Jumaat, 19 November 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Zaid Ibrahim Sebahagian Dari Kekalutan PKR

Posted: 19 Nov 2010 03:16 AM PST






Rentak Tari Zaid Ibrahim Ternyata Berbeza


Salam Semua,

1. Hanya Zaid sahaja yang boleh menjawab segala pertanyaan atas apa yang berlaku kini. Kita hanya sekadar meneka. Yang paling hampir yang boleh kita andaikan ialah kuasa.

2. Dia berkehendakkan kuasa untuk memerintah dan menzahirkan apa yang dia rasa betul dan wajar untuk melakukan pembaharuan politik dalam negara ini.

3. Jika kita tengok sejarah Zaid, beliau memang suka menubuhkan kumpulan seperti ini daripada zaman krisis kehakiman di mana beliau menubuhkan Persatuan Peguam Muslim untuk menyokong pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

4. Kemudian itu pula beliau kata disebabkan tidak suka kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bakal tenggelam, Zaid kemudiannya letak jawatan dan akhirnya umum masuk PKR .

5. Apabila Zaid menyertai PKR selepas dipecat dari Umno, perkara pertama yang terdetik di hati Kak Midah ialah lama manakah Zaid mampu bertahan dalam sepak terajang politik PKR ini pula. Dan setelah berada di dalam, Zaid mungkin dapati, di PKR lebih buruk dari UMNO.

6. Sebenarnya Zaid hanya perlukan penghormatan dan pengiktirafan oleh rakyat dan masyarakat. Dalam teori Maslow, ia berada pada tahap yang tertinggi pada tahap sebelum ini.

7. Perjuangan memerlukan stamina dan tindakan beliau menunjukkan beliau tidak sabar. Jadi, sesiapa pun kalau tidak sabar, dia tidak akan berjaya.


8. Zaid Ibrahim merupakan sebahagian dari senarai 'peserta marathon PKR' yang merosakkan dan melumpuhkan usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.


Salam Ingatan
Kak Midah
Batu Gajah, Perak

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 19 Nov 2010 12:33 AM PST

Daging korban ditinkan ke Palestin?

Posted: 19 Nov 2010 12:31 AM PST

SMK Benut menangi ASC Pontian 2010

Posted: 19 Nov 2010 12:30 AM PST

'Dahulukan Rakyat' slogan baru UMNO

Posted: 19 Nov 2010 12:30 AM PST

SALAM AIDIL ADHA 1431H

Posted: 19 Nov 2010 12:22 AM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


GEMPAR: DAP PULA BERBALAH REBUT KUASA

Posted: 19 Nov 2010 09:30 AM PST


GEMPAR: DAP PULA BERBALAH REBUT KUASA




1. Belum pun reda ribut yang melanda PKR, satu lagi ribut menghentam Pakatan Rakyat. Kali ini DAP Perak pula dilaporkan huru-hara akibat mereka mengamalkan politik anak-beranak, Nepotisme!!

2. Kulasegaran, ahli Parlimen Ipoh timur menolak tawaran Pengerusi DAP Perak Nge Koo Ham untuk menduduki kerusi Naib Pengerusi Negeri atas alasan DAP Perak terlalu dikuasai oleh kaum Cina dan kaum keluarga Nge.>>>BERITA PENUH DI SINI<<<

3. Penolakan tawaran ini juga adalah bukti kuat yang menunjukan bahawa perkhabaran perdamaian antara Kula dan Nge hanyalah omong kosong dan cakap politik mereka sahaja.

4. Terdahulu, Kem Nge dan Kula bertembung dalam pemilihan parti negeri itu yang mana Kem Nge menang besar. Ada kemungkinan Kem Nge telah mengaturkan keputusan pemilihan dan Kula tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

5. Kula sepatutnya sedar dari awal bahawa Nge memang Komunis yang Cauvinis dan mengamalkan Nopotisme. Awak tu bukan dari kaum mereka jadi susah sedikit kaum Nge terima dalam parti family mereka. Jadi bila dah sedar, apa tunggu lagi???

6. Kula juga harus sedar bahawa DAP ini adalah parti utama bagi Komunis Cina di Malaysia. Jadi untuk memimpin DAP haruslah dari kalangan kaum mereka juga. Kula sudah tentu perasan warna kulit antara anda dan Nge jauh berbeza bukan???

7. JPX rasa Pakatan Rakyat memang tak mampu utuk mentadbir negara. Parti mereka pun tak dapat dijaga dengan baik inikan pula mahu membela nasib rakyat???? DAP memang menjaga nasib rakyat, tapi hanya untuk yang sama kaum dengan mereka dan kaum keluarga terdekat sahaja.

8. Mungkin ada hikmah Kula menolak jawatan tersebut. Jika Kula ikhlas ingin berjuang, banyak jalan yang lain dan DAP bukanlah jalan yang terbaik!!!

9. JPX pun tak boleh habis fikir macam mana agaknya nasib Orang Melayu yang bernaung di bawah pimpinan DAP dan apa pula agaknya nasib mereka yang jadi ahli DAP!!!

AMARAN KECEMASAN:BERUK "HARAM" TERLEPAS!!! PASTIKAN PINTU ANDA BERKUNCI!!!

Posted: 19 Nov 2010 09:28 AM PST



1. Hakim Mahkamah Sekyen Kuala Lumpur telah membebaskan 2 Ahli Parlimen dan 15 lagi dari tuduhan menyertai perhimpunan haram BERSIH pada 2007.

2. Memetik kata Hakim Jagjit Singh, "Masjid adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk meyuraikan hadirin, atas alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid." >>>BERITA PENUH DI SINI<<<

3. JPX berasa agak hairan bagaimana hakim ini boleh membebaskan "beruk" yang berdemo haram ini. Hakim tak kan susah sangat nak tahu perhimpunan itu hara atau tidak. Kalau perhimpunan itu tiada permit, maka haramlah perhimpunan itu.

4. Satu lagi, Hakim Jagjit Singh cakap tentang masjid tempat ibadah. Hakim ini pasti ker semua yang di masjid itu Islam??? Bagaimana dengan orang Kafir??? Apa mereka buat di tempat ibadah orang Islam??? Pastikah semua orang Islam yang berada di masjid pada hari itu datang untuk beribadat??? Apa yang Jagjit Singh tahu pasal halal haram???

5. Sesungguhnya keputusan hakim Jagjit Singh ini perlu dihormati. JPX hanya menyatakan pendapat sendiri dan tiada kena mengena dengan sesiapa.

6. Hakim Jagjit Singh ni ada pertalian darah dengan Karpal Singh ke????

JPX

Komponen BN Setuju Terima Keahlian Terus

Posted: 19 Nov 2010 05:03 AM PST

Link artikel: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/19/mstar_berita/20101119182902&sec=mstar_berita

KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan cadangan menerima keahlian terus menyertai parti itu selaras dengan perubahan suasana politik semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persetujuan itu dicapai selepaspihaknya meneliti setiap pandangan dan teguran yang dikemukakan oleh pemimpin daripada 13 parti komponen BN.

Bagaimanapun, menurutnya, terdapat beberapa kebimbangan yang disuarakan oleh parti komponen BN namun telahpun diatasi dengan penambahbaikan tertentu.

"Kita tengok dari segi penerimaan mereka okey selepas banyak perbincangan dibuat.

"Hingga sampai ke tahap ini, banyak perkara-perkara yang mungkin menjadi kebimbangan mereka... ada yang telah kita ketepikan daripada awal lagi, ada yang kita ubah suai kerana ini adalah prosesnya," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN di sini, Jumaat.

Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan maklumat terperinci mengenai perkara berkenaan hanya akan diputuskan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Sabtu.

"Keputusan muktamad sama ia diterima ataupun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi esok... kita ada prosesnya,tapi yang pasti ini (pindaan Perlembagaan) bukan gimik politik," katanya.

BN akan mengadakan konvensyennya pada 28 November ini untuk membincangkan cadangan meminda Perlembagaan BN bagi menerima individu, parti politik atau NGO yang menyokong BN menjadi ahlinya secara terus.

Cadangan pindaan yang dicetuskan oleh Najib itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada parti-parti politik, NGO dan individu yangcenderung menyokong BN tanpa menyertai mana-mana parti komponen BN.

Ditanya sama ada pihaknya turut mengambil kira kebimbangan yang disuarakan oleh komponen BN sebelum ini khususnya berhubung hak ahli bersekutu BN bertanding dalam pilihan raya, Hishammuddin berkata: "Semuanya kita ambil kira... semuanya."

Tambahnya lagi, walau apa jua pindaan yang dilakukan dalam Perlembagaan BN, ia berasaskan kepada prinsip mahu memastikan parti ini terus kekal releven.

"Yang paling penting untuk parti ini sentiasa releven, ini penting kerana pada akhirnya kita nak menang pilihan raya... orang ramai mesti terima konsep BN.

"Apa jua keputusan yang kita buat jangan sampai mengikat kita danmenjejaskan BN untuk bergerak ke hadapan," katanya.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata,mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan SriMuhyiddin Yassin itu turut membincangkan mengenai draf piagaan BN yangakan dibentangkan pada konvensyen parti itu minggu hadapan.

"Kita juga bincang mengenai analisa pilihan raya kecil Batu Sapi danGalas serta mengenai susunan dan aturan untuk konvensyen," katanya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TAHNIAH PADA YB DATUK.

Posted: 18 Nov 2010 04:54 PM PST

TAHNIAH.. TAHNIAH.. TAHNIAH..

Oleh : SOBRI SUDIN

Bacaan Surah Ar-Rahman yang aku baca selepas selesai solat magrib hari ni agak terganggu. Tiga empat kali hand phone aku berdering, nombornya pulak naik takut bila dilihat.. MESTI SOMEBODY.

Telahan aku benar belaka. Si pemanggil memaklumkan dan perkara ini bukan lagi rahsia, YB DATO MUKHRIZ bakal dilantik sebagai Pengerusi UMNO Kedah yang baru menggantikan  YB Datuk Seri Shafie Afdal.

Jika benar berita yang ku dengar ini, syukur alhmadlulilah, meskipun sudah ramai blogger pro UMNO kawasan utara yang sudah meramalkan perkara ini. Mudah-mudahan aura dan wow faktor akan kembali melekat kepada UMNO Kedah. Mudah mudahan UMNO Kedah tidak lagi mandom, lesu dan pancit tayarnya.

YB DATO MUKHRIZ jika benar berita ini, nyawa dan badan hamba serahkan, dengan darah dan air mata hamba pasakkan untuk gegarkan WISMA DARUL AMAN. Namun YB pastikan segala teguran, nasihat yang telah hamba lontarkan dan rakan-rakan blogger lain berikan berhubung percaturan politik Kedah dapat YB fahami dan teladani, janganlah pisang berbuah berkali-kali.

Pesan hamba, ingatlah di Kedah ini ramai pemimpinnya 'beraja dimata bersultan dihati' depan cakap lain belakang buat lain, hati-hatilah YB, TERUSKAN LEGASI AYAHNADA TUN MAHATHIR dan nenenda WAN MUHAMMAD SAMAN sebagai antara anak Kedah yang berjaya mencipta nama di HALL OF FAME.

Apapun tahniah.. tahniah.. tahniah.. SELAMAT BERTUGAS MEMIKUL AMANAH YANG BERAT.

Serangkap pantun dari hamba marhein yang hina:

TIADA BEBAN BATU DIGALAS
BEBAN YANG BERAT BERKATI-KATI
PENGERUSI UMNO PERLU DIGALAS
KAMIKAN TAAT SEPENUH HATI


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/10/tahniah-tahniah-tahniah.html#ixzz15gXX34RA

PPUBJ UCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI SPM DAN STPM.

Posted: 18 Nov 2010 04:06 PM PST

53,674 ambil STPM mulai Selasa ini


2010/11/19
KUALA LUMPUR: Seramai 53,674 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 23 November hingga 16 Disember ini.

Daripada jumlah itu, 47,369 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon Sekolah Integriti.

Calon dinasihati pergi ke pusat peperiksaan terdekat dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat itu jika berlaku bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh yang menyukarkan calon sampai ke pusat peperiksaan yang sepatutnya.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi kenyataan semalam, berkata bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh peperiksaan itu, MPM membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi dengan menelefon 03-61302666/ 61303606/ 61352035/61352390/61352316.

PASCA PRK GALAS DAN BATU SAPI

Posted: 18 Nov 2010 04:00 PM PST

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
'Bedah siasat' pilihan raya Galas, Batu Sapi esok

Pandangan Penulis : Satu tindakan yang wajar kerana bukan sahaja dapat menganalisa sebab kemenangan malah juga kekalahan di peti undi dan juga jentera parti.


2010/11/19
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) esok akan melakukan 'post mortem' pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah ke arah memantapkan lagi jentera pilihan raya BN.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata post mortem itu akan meliputi semua aspek, termasuk menilai kekuatan dan kelemahan BN, meskipun BN memenangi kedua-dua pilihan raya kecil itu, 4 November lalu.
"Ia adalah satu daripada perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BN esok (hari ini) sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Sabtu," katanya ketika dihubungi semalam.
BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti 6,359 undi berbanding majoriti 3,708 undi pada pilihan raya umum 2008, manakala di DUN Galas, BN berjaya merampas kembali kerusi berkenaan daripada PAS dengan majoriti 1,190 undi.

Ketika ditanya sama ada persiapan menghadapi pilihan raya umum akan turut dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BN hari ini dan dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN, katanya, ia tiada dalam agenda mesyuarat.

"Bagaimanapun BN perlu dan akan sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya umum," katanya.

Katanya, mesyuarat pengurusan BN hari ini adalah seperti mana mesyuarat-mesyuarat pengurusan BN lalu, yang memang diadakan sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi.
Katanya, mesyuarat akan juga membincangkan Konvensyen BN yang dijadual diadakan 28 November ini.

Pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN berkata, konvensyen BN itu bagi meminda perlembagaan dan menggubal dasar yang bersikap lebih terbuka dan inklusif untuk mengiktiraf sumbangan parti politik, individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu.

Katanya, pembentukan dasar itu penting bagi memantapkan kedudukan BN sebagai parti politik.

MENJELANG KONVENSYEN BN : PERLUKAN KERJA BERPASUKAN.

Posted: 18 Nov 2010 03:56 PM PST

Kerja keras Najib kembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO, BN
Oleh Jamhariah Jaafar
bhnews@bharian.com.my
2010/11/19
KERJA kerasnya hampir dua tahun untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terhakis teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, mula berbalas. Rakyat sudah melihat beliau bekerja keras melancarkan pelbagai program transformasi – bermula perubahan serta merta membabitkan Perlembagaan UMNO sebaik mengambil alih jawatan Presiden, kepada transformasi pentadbiran, ekonomi dan sosial – yang membawa rakyat Malaysia kembali terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan negara.

Tidak hairan selepas bekerja tanpa menghiraukan kritikan, fitnah, kutukan, malahan melupakan masa rehatnya sendiri, Datuk Seri Najib Razak, sakit, tubuhnya memberi amaran ' take a break'. Namun tuaian paling manis bagi Perdana Menteri keenam ini apabila BN mencatat kemenangan berganda pada pilihan raya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, baru-baru ini.
Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' nyata bukan sekadar retorik kerana setiap pemimpin BN dikerah untuk merealisasikan kata-kata itu.
Najib tidak perlu membuat pemeriksaan terhadap pencapaian barisan kepemimpinannya kerana rakyat tidak lagi terhalang menyampaikan laporan secara langsung kepadanya mengenai gelagat, kelakuan dan tindakan yang menjadi KPI setiap barisan pemimpin UMNO dan BN – dari peringkat paling atas sehingga ke akar umbi.

Tetapi ini tidak bermakna tugas beliau semakin mudah. Beliau cuma lega kerana pembangkang membuat laluan Kerajaan BN semakin mudah kerana setiap hari ada saja tindakan menyerlahkan kepincangan dalam ketaksuban mereka menawan Putrajaya.

"Selepas kerja keras mengembalikan keyakinan rakyat, Najib akan menumpukan perhatian mengukuhkan Kabinetnya – baik dalam kerajaan mahupun dalam UMNO sendiri.

"Tapi tindakan yang bakal dibuat juga meletakkannya dalam dilema, kerana barisan sekarang adalah pilihan Perdana Menteri sebelum ini. Justeru, dia perlu menilai dengan teliti setiap perubahan yang dilakukan – ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus, tepung tidak bersepah," kata seorang pemimpin UMNO.
Tugas melakukan perubahan barisan kepemimpinan bukan mudah apa lagi Najib sedar beliau perlu berani membuat perubahan demi survival UMNO serta BN menjelang PRU ke-13. Ramalan siapa berada dalam senarai rombakan bergema sejak berbulan lalu. Ia se-makin ketara selepas Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu, kerana Najib sendiri memberitahu perubahan parti bakal berlaku.

Sebagai parti terunggul Melayu mengetuai komponen BN lebih setengah abad, perubahan yang bakal berlaku adalah penting. Ia bagi menyusun semula jentera kepemimpinan yang boleh menjana kemenangan lebih besar pada PRU ke-13 nanti.

Justeru, rasanya Najib tidak mempunyai pilihan selain ikhlas dalam membuat perubahan dan berharap mereka yang bakal terbabit dalam perubahan menerimanya dengan hati terbuka. Penjelasan mengenai mengapa perubahan ini amat penting perlu dilakukan dengan telus dan ikhlas.

Di peringkat Kabinet, Najib sudah pasti berdepan keadaan serius kerana sebarang tindakannya boleh diibaratkan bagai diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Beberapa nama disebut setiap kali cerita mengenai rombakan Kabinet tersebar. Menteri yang dikaitkan bila ditanya perasaan hanya tersenyum dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai sendiri prestasi kerja mereka.

Bagaimanapun, Najib diharap menilai serius kedudukan menteri yang nyata membuat silap besar dalam membuat keputusan terutama membabitkan kepentingan peribadi dan melaksanakan tugas kerana 'syok sendiri'.

Teguran Ahli Parlimen di Dewan Rakyat perlu diberi pertimbangan serius, tanpa mengira kedudukan seseorang menteri itu di dalam parti komponen BN.

Diharap juga sebarang pengguguran atau kemasukan nama baru ke dalam kabinet, bukan berasaskan kedudukan pemimpin di dalam parti, tapi wajar berlandaskan kemampuan mereka untuk memenangi hati rakyat.

PRU ke-12 memberi pengajaran pahit kepada BN, namun ia bukan salah Najib kerana beliau bukan Perdana Menteri ketika itu.

Transformasi barisan kepimpinan kerajaan BN adalah fasa paling penting bagi Najib untuk menebus sebarang kecurigaan dan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan Umno dan BN.

Perubahan kepimpinan di peringkat Ibu Pejabat UMNO juga perlu dilihat secara serius kerana ia memerlukan kerja sepadukan yang mantap.

Jawatan Setiausaha Agung, Setiausaha Kerja dan Ketua Penerangan adalah saling memerlukan serta saling melengkapi. Ia memerlukan pemimpin yang boleh menggerakkan jentera parti di peringkat Ibu Pejabat sehingga akar umbi, dan mesti mereka yang diterima di semua peringkat dan mudah ditemui.

Malah cadangan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri di Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan kepada kepimpinan peringkat negeri juga diharap dapat direalisasi. Cuma difahamkan ada negeri ada yang tidak bersetuju dengan nama ketua baru yang dicadang.

Di peringkat Kabinet, Perdana Menteri mungkin berdepan situasi yang diibaratkan bagai diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Beberapa nama disebut setiap kali cerita mengenai rombakan Kabinet terpacul. Menteri yang dikaitkan bila ditanya perasaan hanya tersenyum dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai sendiri prestasi kerja mereka.

PRU ke-12 memberi pengajaran pahit kepada BN namun ia bukan salah Najib kerana beliau bukan Perdana Menteri ketika itu.

Transformasi barisan kepimpinan BN adalah fasa paling penting bagi Najib untuk menebus sebarang kecurigaan dan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan UMNO dan BN.

KONVENSYEN BN ADA AGENDA YANG LEBIH PENTING.

Posted: 18 Nov 2010 03:50 PM PST

BN tetap bermusyawarah pilih calon pilihan raya umum - Berita Harian

Pindaan perlembagaan BN timbulkan keresahan - Malaysia Kini


2010/11/19

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) tetap berpegang kepada konsep musyawarah dan permuafakatan di kalangan semua parti komponen dalam menentukan calon pilihan raya umum akan datang, selaras tradisi gagasan itu yang terbukti berkesan selama ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, walaupun Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN mempunyai kata putus dalam proses pemilihan calon, perbincangan sentiasa diadakan dengan pemimpin semua parti komponen dan BN tidak bercadang membuat perubahan besar dalam pemilihan calon pada pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perkara itu bukan sesuatu yang penting sehingga perlu dibincangkan pada Konvensyen BN 28 November ini.

"Saya tidak fikir itu satu mauduk (tajuk) yang sangat penting untuk dibincangkan di situ (Konvensyen BN) kerana sudah pun wujud mekanisme dan tradisi yang masih baik. Tidak perlu satu perubahan besar dalam soal memilih calon.

"Kita saling menghormati pandangan parti komponen tetapi pokoknya ialah kita letak calon paling layak, boleh diterima rakyat, boleh bekerja dan boleh dapat sokongan hingga berjaya.

"Konsep muafakat dalam BN yang sudah diamalkan selama ini akan dikekalkan termasuk cara nak letak calon," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas laporan sebuah portal berita internet bahawa Konvensyen BN kali ini akan meminda perlembagaan bagi memberi kuasa mutlak kepada Pengerusi BN menentukan calon pilihan raya umum akan datang.
Mengikut amalan sekarang, pengerusi BN lazimnya memilih di kalangan calon yang disenarai pendek oleh presiden parti komponen mengikut kuota masing-masing.

Muhyiddin berkata, Konvensyen BN yang julung kali diadakan itu akan memberi peluang dan ruang kepada pimpinan parti komponen membincangkan semua isu membabitkan kepentingan negara.

Katanya, isu pindaan perlembagaan memang ada dalam agenda, termasuk mengenai keanggotaan BN, tetapi tidak semestinya dibincangkan ketika konvensyen.

Cadangan supaya perdana menteri selaku pengerusi BN diberi kuasa penuh berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya akan datang dikatakan tidak mendapat sokongan sebahagian besar pemimpin parti komponen gabungan itu.

mca agm 2004 111004 bn leadersSumber yang rapat dengan gabungan itu memberitahu Malaysiakini bahawa cadangan berkenaan dimasukkan dalam draf pindaan dan telah diserahkan kepada 13 parti komponen BN pada awal tahun ini untuk pertimbangan mereka.

"Apa gunanya menjadi presiden parti? Ia tidak masuk akal. Kalau macam itu, lebih baik presiden bubarkan semua parti komponen dan jadikan BN sebagai satu parti.

"Amalan sekarang adalah bagi presiden parti mencadangkan nama calon, walaupun keputusan muktamad di tangan ketua BN.

"Tetapi sekarang hak ini mahu dirampas dan kuasa diberikan kepada satu orang sahaja," kata sumber itu.

najib and barisan nasionalIsu berkenaan menjadi 'duri dalam daging' dan semakin mendesak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memikirkan sama ada untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun depan.

Namun menurut sumber itu lagi, Najib kemungkinan besar akan melengkapkan penggalnya sebagai perdana menteri sebelum membubarkan parlimen.

Selain itu, perjanjian perkongsian kuasa bagi memastikan pengerusi BN berkuasa penuh, sumber itu berkata ada juga cadangan supaya BN yang selama ini membuat sebarang keputusan secara konsensus menggantikannya dengan undi majoriti.

Isu-isu berkenaan akan dibincangkan pada konvensyen BN minggu depan selain mencari jalan menyuntik semangat baru selepas kekalahan teruk mereka pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Ia dijadualkan pada 28 November ini di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

barisan nasional"Mengikut perlembagaan BN, semua 13 parti komponen, masing-masing dikehendaki menghantar tiga perwakilan. Justeru, akan ada 45 hingga 50 perwakilan yang akan hadir membuat keputusan berkenaan."

Menurut sumber itu lagi, pindaan ke atas perlembagaan mesti pertamanya diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan BN - yang akan dijadualkan kemudian - sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

Katanya lagi, pemimpin utama parti juga akan menghadiri mesyuarat pengurusan BN pada Jumaat ini yang akan dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

gerakan agm 111008 bn leaders.jpg"Perdana Menteri mahu mandat baru - kerana beliau baru ambil-alih daripada Abdullah dan tidak dilantik oleh rakyat.

"Bagaimanapun besar kemungkinan isu mengenai pilihan raya umum tidak akan dibincangkan pasa mesyuarat itu. Tetapi kita mungkin, buat pertama kalinya membincangkan cadangan pindaan perlembagaan itu," kata sumber itu lagi.

Tambahnya, ramai yang berpendapat lebih banyak perlu dilakukan untuk parti-parti kecil di kalangan gabungan BN.

"Mereka beri kami (kereta) Kancil tetapi menjangkakan kami bertindak seperti BMW," rungutnya.


umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Tubuh parti baru ; Zaid syok sendiri - Syed Ali

Posted: 19 Nov 2010 02:19 AM PST

HASRAT Datuk Zaid Ibrahim untuk menubuhkan parti baru bagi membolehkannya bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dilihat sebagai perjuangan 'syok sendiri', kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, kesinambungan perjuangan Zaid setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan kerana kebajikan rakyat, tetapi disebabkan rasa ghairah dan dendam.

Oleh itu katanya, langkah Zaid, yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menyamai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dipecat daripada UMNO setelah terbabit dalam kes liwat.

"Anwar bencikan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menubuhkan PKR manakala Zaid pula marahkan Anwar, juga mahu tubuh parti baru, bermakna mereka ini syok sendiri dan bermain dengan sentimen dendam," tegasnya.

Beliau berkata, akibat kebencian yang berlarutan Anwar terhadap pemimpin UMNO, beliau sanggup mencerca sesama pemimpin Islam, memburukkan imej negara dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

"Anwar ingin membalas dendam terhadap UMNO, oleh sebab itu beliau sanggup lakukan apa sahaja bagi mencapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri termasuk menjadi alat kepada kuasa asing," katanya.

Dalam hubungan ini jelas beliau, gaya politik Zaid juga dilihat seperti perlakuan Anwar, kesemuanya berpunca kerana kecewa, dendam dan putus asa dan hanya untu memuaskan nafsu politik peribadi.

Beliau mengulas perkembangan terbaru Zaid yang telah mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar daripada PKR berkuatkuasa pada 16 Disember depan.

Zaid juga menyatakan beliau bercadang akan menubuhkan sebuah parti baru dan akan bertanding pada PRU ke-13 akan datang.

Menurut Syed Ali lagi, tindakan Zaid itu juga mencerminkan beliau seorang pemimpin politik yang tidak berprinsip dan langsung tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

"Sepertimana Anwar, Zaid juga hanya menyertai politik semata-mata untuk menjadi pemimpin, sama ada secara dipilih, dilantik mahupun terpaksa mengangkat diri sendiri," tambahnya.

Beliau berkata, trend menubuhkan parti politik baru kerana kecewa apabila gagal mendapat jawatan tertinggi sepatutnya tidak berlaku di negara ini.

"Walaupun demokrasi membenarkan penyertaan pelbagai parti-parti politik untuk menyertai pilihan raya, tetapi matlamatnya hendaklah untuk membela nasib rakyat dan membangunkan negara, bukannya membalas dendam atau kerana kepentingan peribadi.

Syed Ali bagaimanapun percaya parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Zaid itu tidak akan memberi ancaman besar kepada kekuatan UMNO mahupun Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya kata beliau, Zaid pasti akan menggunakan parti barunya itu sebagai landasan untuk menyerang Anwar dan kepimpinan PKR terutama pada PRU ke-13 akan datang.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PAS itu khawarij kerana menentang pemerintah Islam..

Posted: 19 Nov 2010 01:44 AM PST

Perangai puak Khawarij ialah sentiasa menuduh pemerintah atau pemimpin umat Islam zaman mereka sebagai pemerintah yang zalim serta menyeleweng daripada hukum Islam dan juga keadilan Islam.

Puak Khawarij juga seringkali menentang pemerintah umat Islam dengan melakukan peperangan, pemberontakan atau secara tindakan pasukan pembunuh sejak zaman Khalifah Ali hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Dalam corak pemerintahan negara Malaysia pada zaman ini, Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.

Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon Pas menang, maka Pas menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong Pas. Tetapi jika calonnya kalah, Pas tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya.

Itulah yang berlaku pada pilihanraya yang baru berlalu di Galas dan juga Batu Sapi. Pas langsung tak dapat menerima takdir kekalahan mereka dan menyalahkan pelbagai pihak diatas tumbangnya calon Pakatan di kedua-dua tempat tersebut.

Kerap kali juga Pas memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya yang menyebabkan calon Pas kalah.

Tindakan Pas yang sering menyalahkan pemimpin kerajaan inilah yang membuatkan parti itu sama seperti Khawarij pada zaman dahulu.

Persamaan Pas dan Khawarij yang paling ketara ialah ketika Pas menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Nik Aziz ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama Pas.

Ketika itu, tiada langsung hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Nik Aziz gunakan untuk menghalang Pas menyertai BN.

Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, Pas sangat kuat menentang dan Nik Aziz mengepalai kumpulan penentang dalam Pas terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan.

Kes Pas menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin Pas hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR membuktikan sikap lidah bercabang Pas.

Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk menghalalkan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN? Ini satu lagi kemunafikan Pas yang cakap tak serupa bikin.

Tak salahlah jika dikatakan bahawa Pas itu amat menyerupai perangai puak Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam negara!

Oleh: Pak Long

Percayakah anda kepada Anwar Ibrahim?

Posted: 18 Nov 2010 08:27 PM PST

Ketika mana Zaid Ibrahim sudah tekad untuk meninggalkan PKR yang telah me"liwat" dirinya beramai-ramai, dikhabarkan begitu banyak suara-suara lantang di dalam PKR yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap proses pemilihan PKR kali ini. Namun, penulis dapati tiada pun tindakan dari pihak kepimpinan PKR yang memberikan tindak balas sewajarnya terhadap rasa tidak puas hati ahli-ahlinya itu.

Zaid sudah bertekad keluar PKR. Mustafa Kamil Ayub pula menyusul mempertikaikan proses pemilihan PKR yang terpesong dauh dari pengertian demokrasi sebenar. Janapala pula sudah pun memfailkan saman terhadap kepimpinan PKR yang menidakkan haknya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Malah banyak lagi aduan dan bantahan yang berlaku di cabang-cabang PKR yang mempertikaikan hak untuk bertanding dan mendakwa berlakunya penyelewengan dalam proses pemilihan parti yang "adil" tersebut.

Yang pastinya, apa yang selama ini diceritakan oleh beberapa YB dari "konsesus bebas" telah terbukti. Hikmah dari apa yang berlaku pada pemilihan PKR kali ini ialah dengan terbongkarnya ketidak adilan yang berlaku di dalam sebuah parti yang berteraskan perkataan "adil".

Jika Saifuddin Nasution mendakwa bahawa Zaid, Zulkifli Noordin, Datuk Zahrain dan ramai lagi yang keluar dari PKR mempunyai agenda "tersembunyi" dan bermotifkan kepentingan diri sendiri, apakah akar-akar umbi yang tidak berpuas hati dan keluar dari PKR juga mempunyai agenda tersembunyi? Sememangnya rakyat, penyokong dan beribu lagi ahli PKR sudah hilang kepercayaan kepada parti tersebut. Jika dahulu mereka percaya bahawa parti Ke"adil"an ini "adil", maka sekarang mereka sudah sedar bahawa PKR tidak adil sama sekali.

Jika parti ke"adil"an ini sudah lari dari konsep dan tujuan asalnya, apakah lagi yang tinggal pada PKR? Yang tinggal hanyalah perkataan "liwat", pembohongan, penyelewengan, rasuah politik yang berleluasa, ketidak telusan, busuk hati, fitnah dan pelbagai lagi perkara negatif. Oleh itu, janganlah kepimpinan Anwar dan PKR menyalahkan mereka-mereka yang keluar dan menjauhkan diri dari PKR.

Penulis melihat bahawa PKR pada asalnya dibentuk dari asas yang sangat rapuh. PKR tercipta kerana Anwar tidak puas hati kerana dipecat atas salah lakunya yang dibongkarkan oleh pentadbiran Tun Dr. Mahathir dahulu. Jika perkara ini tidak berlaku dahulu, adalah sangat mustahil untuk tertubuhnyanya PKR. Dengan perjuangan yang penuh kepalsuan untuk rakyat, Anwar meneruskan agenda kepentingan dirinya untuk terus berkuasa. Dan itulah yang dikendong sehingga sekarang.

Sebenarnya, dengan asas yang tidak kukuh itulah Anwar mencari "sekutu" politik yang jauh lebih kuat dari partinya itu. Maka tiada pilihan lain, Anwar terpaksa bersahabat dengan DAP dan PAS yang pernah dimaki dan dihamunnya dahulu. Anwar terpaksa menjilat kembali "ludah"nya pada DAP dan PAS. Setelah DAP dan PAS termakan dengan pujuk rayu dan kuasa "sponsorship"nya, maka Anwar menobatkan dirinya sebagai ketua pakatan "setan" DAP, PKR dan PAS.

Mengapa PAS atau DAP tidak mengetuai pakatan pembangkang itu? Dan mengapa sampai sekarang pakatan DAP, PKR dan PAS itu tidak didaftarkan sebagai parti sebagaimana BN?

Ini adalah kerana tiada satu pun dari PKR, DAP dan PAS yang menyakini dan mempercayai antara satu sama lain. Sebenarnya DAP mencurigai PAS dan PAS mencurigai PKR, dan begitulah pemainan curiga mencurigai berkisar di antara mereka. Namun di atas nama politik, ketiga-tiga parti terpaksalah mengaku telah berbai'ah "tidur sebantal" dan bersatu di depa media.

Ini adalah salah satu permainan politik ciptaan Anwar. Anwar mengharapkan kekuatan PAS dan DAP akan dapat memberikan kerusi lebih kepada PKR dan menjulangnya sebagai PM jika berjaya menewaskan Kerajaan BN kelak. Apakah PAS dan DAP akan membiarkan Anwar menjadi PM jika mereka menang nanti? Apakah Hj. Hadi tidak layak untuk menjadi PM jika PAS lebih banyak memenangi kerusi Parlimen nanti? DAP akan berdiam diri sajakah? Bukankah Anwar pernah berkata bahawa "bukan bangsa Melayu" pun boleh jadi PM? Jadi DAP akan terus berpuas hati diberikan jawatan TPM?

Sebenarnya, PAS dan DAP tidak pernah mempercayai Anwar sejak dari mulanya pakatan pembangkang ini. PAS pastinya ingat apa yang pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mereka ketika di dalam UMNO dahulu. Anwar begitu hebat menghentam PAS dan Nik Aziz sendiri pernah dihamunnya tanpa rasa hormat langsung. Nik Aziz tidak berdendamkah kepada Anwar sebagaimana dendamnya terhadap UMNO? DAP, tidak usah cakap lah. DAP teruk diseranah Anwar di dalam Parlimen. Cuba tanya Kit Siang dan Karpal, tentu mereka tak lupa "mulut jahat" Anwar suatu masa dahulu.

Sehingga kini, percayakah rakyat Malaysia, DAP dan PAS kepada manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini. Demi Allah penulis katakan, jika penulis ini ahli atau penyokong PAS mahupun DAP sekalipun, penulis tidak akan sekali-kali percaya pada Anwar. Sedangkan Yahudi, isterinya, anak-anaknya, dan rakan-rakan karibnya pun ditipu "hidup-hidup", apatah lagi dengan orang yang Anwar tidak kenal? Tentunya dia akan "jual hidup-hidup"! Penulis tidak rela dijual…

Oleh itu, penulis menggesa kepada seluruh rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan "si kitol" alaf baru yang bernama Anwar Ibrahim ini. Kepada ahli-ahli dan penyokong PKR, cepat-cepatlah sedar bahawa Anwar bukanlah seorang yang perlu diperjuangkan. Kepada DAP dan PAS, lebih baik berterus teranglah kepada rakyat sebelum reputasi parti masing-masing teruk terjejas dek kerana PKR yang berbau bangkai dan najis itu. Jauhi Anwar Ibrahim sebelum terlewat!

Oleh: dukeofmontecristo

Pengikut