Isnin, 11 April 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Taib Mahmud dahulukan rakyat…

Posted: 11 Apr 2011 05:41 AM PDT

Bertempat di kawasan Saeh, Miri Sarawak, Ketua Menteri Tan Seri Taib bin Hj Mahmud telah merasmikan satu projek bekalan elektrik luar bandar pada tengah hari tadi.

Sambutan yang di terima oleh Ketua Menteri ini amat hebat dari masyarakat setempat disitu. Semuanya bersyukur dan berbesar hati apabila impian mereka untuk mendapat bekalan elektrik kini sudah tercapai.

Selama ini, mereka hanya mengharapkan generator yang dijanakuasakan menggunakan petrol bagi mendapat bekalan elektrik. Tapi kini mereka tak lagi bimbang kerana Kerajaan Barisan Nasional negeri telah mendengar keluhan mereka.

Bagi mereka, ini merupakan rahmat kerana kerajaan negeri sanggup bersusah payah menunaikan impian mereka. Kawasan penempatan di Saeh ini kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Iban di rumah-rumah panjang.

Kedudukan penempatan ini yang jauh dan tiada hubungan jalan yang sempurna dengan luar adalah merupakan penghalang sebenar kemajuan. Bayangkan, jika berkereta kita terpaksa melalui 15 kilometer perjalanan melalui jalan balak yang teruk.

Selain itu, jalan masuk kekawasan penempatan ini yang sempit dan berbukit-bukau menambahkan lagi kesukaran untuk membawa pembangunan asas ke sini.

Namun, Ketua Menteri Tan Sri Taib adalah seorang pemimpin yang memang berjiwa rakyat. Melalui kerajaan negeri, Ketua Menteri berusaha untuk menyalurkan bekalan asas untuk masyarakat pendalaman.

Didalam ucapannya sebelum itu, Ketua Menteri, Kerajaan Barisan Nasional tak pernah mengabaikan rakyat negeri ini. Malah, kerajaan negeri Sarawak sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidp di semua penempatan.

Tiada parti lain selain Barisan Nasional yang mampu memberikan kesejahteraan pada rakyat Sarawak. Ini kerana pasti pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tak mampu menunaikannya
Oleh itu, pada hari membuang undi 16hb nanti, rakyat Sarawak digesa untuk terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasioal. Jangan pilih seorang kaki tipu seperti Anwar dan gerombolannya demi kemajuan rakyat Sarawak.

DS Najib buat pembangkang ketakutan di Sarawak.

Posted: 10 Apr 2011 10:07 PM PDT

Penulis melihat kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak di Sarawak ini merupakan tonik yang akan menguatkan lagi sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional yang dipimpin oleh Ketua Menteri Taib Mahmud.

Dikalangan pihak pembangkang, kehadiran DS Najib yang akan membantu jentera Barisan Nasional menjadi satu mimpi ngeri kepada mereka. Disaat Anwar Ibrahim sedang bergelut untuk menepis isu video lucahnya, DS Najib pula datang untuk berganding bahu berkempen dengan kepimpinan BN negeri Sarawak.

Seumpama satu gegaran Tsunami, berita kehadiran DS Najib telah berjaya membuatkan pihak pembangkang panik dan ketakutan. Mereka hari ini dengan segera 'menyerang' Perdana Menteri dengan pelbagai tohmahan dan juga persepsi buruk.

Mereka juga membuat spekulasi yang DS Najib terpaksa turun padang kerana Barisan Nasional Sarawak akan tumbang kepada Pakatan pada Pilihanraya Negeri ke-10. Ini semua terpaksa mereka lakukan untuk menutup wajah-wajah ketakutan mereka terhadap pemimpin nombor 1 negara itu.

Perdana Menteri akan berkampung di negeri Sarawak sehingga ke hari terakhir sebelum proses pengundian dijalankan. Beliau dijadualkan melawat seluruh kawasan negeri Sarawak termasuklah kawasan pendalaman.

Dari apa yang penulis dengar dikalangan penduduk setempat, kehadiran DS Najib merupakan satu penghormatan bagi masyarakat Sarawak. Memang jelas terdengar rasa besar hati didalam cakap-cakap sebilangan rakyat Sarawak apabila mereka tahu Pemimpin besar negara akan mengunjungi kawasan mereka.

Tindakan DS Najib ini sebenarnya adalah sesuatu yang tak dijangka oleh pemimpin-pemimpin utama pembangkang disini. Mereka menyangkakan akan mudah dapat memburukkan imej Ketua Menteri Taib Mahmud dimata rakyat Sarawak, tetapi dengan adanya DS Najib disini, ianya menjadi sukar buat mereka.

Bagi penulis, DS Najib merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau langsung tak kekok dan keberatan untuk mendekati rakyat biarpun ia jauh seperti di negeri Sarawak ini.

DS Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang melibatkan diri didalam kempen-kempen pilihanraya kecil sebelum ini. Dan kini, beliau juga turun untuk memastikan semua kehendak serta masalah rakyat ditangani sebaik mungkin di Pilihanraya negeri Sarawak.

Peranan yang dimainkan oleh DS Najib ini sebenarnya amat penting walaupun ia mengejutkan banyak pihak. Namun inilah tugas sebenar Perdana Menteri yang mendahulukan rakyatnya melebihi kepentingannya sendiri.

Biarlah pihak pembangkang hilang akal atau membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap kunjungan DS Najib ini. Apa yang pasti, kehadiran Perdana Menteri pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Sarawak dan peluang untuk beramah mesra dengan pemimpin nombor 1 negara ini pasti tak akan mereka lepaskan.

Tiada ulasan:

Pengikut