Isnin, 28 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Esok, Nik Aziz mungkin kata dia pun tak kisah jadi benggali

Posted: 27 Feb 2011 09:55 PM PST

TIDAK mustahil esok Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat akan berkata beliau tidak kisah dilahirkan sebagai benggali kerana tidak pernah meminta dilahirkan sebagai Melayu.

"Semalam dia kata tak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli, maka saya tidak menolak esok dia juga akan berkata tak kisah jadi benggali asalkan PAS mendapat sokongan rakyat," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sambil menyifatkan Menteri Besar kelantan itu seperti 'sesumpah', beliau kesal Nik Aziz masih berterusan memainkan isu bangsa dan agama untuk meraih simpati.

Katanya, Nik aziz sanggup bercakap putar belit dengan berselindung disebalik pengertian agama apabila berada di dalam kumpulan berbeza.

"Dalam kumpulan Cina, dia kata PAS bertolak ansur, dengan India dia cakap negara Islam hanya cadangan PAS dan apabila bersama umat Islam dan orang Melayu, dia kata ikut al-quran dan hadis," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, Nik Aziz hanya membisu apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan langkah mayat beliau dulu jika PAS mahu membentuk sebuah negara Islam.

"Mungkin esok dia (Nik aziz) akan kata dia pun seronok jadi benggali hanya untuk ambil hati Karpal Singh," tambahnya.
Cerita putar alam pemimpin PAS yang nyanyuk

"Inilah cerita putar alam daripada seorang pemimpin politik nyanyuk tetapi masih beranggapan hanya dirinya tokoh ulama yang hebat.

Katanya, memang tepat Nik Aziz mengakui tak kisah jadi Orang Asli kerana mereka adalah pribumi negara ini dan kemungkinan bangsa Melayu adalah keturunan tersebut sama ada daripada suku jakun, semai dan negrito dan sebagainya.

Tetapi katanya, yang menjadi persoalan ialah Menteri Besar Kelantan itu terlalu ghairah memperalatkan pengertian agama untuk kepentingan politik PAS.

"Sebelum ini, pelbagai fatwa menyesatkan pemikiran umat dan tuduhan karut dilemparkan beliau termasuk mengkafirkan sesama Islam," katanya.

Mengenai dakwaan Nik Aziz bahawa ajaran Islam tidak mengenali status bangsa termasuk Arab, Syed Ali menjelaskan perkara sudah dalam pengetahuan umat Islam

Berserban belum tentu lagi Islam sebenarnya

"Orang Islam sama ada berserban dan mengakui dirinya PAS pun tidak semestinya Islam hanya dengan mendengar khutbah Nik Aziz," tegasnya.

Dalam hal ini tegas beliau, NIk Aziz sepatutnya membubarkan perkataan 'Islam' kepada pengertian PAS kerana parti itu bukannya memperjuangkan kepentingan Islam keseluruhannya.

Beliau mengingatkan, orang yang mengakui arif mengenai agama tetapi memperalatkan agama untuk kepentingan politik dan peribadi adalah kumpulan berbahaya kepada penyatuan umat.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai 'pengecut' kerana tidak sanggup menentang calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau.

"Sebelum penamaan calon, PAS sudah tekad untuk menurunkan Tuan Ibrahim tetapi apabila BN umumkan Syed Ibrahim sebagai calon, PAS terpaksa mengubah strategi," ujarnya.

Dalam hal ini jelas beliau, PAS Pahang termasuk Tuan Ibrahim sebenarnya gentar berdepan dengan Syed Ibrahim kerana pengundi di Kerdau amat menyenagi pemimpin UMNO berkenaan.

Tiada ulasan:

Pengikut