Apo Kono Eh Jang! |
Konspirasi Boleh Rancang Semua Tapi Tidak Yang Ini.. Posted: 22 Nov 2010 09:39 PM PST Letak air mani dalam dubor..ya, itulah yang nak kita bincang hari ini macam mana teori konspirasi berupaya untuk meletakkan air mani ke dalam dubor seseorang yang lain. Sebelum itu, mari kita lihat latar belakang teori konspirasi mula-mula hebat diperkatakan orang di Malaysia ini. Sejak 1998, ramai orang di Malaysia lancar menyebut perkataan konspirasi. Secara dasar semua orang yang bercakap tahulah yang konspirasi itu secara mudahnya merujuk kepada pakat pakat untuk mengenakan orang lain. Contohnya A tidak meliwat A (yang lain), S dan H tapi sebab adanya pakat-pakat ini maka keluarlah cerita yang dia meliwat A (yang lain), S dan H itu tadi. Malah ada juga dua M lain yang terlibat cuma mereka ini berlainan profession, ada pereka baju ada penulis ucapan. Itu contoh bagaimana nak menunjuk konspirasi ini dari segi maksud. Oleh kerana teori konspirasi ini terdiri daripada perkara-perkara yang subjektif dan hear say maka adalah yang percaya dan tidak kurang yang tidak percaya. Itu biasa sebab dalam memperkatakan tentang teori konspirasi tambah lagi bila tiada yang konkrit nak disembahkan untuk menambah keyakinan orang lain yang tidak percaya. Jadi sumber rujukan itu boleh jadi apa yang dibahaskan dimahkamah dan sebagainya. Hebat benar teori konspirasi ini tadi sehingga ia dikatakan boleh menjatuh dan menguatkan mana-mana pemimpin, bergantung kepada sebelah mana yang dia berada di dalam konspirasi itu tadi. Kalau dia berada di pihak yang menang, maka menanglah begitulah sebaliknya. Bagaimanapun, sedarkah kita, sehebat mana pun teori konspirasi ini seperti yang dicakapkan orang, tiada konspirasi yang mampu meletakkan air mani di dalam dubor seorang yang lain. Cubalah duk diam renung-renung sekejap, fikirkan macam mana nak konspirasikan orang dengan meletakkan air mani orang itu kedalam dubor orang lain yang disebut dalam konspirasi ke atas dirinya? Ada kata prostate milking, ada kata sumbat pakai jari dan berbagai bagai lah teori bagi nak menguatkan hujah masing-masing. Fikir-fikirkanlah.. Oleh: Adamyan |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan