PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- Karpal mohon hakim undur, saksi pula hina mahkamah
- Pinjaman Berjumlah RM59 Juta Pelajar Lulus Kelas Pertama Dilupuskan Tahun Ini
- Pegawai Kanan Yayasan Selangor Direman 7 Hari
- Tumit Bengkak: Muhyiddin Batal Lawatan Ke Sarawak
Karpal mohon hakim undur, saksi pula hina mahkamah Posted: 23 Nov 2010 06:24 AM PST 23 Nov, 10 Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, peguam Karpal Singh akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar. Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok. Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang. "Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar. Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan. Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah. Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini. Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan. Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota. Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian. "Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian. Beliau akan memohon supaya Hakim Zabidin mengenakan tindakan itu kerana jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela. Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan. Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah |
Pinjaman Berjumlah RM59 Juta Pelajar Lulus Kelas Pertama Dilupuskan Tahun Ini Posted: 22 Nov 2010 11:33 PM PST E-Info@DRI TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said menasihatkan pelajar terbabit supaya menghubungi PTPTN bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini semasa mereka membuat pinjaman. "Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak tersebut dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Muhibbah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di sini pada Selasa. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 190,000 peminjam yang dihubungi langsung tidak memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar PTPT Nberhubung pembayaran balik pinjaman mereka. "Saya menasihati mereka supaya menghubungi, atau datang ke pejabat PTPT Nuntuk berunding soal pembayaran balik pinjaman tersebut, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka terbabit," katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Pegawai Kanan Yayasan Selangor Direman 7 Hari Posted: 22 Nov 2010 11:28 PM PST SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor direman selama tujuh hari bermula Selasa, berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 yayasan tersebut. Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Khairul Nizam Abu Bakar pada pukul 12 tengah hari dan pegawai tersebut yang difahamkan adalah pengerusi pengelola majlis tersebut direman untuk membantu siasatan. Pegawai yang berusia dalam lingkungan 40-an itu tiba di mahkamah pada pukul 11.45 pagi dengan diiringi oleh dua pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Difahamkan, pegawai itu ditahan oleh SPRM dan dibawa ke pejabatnya di tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya, dekat sini pada pagi Isnin. .Pada 12 November lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 15 November lalu. Baginda membuat keputusan tersebut selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang melebihi RM300,000 untuk majlis itu. Pada 15 November lalu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar pula mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000. Bagaimanapun, seorang lagi pengurus besar yayasan tersebut dilaporkan berkata, kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain. Difahamkan majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu telah dibatalkan. Pada 14 November lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pegawai kanan tersebut telah diarahkan bercuti dengan gaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Tumit Bengkak: Muhyiddin Batal Lawatan Ke Sarawak Posted: 22 Nov 2010 08:52 PM PST KUCHING: Timbalan Perdana Menteri membatalkan lawatan dua harinya ke Sarawak mulai hari ini kerana mengalami bengkak di tumit. Setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd memberitahu Bernama bahawa Muhyiddin dinasihatkan oleh doktor supaya berehat. Timbalan Perdana Menteri dijadual melawat Limbang dan Lawas hari ini dan esok untuk menghadiri beberapa program termasuk sesi bertemu rakyat. - Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan