Jumaat, 19 November 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Zaid Ibrahim Sebahagian Dari Kekalutan PKR

Posted: 19 Nov 2010 03:16 AM PST






Rentak Tari Zaid Ibrahim Ternyata Berbeza


Salam Semua,

1. Hanya Zaid sahaja yang boleh menjawab segala pertanyaan atas apa yang berlaku kini. Kita hanya sekadar meneka. Yang paling hampir yang boleh kita andaikan ialah kuasa.

2. Dia berkehendakkan kuasa untuk memerintah dan menzahirkan apa yang dia rasa betul dan wajar untuk melakukan pembaharuan politik dalam negara ini.

3. Jika kita tengok sejarah Zaid, beliau memang suka menubuhkan kumpulan seperti ini daripada zaman krisis kehakiman di mana beliau menubuhkan Persatuan Peguam Muslim untuk menyokong pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

4. Kemudian itu pula beliau kata disebabkan tidak suka kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bakal tenggelam, Zaid kemudiannya letak jawatan dan akhirnya umum masuk PKR .

5. Apabila Zaid menyertai PKR selepas dipecat dari Umno, perkara pertama yang terdetik di hati Kak Midah ialah lama manakah Zaid mampu bertahan dalam sepak terajang politik PKR ini pula. Dan setelah berada di dalam, Zaid mungkin dapati, di PKR lebih buruk dari UMNO.

6. Sebenarnya Zaid hanya perlukan penghormatan dan pengiktirafan oleh rakyat dan masyarakat. Dalam teori Maslow, ia berada pada tahap yang tertinggi pada tahap sebelum ini.

7. Perjuangan memerlukan stamina dan tindakan beliau menunjukkan beliau tidak sabar. Jadi, sesiapa pun kalau tidak sabar, dia tidak akan berjaya.


8. Zaid Ibrahim merupakan sebahagian dari senarai 'peserta marathon PKR' yang merosakkan dan melumpuhkan usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.


Salam Ingatan
Kak Midah
Batu Gajah, Perak

Tiada ulasan:

Pengikut