Jumaat, 30 Julai 2010

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Posted: 29 Jul 2010 05:00 PM PDT

Pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) pada hari ini, kami telah membuat beberapa ketetapan sepertimana berikut:

PKFZ

Posted: 28 Jul 2010 05:00 PM PDT

Rakyat Malaysia harus menyambut baik tindakan proaktif dan berani Kerajaan dalam mencari kebenaran di sebalik kontroversi berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Petang tadi kita dimaklumkan bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik telah didakwa atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan komitmen Kerajaan memastikan siasatan berhubung PKFZ dijalankan secara komprehensif dan telus. Pada masa yang sama kita perlu memberi Tun Dr. Ling peluang untuk membela dirinya dan pegang kepada prinsip beliau tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

Isu 'Diskaun Bumiputera'

Posted: 28 Jul 2010 05:00 PM PDT

Kita sudah mendengar pelbagai reaksi dan ulasan terhadap cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua, kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memansuhkan diskaun Bumiputera dalam pembelian rumah berharga RM500 ribu ke atas dan hartanah komersial berharga lebih RM2 juta di negeri tersebut. Ramai pihak, termasuk PAS Selangor, membantah cadangan tersebut. YAB Perdana Menteri sendiri telah mengingatkan YB Tony Pua dan parti DAP supaya jangan "terlalu menekan orang Melayu dan Bumiputera" dengan cadangan-cadangan yang tidak sensitif dan separuh masak. Cadangan terbaru dari DAP rata-rata dilihat sebagai satu lagi usaha untuk menolak tepi kepentingan masyarakat Bumiputera.

Tiada ulasan:

Pengikut