Selasa, 23 November 2010

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Anwar Menari, Mahathir Bertepuk

Posted: 23 Nov 2010 05:27 AM PST

Sindiran sinis Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim harus diberi perhatian serius oleh seluruh ahli PKR. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa pengaruh Anwar semakin merosot dan beliau sendiri semakin dibenci oleh rakan-rakannya. Dr Mahathir berpendapat, biarkan Anwar ke luar negara tanpa disekat, dan biarkan beliau memburukkan negaranya sendiri di luar negara. Lama-kelaman, rakyat akan sedar siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Saya juga senada dengan Dr Mahathir berkenaan Pilihan Raya Umum ke-13 - DS Najib tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU ke-13 serentak dengan Pilihan Raya Sarawak. Keadaan sekarang sudah berubah - Pakatan Rakyat di Sarawak tidak lagi hebat dan perlu ditakuti seperti dahulu. Hakikatnya, Pakatan Rakyat hanya bergantung harap dengan janji-janji Anwar kepada rakyat Sarawak untuk merampas negeri tersebut daripada BN. Anwar sering menabur janji untuk memberikan bulan dan bintang kepada penduduk Sarawak yang kononnya selama ini telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan BN.

Slogan "Sarawak untuk Rakyat Sarawak" yang sering dilaungkan oleh Anwar sudah tidak lagi relevan dan dipercayai oleh rakyat di negeri itu. Sikap talam dua muka Anwar, khususnya berkaitan dengan janji-janjinya yang masih tidak mampu ditunaikan untuk membela kepentingan ahli-ahli Hindraf yang selama ini menyokongnya - semakin membuka mata banyak pihak, sesungguhnya Anwar Ibrahim merupakan seorang manusia yang tidak boleh dipercayai. Kredibiti Anwar sudah tercalar, dan retorik politiknya pula semakin menemui jalan buntu.

Masalah penyelewengan yang sedang hanyat melanda dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini, secara tidak langsung telah meranapkan terus kepercayaan rakyat terhadap Anwar Ibrahim - mereka berpendapat, sekiranya penyelewengan yang sedang berlaku itu dibiarkan oleh Anwar, tanpa rasa bersalah dan berdosa, bagaimana mungkin beliau mampu untuk menjadi seorang Perdana Menteri bagi mentadbir negara ini dengan baik? Ketahuilah, hayat politik Anwar sudah semakin malap. Eloklah beliau menerima sahaja saranan daripada Dr Asri yang mahu melihat beliau bersara secara aman daripada pentas politik Malaysia. Wallahualam.

-sumber :http://azlishukri.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Pengikut