Jumaat, 19 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


GEMPAR: DAP PULA BERBALAH REBUT KUASA

Posted: 19 Nov 2010 09:30 AM PST


GEMPAR: DAP PULA BERBALAH REBUT KUASA




1. Belum pun reda ribut yang melanda PKR, satu lagi ribut menghentam Pakatan Rakyat. Kali ini DAP Perak pula dilaporkan huru-hara akibat mereka mengamalkan politik anak-beranak, Nepotisme!!

2. Kulasegaran, ahli Parlimen Ipoh timur menolak tawaran Pengerusi DAP Perak Nge Koo Ham untuk menduduki kerusi Naib Pengerusi Negeri atas alasan DAP Perak terlalu dikuasai oleh kaum Cina dan kaum keluarga Nge.>>>BERITA PENUH DI SINI<<<

3. Penolakan tawaran ini juga adalah bukti kuat yang menunjukan bahawa perkhabaran perdamaian antara Kula dan Nge hanyalah omong kosong dan cakap politik mereka sahaja.

4. Terdahulu, Kem Nge dan Kula bertembung dalam pemilihan parti negeri itu yang mana Kem Nge menang besar. Ada kemungkinan Kem Nge telah mengaturkan keputusan pemilihan dan Kula tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

5. Kula sepatutnya sedar dari awal bahawa Nge memang Komunis yang Cauvinis dan mengamalkan Nopotisme. Awak tu bukan dari kaum mereka jadi susah sedikit kaum Nge terima dalam parti family mereka. Jadi bila dah sedar, apa tunggu lagi???

6. Kula juga harus sedar bahawa DAP ini adalah parti utama bagi Komunis Cina di Malaysia. Jadi untuk memimpin DAP haruslah dari kalangan kaum mereka juga. Kula sudah tentu perasan warna kulit antara anda dan Nge jauh berbeza bukan???

7. JPX rasa Pakatan Rakyat memang tak mampu utuk mentadbir negara. Parti mereka pun tak dapat dijaga dengan baik inikan pula mahu membela nasib rakyat???? DAP memang menjaga nasib rakyat, tapi hanya untuk yang sama kaum dengan mereka dan kaum keluarga terdekat sahaja.

8. Mungkin ada hikmah Kula menolak jawatan tersebut. Jika Kula ikhlas ingin berjuang, banyak jalan yang lain dan DAP bukanlah jalan yang terbaik!!!

9. JPX pun tak boleh habis fikir macam mana agaknya nasib Orang Melayu yang bernaung di bawah pimpinan DAP dan apa pula agaknya nasib mereka yang jadi ahli DAP!!!

AMARAN KECEMASAN:BERUK "HARAM" TERLEPAS!!! PASTIKAN PINTU ANDA BERKUNCI!!!

Posted: 19 Nov 2010 09:28 AM PST



1. Hakim Mahkamah Sekyen Kuala Lumpur telah membebaskan 2 Ahli Parlimen dan 15 lagi dari tuduhan menyertai perhimpunan haram BERSIH pada 2007.

2. Memetik kata Hakim Jagjit Singh, "Masjid adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk meyuraikan hadirin, atas alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid." >>>BERITA PENUH DI SINI<<<

3. JPX berasa agak hairan bagaimana hakim ini boleh membebaskan "beruk" yang berdemo haram ini. Hakim tak kan susah sangat nak tahu perhimpunan itu hara atau tidak. Kalau perhimpunan itu tiada permit, maka haramlah perhimpunan itu.

4. Satu lagi, Hakim Jagjit Singh cakap tentang masjid tempat ibadah. Hakim ini pasti ker semua yang di masjid itu Islam??? Bagaimana dengan orang Kafir??? Apa mereka buat di tempat ibadah orang Islam??? Pastikah semua orang Islam yang berada di masjid pada hari itu datang untuk beribadat??? Apa yang Jagjit Singh tahu pasal halal haram???

5. Sesungguhnya keputusan hakim Jagjit Singh ini perlu dihormati. JPX hanya menyatakan pendapat sendiri dan tiada kena mengena dengan sesiapa.

6. Hakim Jagjit Singh ni ada pertalian darah dengan Karpal Singh ke????

JPX

Komponen BN Setuju Terima Keahlian Terus

Posted: 19 Nov 2010 05:03 AM PST

Link artikel: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/19/mstar_berita/20101119182902&sec=mstar_berita

KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan cadangan menerima keahlian terus menyertai parti itu selaras dengan perubahan suasana politik semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persetujuan itu dicapai selepaspihaknya meneliti setiap pandangan dan teguran yang dikemukakan oleh pemimpin daripada 13 parti komponen BN.

Bagaimanapun, menurutnya, terdapat beberapa kebimbangan yang disuarakan oleh parti komponen BN namun telahpun diatasi dengan penambahbaikan tertentu.

"Kita tengok dari segi penerimaan mereka okey selepas banyak perbincangan dibuat.

"Hingga sampai ke tahap ini, banyak perkara-perkara yang mungkin menjadi kebimbangan mereka... ada yang telah kita ketepikan daripada awal lagi, ada yang kita ubah suai kerana ini adalah prosesnya," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN di sini, Jumaat.

Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan maklumat terperinci mengenai perkara berkenaan hanya akan diputuskan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Sabtu.

"Keputusan muktamad sama ia diterima ataupun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi esok... kita ada prosesnya,tapi yang pasti ini (pindaan Perlembagaan) bukan gimik politik," katanya.

BN akan mengadakan konvensyennya pada 28 November ini untuk membincangkan cadangan meminda Perlembagaan BN bagi menerima individu, parti politik atau NGO yang menyokong BN menjadi ahlinya secara terus.

Cadangan pindaan yang dicetuskan oleh Najib itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada parti-parti politik, NGO dan individu yangcenderung menyokong BN tanpa menyertai mana-mana parti komponen BN.

Ditanya sama ada pihaknya turut mengambil kira kebimbangan yang disuarakan oleh komponen BN sebelum ini khususnya berhubung hak ahli bersekutu BN bertanding dalam pilihan raya, Hishammuddin berkata: "Semuanya kita ambil kira... semuanya."

Tambahnya lagi, walau apa jua pindaan yang dilakukan dalam Perlembagaan BN, ia berasaskan kepada prinsip mahu memastikan parti ini terus kekal releven.

"Yang paling penting untuk parti ini sentiasa releven, ini penting kerana pada akhirnya kita nak menang pilihan raya... orang ramai mesti terima konsep BN.

"Apa jua keputusan yang kita buat jangan sampai mengikat kita danmenjejaskan BN untuk bergerak ke hadapan," katanya.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata,mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan SriMuhyiddin Yassin itu turut membincangkan mengenai draf piagaan BN yangakan dibentangkan pada konvensyen parti itu minggu hadapan.

"Kita juga bincang mengenai analisa pilihan raya kecil Batu Sapi danGalas serta mengenai susunan dan aturan untuk konvensyen," katanya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TAHNIAH PADA YB DATUK.

Posted: 18 Nov 2010 04:54 PM PST

TAHNIAH.. TAHNIAH.. TAHNIAH..

Oleh : SOBRI SUDIN

Bacaan Surah Ar-Rahman yang aku baca selepas selesai solat magrib hari ni agak terganggu. Tiga empat kali hand phone aku berdering, nombornya pulak naik takut bila dilihat.. MESTI SOMEBODY.

Telahan aku benar belaka. Si pemanggil memaklumkan dan perkara ini bukan lagi rahsia, YB DATO MUKHRIZ bakal dilantik sebagai Pengerusi UMNO Kedah yang baru menggantikan  YB Datuk Seri Shafie Afdal.

Jika benar berita yang ku dengar ini, syukur alhmadlulilah, meskipun sudah ramai blogger pro UMNO kawasan utara yang sudah meramalkan perkara ini. Mudah-mudahan aura dan wow faktor akan kembali melekat kepada UMNO Kedah. Mudah mudahan UMNO Kedah tidak lagi mandom, lesu dan pancit tayarnya.

YB DATO MUKHRIZ jika benar berita ini, nyawa dan badan hamba serahkan, dengan darah dan air mata hamba pasakkan untuk gegarkan WISMA DARUL AMAN. Namun YB pastikan segala teguran, nasihat yang telah hamba lontarkan dan rakan-rakan blogger lain berikan berhubung percaturan politik Kedah dapat YB fahami dan teladani, janganlah pisang berbuah berkali-kali.

Pesan hamba, ingatlah di Kedah ini ramai pemimpinnya 'beraja dimata bersultan dihati' depan cakap lain belakang buat lain, hati-hatilah YB, TERUSKAN LEGASI AYAHNADA TUN MAHATHIR dan nenenda WAN MUHAMMAD SAMAN sebagai antara anak Kedah yang berjaya mencipta nama di HALL OF FAME.

Apapun tahniah.. tahniah.. tahniah.. SELAMAT BERTUGAS MEMIKUL AMANAH YANG BERAT.

Serangkap pantun dari hamba marhein yang hina:

TIADA BEBAN BATU DIGALAS
BEBAN YANG BERAT BERKATI-KATI
PENGERUSI UMNO PERLU DIGALAS
KAMIKAN TAAT SEPENUH HATI


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/10/tahniah-tahniah-tahniah.html#ixzz15gXX34RA

PPUBJ UCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI SPM DAN STPM.

Posted: 18 Nov 2010 04:06 PM PST

53,674 ambil STPM mulai Selasa ini


2010/11/19
KUALA LUMPUR: Seramai 53,674 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 23 November hingga 16 Disember ini.

Daripada jumlah itu, 47,369 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon Sekolah Integriti.

Calon dinasihati pergi ke pusat peperiksaan terdekat dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat itu jika berlaku bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh yang menyukarkan calon sampai ke pusat peperiksaan yang sepatutnya.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi kenyataan semalam, berkata bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh peperiksaan itu, MPM membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi dengan menelefon 03-61302666/ 61303606/ 61352035/61352390/61352316.

PASCA PRK GALAS DAN BATU SAPI

Posted: 18 Nov 2010 04:00 PM PST

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
'Bedah siasat' pilihan raya Galas, Batu Sapi esok

Pandangan Penulis : Satu tindakan yang wajar kerana bukan sahaja dapat menganalisa sebab kemenangan malah juga kekalahan di peti undi dan juga jentera parti.


2010/11/19
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) esok akan melakukan 'post mortem' pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah ke arah memantapkan lagi jentera pilihan raya BN.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata post mortem itu akan meliputi semua aspek, termasuk menilai kekuatan dan kelemahan BN, meskipun BN memenangi kedua-dua pilihan raya kecil itu, 4 November lalu.
"Ia adalah satu daripada perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BN esok (hari ini) sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Sabtu," katanya ketika dihubungi semalam.
BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti 6,359 undi berbanding majoriti 3,708 undi pada pilihan raya umum 2008, manakala di DUN Galas, BN berjaya merampas kembali kerusi berkenaan daripada PAS dengan majoriti 1,190 undi.

Ketika ditanya sama ada persiapan menghadapi pilihan raya umum akan turut dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BN hari ini dan dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN, katanya, ia tiada dalam agenda mesyuarat.

"Bagaimanapun BN perlu dan akan sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya umum," katanya.

Katanya, mesyuarat pengurusan BN hari ini adalah seperti mana mesyuarat-mesyuarat pengurusan BN lalu, yang memang diadakan sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi.
Katanya, mesyuarat akan juga membincangkan Konvensyen BN yang dijadual diadakan 28 November ini.

Pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN berkata, konvensyen BN itu bagi meminda perlembagaan dan menggubal dasar yang bersikap lebih terbuka dan inklusif untuk mengiktiraf sumbangan parti politik, individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu.

Katanya, pembentukan dasar itu penting bagi memantapkan kedudukan BN sebagai parti politik.

MENJELANG KONVENSYEN BN : PERLUKAN KERJA BERPASUKAN.

Posted: 18 Nov 2010 03:56 PM PST

Kerja keras Najib kembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO, BN
Oleh Jamhariah Jaafar
bhnews@bharian.com.my
2010/11/19
KERJA kerasnya hampir dua tahun untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terhakis teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, mula berbalas. Rakyat sudah melihat beliau bekerja keras melancarkan pelbagai program transformasi – bermula perubahan serta merta membabitkan Perlembagaan UMNO sebaik mengambil alih jawatan Presiden, kepada transformasi pentadbiran, ekonomi dan sosial – yang membawa rakyat Malaysia kembali terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan negara.

Tidak hairan selepas bekerja tanpa menghiraukan kritikan, fitnah, kutukan, malahan melupakan masa rehatnya sendiri, Datuk Seri Najib Razak, sakit, tubuhnya memberi amaran ' take a break'. Namun tuaian paling manis bagi Perdana Menteri keenam ini apabila BN mencatat kemenangan berganda pada pilihan raya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, baru-baru ini.
Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' nyata bukan sekadar retorik kerana setiap pemimpin BN dikerah untuk merealisasikan kata-kata itu.
Najib tidak perlu membuat pemeriksaan terhadap pencapaian barisan kepemimpinannya kerana rakyat tidak lagi terhalang menyampaikan laporan secara langsung kepadanya mengenai gelagat, kelakuan dan tindakan yang menjadi KPI setiap barisan pemimpin UMNO dan BN – dari peringkat paling atas sehingga ke akar umbi.

Tetapi ini tidak bermakna tugas beliau semakin mudah. Beliau cuma lega kerana pembangkang membuat laluan Kerajaan BN semakin mudah kerana setiap hari ada saja tindakan menyerlahkan kepincangan dalam ketaksuban mereka menawan Putrajaya.

"Selepas kerja keras mengembalikan keyakinan rakyat, Najib akan menumpukan perhatian mengukuhkan Kabinetnya – baik dalam kerajaan mahupun dalam UMNO sendiri.

"Tapi tindakan yang bakal dibuat juga meletakkannya dalam dilema, kerana barisan sekarang adalah pilihan Perdana Menteri sebelum ini. Justeru, dia perlu menilai dengan teliti setiap perubahan yang dilakukan – ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus, tepung tidak bersepah," kata seorang pemimpin UMNO.
Tugas melakukan perubahan barisan kepemimpinan bukan mudah apa lagi Najib sedar beliau perlu berani membuat perubahan demi survival UMNO serta BN menjelang PRU ke-13. Ramalan siapa berada dalam senarai rombakan bergema sejak berbulan lalu. Ia se-makin ketara selepas Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu, kerana Najib sendiri memberitahu perubahan parti bakal berlaku.

Sebagai parti terunggul Melayu mengetuai komponen BN lebih setengah abad, perubahan yang bakal berlaku adalah penting. Ia bagi menyusun semula jentera kepemimpinan yang boleh menjana kemenangan lebih besar pada PRU ke-13 nanti.

Justeru, rasanya Najib tidak mempunyai pilihan selain ikhlas dalam membuat perubahan dan berharap mereka yang bakal terbabit dalam perubahan menerimanya dengan hati terbuka. Penjelasan mengenai mengapa perubahan ini amat penting perlu dilakukan dengan telus dan ikhlas.

Di peringkat Kabinet, Najib sudah pasti berdepan keadaan serius kerana sebarang tindakannya boleh diibaratkan bagai diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Beberapa nama disebut setiap kali cerita mengenai rombakan Kabinet tersebar. Menteri yang dikaitkan bila ditanya perasaan hanya tersenyum dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai sendiri prestasi kerja mereka.

Bagaimanapun, Najib diharap menilai serius kedudukan menteri yang nyata membuat silap besar dalam membuat keputusan terutama membabitkan kepentingan peribadi dan melaksanakan tugas kerana 'syok sendiri'.

Teguran Ahli Parlimen di Dewan Rakyat perlu diberi pertimbangan serius, tanpa mengira kedudukan seseorang menteri itu di dalam parti komponen BN.

Diharap juga sebarang pengguguran atau kemasukan nama baru ke dalam kabinet, bukan berasaskan kedudukan pemimpin di dalam parti, tapi wajar berlandaskan kemampuan mereka untuk memenangi hati rakyat.

PRU ke-12 memberi pengajaran pahit kepada BN, namun ia bukan salah Najib kerana beliau bukan Perdana Menteri ketika itu.

Transformasi barisan kepimpinan kerajaan BN adalah fasa paling penting bagi Najib untuk menebus sebarang kecurigaan dan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan Umno dan BN.

Perubahan kepimpinan di peringkat Ibu Pejabat UMNO juga perlu dilihat secara serius kerana ia memerlukan kerja sepadukan yang mantap.

Jawatan Setiausaha Agung, Setiausaha Kerja dan Ketua Penerangan adalah saling memerlukan serta saling melengkapi. Ia memerlukan pemimpin yang boleh menggerakkan jentera parti di peringkat Ibu Pejabat sehingga akar umbi, dan mesti mereka yang diterima di semua peringkat dan mudah ditemui.

Malah cadangan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri di Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan kepada kepimpinan peringkat negeri juga diharap dapat direalisasi. Cuma difahamkan ada negeri ada yang tidak bersetuju dengan nama ketua baru yang dicadang.

Di peringkat Kabinet, Perdana Menteri mungkin berdepan situasi yang diibaratkan bagai diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Beberapa nama disebut setiap kali cerita mengenai rombakan Kabinet terpacul. Menteri yang dikaitkan bila ditanya perasaan hanya tersenyum dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai sendiri prestasi kerja mereka.

PRU ke-12 memberi pengajaran pahit kepada BN namun ia bukan salah Najib kerana beliau bukan Perdana Menteri ketika itu.

Transformasi barisan kepimpinan BN adalah fasa paling penting bagi Najib untuk menebus sebarang kecurigaan dan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan UMNO dan BN.

KONVENSYEN BN ADA AGENDA YANG LEBIH PENTING.

Posted: 18 Nov 2010 03:50 PM PST

BN tetap bermusyawarah pilih calon pilihan raya umum - Berita Harian

Pindaan perlembagaan BN timbulkan keresahan - Malaysia Kini


2010/11/19

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) tetap berpegang kepada konsep musyawarah dan permuafakatan di kalangan semua parti komponen dalam menentukan calon pilihan raya umum akan datang, selaras tradisi gagasan itu yang terbukti berkesan selama ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, walaupun Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN mempunyai kata putus dalam proses pemilihan calon, perbincangan sentiasa diadakan dengan pemimpin semua parti komponen dan BN tidak bercadang membuat perubahan besar dalam pemilihan calon pada pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perkara itu bukan sesuatu yang penting sehingga perlu dibincangkan pada Konvensyen BN 28 November ini.

"Saya tidak fikir itu satu mauduk (tajuk) yang sangat penting untuk dibincangkan di situ (Konvensyen BN) kerana sudah pun wujud mekanisme dan tradisi yang masih baik. Tidak perlu satu perubahan besar dalam soal memilih calon.

"Kita saling menghormati pandangan parti komponen tetapi pokoknya ialah kita letak calon paling layak, boleh diterima rakyat, boleh bekerja dan boleh dapat sokongan hingga berjaya.

"Konsep muafakat dalam BN yang sudah diamalkan selama ini akan dikekalkan termasuk cara nak letak calon," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas laporan sebuah portal berita internet bahawa Konvensyen BN kali ini akan meminda perlembagaan bagi memberi kuasa mutlak kepada Pengerusi BN menentukan calon pilihan raya umum akan datang.
Mengikut amalan sekarang, pengerusi BN lazimnya memilih di kalangan calon yang disenarai pendek oleh presiden parti komponen mengikut kuota masing-masing.

Muhyiddin berkata, Konvensyen BN yang julung kali diadakan itu akan memberi peluang dan ruang kepada pimpinan parti komponen membincangkan semua isu membabitkan kepentingan negara.

Katanya, isu pindaan perlembagaan memang ada dalam agenda, termasuk mengenai keanggotaan BN, tetapi tidak semestinya dibincangkan ketika konvensyen.

Cadangan supaya perdana menteri selaku pengerusi BN diberi kuasa penuh berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya akan datang dikatakan tidak mendapat sokongan sebahagian besar pemimpin parti komponen gabungan itu.

mca agm 2004 111004 bn leadersSumber yang rapat dengan gabungan itu memberitahu Malaysiakini bahawa cadangan berkenaan dimasukkan dalam draf pindaan dan telah diserahkan kepada 13 parti komponen BN pada awal tahun ini untuk pertimbangan mereka.

"Apa gunanya menjadi presiden parti? Ia tidak masuk akal. Kalau macam itu, lebih baik presiden bubarkan semua parti komponen dan jadikan BN sebagai satu parti.

"Amalan sekarang adalah bagi presiden parti mencadangkan nama calon, walaupun keputusan muktamad di tangan ketua BN.

"Tetapi sekarang hak ini mahu dirampas dan kuasa diberikan kepada satu orang sahaja," kata sumber itu.

najib and barisan nasionalIsu berkenaan menjadi 'duri dalam daging' dan semakin mendesak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memikirkan sama ada untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun depan.

Namun menurut sumber itu lagi, Najib kemungkinan besar akan melengkapkan penggalnya sebagai perdana menteri sebelum membubarkan parlimen.

Selain itu, perjanjian perkongsian kuasa bagi memastikan pengerusi BN berkuasa penuh, sumber itu berkata ada juga cadangan supaya BN yang selama ini membuat sebarang keputusan secara konsensus menggantikannya dengan undi majoriti.

Isu-isu berkenaan akan dibincangkan pada konvensyen BN minggu depan selain mencari jalan menyuntik semangat baru selepas kekalahan teruk mereka pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Ia dijadualkan pada 28 November ini di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

barisan nasional"Mengikut perlembagaan BN, semua 13 parti komponen, masing-masing dikehendaki menghantar tiga perwakilan. Justeru, akan ada 45 hingga 50 perwakilan yang akan hadir membuat keputusan berkenaan."

Menurut sumber itu lagi, pindaan ke atas perlembagaan mesti pertamanya diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan BN - yang akan dijadualkan kemudian - sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

Katanya lagi, pemimpin utama parti juga akan menghadiri mesyuarat pengurusan BN pada Jumaat ini yang akan dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

gerakan agm 111008 bn leaders.jpg"Perdana Menteri mahu mandat baru - kerana beliau baru ambil-alih daripada Abdullah dan tidak dilantik oleh rakyat.

"Bagaimanapun besar kemungkinan isu mengenai pilihan raya umum tidak akan dibincangkan pasa mesyuarat itu. Tetapi kita mungkin, buat pertama kalinya membincangkan cadangan pindaan perlembagaan itu," kata sumber itu lagi.

Tambahnya, ramai yang berpendapat lebih banyak perlu dilakukan untuk parti-parti kecil di kalangan gabungan BN.

"Mereka beri kami (kereta) Kancil tetapi menjangkakan kami bertindak seperti BMW," rungutnya.


Tiada ulasan:

Pengikut