Jumaat, 30 Julai 2010

DunSemarang

DunSemarang


Menjujung Kasih D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

Posted: 30 Jul 2010 06:33 AM PDT

Menjunjung kasih di atas lawatan D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM, ke Sawah Sagil, Ayer Hitam.Pada 8 Ogos 2010.
Semua penduduk di Dun Semarang di jemput sama meraikan dan beramah mesra bersama DYMM sultan.
Semuga dengan kehadiran D.Y.M.M SULTAN akan menjadi pemangkin Transformasi Sawah Sagil kearah lebih maju dan berdaya-saing.

Zakat Perkasa Asnaf Dibela, MAIJ dan DUN Semarang

Posted: 29 Jul 2010 07:59 AM PDT

Puan Jamilah Mohammad menerima sumbangan dari Datuk Samsolbari bin Jamali.ADUN Semarang.
28 Julai Ayer Hitam – Masyarakat dan golongan muda diseru memberikan kerjasama sepenuhnya pada mana-mana badan yang berjuang membela nasib golongan tidak bernasib baik bagi menyemarakkan lagi usaha kerajaan untuk memastikan golongan ini dapat menikmati hidup setaraf dengan rakyat biasa. Seruan demikian dibuat oleh YB Datuk Samsolbari bin Jamali ketika menutup rasmi Program Kemasyarakatan anjuran Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ ) bersama JPMM DUN Semarang serta JKKK Kawasan Sagil Ayer Hitam. Bersama hadir di majlis tersebut ialah Ustaz Azlan Bin Abdullah Penolong Pengarah Unit Agihan MAIJ. Kata beliau, objektif program antara lain ialah memberi pendedahan kepada pemimpin, masyarakat dan penduduk mengenali dan memahami fungsi, peranan dan tanggung jawab MAIJ melalui sumber zakat. Sempena program kemesyarakatan ini di adakan gotong royong membaiki rumah rakyat miskin dan upcara penyampaian bantuan bulanan MAIJ kepada penerima iaitu Noor Hazuan Yusran Pt Jambol ( Bantuan Hemodialisis ) Adik Putera Muhammad Amir bin Nordin Pt Sumarto ( Kos pengangkutan sekolah ) Puan Mariah bt Rahmat No 14 Jalan Intan Taman Intan Pt. Raja ( Bantuan Mesin Jahit ) dan Puan Jaimah bt Mohamad Lorong Jamil Bt 1 Jalan Yong Peng Ayer Hitam ( Kos lampin pakai buang ).YB Datuk Samsolbari Bin Jamali bersama Kelab Ansor MAIJ. Seramai 50 orang ahli kelab ansor Jabatan Agama Johor turut serta dalam program ini untuk menyiapkan rumah encik Ismail yang dibaik pulih kerana terlalu uzur. Dengan tema "Zakat Perkasa Asnaf Dibela" kelab ansor Jabatan Agama Islam Johor menjelajah keseluruh daerah untuk mentumbangkan khidmat bakti mereka. (Terima Kasih, sumber berita Oleh Abdull Halid Saat Sub_halid@yahoo.com.my)

Tiada ulasan:

Pengikut