Sabtu, 31 Julai 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Wajarkah Guru Berpolitik?

Posted: 31 Jul 2010 12:26 AM PDT

 



Oleh SYED ALI ALHABSHEE

KUALA LUMOUR, 31 Julai – Semalam menerusi stesen penyiaran ASTRO Awani saluran 501, secara ringkas saya telah menjelaskan rasionalnya mengapa guru-guru tidak wajar berpolitik.

Saya membuat kesimpulan itu kerana memikirkan bahawa kebenaran tersebut dilihat lebih banyak mengundang masalah daripada kebaikannya.

Memang, banyak pihak mengalu-alukan sekatan guru berpolitik dihapuskan apatah lagi membabitkan seramai 140,000 guru terutama guru siswazah.

Pandangan penulis : rasanya tidak semuanya akan memasuki politik dan memegang jawatan.

Alasan utamanya mereka (guru) mampu memberi sumbangan besar kepada sistem dan amalan berpolitik di negara ini.

Jika kita imbau sejarah UMNO sendiri dimasa lampau, golongan guru merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam memperkasakan institusi ini. Sehinggalah keluar arahan tidak membenarkan mereka terlibat secara langsung.

Bagaimanapun, seperti yang saya telah tegaskan sebelum ini bahawa saya lebih cenderung melihat kepada nilai dan kemuliaan profesyen perguruan yang selama dihormati masyarakat.

Profesyen perguruan merupakan tanggungjawab mulia yang dihormati segenap lapisan masyarakat, sama ada Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain.

Maknanya, guru, pendidik dan pengajar adalah manusia paling istimewa dalam proses kehidupan kita.

Kerana realti itu, kemuliaan dan keistimewaan warga pendidik tidak sewajarnya sengaja dicederakan dengan elemen politik yang bakal memberi keuntungan kapada sesetengah pihak.

Politik juga perlu dilihat dari sudut positifnya, membantu dan menolong ummah ni satu pekerjaan yang mulia.

Saya berpendapat apabila sekatan berpolitik di kalangan guru dibebaskan berkuatkuasa 1 Ogos ini sepertimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, maka lubang untuk berpecah-belah sesama guru sudah terbuka luas.

Sebagai insan yang berilmu, rasanya kaum guru dapat memberikan pertimbangan yang wajar antara bersatu dan berpecah.

Ini kerana akan berlaku pertembungan sokongan yang pastinya akan berakhir dengan pertelingkahan pendapat sesama guru – satu puak akan menyokong parti pemerintah dan satu puak lagi pro-pembangkang.

Di sinilah letaknya kebijaksanaan mereka untuk berpolitik dengan tidak berasaskan emosi semata-mata.

Keadaan bertambah parah apabila corak sokongan guru-guru kepada parti politik dibuat menjuruskan kepada kepentingan kaum atau sentimen agama.

Bahana yang menular kepada kalangan pendidik secara tidak langsung akan turut mencacatkan tunpuan mereka terhadap profesyen perguruan yang mereka galas selama ini.

Saya khuatir apabila guru terlalu taksub berpolitik atas dorongan kepentingan kaum masing-masing, tumpuan mengajar mereka di sekolah akan terjejas dan kesannya turut menghimpit ke atas bahu pelajar.

Sebagai golongan profesional rasanya kaum guru dapat memisahkan antara kepentingan jawatan dengan kepentingan parti

Apatah lagi jika guru-guru bertentangan idelogi politik berpolemik secara terbuka di kantin sekolah yang ditonton oleh para pelajar dan secara tidak langsung mengheret pemikiran pelajar untuk bermain politik.

Apakah kita boleh memberi jaminan bahawa tidak akan beraku di mana guru cuba meracuni pemikiran pelajar dengan idelogi politik ekstrim yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman kepada masyarakat ?

Sitausi yang bercelaru menjadi bertambah kusut apabila kita mengambil contoh di mana pengetua sekolah merupakan pemimpin politik berjawatan di peringjkat bahagian manakala orang dibawahnya pula berada di sebelah politik yang bertentangan.

Di sini tercetus konflik kepentingan dan tanpa sedar, akan berlaku ketidakadilan sama ada dalam sistem kenaikan pangkat atau sebagainya yang kesudahannya melebarkan lagi jurang perpecahan di sekolah.

Sekolah merupakan institusi ilmu sepatutnya dijaga dan dipuk dengan nilai-nilai estetika murni untuk melahirkan generasi berilmu dan kukuh dengan semangat jati diri dan perpaduan kental sebagai aset kepada masa depan negara.

Saya juga melihat kepada prospek Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) yang sebelum ini merupakan wadah terbaik para ibu bapa dan guru berinteraksi dalam usaha memantapkan pembangunan pendidikan di sekolah.

Tetapi apabila guru dibenarkan berpolitik, maka sudah tentu akan berlaku dorongan kepentingan politik masing-masing dan keaadaan menjadi rumit apabila guru dan peneraju PIBG berbeza fahaman politik.

Sehubungan itu, saya ingin berkongsi pengamalan saya selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) yang setakat ini mempunyai 36 buah sekolah angkat, daripada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah agama, sekolah rendah kebangsaan sehingga ke sekolah menengah.

Pada awalnya, memang saya dapati ada sekolah-sekolah yang dilihat terpinggir daripada perhatian parti pemerintah, yakni UMNO. Saya cuba mencari punca kenapa perkara ini boleh berlaku.

Pendekatan yang saya ambil ialah mudah ; iaitu merapaktkan diri dengan pihak sekolah, jalinkan hubungan baik dengan pihak pengetua atau guru besar dan memberi prhatian terhadap aktiviti, soal kemudahan asas di sekolah-sekolah terbabit di samping menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Haislnya, guru-guru menerima pendekatan tersebut dan secara tidak langsung wujud hubungan baik sehingga sekarang, walaupun mereka tidak menyertai parti politik termasuk UMNO.

Ada pihak berpendapat, jika guru-guru dibenarkan berpolitik, mereka akan dikawal oleh akta atau dengan kata lain kegiatan politik mereka akan dipastikan tidak terbawa-bawa ke bilik darjah.

Memang saya bersetuju dengan idea terebut, tetapi soalnya sejauhmana keupayaan kita untuk melakukan pemantauan serta menguatkuasakan undang-undang atau akta tertentu untuk menghadkan kegiatan politik mereka.

Jadi, apabila kita hadkan aktiviti politik mereka menerusi akta atau kawalan, akan timbul pula tentangan kenapa mereka harus dipantau, sedangkan kebebasan sudah diperolehi ?

Saya ingin melemparkan soalan mudah: andainya kedapatan guru yang menentang kerajaan kerana kepentingan politik, apakah yang mampu kerajaan lakukan ?

Di sini, saya teringat beberapa kejadian pada sekitar tahun 80-an dulu apabila timbul isu guru kecewa kerana di 'tendang' ke pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak hanya kerana perbezaan anutan politik.

Isu 'menghumban' guru-guru ke pedalaman kerana faktor politik menjadi isu panas di Kelantan dan Terengganu suatu masa dulu, yang akhirnya mereka mengambil keputusan menyebelahi parti pembangkang.

Dalam hal ini, bukan bermakna parti pemerintah iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN) takut atau gentar akan terjejas apabila sejumlah besar guru-guru dibenarkan berpolitik.

Saya tidak syak mereka akan mengambil langkah menentang kerajaan, tetapi bimbang profesyen perguruan yang selama ini menjadi tunjang kepada pembentukan tamadun bangsa akan runtuh gara-gara berpolitik.

Tidak ada satu mekanisma atau jaminan bahawa warga pendidik atau guru tidak akan berpolitik secara keterlaluan termasuk di sekolah kerana mereka sudah 'dibebaskan' setelah sekian lama tidak dibenarkan berbuat demikian.

Kesimpulannya, guru perlu bersedia untuk menerima sebarang musibah kerana berlainan idelogi politik manakala profesyen perguruan yang selama ini dimuliakan oleh masyarakat sudah tercemar secara yang disengajakan.

Pada hemat saya, biarlah guru meneruskan profesyen perguruan dengan semulianya seperti yang ada hari ini kerana tanggungjawab mereka ialah mendidikan anak bangsa dengan pemikiran yang positif untuk kepentingan negara.

Tidak perlulah kita bebankan mereka dengan pelbagai isu dan kepentingan politik yang akhirnya tumpuan mereka di bilik darjah akan terbabas yang sudah tentunya akan merugikan generasi pelajar.

Warga pendidik dan guru masih boleh malah tetap memberi sumbangan yang tidak ternilai untuk memacu pembangunan negara dan menjana pembentukan generasi berilmu walaupun tidak berpolitik.

Guru adalah manusia istimewa dan keistimewaan itu sepatutnya kita pertahankan tanpa ada unsur kepentingan politik.

Ahli UMNO Perlu Jadi “Tentera Politik”

Posted: 30 Jul 2010 11:45 PM PDT


Oleh MOHD NASRI ZAKARIAH.

MELAKA, 26 Julai – Ahli UMNO perlu menjadi `tentera politik' yang menjiwai perjuangan parti dan sentiasa bersiap sedia melaksanakan segala tugas yang diamanahkan kepada mereka tanpa sebarang masalah dan persoalan.

Bekas Ahli Majllis Tertinggi UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik (gambar) berkata sebagai tentera selain bersiap sedia menerima arahan, mereka juga perlu mempunyai perancangan atau strategi bagi merealisasikan tugas yang diarahkan kepada mereka.

"Tak guna kita jadi tentera jika kita tak faham tugas seorang tentera, kalau setakat pakai pakaian tentera tetapi kita tidak menjiwainya serupa seperti orang lain, kita pakai pakaian tu seperti kita pakai baju biasa yang tidak mempunyai apa-apa erti.

"Ahli UMNO sebagai `tentera politik' yang menjadi benteng bukan sahaja mempertahankan parti, tetapi juga bertanggungjawab memastikan parti terus utuh dan kuat serta relevan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.

"Untuk itu, ahli UMNO harus menjiwai perjuangan parti, bukan hanya masuk UMNO kerana ikut kawan-kawan atau mempunyai kepentingan peribadi. Kita tidak boleh menjadi ahli parti yang ikut-ikut sahaja, Ahli UMNO haruslah ahli yang berkualitii," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan UMNO adalah parti Melayu terbesar.

Kata beliau lagi ahli UMNO tidak seharusnya menjadi seperti tentera upahan atau tentera sukarela, tugas tentera upahan hanyalah melaksanakan tugas yang diberi kerana mereka itu dibayar mengikut tugas yang diberi berdasarkan bayaran yang diterima.

Manakala, tentera sukarela adalah tentera yang kebiasaannya berada di barisan belakang dan kebiasaanya tanggungjawab mereka adalah sebagai pasukan sokongan , walaupun sebagai tentera mereka bukanlah seorang tentera sebenar yang sudah diberi latihan secukup dan boleh dihantar ke medan perang pada bila-bila masa.

"Oleh itu, kita haruslah menjadi tentera politik yang benar-benar menjiwai semangat seorang tentera dan bersedia melaksanakan apa jua tugas yang diberi oleh presiden parti", ujarnya.

Menurutnya, Najib sudah banyak membuat perubahan dalam memperkasakan UMNO sebagai parti Melayu terbesar dengan jumlah ahli melebihi 3 juta,

"Jumlah ahli UMNO yang ramai membuktikan UMNO terus mendapat perhatian sebagai parti kerana hanya UMNO sahaja yang betu-betul memperjuangkan nasib orang Melayu sejak ditubuhkan sehinggalah sekarang, kerana UMNO jugalah ramai orang Melayu yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

"Kita tidak seharusnya berbangga dengan mempunyai jumlah ahli yang ramai, jika kita sebagai ahli UMNO yang menumpang dan tidak menjiwai perjuangan parti. Kita harus menjadi tentera politik yang berjuang untuk mempertahankan institusinya," katanya.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, UMNO terus menjadi serangan daripada parti-parti pembangkang yang tidak berpuas hati dengan kejayaan UMNO dengan menaburkan pelbagai fitnah atau serangan terhadap kerajaan yang didokongi oleh UMNO.

Berikutan itu, beliau meminta kepada semua ahli UMNO melaksanakan tugas membalas serangan atau fitnah dari pihak tidak bertanggungjawab dan bukan hanya menunggu dan meletakkan tanggungjawab itu kepada pemimpin atasan.

"Tanggungjawab seorang jeneral adalah untuk membuat perancangan dan kemuadian memberi arahan secara formal kepada orang bawahannya, maka terpulang kepada mereka untuk melaksanakan tugas untuk mencapai sasaran ditetapkan", katanya.

Menurutnya, ahli UMNO perlu bekerja keras dan tidak berhenti atau hanya menunggu arahan untuk membuat sesuatu kerana aoabila menyertai UMNO secara automatik mereka sudah tahu tanggungjawab mereka berdasarkan kepada perjuangan parti. -MediaUMNO.

PANDANGAN PENULIS:
Amat bagus kalau boleh wujudkan 'tentera politik' sendiri, kerana tak perlu sangat bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Malah perlu dilengkapkan dengan ilmu mengenai politik dan juga boleh bergerak sendiri dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Sekarang ni ramai orang yang tak ada jawatan atau aktivis yang nak menolong tapi di pandang serong. Aktivis ni bukannya nak rebut jawatan pun. Cuma kesedaran nak bantu tu terbit dari semangat dalaman.

Nampaknya ramai pemimpin bahagian yang masih belum melakukan tranformasi. Yang bersemangat hanya orang bawahan sahaja.

Persoalannya sampai bila. Tak kan dah tewas nanti baru nak 'offer' dah terlambat.

KENALI MELAYU MENERUSI ARTIFAK.

Posted: 30 Jul 2010 07:10 PM PDT




Pastinya yang bernama dan berbangsa Melayu ada tamadun dan budayanya. Kepada generasi muda Melayu, marilah kita dekati susur galur artifax Melayu yang semakin dilupakan ini.

HADIAH DARI DAP UNTUK MELAYU SELANGOR.

Posted: 30 Jul 2010 06:45 PM PDT

 
 
Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. 
 
 
 
 
Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu. Tak bincang dulu ke dengan orang Melayu dulu? Bila DAP yang usulkan terus sahaja setuju. Jadi PKR ni nak jaga satu kaum sahaja ke?  Yang anehnya kata jaga semua kaum? Atau takut DAPig akan keluar PR?
Persoalannya sekarang apa lagi yang tinggal lagi bagi orang Melayu setelah satu demi satu, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hilang dari tangan orang Melayu, di mana yang menghilangkannya adalah tangan orang Melayu sendiri. DAPig cuma pancing sahaja. Jadi kepada orang Melayu di Selangor, fikirkan lah hak anda!!!!!!


Satu lagi nak penulis katakan adakah perkara ini akan berlaku? Jika ini terjadi, apa reaksi orang Selangor?

Jumaat, 30 Julai 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


BERSAMA MENDEKATI RAKYAT...PROGRAM ZIARAH..

Posted: 30 Jul 2010 04:32 PM PDT


Dalam usaha mendekati rakyat dalam program turun ke akar umbi..PPU Bahagian Rompin juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini..Melalui Program ziarah pesakit kronik yang bertempat di Felda Selancar 1,PPU yang diketuai oleh KP,NKP serta AJK nya telah berkesempatan menziarahi beberapa pesakit kronik dan menyampaikan sumbangan...

Program seumpama ini tentunya sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung pesakit malah yang lebih penting dapat merasai sendiri denyut nadi masyarakat sebagaimana yang selalu disebut oleh PM...DS Najib..

Sudah pasti ahli keluarga pesakit tersebut merasakan masih lagi ada masyarakat di luar sana yang prihatin dengan kesulitan yang mereka alami dan yang lebih penting menyalurkan sumbangan dan bantuan daripada PPU sendiri dan agensi kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Semoga program seumpama ini akan berterusan di seluruh pelusuk kawasan bagi membolehkan PPU tidak hanya dilihat menganjurkan program sukan sahaja tetapi mempu mengurus program berbentuk kemasyarakatan..

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Guru masih boleh membangunkan negara walaupun tidak berpolitik

Posted: 29 Jul 2010 10:17 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SEMALAM menerusi stesen penyiaran ASTRO Awani saluran 501, secara ringkas saya telah menjelaskan rasionalnya mengapa guru-guru tidak wajar berpolitik.

Saya membuat kesimpulan itu kerana memikirkan bahawa kebenaran tersebut dilihat lebih banyak mengundang masalah daripada kebaikannya.

Memang, banyak pihak mengalu-alukan sekatan guru berpolitik dihapuskan apatah lagi membabitkan seramai 140,000 guru terutama guru siswazah.

Alasan utamanya mereka (guru) mampu memberi sumbangan besar kepada sistem dan amalan berpolitik di negara ini.

Bagaimanapun, seperti yang saya telah tegaskan sebelum ini bahawa saya lebih cenderung melihat kepada nilai dan kemuliaan profesyen perguruan yang selama dihormati masyarakat.

Profesyen perguruan merupakan tanggungjawab mulia yang dihormati segenap lapisan masyarakat, sama ada Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain.

Maknanya, guru, pendidik dan pengajar adalah manusia paling istimewa dalam proses kehidupan kita.

Kerana realti itu, kemuliaan dan keistimewaan warga pendidik tidak sewajarnya sengaja dicederakan dengan elemen politik yang bakal memberi keuntungan kapada sesetengah pihak.

Saya berpendapat apabila sekatan berpolitik di kalangan guru dibebaskan berkuatkuasa 1 Ogos ini sepertimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, maka lubang untuk berpecah-belah sesama guru sudah terbuka luas.

Ini kerana akan berlaku pertembungan sokongan yang pastinya akan berakhir dengan pertelingkahan pendapat sesama guru – satu puak akan menyokong parti pemerintah dan satu puak lagi pro-pembangkang.

Keadaan bertambah parah apabila corak sokongan guru-guru kepada parti politik dibuat menjuruskan kepada kepentingan kaum atau sentimen agama.

Bahana yang menular kepada kalangan pendidik secara tidak langsung akan turut mencacatkan tunpuan mereka terhadap profesyen perguruan yang mereka galas selama ini.

Saya khuatir apabila guru terlalu taksub berpolitik atas dorongan kepentingan kaum masing-masing, tumpuan mengajar mereka di sekolah akan terjejas dan kesannya turut menghimpit ke atas bahu pelajar.

Apatah lagi jika guru-guru bertentangan idelogi politik berpolemik secara terbuka di kantin sekolah yang ditonton oleh para pelajar dan secara tidak langsung mengheret pemikiran pelajar untuk bermain politik.

Apakah kita boleh memberi jaminan bahawa tidak akan beraku di mana guru cuba meracuni pemikiran pelajar dengan idelogi politik ekstrim yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman kepada masyarakat ?

Sitausi yang bercelaru menjadi bertambah kusut apabila kita mengambil contoh di mana pengetua sekolah merupakan pemimpin politik berjawatan di peringjkat bahagian manakala orang dibawahnya pula berada di sebelah politik yang bertentangan.

Di sini tercetus konflik kepentingan dan tanpa sedar, akan berlaku ketidakadilan sama ada dalam sistem kenaikan pangkat atau sebagainya yang kesudahannya melebarkan lagi jurang perpecahan di sekolah.

Sekolah merupakan institusi ilmu sepatutnya dijaga dan dipuk dengan nilai-nilai estetika murni untuk melahirkan generasi berilmu dan kukuh dengan semangat jati diri dan perpaduan kental sebagai aset kepada masa depan negara.
Saya juga melihat kepada prospek Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) yang sebelum ini merupakan wadah terbaik para ibu bapa dan guru berinteraksi dalam usaha memantapkan pembangunan pendidikan di sekolah.

Tetapi apabila guru dibenarkan berpolitik, maka sudah tentu akan berlaku dorongan kepentingan politik masing-masing dan keaadaan menjadi rumit apabila guru dan peneraju PIBG berbeza fahaman politik.

Sehubungan itu, saya ingin berkongsi pengamalan saya selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) yang setakat ini mempunyai 36 buah sekolah angkat, daripada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah agama, sekolah rendah kebangsaan sehingga ke sekolah menengah.

Pada awalnya, memang saya dapati ada sekolah-sekolah yang dilihat terpinggir daripada perhatian parti pemerintah, yakni UMNO. Saya cuba mencari punca kenapa perkara ini boleh berlaku.

Pendekatan yang saya ambil ialah mudah ; iaitu merapaktkan diri dengan pihak sekolah, jalinkan hubungan baik dengan pihak pengetua atau guru besar dan memberi prhatian terhadap aktiviti, soal kemudahan asas di sekolah-sekolah terbabit di samping menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Haislnya, guru-guru menerima pendekatan tersebut dan secara tidak langsung wujud hubungan baik sehingga sekarang, walaupun mereka tidak menyertai parti politik termasuk UMNO.

Ada pihak berpendapat, jika guru-guru dibenarkan berpolitik, mereka akan dikawal oleh akta atau dengan kata lain kegiatan politik mereka akan dipastikan tidak terbawa-bawa ke bilik darjah.

Memang saya bersetuju dengan idea terebut, tetapi soalnya sejauhmana keupayaan kita untuk melakukan pemantauan serta menguatkuasakan undang-undang atau akta tertentu untuk menghadkan kegiatan politik mereka.

Jadi, apabila kita hadkan aktiviti politik mereka menerusi akta atau kawalan, akan timbul pula tentangan kenapa mereka harus dipantau, sedangkan kebebasan sudah diperolehi ?

Saya ingin melemparkan soalan mudah: andainya kedapatan guru yang menentang kerajaan kerana kepentingan politik, apakah yang mampu kerajaan lakukan ?

Di sini, saya teringat beberapa kejadian pada sekitar tahun 80-an dulu apabila timbul isu guru kecewa kerana di 'tendang' ke pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak hanya kerana perbezaan anutan politik.

Isu 'menghumban' guru-guru ke pedalaman kerana faktor politik menjadi isu panas di Kelantan dan Terengganu suatu masa dulu, yang akhirnya mereka mengambil keputusan menyebelahi parti pembangkang.

Dalam hal ini, bukan bermakna parti pemerintah iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN) takut atau gentar akan terjejas apabila sejumlah besar guru-guru dibenarkan berpolitk.

Saya tidak syak mereka akan mengambil langkah menentang kerajaan, tetapi bimbang profesyen perguruan yang selama ini menjadi tunjang kepada pembentukan tamadun bangsa akan runtuh gara-gara berpolitik.

Tidak ada satu mekanisma atau jaminan bahawa warga pendidik atau guru tidak akan berpolitik secara keterlaluan termasuk di sekolah kerana mereka sudah 'dibebaskan' setelah sekian lama tidak dibenarkan berbuat demikian.


Kesimpulannya, guru perlu bersedia untuk menerima sebarang musibah kerana berlainan idelogi politik manakala profesyen perguruan yang selama ini dimuliakan oleh masyarakat sudah tercemar secara yang disengajakan.

Pada hemat saya, biarlah guru meneruskan profesyen perguruan dengan semulianya seperti yang ada hari ini kerana tanggungjawab mereka ialah mendidikan anak bangsa dengan pemikiran yang positif untuk kepentingan negara.

Tidak perlulah kita bebankan mereka dengan pelbagai isu dan kepentingan politik yang akhirnya tumpuan mereka di bilik darjah akan terbabas yang sudah tentunya akan merugikan generasi pelajar.

Warga pendidik dan guru masih boleh malah tetap memberi sumbangan yang tidak ternilai untuk memacu pembangunan negara dan menjana pembentukan generasi berilmu walaupun tidak berpolitik.

Guru adalah manusia istimewa dan keistimewaan itu sepatutnya kita pertahankan tanpa ada unsur kepentingan politik.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Roadshow Selamatkan Selangor

Posted: 30 Jul 2010 12:13 AM PDT

Anda semua dijemput ke Roadshow Selamatkan Selangor. Tarikh:   31 Julai 2010 Masa: 8.30 Malam Tempat: Pejabat Penyelaras Dun Lembah Jaya – No 9, Jalan Seri Intan 5, Lembah Jaya Selatan Penceramah: Tan Sri Isa Samad (ADUN Bagan Pinang dan Ex MB Neg. Sembilan) dan Dr Fairuz Khairudin (Ex Tmbln Ketua Menteri I Pulau Pinang)

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Posted: 29 Jul 2010 05:00 PM PDT

Pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) pada hari ini, kami telah membuat beberapa ketetapan sepertimana berikut:

PKFZ

Posted: 28 Jul 2010 05:00 PM PDT

Rakyat Malaysia harus menyambut baik tindakan proaktif dan berani Kerajaan dalam mencari kebenaran di sebalik kontroversi berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Petang tadi kita dimaklumkan bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik telah didakwa atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan komitmen Kerajaan memastikan siasatan berhubung PKFZ dijalankan secara komprehensif dan telus. Pada masa yang sama kita perlu memberi Tun Dr. Ling peluang untuk membela dirinya dan pegang kepada prinsip beliau tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

Isu 'Diskaun Bumiputera'

Posted: 28 Jul 2010 05:00 PM PDT

Kita sudah mendengar pelbagai reaksi dan ulasan terhadap cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua, kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memansuhkan diskaun Bumiputera dalam pembelian rumah berharga RM500 ribu ke atas dan hartanah komersial berharga lebih RM2 juta di negeri tersebut. Ramai pihak, termasuk PAS Selangor, membantah cadangan tersebut. YAB Perdana Menteri sendiri telah mengingatkan YB Tony Pua dan parti DAP supaya jangan "terlalu menekan orang Melayu dan Bumiputera" dengan cadangan-cadangan yang tidak sensitif dan separuh masak. Cadangan terbaru dari DAP rata-rata dilihat sebagai satu lagi usaha untuk menolak tepi kepentingan masyarakat Bumiputera.

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG


inilah ketidakadilan yang dilaung-laungkan PAs...tak adilkah kerajaan BN?

Posted: 29 Jul 2010 09:56 PM PDT


Dr Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000
Harakahdaily

KLANG, 29 Julai: Mahkamah Sesyen Klang hari ini merekodkan

persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan

kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000

tanpa pengakuan liabiliti kepada Adun Sijangkang,

Dr Ahmad Yunus ekoran berita yang disiarkan akhbar itu tahun 2004 lalu.


Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang

terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus (gambar) sebagai Plaintif

melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan.

Defendan adalah Datuk Fatah yang

membuat kenyataan itu dengan diwakili oleh

firma Datuk Salahuddin Saidin serta Berita Harian yang

menyiarkan berita itu dan

Datuk Kalimullah Hassan yang mewakili NSTP Press.


Selepas pilihan raya umum 2004 lalu,

akhbar Berita Harian menyiarkan

satu berita yang bertajuk "Tikam dari belakang - calon PAS".

Ekoran itu, Dr Ahmad Yunus yang kini timbalan Exco Pendidikan,

Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor memfailkan

saman kepada pihak-pihak berkenaan menuntut gantirugi itu.

Berita lanjut menyusul


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27875:dr-ahmad-yunus-dapat-gantirugi-rm55000&catid=1:utama&Itemid=50

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Skim Cepat Miskin

Posted: 30 Jul 2010 05:35 AM PDT



Jangan Mudah Terpedaya Untuk Kaya

1. Perniagaan jualan langsung (MLM) bukan semuanya palsu. Ada yang mampu menjadi jutawan setelah menceburi perniagaan itu hanya dalam tempoh yang begitu singkat.

2. Perlu disedari, keuntungan berlipat kali ganda itu bukannya datang bergolek, tanpa sebarang usaha. Tanyalah kepada mana-mana usahawan MLM yang telah berjaya, adakah mereka hanya tunggu di rumah sahaja sementara keuntungan masuk dalam akaun mereka?

3. Mereka perlu menjual barangan tertentu, perlu berjumpa ahli, mengadakan 'demo', perlu bersabar sekiranya hasil jualan itu tidak seberapa dan tidak seperti yang diharapkan.

4. Tidak dinafikan faktor ekonomi yang kian mendesak ketika ini mendorong rakyat menceburi bidang perniagaan.

5. Masyarakat perlu berhati-hati dengan pelbagai bentuk skim perniagaan yang menawarkan kentungan berlipat kali ganda dan bersifat keuntungan dalam masa yang singkat.

6.Sesuatu perlu dilakukan agar masyarakat kita tidak mengalami kerugian setelah terjebak dalam skim penipuan atau pun skim cepat kaya.

7. Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa kewujudan segelintir pihak atau sindiket skim cepat kaya yang cuba mengaut keuntungan wang hasil titik peluh dan penat lelah orang lain semakin banyak berlaku kebelakangan ini.

8. Namun rahsia untuk mengecap status jutawan perlu dimulakan dengan usaha gigih, tidak mengenal jemu, banyak berkorban masa untuk keluarga dan ia bukan datang bergolek.

9. Kak Midah kadang kala sedih mmelihat masyarakat kita mudahnya tertipu dengan pelbagai skim yang mencurigakan yang melibatkan pelaburan beribu ringgit. Beringatlah sebelum terkena.

Kak Midah
Ipoh

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Mansuhkan Diskaun Rumah Untuk Bumiputera? - Tony Pua.

Posted: 30 Jul 2010 01:22 AM PDT

Dilaporkan bahawa Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua (DAP) telah menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk memansuhkan diskaun khas untuk bumiputera yang berhajat membeli rumah mewah di Selangor. Dia beralasan bahawa individu bumiputera yang mampu membeli rumah mewah mempunyai daya saing dari segi kewangan. Jadi, jika bumiputera yang mampu beli rumah yang berharga sekitar RM1 juta ke atas, tentulah dia mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Seterusnya, Tony berpendapat bahawa bumiputera yang kukuh kewangannya itu tidak perlu diberikan diskaun bumiputera!

Benar. Jika dilihat dari segi "Malaysian Malaysia" yang dilaungkan oleh DAP, gesaan Tony itu ada logiknya. Konsep

"kesamarataan hak" yang dipelopori oleh DAP itu sangat mementingkan dasar-dasar negara yang mengimplimentasikan hak-hak yang sama tanpa mengira bumiputera atau tidak. Sebagai bukan bumiputera, Tony berpendapat bahawa gesaannya itu dapat menyamakan hak di antara bukan bumiputera dan bumiputera. Dalam kata lain, bukan bumiputera adalah layak untuk menikmati keistimewaan bumiputera di Malaysia.

Tony Pua fikir, jika gesaannya ini berjaya, maka ianya akan menterjemahkan kejayaan DAP dalam membentuk dasar yang "Malaysian Malaysia". Semua kita arif bahawa bangsa bumiputera yang paling kaya dan menguasai ekonomi di Malaysia adalah bangsa Cina. Cuba kaji hak milik premis-premis strategik dan rumah-rumah di Malaysia ini, bangsa manakah yang memonopolinya? Tentulah bangsa Cina. Signifikan ke arah itu, Tony atau DAP ingin menafikan lagi keupayaan milik rumah mewah untuk bumiputera? Tidak hairanlah jika flat-flat dan perumahan kos rendah dipenuhi oleh bumiputera dan bangsa India sementara perumahan mewah hanya dimiliki oleh bangsa Cina!

Namun saya suka mengingatkan Tony Pua bahawa Malaysia tidak dan tidak sama sekali akan mempraktikkan "Malaysian Malaysia" di Tanah Melayu ini. Kerajaan dan perlembagaan Malaysia sudah menetapkan tentang perbezaan hak di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Di atas perbezaan itulah lahirnya perkataan "bumiputera" di Malaysia. Signifikan perkataan ini adalah untuk memberitahu bahawa bumiputera memiliki "hak-hak keistimewaan" yang tidak akan sekali-kali dimiliki oleh bangsa bukan bumiputera! Harap Tony Pua dan DAP faham akan "pencerahan" saya setakat ini.

Oleh yang demikian. Apakah Tony merasakan dirinya bijak untuk "menafikan" hak-hak keistimewaan bumiputera dengan memansuhkan diskaun kepada bumiputera untuk memiliki rumah mewah di bumi tanah tumpah darah mereka sendiri? Kepala hotak hang la Tony! Dia fikir bumiputera akan berdiam diri dengan kehendaknya yang berbau "racist" itu? Dia fikir bumiputera sebodoh PAS dan Melayu PKR untuk tunduk kepada slogan "Malaysian Malaysia" itu? Bodoh punya Tony!

Tony Pua nampaknya cuba bermain api. Tony nampaknya cuba menafikan hak bumiputera di tanahairnya sendiri. Secara tak langsung, Tony Pua cuba mencabul artikel 53 Perlembagaan Malaysia. Tony Pua ingat Malaysia ini hak warisan tok nenek moyang dia kot? Kepala hotak untuk Tony sekali lagi! Jika Tony dapat buktikan bahawa nama asal Malaysia ini sebagai "Tanah Besar China", bolehlah dia laksanakan "Malaysian Malaysia" dia tu di sini. Tony Pua sila ke UKM untuk mendapatkan bukti kukuh bahawa penduduk asal negara ini adalah MELAYU dan sebagai bumiputera, perlembagaan memberikan "hak-hak keistimewaan" yang tidak boleh sama sekali dipersoalkan oleh sesiapa pun walaupun bumiputera itu sendiri! Ada faham ke?

Saya menasihatkan supaya Tony Pua menarik balik gesaanya itu. Jika tidak, Tony hanya akan mencari "geruh" dengan bumiputera di Malaysia. Jangan sekali-kali menafikan hak-hak keistimewaan Melayu. Jika bumiputera itu mampu untuk membeli rumah yang berharga RM100 billion sekali pun, bumiputera itu berhak mendapat diskaun selaku bumiputera di tanahairnya. Mungkin Tony "cemburu" kerana negara China tidak mengimplimentasi terma sebegini di sana? Harap Tony cuba "check" di negara asal nenek moyangnya, jika ada, belilah di sana dan nikmatilah diskaun anda. Tapi tidak sama sekali di Malaysia. Kurang ajar punya Tony Pua, "bagi betis nak paha"?

Saya tertunggu-tunggu jawapan dari Khalid Ibrahim. Sedang dia dan konco-konconya tergagap-gagap memberikan jawapan "palsu" tentang kemelut "pasir", tak tahulah sama ada dia sempat berfikir tentang gesaan dari Tony Pua ini. Mungkin gesaan Tony Pua ini akan disalurkan melalui ADUN-ADUN DAP kesayangan PAS dan PKR. Mungkinkah Kerajaan Khalid Ibrahim akan melaksanakan polisi "Malaysian Malaysia" di Selangor ini? Saya suka juga mengingatkan Khalid dan Pakatan Rakyat Selangor, cubalah praktikkan gesaan Tony Pua ini di Selangor. Nantikanlah pula "amuk"kan bumiputera Selangor selepas itu. Saya cabar Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk laksanakannya! Berani..???

(Oleh: dukeofmontecristo)


DunSemarang

DunSemarang


Menjujung Kasih D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

Posted: 30 Jul 2010 06:33 AM PDT

Menjunjung kasih di atas lawatan D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM, ke Sawah Sagil, Ayer Hitam.Pada 8 Ogos 2010.
Semua penduduk di Dun Semarang di jemput sama meraikan dan beramah mesra bersama DYMM sultan.
Semuga dengan kehadiran D.Y.M.M SULTAN akan menjadi pemangkin Transformasi Sawah Sagil kearah lebih maju dan berdaya-saing.

Zakat Perkasa Asnaf Dibela, MAIJ dan DUN Semarang

Posted: 29 Jul 2010 07:59 AM PDT

Puan Jamilah Mohammad menerima sumbangan dari Datuk Samsolbari bin Jamali.ADUN Semarang.
28 Julai Ayer Hitam – Masyarakat dan golongan muda diseru memberikan kerjasama sepenuhnya pada mana-mana badan yang berjuang membela nasib golongan tidak bernasib baik bagi menyemarakkan lagi usaha kerajaan untuk memastikan golongan ini dapat menikmati hidup setaraf dengan rakyat biasa. Seruan demikian dibuat oleh YB Datuk Samsolbari bin Jamali ketika menutup rasmi Program Kemasyarakatan anjuran Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ ) bersama JPMM DUN Semarang serta JKKK Kawasan Sagil Ayer Hitam. Bersama hadir di majlis tersebut ialah Ustaz Azlan Bin Abdullah Penolong Pengarah Unit Agihan MAIJ. Kata beliau, objektif program antara lain ialah memberi pendedahan kepada pemimpin, masyarakat dan penduduk mengenali dan memahami fungsi, peranan dan tanggung jawab MAIJ melalui sumber zakat. Sempena program kemesyarakatan ini di adakan gotong royong membaiki rumah rakyat miskin dan upcara penyampaian bantuan bulanan MAIJ kepada penerima iaitu Noor Hazuan Yusran Pt Jambol ( Bantuan Hemodialisis ) Adik Putera Muhammad Amir bin Nordin Pt Sumarto ( Kos pengangkutan sekolah ) Puan Mariah bt Rahmat No 14 Jalan Intan Taman Intan Pt. Raja ( Bantuan Mesin Jahit ) dan Puan Jaimah bt Mohamad Lorong Jamil Bt 1 Jalan Yong Peng Ayer Hitam ( Kos lampin pakai buang ).YB Datuk Samsolbari Bin Jamali bersama Kelab Ansor MAIJ. Seramai 50 orang ahli kelab ansor Jabatan Agama Johor turut serta dalam program ini untuk menyiapkan rumah encik Ismail yang dibaik pulih kerana terlalu uzur. Dengan tema "Zakat Perkasa Asnaf Dibela" kelab ansor Jabatan Agama Islam Johor menjelajah keseluruh daerah untuk mentumbangkan khidmat bakti mereka. (Terima Kasih, sumber berita Oleh Abdull Halid Saat Sub_halid@yahoo.com.my)

Pengikut