Apo Kono Eh Jang! |
PAS itu khawarij kerana menentang pemerintah Islam.. Posted: 19 Nov 2010 01:44 AM PST Perangai puak Khawarij ialah sentiasa menuduh pemerintah atau pemimpin umat Islam zaman mereka sebagai pemerintah yang zalim serta menyeleweng daripada hukum Islam dan juga keadilan Islam. Puak Khawarij juga seringkali menentang pemerintah umat Islam dengan melakukan peperangan, pemberontakan atau secara tindakan pasukan pembunuh sejak zaman Khalifah Ali hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Dalam corak pemerintahan negara Malaysia pada zaman ini, Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah. Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon Pas menang, maka Pas menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong Pas. Tetapi jika calonnya kalah, Pas tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya. Itulah yang berlaku pada pilihanraya yang baru berlalu di Galas dan juga Batu Sapi. Pas langsung tak dapat menerima takdir kekalahan mereka dan menyalahkan pelbagai pihak diatas tumbangnya calon Pakatan di kedua-dua tempat tersebut. Kerap kali juga Pas memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya yang menyebabkan calon Pas kalah. Tindakan Pas yang sering menyalahkan pemimpin kerajaan inilah yang membuatkan parti itu sama seperti Khawarij pada zaman dahulu. Persamaan Pas dan Khawarij yang paling ketara ialah ketika Pas menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Nik Aziz ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama Pas. Ketika itu, tiada langsung hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Nik Aziz gunakan untuk menghalang Pas menyertai BN. Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, Pas sangat kuat menentang dan Nik Aziz mengepalai kumpulan penentang dalam Pas terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan. Kes Pas menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin Pas hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR membuktikan sikap lidah bercabang Pas. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk menghalalkan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN? Ini satu lagi kemunafikan Pas yang cakap tak serupa bikin. Tak salahlah jika dikatakan bahawa Pas itu amat menyerupai perangai puak Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam negara! Oleh: Pak Long |
Percayakah anda kepada Anwar Ibrahim? Posted: 18 Nov 2010 08:27 PM PST Ketika mana Zaid Ibrahim sudah tekad untuk meninggalkan PKR yang telah me"liwat" dirinya beramai-ramai, dikhabarkan begitu banyak suara-suara lantang di dalam PKR yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap proses pemilihan PKR kali ini. Namun, penulis dapati tiada pun tindakan dari pihak kepimpinan PKR yang memberikan tindak balas sewajarnya terhadap rasa tidak puas hati ahli-ahlinya itu. Zaid sudah bertekad keluar PKR. Mustafa Kamil Ayub pula menyusul mempertikaikan proses pemilihan PKR yang terpesong dauh dari pengertian demokrasi sebenar. Janapala pula sudah pun memfailkan saman terhadap kepimpinan PKR yang menidakkan haknya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Malah banyak lagi aduan dan bantahan yang berlaku di cabang-cabang PKR yang mempertikaikan hak untuk bertanding dan mendakwa berlakunya penyelewengan dalam proses pemilihan parti yang "adil" tersebut. Yang pastinya, apa yang selama ini diceritakan oleh beberapa YB dari "konsesus bebas" telah terbukti. Hikmah dari apa yang berlaku pada pemilihan PKR kali ini ialah dengan terbongkarnya ketidak adilan yang berlaku di dalam sebuah parti yang berteraskan perkataan "adil". Jika Saifuddin Nasution mendakwa bahawa Zaid, Zulkifli Noordin, Datuk Zahrain dan ramai lagi yang keluar dari PKR mempunyai agenda "tersembunyi" dan bermotifkan kepentingan diri sendiri, apakah akar-akar umbi yang tidak berpuas hati dan keluar dari PKR juga mempunyai agenda tersembunyi? Sememangnya rakyat, penyokong dan beribu lagi ahli PKR sudah hilang kepercayaan kepada parti tersebut. Jika dahulu mereka percaya bahawa parti Ke"adil"an ini "adil", maka sekarang mereka sudah sedar bahawa PKR tidak adil sama sekali. Jika parti ke"adil"an ini sudah lari dari konsep dan tujuan asalnya, apakah lagi yang tinggal pada PKR? Yang tinggal hanyalah perkataan "liwat", pembohongan, penyelewengan, rasuah politik yang berleluasa, ketidak telusan, busuk hati, fitnah dan pelbagai lagi perkara negatif. Oleh itu, janganlah kepimpinan Anwar dan PKR menyalahkan mereka-mereka yang keluar dan menjauhkan diri dari PKR. Penulis melihat bahawa PKR pada asalnya dibentuk dari asas yang sangat rapuh. PKR tercipta kerana Anwar tidak puas hati kerana dipecat atas salah lakunya yang dibongkarkan oleh pentadbiran Tun Dr. Mahathir dahulu. Jika perkara ini tidak berlaku dahulu, adalah sangat mustahil untuk tertubuhnyanya PKR. Dengan perjuangan yang penuh kepalsuan untuk rakyat, Anwar meneruskan agenda kepentingan dirinya untuk terus berkuasa. Dan itulah yang dikendong sehingga sekarang. Sebenarnya, dengan asas yang tidak kukuh itulah Anwar mencari "sekutu" politik yang jauh lebih kuat dari partinya itu. Maka tiada pilihan lain, Anwar terpaksa bersahabat dengan DAP dan PAS yang pernah dimaki dan dihamunnya dahulu. Anwar terpaksa menjilat kembali "ludah"nya pada DAP dan PAS. Setelah DAP dan PAS termakan dengan pujuk rayu dan kuasa "sponsorship"nya, maka Anwar menobatkan dirinya sebagai ketua pakatan "setan" DAP, PKR dan PAS. Mengapa PAS atau DAP tidak mengetuai pakatan pembangkang itu? Dan mengapa sampai sekarang pakatan DAP, PKR dan PAS itu tidak didaftarkan sebagai parti sebagaimana BN? Ini adalah kerana tiada satu pun dari PKR, DAP dan PAS yang menyakini dan mempercayai antara satu sama lain. Sebenarnya DAP mencurigai PAS dan PAS mencurigai PKR, dan begitulah pemainan curiga mencurigai berkisar di antara mereka. Namun di atas nama politik, ketiga-tiga parti terpaksalah mengaku telah berbai'ah "tidur sebantal" dan bersatu di depa media. Ini adalah salah satu permainan politik ciptaan Anwar. Anwar mengharapkan kekuatan PAS dan DAP akan dapat memberikan kerusi lebih kepada PKR dan menjulangnya sebagai PM jika berjaya menewaskan Kerajaan BN kelak. Apakah PAS dan DAP akan membiarkan Anwar menjadi PM jika mereka menang nanti? Apakah Hj. Hadi tidak layak untuk menjadi PM jika PAS lebih banyak memenangi kerusi Parlimen nanti? DAP akan berdiam diri sajakah? Bukankah Anwar pernah berkata bahawa "bukan bangsa Melayu" pun boleh jadi PM? Jadi DAP akan terus berpuas hati diberikan jawatan TPM? Sebenarnya, PAS dan DAP tidak pernah mempercayai Anwar sejak dari mulanya pakatan pembangkang ini. PAS pastinya ingat apa yang pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mereka ketika di dalam UMNO dahulu. Anwar begitu hebat menghentam PAS dan Nik Aziz sendiri pernah dihamunnya tanpa rasa hormat langsung. Nik Aziz tidak berdendamkah kepada Anwar sebagaimana dendamnya terhadap UMNO? DAP, tidak usah cakap lah. DAP teruk diseranah Anwar di dalam Parlimen. Cuba tanya Kit Siang dan Karpal, tentu mereka tak lupa "mulut jahat" Anwar suatu masa dahulu. Sehingga kini, percayakah rakyat Malaysia, DAP dan PAS kepada manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini. Demi Allah penulis katakan, jika penulis ini ahli atau penyokong PAS mahupun DAP sekalipun, penulis tidak akan sekali-kali percaya pada Anwar. Sedangkan Yahudi, isterinya, anak-anaknya, dan rakan-rakan karibnya pun ditipu "hidup-hidup", apatah lagi dengan orang yang Anwar tidak kenal? Tentunya dia akan "jual hidup-hidup"! Penulis tidak rela dijual… Oleh itu, penulis menggesa kepada seluruh rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan "si kitol" alaf baru yang bernama Anwar Ibrahim ini. Kepada ahli-ahli dan penyokong PKR, cepat-cepatlah sedar bahawa Anwar bukanlah seorang yang perlu diperjuangkan. Kepada DAP dan PAS, lebih baik berterus teranglah kepada rakyat sebelum reputasi parti masing-masing teruk terjejas dek kerana PKR yang berbau bangkai dan najis itu. Jauhi Anwar Ibrahim sebelum terlewat! Oleh: dukeofmontecristo |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan