Jumaat, 30 Julai 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Skim Cepat Miskin

Posted: 30 Jul 2010 05:35 AM PDT



Jangan Mudah Terpedaya Untuk Kaya

1. Perniagaan jualan langsung (MLM) bukan semuanya palsu. Ada yang mampu menjadi jutawan setelah menceburi perniagaan itu hanya dalam tempoh yang begitu singkat.

2. Perlu disedari, keuntungan berlipat kali ganda itu bukannya datang bergolek, tanpa sebarang usaha. Tanyalah kepada mana-mana usahawan MLM yang telah berjaya, adakah mereka hanya tunggu di rumah sahaja sementara keuntungan masuk dalam akaun mereka?

3. Mereka perlu menjual barangan tertentu, perlu berjumpa ahli, mengadakan 'demo', perlu bersabar sekiranya hasil jualan itu tidak seberapa dan tidak seperti yang diharapkan.

4. Tidak dinafikan faktor ekonomi yang kian mendesak ketika ini mendorong rakyat menceburi bidang perniagaan.

5. Masyarakat perlu berhati-hati dengan pelbagai bentuk skim perniagaan yang menawarkan kentungan berlipat kali ganda dan bersifat keuntungan dalam masa yang singkat.

6.Sesuatu perlu dilakukan agar masyarakat kita tidak mengalami kerugian setelah terjebak dalam skim penipuan atau pun skim cepat kaya.

7. Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa kewujudan segelintir pihak atau sindiket skim cepat kaya yang cuba mengaut keuntungan wang hasil titik peluh dan penat lelah orang lain semakin banyak berlaku kebelakangan ini.

8. Namun rahsia untuk mengecap status jutawan perlu dimulakan dengan usaha gigih, tidak mengenal jemu, banyak berkorban masa untuk keluarga dan ia bukan datang bergolek.

9. Kak Midah kadang kala sedih mmelihat masyarakat kita mudahnya tertipu dengan pelbagai skim yang mencurigakan yang melibatkan pelaburan beribu ringgit. Beringatlah sebelum terkena.

Kak Midah
Ipoh

Tiada ulasan:

Pengikut