Selasa, 23 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Karpal mohon hakim undur, saksi pula hina mahkamah

Posted: 23 Nov 2010 06:24 AM PST

23 Nov, 10
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, peguam Karpal Singh akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.

Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok.

Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.

"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar.

Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.

Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Beliau akan memohon supaya Hakim Zabidin mengenakan tindakan itu kerana jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pinjaman Berjumlah RM59 Juta Pelajar Lulus Kelas Pertama Dilupuskan Tahun Ini

Posted: 22 Nov 2010 11:33 PM PST

E-Info@DRI

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said menasihatkan pelajar terbabit supaya menghubungi PTPTN bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini semasa mereka membuat pinjaman.

"Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak tersebut dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Muhibbah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 190,000 peminjam yang dihubungi langsung tidak memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar PTPT Nberhubung pembayaran balik pinjaman mereka.

"Saya menasihati mereka supaya menghubungi, atau datang ke pejabat PTPT Nuntuk berunding soal pembayaran balik pinjaman tersebut, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka terbabit," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pegawai Kanan Yayasan Selangor Direman 7 Hari

Posted: 22 Nov 2010 11:28 PM PST

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor direman selama tujuh hari bermula Selasa, berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 yayasan tersebut.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Khairul Nizam Abu Bakar pada pukul 12 tengah hari dan pegawai tersebut yang difahamkan adalah pengerusi pengelola majlis tersebut direman untuk membantu siasatan.

Pegawai yang berusia dalam lingkungan 40-an itu tiba di mahkamah pada pukul 11.45 pagi dengan diiringi oleh dua pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Difahamkan, pegawai itu ditahan oleh SPRM dan dibawa ke pejabatnya di tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya, dekat sini pada pagi Isnin.

.Pada 12 November lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 15 November lalu.

Baginda membuat keputusan tersebut selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang melebihi RM300,000 untuk majlis itu.

Pada 15 November lalu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar pula mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Bagaimanapun, seorang lagi pengurus besar yayasan tersebut dilaporkan berkata, kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

Difahamkan majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu telah dibatalkan.

Pada 14 November lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pegawai kanan tersebut telah diarahkan bercuti dengan gaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tumit Bengkak: Muhyiddin Batal Lawatan Ke Sarawak

Posted: 22 Nov 2010 08:52 PM PST

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri membatalkan lawatan dua harinya ke Sarawak mulai hari ini kerana mengalami bengkak di tumit.

Setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd memberitahu Bernama bahawa Muhyiddin dinasihatkan oleh doktor supaya berehat.

Timbalan Perdana Menteri dijadual melawat Limbang dan Lawas hari ini dan esok untuk menghadiri beberapa program termasuk sesi bertemu rakyat. -
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kecoh di mahkamah; Anwar mahu hakim dilucutkan

Posted: 22 Nov 2010 10:23 PM PST

Berita terkini
PEGUAM utama dalam kes perbicraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang didakwa gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Karpal akan memfaikan permohonan tersebut pagi esok.

Ini kerana Mohamad Zaibidin menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicraan kes liwat membabitkan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin dengan Anwar yang menyebabkan suasana mahkamah menjadi tegang.

Ini berpunca apabila Karpal mendakwa bahawa saksi-saksi sudah diprogramkan sebagai robot.

Reaksi awam
Ketika diminta mengulas perkembangan tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee secara spontan berkata, ini semua taktik Anwar bagi melengahkan kes tersebut.

"Kita tiada hak untuk mencampuri perbicaraan kes tersebut, tetapi pada persespsi awam mengenai apa yang berlaku tadi, seperti ada usaha disengajakan untuk melambatkannya (perbicaraan), " jelas beliau.

Katanya, pendapat itu boleh dipersetujui apabila melihat kepada beberapa kali kes perbicaraan liwat Anwar sebelum ini yang telah ditangguhkan dengan pelbagai alasan terlalu kecil, seperti sakit, berada di luar negeri dan menghadiri sidang Parlimen.

Beliau berpendapat, apabila seseorang hakim mahu disingkirkan daripada meneruskan perbicaraan kes yang menjadi perhatian seluruh rakyat, sudah tentu langkah itu dilihat sebagai tidak munasabah.

"Hari ini nak singkirkan hakim, selepas ini agaknya semua mereka yang mengendalikan kes Anwar akan dipecat dan bagi memuaskan hati, kesemuanya mestilah yang sealiran dengan pendapat mereka (pembela), ini tidak sepatutnya beraku di mahkamah," katanya.
Anwar sengaja cari helah lambatkan perbicaraan kes liwat ;
Beliau tidak menolak kemungkinan Anwar sengaja melambat-lambatkan proses perbicaraan kes liwat itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan harapan kes tersebut akhirnya akan digugurkan.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyelar sikap Anwar yang sengaja menjadikan perbicaraan kes liwatnya sebagai senjata politik untuk mencemarkan imej Malaysia di luar negara.

"Oleh sebab itu, Anwar cuba mempengaruhi negara luar dan yang terbaru Australia, supaya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari," tegasnya.

Beliau juga menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat negara kerana dikatakan bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan rakyat terutama orang Melayu.

Mengenai desakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat semalam yang mahu Anwar dihalang ke luar negeri, Syed Ali berkata langkah itu sepatutnya sudah lama dilakukan.

"Saya sudah beberapa kali minta kerajaan usir atau lucutkan kerakyatan Anwar kerana beliau adalah pengkhianat dan sudah tidak tidak selesa lagi menetap di negara ini," tegasnya.

Justeru katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) disarankan segera bertindak kerana perbuatan Anwar di luar negeri boleh mencemarkan reputasi pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Hentikan spekulasi tarikh pilihan raya," – Syed Ali

Posted: 22 Nov 2010 07:15 PM PST

"HENTIKAN spekulasi bila Pilihan Raya Umum (PRU) akan di adakan, sebaliknya pemimpin UMNO perlu bekerja keras mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, persoalan bila tarikh PRU ke-13 tidak perlu dijadikan isu besar kerana apa jua keputusannya hanya akan ditentukan oleh Perdana Menteri apabila difikirkan sesuai diadakan.

Beliau mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak terperangkap dengan pelbagai spekulasi penentuan tarikh PRU yang sengaja dimainkan oleh pembangkang menerusi laman sesawang dan media tempatan.

"Pembangkang sengaja melancarkan perangsaraf seperti itu supaya pemimpin UMNO dan BN hilang tumpuan kepada usaha mendekati rakyat," katanya.

Syed Ali juga mendakwa, pembangkang sengaja melakukan provokasi kononnya Najib akan melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat ini dengan turut menamakan beberapa orang menteri dan timbalan menteri akan digugurkan.

"Ini semua taktik pembangkang untuk menimbulkan rasa tidak puashati pemimpin BN kepada Najib termasuk mencetuskan keresahan di kalangan pemimpin UMNO," ujarnya lagi.

Sebaliknya tegas beliau, sekarang adalah masa terbaik untuk seluruh pemimpin UMNO di semua peringkat termasuk komponen BN meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka termasuk sentiasa turun padang menemui rakyat.

"Najib sudah berulang kali mengingatkan pemimpin UMNO supaya sentiasa mendampingi rakyat dan bukannya dilakukan apabila semakin hampir pilihan raya dengan hasrat supaya terpilih sebagai calon," tegasnya.

Ambil pengajaran PRU yang ke-12 ;

Beliau menegaskan, keputusan dan senario PRU ke-12 yang lalu perlu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada pemimpin UMNO dan BN bagi memastikan ia tidak berulang di masa akan datang.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas penafian Najib semalam bahawa tidak akan berlaku rombakan kabinet dan menolak andaian PRU akan diadakan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dipetik sebagai berkata spekulasi itu sekadar khabar angin yang sengaja digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sejak kebelakangan ini.

Beberapa portal berita terutama pro-pembangkang mula menyebarkan berita kononnya PRU ke-13 akan berlaku serentak dengan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Sarawak yang akan tamat tempohnya pada Julai 2011.

Bagaimanapun penganalisis politik tempatan, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandiah pula dilaporkan sebagai berkata PRU hanya akan diadakan pada 2012 apabila persekitaran ekonomi yang kini perlahan akan pulih sepenuhnya pada tahun tersebut.

Menurut Syed Ali lagi, sama ada cepat atau lambat PRU diadakan, pemimpin UMNO sentiasa bekerja keras bagi memastikan pilihan raya kali ini akan memberi kemenagan lebih cemerlang kepada BN.

"Kita akan pastikan PRU kali ini akan memberi kejayaan lebih besar kepada UMNO dan BN bagi meneruskan usaha membela nasib rakyat dan memacau pembangunan negara," tegasnya.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Anwar Menari, Mahathir Bertepuk

Posted: 23 Nov 2010 05:27 AM PST

Sindiran sinis Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim harus diberi perhatian serius oleh seluruh ahli PKR. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa pengaruh Anwar semakin merosot dan beliau sendiri semakin dibenci oleh rakan-rakannya. Dr Mahathir berpendapat, biarkan Anwar ke luar negara tanpa disekat, dan biarkan beliau memburukkan negaranya sendiri di luar negara. Lama-kelaman, rakyat akan sedar siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Saya juga senada dengan Dr Mahathir berkenaan Pilihan Raya Umum ke-13 - DS Najib tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU ke-13 serentak dengan Pilihan Raya Sarawak. Keadaan sekarang sudah berubah - Pakatan Rakyat di Sarawak tidak lagi hebat dan perlu ditakuti seperti dahulu. Hakikatnya, Pakatan Rakyat hanya bergantung harap dengan janji-janji Anwar kepada rakyat Sarawak untuk merampas negeri tersebut daripada BN. Anwar sering menabur janji untuk memberikan bulan dan bintang kepada penduduk Sarawak yang kononnya selama ini telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan BN.

Slogan "Sarawak untuk Rakyat Sarawak" yang sering dilaungkan oleh Anwar sudah tidak lagi relevan dan dipercayai oleh rakyat di negeri itu. Sikap talam dua muka Anwar, khususnya berkaitan dengan janji-janjinya yang masih tidak mampu ditunaikan untuk membela kepentingan ahli-ahli Hindraf yang selama ini menyokongnya - semakin membuka mata banyak pihak, sesungguhnya Anwar Ibrahim merupakan seorang manusia yang tidak boleh dipercayai. Kredibiti Anwar sudah tercalar, dan retorik politiknya pula semakin menemui jalan buntu.

Masalah penyelewengan yang sedang hanyat melanda dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini, secara tidak langsung telah meranapkan terus kepercayaan rakyat terhadap Anwar Ibrahim - mereka berpendapat, sekiranya penyelewengan yang sedang berlaku itu dibiarkan oleh Anwar, tanpa rasa bersalah dan berdosa, bagaimana mungkin beliau mampu untuk menjadi seorang Perdana Menteri bagi mentadbir negara ini dengan baik? Ketahuilah, hayat politik Anwar sudah semakin malap. Eloklah beliau menerima sahaja saranan daripada Dr Asri yang mahu melihat beliau bersara secara aman daripada pentas politik Malaysia. Wallahualam.

-sumber :http://azlishukri.blogspot.com/

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Konspirasi Boleh Rancang Semua Tapi Tidak Yang Ini..

Posted: 22 Nov 2010 09:39 PM PST

Letak air mani dalam dubor..ya, itulah yang nak kita bincang hari ini macam mana teori konspirasi berupaya untuk meletakkan air mani ke dalam dubor seseorang yang lain.

Sebelum itu, mari kita lihat latar belakang teori konspirasi mula-mula hebat diperkatakan orang di Malaysia ini.

Sejak 1998, ramai orang di Malaysia lancar menyebut perkataan konspirasi. Secara dasar semua orang yang bercakap tahulah yang konspirasi itu secara mudahnya merujuk kepada pakat pakat untuk mengenakan orang lain.

Contohnya A tidak meliwat A (yang lain), S dan H tapi sebab adanya pakat-pakat ini maka keluarlah cerita yang dia meliwat A (yang lain), S dan H itu tadi. Malah ada juga dua M lain yang terlibat cuma mereka ini berlainan profession, ada pereka baju ada penulis ucapan. Itu contoh bagaimana nak menunjuk konspirasi ini dari segi maksud.

Oleh kerana teori konspirasi ini terdiri daripada perkara-perkara yang subjektif dan hear say maka adalah yang percaya dan tidak kurang yang tidak percaya. Itu biasa sebab dalam memperkatakan tentang teori konspirasi tambah lagi bila tiada yang konkrit nak disembahkan untuk menambah keyakinan orang lain yang tidak percaya. Jadi sumber rujukan itu boleh jadi apa yang dibahaskan dimahkamah dan sebagainya.

Hebat benar teori konspirasi ini tadi sehingga ia dikatakan boleh menjatuh dan menguatkan mana-mana pemimpin, bergantung kepada sebelah mana yang dia berada di dalam konspirasi itu tadi. Kalau dia berada di pihak yang menang, maka menanglah begitulah sebaliknya.

Bagaimanapun, sedarkah kita, sehebat mana pun teori konspirasi ini seperti yang dicakapkan orang, tiada konspirasi yang mampu meletakkan air mani di dalam dubor seorang yang lain. Cubalah duk diam renung-renung sekejap, fikirkan macam mana nak konspirasikan orang dengan meletakkan air mani orang itu kedalam dubor orang lain yang disebut dalam konspirasi ke atas dirinya?

Ada kata prostate milking, ada kata sumbat pakai jari dan berbagai bagai lah teori bagi nak menguatkan hujah masing-masing. Fikir-fikirkanlah..

Oleh: Adamyan

Pengikut