Selasa, 23 November 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kecoh di mahkamah; Anwar mahu hakim dilucutkan

Posted: 22 Nov 2010 10:23 PM PST

Berita terkini
PEGUAM utama dalam kes perbicraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang didakwa gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Karpal akan memfaikan permohonan tersebut pagi esok.

Ini kerana Mohamad Zaibidin menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicraan kes liwat membabitkan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin dengan Anwar yang menyebabkan suasana mahkamah menjadi tegang.

Ini berpunca apabila Karpal mendakwa bahawa saksi-saksi sudah diprogramkan sebagai robot.

Reaksi awam
Ketika diminta mengulas perkembangan tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee secara spontan berkata, ini semua taktik Anwar bagi melengahkan kes tersebut.

"Kita tiada hak untuk mencampuri perbicaraan kes tersebut, tetapi pada persespsi awam mengenai apa yang berlaku tadi, seperti ada usaha disengajakan untuk melambatkannya (perbicaraan), " jelas beliau.

Katanya, pendapat itu boleh dipersetujui apabila melihat kepada beberapa kali kes perbicaraan liwat Anwar sebelum ini yang telah ditangguhkan dengan pelbagai alasan terlalu kecil, seperti sakit, berada di luar negeri dan menghadiri sidang Parlimen.

Beliau berpendapat, apabila seseorang hakim mahu disingkirkan daripada meneruskan perbicaraan kes yang menjadi perhatian seluruh rakyat, sudah tentu langkah itu dilihat sebagai tidak munasabah.

"Hari ini nak singkirkan hakim, selepas ini agaknya semua mereka yang mengendalikan kes Anwar akan dipecat dan bagi memuaskan hati, kesemuanya mestilah yang sealiran dengan pendapat mereka (pembela), ini tidak sepatutnya beraku di mahkamah," katanya.
Anwar sengaja cari helah lambatkan perbicaraan kes liwat ;
Beliau tidak menolak kemungkinan Anwar sengaja melambat-lambatkan proses perbicaraan kes liwat itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan harapan kes tersebut akhirnya akan digugurkan.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyelar sikap Anwar yang sengaja menjadikan perbicaraan kes liwatnya sebagai senjata politik untuk mencemarkan imej Malaysia di luar negara.

"Oleh sebab itu, Anwar cuba mempengaruhi negara luar dan yang terbaru Australia, supaya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari," tegasnya.

Beliau juga menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat negara kerana dikatakan bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan rakyat terutama orang Melayu.

Mengenai desakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat semalam yang mahu Anwar dihalang ke luar negeri, Syed Ali berkata langkah itu sepatutnya sudah lama dilakukan.

"Saya sudah beberapa kali minta kerajaan usir atau lucutkan kerakyatan Anwar kerana beliau adalah pengkhianat dan sudah tidak tidak selesa lagi menetap di negara ini," tegasnya.

Justeru katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) disarankan segera bertindak kerana perbuatan Anwar di luar negeri boleh mencemarkan reputasi pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Hentikan spekulasi tarikh pilihan raya," – Syed Ali

Posted: 22 Nov 2010 07:15 PM PST

"HENTIKAN spekulasi bila Pilihan Raya Umum (PRU) akan di adakan, sebaliknya pemimpin UMNO perlu bekerja keras mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, persoalan bila tarikh PRU ke-13 tidak perlu dijadikan isu besar kerana apa jua keputusannya hanya akan ditentukan oleh Perdana Menteri apabila difikirkan sesuai diadakan.

Beliau mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak terperangkap dengan pelbagai spekulasi penentuan tarikh PRU yang sengaja dimainkan oleh pembangkang menerusi laman sesawang dan media tempatan.

"Pembangkang sengaja melancarkan perangsaraf seperti itu supaya pemimpin UMNO dan BN hilang tumpuan kepada usaha mendekati rakyat," katanya.

Syed Ali juga mendakwa, pembangkang sengaja melakukan provokasi kononnya Najib akan melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat ini dengan turut menamakan beberapa orang menteri dan timbalan menteri akan digugurkan.

"Ini semua taktik pembangkang untuk menimbulkan rasa tidak puashati pemimpin BN kepada Najib termasuk mencetuskan keresahan di kalangan pemimpin UMNO," ujarnya lagi.

Sebaliknya tegas beliau, sekarang adalah masa terbaik untuk seluruh pemimpin UMNO di semua peringkat termasuk komponen BN meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka termasuk sentiasa turun padang menemui rakyat.

"Najib sudah berulang kali mengingatkan pemimpin UMNO supaya sentiasa mendampingi rakyat dan bukannya dilakukan apabila semakin hampir pilihan raya dengan hasrat supaya terpilih sebagai calon," tegasnya.

Ambil pengajaran PRU yang ke-12 ;

Beliau menegaskan, keputusan dan senario PRU ke-12 yang lalu perlu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada pemimpin UMNO dan BN bagi memastikan ia tidak berulang di masa akan datang.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas penafian Najib semalam bahawa tidak akan berlaku rombakan kabinet dan menolak andaian PRU akan diadakan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dipetik sebagai berkata spekulasi itu sekadar khabar angin yang sengaja digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sejak kebelakangan ini.

Beberapa portal berita terutama pro-pembangkang mula menyebarkan berita kononnya PRU ke-13 akan berlaku serentak dengan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Sarawak yang akan tamat tempohnya pada Julai 2011.

Bagaimanapun penganalisis politik tempatan, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandiah pula dilaporkan sebagai berkata PRU hanya akan diadakan pada 2012 apabila persekitaran ekonomi yang kini perlahan akan pulih sepenuhnya pada tahun tersebut.

Menurut Syed Ali lagi, sama ada cepat atau lambat PRU diadakan, pemimpin UMNO sentiasa bekerja keras bagi memastikan pilihan raya kali ini akan memberi kemenagan lebih cemerlang kepada BN.

"Kita akan pastikan PRU kali ini akan memberi kejayaan lebih besar kepada UMNO dan BN bagi meneruskan usaha membela nasib rakyat dan memacau pembangunan negara," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut