslan) dipilih atas kapasiti dan kebolehannya sendiri," kata Idris ketika ditemui di sini hari ini.
Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu sebaliknya menegaskan bahawa pembangkang sebenarnya lebih mengamalkan dasar kroni.
Perkara itu katanya dapat dilihat apabila DAP dikuasai Penasihatnya, Lim Kit Siang bersama anaknya yang juga Setiausaha Agung, Lim Guan Eng serta menantunya, Betty Chew.
Katanya, Kit Siang sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Guan Eng pula sebagai Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Putih di Pulau Pinang yang juga Ketua Menteri negeri itu manakala Betty sebagai ADUN Kota Laksamana di Melaka.
"Begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikuasai oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sudahlah Anwar sebagai Penasihat PKR, isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anaknya, Nurul Izzah pula sebagai Naib Presiden," katanya.
Beliau menambah, begitu juga dengan keluarga Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut mewujudkan kroni.
Ujarnya, Karpal adalah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor sementara dua anaknya iaitu Gobind Singh Deo ialah Ahli Parlimen Puchong dan Jagdeep adalah ADUN Dato Keramat.
Sehubungan itu, Idris meminta pengundi di Merlimau tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang yang membangkitkan isu kroni mengaitkan calon BN di Merlimau. |
|
12,000 bendera BN penuhi Merlimau Posted: 27 Feb 2011 03:51 PM PST
Oleh Norizan Abdul Muhid utusanmelaka@utusan.com.my
BENDERA Barisan Nasional kelihatan menenggelamkan bendera parti pembangkang di Kampung Ayer Merbau, Merlimau, Jasin, Melaka semalam. - utusan/GAIE UCHEL
JASIN 27 Feb. - Lebih 12,000 bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di sekitar Merlimau sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.
Penolong Setiausaha BN Melaka, Datuk Hasan Rahman berkata, sebahagian besar dipasang pada laluan masuk dan sepanjang jalan di Merlimau bagi menarik perhatian masyarakat pelbagai kaum menyokong calon BN, Roslan Ahmad.
Menurutnya, jumlah bendera BN yang sedia ada akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memeriahkan bahang pilihan raya di kawasan itu.
"Dalam masa terdekat ini, kita akan menambah 10,000 bendera BN untuk dipasang di tempat-tempat awam dan kawasan tumpuan pengundi Merlimau," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Roslan Ahmad, 44, akan ditentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38, pada 6 Mac ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.
Selain itu kata Hasan, pihaknya mengadakan lebih 321 perjumpaan berkumpulan dengan pengundi di Merlimau.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Jasin berkata, melalui pertemuan yang diadakan itu, pihaknya yakin BN mampu meraih sokongan penuh pengundi.
Beliau turut meminta anak kelahiran negeri ini khususnya dari kalangan selebriti agar turun padang ke Merlimau bagi memberi sokongan kepada calon BN pada pilihan raya kecil ini.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Merlimau hari ini mendapati perang poster dan risalah kedua-dua parti masih hambar.
Persiapan kempen dari segi pemasangan bendera dan poster giat dilakukan oleh BN namun nampaknya kurang aktif di pihak Pas memandangkan tidak semua tempat di Merlimau dipasang dengan bendera parti itu.
Para peniaga pula memanfaatkan peluang kehadiran ribuan jentera pilihan raya BN dan Pas dengan menjual pelbagai jenis makanan, minuman serta buah-buahan di tepi-tepi jalan. |
|
Polemik 'dinasti' Pas Posted: 27 Feb 2011 03:47 PM PST Polemik 'dinasti' Pas
Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my
DI Merlimau ketika ini Pas dikatakan tidak senang duduk. Semuanya serba tidak kena kerana tiada isu kukuh yang boleh dipolitikkan. Jenis isu mana yang mahu dikontroversikan untuk berdepan dengan BN menjadi kemelut Pas. Kalut Pas membawa kepada tindak-tanduk calonnya, Yuhaizad Abdullah yang dilihat lebih banyak berdiam diri dan kurang berinteraksi apabila ditanya media mengenai visinya untuk pengundi Merlimau.
Sebaliknya, dia hanya sekadar menyerahkan kepada kepimpinan Pas Melaka dan Pusat untuk menyusun strategi mencipta isu yang sesuai. Kerana ketiadaan isu konkrit inilah maka Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik cuba menguji pengundi dengan mencetuskan isu 'dinasti dan legasi' yang mahu dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad.
Meskipun pemilihan Roslan dilihat ramai pemerhati tidak bersandarkan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithin yang meninggal dunia pada 1991 dan bapa saudaranya bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang tidak lagi mengetuai kerajaan Melaka pada 1999 lagi, Kamaruddin tetap tidak 'putus asa'.
Malah, dengan senang hati pula dan tanpa membuat 'kerja rumah', Kamaruddin mendakwa BN yang diwakili UMNO mengamalkan sistem dinasti secara turun temurun bagi jawatan pemimpin dari bapa kepada anak. Yang menjadi mangsa ialah Roslan. Soal jarak masa bapa dan bapa saudaranya tidak lagi berada dalam kerajaan negeri dengan tarikh beliau dinamakan sebagai calon BN bukan lagi persoalan.
Dakwa Kamaruddin, amalan 'dinasti' itu telah lama berlaku dalam UMNO, malah beliau mendakwa lagi kononnya 'orang ramai yang saya temuipun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini'. Benarkah?
Mungkin Kamaruddin sengaja tidak mahu menyamakan perkataan 'nepotisme' untuk 'dinasti'. Barangkali untuk mengelirukan pengundi Merlimau bahawa realiti sebenarnya ialah pihak pembangkanglah yang amat menjuarai dalam hal ini.
Kamaruddin sewajarnya melihat amalan 'dinasti' ini yang mana para pemimpin yang menerajui sesebuah parti menurunkan kuasa kepada anak beranaknya untuk jawatan tertinggi dalam DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - sekutu utama Pas dalam pembangkang.
Cuba Kamaruddin renung-renungkan dua perkataan iaitu kronisme & nepotisme (juga dinasti) yang menjadi modal Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang UMNO dan BN. Sebenarnya yang kuat mengamalkan kronisme dan nepotisme adalah Anwar sendiri.
Sejak beliau memegang jawatan di dalam Kabinet sehinggalah menjadi Ketua Umum PKR, amalan itu tidak pernah lekang daripada beliau. PKR menjadi sebuah parti anak beranak dan kroni Anwar sekeluarga apabila Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyandang jawatan Naib Presiden parti itu. Si ayah menjadi ketua umum, si ibu menjadi presiden dan si anak pula naib presiden.
Anwar bertindak ala pengurus kempen pula kepada semua calon pilihan semasa bertanding kepimpinan Pusat PKR. Beliau mahukan orangnya menguasai keseluruhan parti dari peringkat cabang sehinggalah ke peringkat pusat. Apabila Kamaruddin melabelkan UMNO sebagai parti yang mengamalkan kronisme dan nepotisme, seolah-olah dia membuka pekung sendiri.
Segala apa yang ditohmah oleh Kamaruddin terhadap Roslan di Merlimau kini kembali kepada diri Pas, partinya yang bersekutu dengan PKR yang paling ketara mengamalkan 'dinasti' dan kronisme ini.
Demikian jugalah wujud dinasti politik lain seperti gandingan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew, selain Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo.
Kamaruddin sewajarnya bermuhasabah diri. Seperti mana kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil DUN Merlimau itu dibuat berdasarkan merit.
Perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira, malah tidak dapat dielakkan. Yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap potensi Roslan. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan