Apo Kono Eh Jang! |
- Ceramah sulung Bob Lokman di Kerdau hambar..
- Mencari Syurga Dalam PAS By Bob Lokman
- Rosmah Mansor: Wanita Igauan Ngeri kepada Pembangkang..!!!
- PAS kalah ditimbun dosa sendiri…
- Askar Upahan Harakah Yang Haprak
Ceramah sulung Bob Lokman di Kerdau hambar.. Posted: 28 Feb 2011 05:20 AM PST PAS yang mewar-warkan kehadiran ayam tambatan barunya iaitu Bob Lokman di Kerdau sejak dua hari lepas, agak terkejut dengan kehadiran masyarakat Kerdau ini di ceramah tersebut. Bukan kerana kehadiran ribuan manusia, tetapi PAS terkejut kerana Bob Lokman hanya berjaya menarik lebih kurang 30 orang sahaja untuk ke ceramah tersebut. Bertempat di Taman Desa Murni Kerdau, Bob Lokman telah menyampaikan ceramah bersama dengan calon PAS dan juga YDP PAS kawasan. Isi ceramah tersebut hanya berkisarkan tentang kisah hidup Bob Lokman yang kononnya mendapat hidayah untuk masuk PAS. Sebelum ini kata Bob, dia jahil tentang agama apabila menyokong BN. Tetapi kini dia sudah insaf dan bersyukur kepada Tuhan kerana dia memperolehi ketenangan didalam PAS. Bob juga mengakui bahawa dia tertarik untuk masuk PAS setelah dia mendengar ucapan Nik Aziz. Bagi Bob, Nik Aziz adalah manusia yang amat ikhlas dalam berkata-kata sepanjang dia mengikuti setiap ceramah "Tok Guru" tersebut. Inilah antara faktor utama Bob Lokman terbuka hidayah untuk menerima PAS. Jadi, sebenarnya Bob Lokman ni bukanlah mencari syurga Islam, tetapi dia lebih kepada mencari syurga PAS. Lebih tepat lagi, dia hanya mencari Syurga Nik Aziz. Sebabnya.., ketaksuban Bob terhadap Nik Aziz terlampau tinggi hinggakan dia percaya bahawa ulamak politik itu mampu memberikan "syurga" kepada sesiapa yang masuk PAS. Mudah-mudahan, Bob akan sedar dari kekhilafan yang sedang dilaluinya sekarang ini. |
Mencari Syurga Dalam PAS By Bob Lokman Posted: 28 Feb 2011 04:05 AM PST Itu mungkin lirik bagi tajuk terbaru lagu oleh Bob Lokman yang baru-baru ini menyertai PAS kerana kononnya 'nak masuk syurga'. Apalah malang, dalam nak mencari jalan, termasuk pulak ke lubang buaya. Di Merlimau, Bob Lokman menyerlahkan kebolehannya berceramah buat pertama kali di atas pentas politik PAS. Selama hari ini kebolehan Bob terhad kepada mencipta lirik lagu yang mengkhayalkan orang yang mendengar, disamping berlawak dan mengacara sahaja. Punya ramai yang dah lama hidup dan ada yang dah mati sebagai ahli PAS pun tidak dapat nak naik ke pentas PAS untuk berceramah, tetapi Bob Lokman yang masih baru ini mendapat keistimewaaan itu kerana apa? Kerana dia tergolong dalam golongan artis, popular, kalau tidak, bolehlah mimpi. Pada siapa yang tak tau, Bob Lokman adalah penulis lirik lagu terkenal Search bertajuk Isabela, ciptaan M. Nasir yang sungguh popular hingga ke hari ini. Malah Bob Lokman terkenal dengan lirik-lirik lagi yang berpaksikan kepada nama, seperti Taman Rashidah Utama (Nama taman perumahan di Negeri Sembilan). Mungkin selepas ini Bob boleh tulis lirik guna nama Nik Aziz juga. Malang bagi Bob Lokman, dia melihat 'syurga' di dalam PAS. Buat seketika, mungkin Bob Lokman bersyukur berada di Malaysia ini kerana hanya di negara ini sahaja yang mempunyai PAS, di tempat lain tak ada. Mungkin juga Bob Lokman mahu mencium kaki penjajah British yang membenarkan penubuhan PAS lebih 60 tahun dulu untuk menyaingi Perikatan. Dari segi demokrasi, itu adalah terpulang kepada Bob Lokman untuk menyertai PAS, sama seperti Dato Ali Mamak dan Jefridin yang menyokong UMNO. Negara ini tidak menyekat mana-mana rakyat untuk menyertai mana-mana parti politik yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan Bob Lokman tidak terkecuali. Tapi dari segi pendapatnya pula, mencari 'syurga' di dalam PAS, adalah satu perkara yang paling jahil pernah penulis dengar sepanjang menjadi pengkarya politik. Kalau pun menjadikan kegagalan mendidik anak sebagai sebab untuk kembali ke pangkal jalan, PAS bukanlah destinasi yang patut ditujui Bob Lokman. PAS hari ini langsung tidak ada beza dengan parti politik sekular dan Sosialis yang menjadi rakan komponennya – PKR dan DAP. PAS yang memperjuangkan Islam adalah PAS yang dulu, bukan PAS yang sekarang. Malah Islam yang diperjuangkan PAS dahulu pun boleh dpertikaikan, apatah lagi yang sekarang. Dengan begitu keadaannya, syurga apa yang dicari Bob Lokman? Tambah lagi, bila Bob Lokman berceramah atas satu pentas dengan Nizar, itu sekadar menyerlahkan kejahilan Bob Lokman mengenai retorik politik PAS. Nizar adalah lambang bagaimana PAS menjadi tunggangan DAP di Perak walaupun bergelar seorang Menteri Besar. Nizar juga yang yang terbabit dengan upacara 'candle virgil' yang dianjurkan DAP. Pada pendapat Bob Lokman, adakah itu selari dengan Islam? Adakah itu menjanjikan syurga? Jika pun Bob Lokman ingin bermuhasabah diri, mencari dimana silap yang menyebabkan apa pun masalah yang melanda dirinya sekarang, PAS bukanlah tempatnya. Ada lebih banyak dosa jenis berlainan dalam PAS berbanding dunia glamor artis yang selama hari ini Bob bergelumang.. Dan dosa-dosa ini pula tergolong dalam kategori dosa-dosa berat, antaranya fitnah dan adu domba. Berkunjunglah ke pusat-pusat dakwah yang bersepah dalam negara ini, bergurulah dengan guru-guru yang lebih bebas pemikirannya dan tidak terkongkong oleh politik kepartian untuk mencari panduan. Itu adalah lebih afdal. Politik ini kotor dan PAS sebagi antara pemain utamanya di negara ini bukan sahaja tidak terkecuali malah antara penyumbang terbesar kepada kekotoran itu. Kalau nak kita bahaskan, ruang yang ada ini tidak akan cukup panjang.. Dipendekkan cerita ya Bob, ke syurga atau ke neraka selepas ini, bukan PAS yang dapat menentukannya. Penulis bagaimanapun menjangkakan hayat Bob Lokman bersama PAS tidak panjang. Sudah ramai artis yang sebelum ini terlihat kembali ke pangkal jalan (melalui penampilan pakaian) tapi tidak lama. PAS sebagai parti politik pun bukanlah sesuai dengan panduan yang mahu dicari Bob – jika betul lah mencari panduan. Sebaliknya Bob hanya digunakan PAS untuk mempopularkan PAS itu sendiri, dari segi nilai, Bob tidak ada sekupang pun. Ini membuktikan juga bahawa memang selama hari ini PAS dok janji syurga sebagai tarikan untuk masyarakat menyertai mereka. Bila kita kata begitu ramai orang dok nafikan, mintak bukti dan sebagainya. Bila bagi bukti, diminta pula kenyataan penuh, so on so fought. Sekarang 'besar' punya bukti ada, apa kata kau balaci? Undilah BN Oleh: Adamyan |
Rosmah Mansor: Wanita Igauan Ngeri kepada Pembangkang..!!! Posted: 28 Feb 2011 01:47 AM PST Tentunya sekeping hati wanita akan sedih bukan kepalang, hancur berderai, dan terkilan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada dirinya dan keluarga. Tentunya semangat yang membara akan terpadam jika tidak memiliki sekujur jiwa yang betah dan jitu. Namun, begitulah perihal isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah, seorang wanita, isteri dan insan yang mempunyai keperibadian yang sangat teguh prinsipnya. Rosmah Mansor, bukan calang-calang wanita Melayu. Biarpun dihujani dengan kutukan dan serangan yang tidak putus-putus dari pihak pembangkang, beliau tetap utuh berdiri dengan sifat "srikandi Melayu"nya yang tersendiri. Sejak Dato' Seri Najib menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau diserang. Sehingga kini, suaminya bergelar Perdana Menteri sekalipun, beliau tetap memainkan peranannya yang istimewa sebagai satu-satunya isteri Perdana Menteri yang paling aktif dan prihatin terhadap rakyat Malaysia. Alhamdulillah, hari ini Datin Seri Rosmah menafikan segala tohmahan tersebut. Beliau menyatakan bahawa setiap apa yang beliau ingin lakukan, pastinya akan memaklumkan kepada suaminya terlebih dahulu dan jika suaminya mengizinkan, maka barulah beliau melaksanakannya. "Saya ingin tegaskan di sini bahawa semua itu (mengongkong) tidak benar kerana segala keputusan dibuat sendiri oleh Datuk Seri Najib. "Malah, apa jua yang saya lakukan adalah dalam pengetahuan dan perlu mendapat kebenaran daripada beliau terlebih dahulu," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik di Felda Jengka 25 di sini hari ini. -Utusan Hairannya, puak-puak pembangkang seakan-akan arif pula tentang kehidupan suami isteri Perdana Menteri dan isterinya sehingga menuduh pasangan no.1 itu dengan pelbagai fitnah. Apakah mereka tinggal sebumbung, makan semeja, tidur sekatil atau 24 jam sentiasa bersama Perdana Menteri dan keluarganya? Datin Seri Rosmah sering dituduh sebagai "queen control" oleh segelintir pihak, terutamanya pembangkang. Namun, tuduhan tanpa asas yang kukuh itu ternyata tidak melemahkan semangat beliau untuk terus menjadikan slogan yang diilhamkan oleh suaminya terus dizahirkan melalui sentuhan istimewanya. Siapa sangka, Datin Seri Rosmah muncul sebagai "ibu" yang prihatin terhadap pembangunan minda dan pendidikan asas anak-anak kecil yang bakal menerajui negara kelak. Program Permata yang dinaunginya itu menjadi ikutan dan contoh kepada banyak negara Islam lain di seluruh dunia. Justeru begitu, beliau diundang khas oleh pelbagai negara untuk menunjuk ajar sebuah program yang bakal melahirkan produk-produk yang berharga untuk masa depan negara – modal insan masa depan yang berkualiti. Busuknya hati pemimpin politik pembangkang telah cuba menimbulkan persepsi buruk dikalangan rakyat terhadap usaha isteri Perdana Menteri itu. Mereka menuduh Datin Seri Rosmah hanya menghabiskan duit kerajaan dengan program Permatanya itu. Malah Perdana Menteri turut ditohmah kononnya beliau "mengikut telunjuk isteri". Entah dimana letaknya akal yang Allah berikan kepada mereka itu? Program itu ternyata bermanfaat kepada masa depan anak-anak kita kelak. Bak pepatah Melayu, "Melentur buluh, biarlah dari rebungnya", itulah yang cuba dilaksanakan oleh isteri Perdana Menteri itu. Beliau cuba membina generasi akan datang yang lebih baik dan berkualiti serba serbinya. Dan salahkah seorang Perdana Menteri menyokong sesuatu yang akan memberikan pulangan yang hebat untuk masa depan negara? Itu pun nak bangkang juga, kah? Datin Seri Rosmah bukannya buat program yang menguntungkan diri sendiri. Beliau bukannya menjual aset negara kepada Singapura atau negara asing lain. Beliau bukannya melobi projek sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang di negeri-negeri jajahan pembangkang. Beliau bukannya seorang "peniaga", beliau hanya ingin membangunkan modal insan yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Pemergian beliau ke negara-negara timur tengah baru-baru ini turut dipertikai dan dijadikan modal politik murahan. Beliau dituduh menghabiskan wang Kerajaan dengan lawatan tersebut. Namun hakikatnya, lawatan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh negara-negara yang menjemput beliau ke sana! Malah, jemputan itu juga membabitkan program Permata yang ingin dicontohi oleh negara-negara tersebut. Apakah tindakannya salah juga sehingga perlu difitnah sedemikian rupa? Mujurlah Datin Seri Rosmah teguh hatinya. Segala fitnah tersebut bagaikan menjadi "penguat semangat" kepadanya untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara. Segala usahanya itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat di Malaysia dan penulis menyokong penuh tindakan beliau itu. Bersabarlah Datin Seri, kuatkanlah hati dan berserahlah pada Allah S.W.T. Teruskanlah usaha murni mu wahai Datin Seri, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik mu… Penulis melihat pendekatan baru wanita yang bergelar isteri kepada Perdana Menteri ini sebagai satu rahmat dari Allah S.W.T. Sebelum ini, kita dikurniakan lima orang isteri Perdana Menteri yang mempunyai pelbagai keistimewaan masing-masing. Namun, keistimewaan Datin Seri Rosmah ini bagaikan menjadi igauan ngeri untuk segelintir pihak yang ber"agenda"kan politik murahan seperti Pakatan Haram! Semoga Allah terus memberikan kekuatan, rahmat dan hidayahNya kepada Datin Seri Rosmah pada masa akan datang. Wallahua'alam. |
PAS kalah ditimbun dosa sendiri… Posted: 28 Feb 2011 01:18 AM PST Kempen Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau sedang hangat berlangsung. Menyaksikan pertandingan "satu lawan satu" di antara Barisan Nasional yang diwakili calon UMNO bertemu PAS, pastinya ramai penyokong dan "tukang kempen" yang akan turun di sana membantu kedua-dua parti tersebut. Kerusi DUN Merlimau dan Kerdau sebelum ini masih belum mampu ditembusi oleh mana-mana pihak dari parti pembangkang. Kerusi di DUN Merlimau misalnya, walaupun PAS pernah memberi laluan untuk Parti Ke"tidak"adilan Rakyat mencuba nasib di situ, namun keputusannya tetap sama, pembangkang tetap gagal di situ. Dan kali ini, PAS sekali lagi mencuba nasib untuk menggugat Barisan Nasional di situ. Apakah PAS akan berjaya di kedua-dua kerusi itu kali ini? Kita melihat PAS sangat bersungguh-sungguh pada PRK sebelum ini iaitu di DUN Tenang. Dianggarkan puluhan ribu penyokong PAS yang berarak sewaktu hari pencalonan, malah ada blogger PAS yang mendakwa jumlahnya mencecah lebih 100,000. Jika dilihat gayanya, pastinya PAS akan berjaya di DUN Tenang. Namun Allah telah menentukan bahawa PAS kalah di sana, malah lebih teruk pula kalahnya. Moral dan status politik PAS jelas merosot teruk. Mengapa mereka kalah? Merujuk kembali di PRK DUN Merlimau dan Kerdau. Sekali lagi PAS membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menggoyah kubu BN di sana. Walaupun kepimpinan PAS seperti Ustaz Nasharuddin dan Salahuddin Ayyub telah mengingatkan jentera mereka agar "lebih sopan" dan menjaga tingkah laku (terutamanya jangan memfitnah), apakah ingatan itu akan dipatuhi oleh juak-juak PAS dan paksi Pakatan Haram itu? Jawapannya, PAS tetap PAS. Sifat sopan dan akhlak mahmudah tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka sejak dulu, apatah lagi kini ketika mana mereka sedang bersekongkol bersahabat dengan "syaitan", musuh Islam yang nyata. Tingkah laku mereka lebih teruk dari terdahulunya. Jika diingatkan supaya jangan memfitnah, maka memfitnahlah yang menjadi keutamaan kempen mereka di Merlimau dan Kerdau. Sebagai contoh, PAS menuduh bahawa calon BN di DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, sebenarnya bukanlah lulusan Universiti Al-Azhar dan dengan busuk hatinya mendakwa bahawa jika ada pun sijil tersebut, mungkin ianya "dibeli" ataupun palsu! Astaghfirullahil Azim. Kempen jenis apakah ini? Sayugia bagi menjawab tohmahan dan persepsi buruk yang dilemparkan Parti "Islam" Se-Malaysia itu, maka terpaksalah calon BN tersebut membuka kembali fail sijilnya dan menunjukkan pada rakyat umumnya bahawa sememangnya beliau memiliki ijazah dari institusi pengajian tersohor di Mesir itu. Malah surat akuan pemilikan ijazahnya juga turut disertakan bagi membuktikan bahawa PAS sememangnya menabur fitnah terhadapnya. Entah "Islam" apakah PAS ini yang sememangnya sangat suka dengan "fitnah"? Jentera BN yang turun padang kali ini turut dilaporkan melawat ke rumah salah seorang penyokong PAS "tegar" zaman berzaman. Melihat rumah "hamba Allah" yang dhaif tersebut, mereka bertanya padanya sama ada dia pernah menerima sebarang bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini? Tuan rumah itu menyatakan bahawa memang ada wakil dari agensi Kerajaan yang datang untuk menghulurkan bantuan. Namun atas "nasihat" rakan-rakan PAS yang lain yang menyatakan bahawa "duit bantuan dari BN adalah haram" maka dia terpaksalah menolak bantuan tersebut. Astaghfirullahil Azim. Duit Kerajaan "haram"? Nampaknya "fatwa" dari ulama PAS sememangnya menjadi pegangan hidup juak-juak PAS seluruh Malaysia. "Fatwa" karut yang muncul lebih sedekad itu masih lagi dipraktikkan oleh penganut agama PAS! Dosa seperti inilah yang akan ditanggung oleh pimpinan PAS seumur hidup dan jawablah kelak di dalam soal kubur masing-masing. Penulis tidak hairan jika ada lagi insiden "solat dua imam di dalam satu masjid atau qaryah", "sembelihan orang UMNO haram dijamah", "tidak sah nikah berwalikan ayah yang berpartikan UMNO" dan sebagainya. Penulis menganggap bahawa kekalahan demi kekalahan PAS adalah berpunca dari "dosa-dosa PAS" sendiri. Malah takdir bahawa PAS tidak pernah berjaya menawan Kerajaan Persekutuan adalah kerana "dosa-dosa" dari PAS itu sendiri. Perjuangan lebih 50 tahun oleh PAS itu begitu sebati dengan dosa, fitnah, pembohongan, penyelewengan, assobiyyah, zalim, memperdagangkan agama Allah S.W.T dan menyimpang dari ajaran Rasulullah S.A.W adalah faktor terbesar yang menyumbang ke arah kekalahan PAS di persada politik negara. Meskipun PAS "lebih veteran" berbanding PKR, namun PKR dilihat lebih mendominasi PAS dan berjaya meng"keldai"kan parti Islam tersebut. "Islam" jenis apakah yang membiarkan diri di"keldai"kan? Namun PAS, sebuah parti yang tak tahu malu, rela nama "Islam" yang ada padanya di"keldai"kan begitu sahaja oleh kafir harbi dan agen yahudi. Ternyata PAS sudah terpesong jauh dari landasan Islam yang sebenar. Politik tetap politik. Namun Islam tetap letakknya di tempat tertinggi di dalam kehidupan kita. Menafikan keutamaan Islam dengan mendahulukan politik adalah salah sama sekali. Begitu juga dengan "bersahabat dengan syaitan yang dianjurkan oleh Mursyidul Am PAS" itu juga salah sama sekali. Janganlah hanya disebabkan politik keduniaan, maka syaitan dipeluk dan saudara seagama dikafir dan diperangi. Itu bukan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Wallahu'alam. |
Askar Upahan Harakah Yang Haprak Posted: 27 Feb 2011 04:38 PM PST Saya dan rakan-rakan amat mengenali Brig Jen (B) Abdul Ghani (12044) kerana kami menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 30 Ogos 1954 dan pernah sama-sama bertugas di pasukan 3 Recce (semasa di Ipoh) dan di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) sebelum beliau bersara secara pilihan pada bulan Ogos 1985. Kami terpanggil kerana tak tahan dengan karenah Ghani yang bagaikan 'kacang lupakan kulit' terhadap ATM. Manusia yang tak tau bersyukur. Tapi kami tak hairan! Memang inilah Ghani yang kami kenali. Apakah tujuan sebenar Ghani menyerang ATM melalui artikelnya bertajuk Orang Tengah Punca Kos Melambung dalam Harakah Bil.1616 bth 21-24 Feb 2011 tidak jelas tapi mudah diagak dan ditafsir. Ghani mempunyai syarikat Ayu Edisi Sdn Bhd, beliau berusaha mendapat kontrak kontrak dan menjadi "Orang Tengah" dengan KEMENTAH. Namun gagal sama sekali. Kerana kegagalan perniagaan inilah membuatkannya mulai marah dan kecewa. Mengenali Ghani, beliau memang mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segalanya. Apa tidaknya, isterinya Zulekha Abdullah yang mati ditembak di kepala dengan pistol milik perkhidmatan pun dia tak kisah. Apa jadi dengan kes ini, Ghani? Pihak Mahkamah Koroner memutuskan kematian Zulekha bukan bunuh diri. Bagaimana pistol dibawa balik ke rumah? Cakap bab isteri, Ghani memang handal – kalau tak cukup bomoh Melayu, dia akan cari bomoh Siam untuk dapatkan perempuan yang diingini bagi memuaskan nafsu serakahnya. Isteri pertama, Azizah Putih diceraikan pada 13 Apr 1971. Isteri kedua, Zulekha Abdullah mati ditembak. Yang ketiga, Siti Rosnah Ismail bercerai pada 30 Ogos 1984. Ini yang keempat, Raja Rozita Raja Abdullah Omar (berkahwin pada 1985). Entahlah! Boleh tahan nafsu orang tua ni! Sekarang ini Ghani dah pandai berlakon dan perlu tunjuk baik, maklumlah dah jadi orang PAS dan pegang Jawatankuasa Khas PAS Pusat sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan kepada Dr Lo'Lo (jaga-jaga sikit Dr dengan Ghani). Kenapalah PAS boleh percaya dengan Ghani? atau pun PAS lebih suka orang macam ni yang latarbelakang TIDAK BAIK malahan peribadi lagi tak elok. Nampaknya, Hj Hadi Awang (Presiden PAS) pun kena tipu dengan Ghani. Insaflah sebelum menemui ajal kerana Pintu Taubat Terbuka Untuk Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahluddin. Hentikanlah segala tuduhan tanpa asas terhadap KEMENTAH dan ATM. Jangan jadi anjing tersepit, bila dilepaskan menggigit Tuan. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
goyard store
yeezy boost 350
jordans
jordans
off white
off white
nike sb dunks
jordan 1 low
fear of god outlet
yeezy boost 350
Catat Ulasan