Isnin, 11 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali bidas Anwar marahkan media berhubung isu jam tangan ‘Omega’

Posted: 11 Apr 2011 12:24 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyelar sikap Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba menyalahkan pihak media berhubung isu jam tangan jenama 'Omega' yang dikaitkan dengan video seks.

Beliau berkata, jika Anwar yakin tidak ada kaitan dengan isu video seks tersebut, sepatutnya beliau memberi penjelasan yang ikhlas apabila ditanya pihak media.

"Mengapa perlu naik angin dan cuba mengelak daripada soalan yang ditanya, sedangkan isu jam Omega kini menjadi bahan perbualan orang ramai berhubung video lucah yang dikatakan membabitkan seorang ketua pembangkang dengan pelacur asing," tegasnya.

Sikap Anwar itu kata beliau, memberi gambaran seolah-olah beliau sedang ketakutan dan cuba mengelak daripada disentuh mengenai isu video seks.

Dalam sidang media di Kuching, Sarawak semalam, Anwar dilaporkan naik berang ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega yang berhubung kait dengan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang.

Anwar menyalahkan media kerana bertanyakan soalan tersebut sambil berkata : " kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa perlu saya jawab?.

Bagaimanapun awal minggu lalu, Datin Seri Wan Azziah Wan Ismail yang juga Presiden PKR dalam sidang medianya menjelaskan jam tangan Omega tersebut ada dalam simpanan beliau, bagaimana gagal menunjukkan kepada pihak media apabila diminta berbuat demikian.

Menurut Syed Ali lagi, walaupun kes tersebut sedang dalam siasatan pihak polis tetapi orang ramai terutama pihak media ingin mendapatkan penjelasan yang berterus-terang daripada Anwar.

Katanya, orang ramai tidak boleh dipersalahkan apabila memberi fokus kepada Anwar dalam isu tersebut kerana Anwar juga merupakan orang pertama yang membuat penafian sebaik sahaja video seks itu terbongkar.

"Difahamkan pada sebelah pagi kali pertama video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan, maka pada sebelah petangnya pula Anwar tergesa-gesa mengadakan sidang akhbar menafikan bahawa bukan dirinya berdasarkan perbezaan fizikal terutama di bahagian perut," ujarnya.

Katanya, bagaimana Anwar boleh secara terburu-buru membuat penafian sedangkan beliau pada ketika itu belum lagi menonton pita rakaman video seks tersebut.

Dalam hububngan ini jelas Syed Ali, banyak persoalan yang belum terjawab dan orang ramai mengharapkan pihak polis mendedahkan segera siapakah lelaki terbabit.

"PIhak polis sudah mengesahkan ketulenan rakaman video seks berkenaan dan kita berharap hasil siasatan dapat diumumkan segera bagi mengelak timbulnya pelbagai tafsiran dan andaian," jelasnya.

Beliau juga turut mengecam tindakan pembangkang yang cuba mempolitikkan kematian pegawai kanan kastam Selangor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Perbuatan itu kata beliau, bukan sahaja menyinggung perasaan keluarga allahyarham tetapi boleh mengganggu siasatan polis dalam kes tersebut.

Tiada ulasan:

Pengikut