Jumaat, 30 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Mansuhkan Diskaun Rumah Untuk Bumiputera? - Tony Pua.

Posted: 30 Jul 2010 01:22 AM PDT

Dilaporkan bahawa Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua (DAP) telah menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk memansuhkan diskaun khas untuk bumiputera yang berhajat membeli rumah mewah di Selangor. Dia beralasan bahawa individu bumiputera yang mampu membeli rumah mewah mempunyai daya saing dari segi kewangan. Jadi, jika bumiputera yang mampu beli rumah yang berharga sekitar RM1 juta ke atas, tentulah dia mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Seterusnya, Tony berpendapat bahawa bumiputera yang kukuh kewangannya itu tidak perlu diberikan diskaun bumiputera!

Benar. Jika dilihat dari segi "Malaysian Malaysia" yang dilaungkan oleh DAP, gesaan Tony itu ada logiknya. Konsep

"kesamarataan hak" yang dipelopori oleh DAP itu sangat mementingkan dasar-dasar negara yang mengimplimentasikan hak-hak yang sama tanpa mengira bumiputera atau tidak. Sebagai bukan bumiputera, Tony berpendapat bahawa gesaannya itu dapat menyamakan hak di antara bukan bumiputera dan bumiputera. Dalam kata lain, bukan bumiputera adalah layak untuk menikmati keistimewaan bumiputera di Malaysia.

Tony Pua fikir, jika gesaannya ini berjaya, maka ianya akan menterjemahkan kejayaan DAP dalam membentuk dasar yang "Malaysian Malaysia". Semua kita arif bahawa bangsa bumiputera yang paling kaya dan menguasai ekonomi di Malaysia adalah bangsa Cina. Cuba kaji hak milik premis-premis strategik dan rumah-rumah di Malaysia ini, bangsa manakah yang memonopolinya? Tentulah bangsa Cina. Signifikan ke arah itu, Tony atau DAP ingin menafikan lagi keupayaan milik rumah mewah untuk bumiputera? Tidak hairanlah jika flat-flat dan perumahan kos rendah dipenuhi oleh bumiputera dan bangsa India sementara perumahan mewah hanya dimiliki oleh bangsa Cina!

Namun saya suka mengingatkan Tony Pua bahawa Malaysia tidak dan tidak sama sekali akan mempraktikkan "Malaysian Malaysia" di Tanah Melayu ini. Kerajaan dan perlembagaan Malaysia sudah menetapkan tentang perbezaan hak di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Di atas perbezaan itulah lahirnya perkataan "bumiputera" di Malaysia. Signifikan perkataan ini adalah untuk memberitahu bahawa bumiputera memiliki "hak-hak keistimewaan" yang tidak akan sekali-kali dimiliki oleh bangsa bukan bumiputera! Harap Tony Pua dan DAP faham akan "pencerahan" saya setakat ini.

Oleh yang demikian. Apakah Tony merasakan dirinya bijak untuk "menafikan" hak-hak keistimewaan bumiputera dengan memansuhkan diskaun kepada bumiputera untuk memiliki rumah mewah di bumi tanah tumpah darah mereka sendiri? Kepala hotak hang la Tony! Dia fikir bumiputera akan berdiam diri dengan kehendaknya yang berbau "racist" itu? Dia fikir bumiputera sebodoh PAS dan Melayu PKR untuk tunduk kepada slogan "Malaysian Malaysia" itu? Bodoh punya Tony!

Tony Pua nampaknya cuba bermain api. Tony nampaknya cuba menafikan hak bumiputera di tanahairnya sendiri. Secara tak langsung, Tony Pua cuba mencabul artikel 53 Perlembagaan Malaysia. Tony Pua ingat Malaysia ini hak warisan tok nenek moyang dia kot? Kepala hotak untuk Tony sekali lagi! Jika Tony dapat buktikan bahawa nama asal Malaysia ini sebagai "Tanah Besar China", bolehlah dia laksanakan "Malaysian Malaysia" dia tu di sini. Tony Pua sila ke UKM untuk mendapatkan bukti kukuh bahawa penduduk asal negara ini adalah MELAYU dan sebagai bumiputera, perlembagaan memberikan "hak-hak keistimewaan" yang tidak boleh sama sekali dipersoalkan oleh sesiapa pun walaupun bumiputera itu sendiri! Ada faham ke?

Saya menasihatkan supaya Tony Pua menarik balik gesaanya itu. Jika tidak, Tony hanya akan mencari "geruh" dengan bumiputera di Malaysia. Jangan sekali-kali menafikan hak-hak keistimewaan Melayu. Jika bumiputera itu mampu untuk membeli rumah yang berharga RM100 billion sekali pun, bumiputera itu berhak mendapat diskaun selaku bumiputera di tanahairnya. Mungkin Tony "cemburu" kerana negara China tidak mengimplimentasi terma sebegini di sana? Harap Tony cuba "check" di negara asal nenek moyangnya, jika ada, belilah di sana dan nikmatilah diskaun anda. Tapi tidak sama sekali di Malaysia. Kurang ajar punya Tony Pua, "bagi betis nak paha"?

Saya tertunggu-tunggu jawapan dari Khalid Ibrahim. Sedang dia dan konco-konconya tergagap-gagap memberikan jawapan "palsu" tentang kemelut "pasir", tak tahulah sama ada dia sempat berfikir tentang gesaan dari Tony Pua ini. Mungkin gesaan Tony Pua ini akan disalurkan melalui ADUN-ADUN DAP kesayangan PAS dan PKR. Mungkinkah Kerajaan Khalid Ibrahim akan melaksanakan polisi "Malaysian Malaysia" di Selangor ini? Saya suka juga mengingatkan Khalid dan Pakatan Rakyat Selangor, cubalah praktikkan gesaan Tony Pua ini di Selangor. Nantikanlah pula "amuk"kan bumiputera Selangor selepas itu. Saya cabar Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk laksanakannya! Berani..???

(Oleh: dukeofmontecristo)


Tiada ulasan:

Pengikut