Puteri Bahagian Segambut |
- Kenyataan Media Ketua Pemuda Seputeh @RazlanRafii #GE13
- Isu GST: Macai PR Kekal Bodoh Sampai Mati!!! #GE13 #TolakPR #BetterNation
- MP Bandar Tun Razak Dipilih Rakyat Hanya Untuk Tidur sahaja #GE13 #BN4WP
Kenyataan Media Ketua Pemuda Seputeh @RazlanRafii #GE13 Posted: 11 May 2013 07:30 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak tegas terhadap pihak yang melakukan fitnah yang boleh menjatuhkan imej badan berkecuali itu dalam menyelia perjalanan proses pilihan raya di negara ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, fitnah tersebut jika berterusan dibimbangi memberi kesan negatif kepada SPR dan mungkin terhadap Kerajaan Persekutuan yang dituduh secara tidak langsung terlibat dalam mengawal segala tindakan SPR. Katanya, sikap berdiam diri SPR bakal memburukkan lagi keadaan semasa dan tanggapan terhadap kelemahannya akan terus dipersoalkan, dijaja serta diragui oleh rakyat. "Sehubungan itu satu tindakan tegas harus diambil bagi membendung gejala tidak sihat ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas tohmahan dan tuduhan tidak berasas yang banyak disebarkan di laman sosial terhadap SPR. Tambah Mohd Razlan, pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 boleh diibaratkan seperti rumah yang sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. "Rakyat menggunakan pelbagai medium untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13, ada yang berpuas hati dan ada sebilangan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya itu," katanya. |
Isu GST: Macai PR Kekal Bodoh Sampai Mati!!! #GE13 #TolakPR #BetterNation Posted: 11 May 2013 05:30 PM PDT |
MP Bandar Tun Razak Dipilih Rakyat Hanya Untuk Tidur sahaja #GE13 #BN4WP Posted: 11 May 2013 05:00 AM PDT Kejadian kebakaran di Taman Ikan Emas Bandar Tun Razak mungkin boleh dijadikan iktibar walaupun kita hanyalah rakyat biasa tapi kadang-kadang kita adalah lebih diperlukan oleh rakyat daripada Wakil Rakyat di kawasan tersebut. Kejadian kebakaran ini melibatkan 14 buah rumah dan menyebabkan lebih kurang 200 orangkehilangan tempat tinggal. Walaupun Bandar Tun Razak bukanlah dibawah pentadbiran Barisan Nasional namun ternyata dalam kejadian kebakaran tadi yang terawal turun dan menghulurkan bantuan fizikal adalah Barisan Nasional Bandar Tun Razak. Turut sama membantu adalah Calon BN Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng, Pengarah Jentera BN BTR merangkap Ketua Pemuda Bahagian BTR, Datuk Rizalman Mokhtar serta bekas MP BTR, Datuk Seri Tan Chai Ho. Malang sekali apabila wakil rakyat yang telah dipilih dan disambung kontraknya sebagai wakil rakyat oleh rakyat di BTR, Khalid Ibrahim tidak nampak pula batang hidungnya membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran. Biarpun BN tewas di BTR namun BN dan UMNO tetap menjadi JUARA RAKYAT di Bandar Tun Razak. SP: BN dan UMNO Terus menjuarai Rakyat!! |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan