Puteri Bahagian Segambut |
Sanggup Jadi Balaci Demi Menjaga Hati Komunis DAP #GE13 #BetterNation Posted: 13 May 2013 07:41 PM PDT Semalam 13 Mei 2013 merupakan tarikh yang tidak boleh rakyat Malaysia lupakan, peristiwa hitam melanda negara pada tarikh ini. Ramai rakyat Malaysia yang merasai bagaimana peritnya insiden hitam ini berlaku terutama sekali ibu bapa kita. Negara Malaysia diisytihar darurat atas sebab rusuhan kaum yang dicetuskan oleh sebuah parti yang berdendam dengan bangsa Melayu. Artikel kali ini GR tidak bermaksud rasis tapi untuk menyedarkan kita rakyat Malaysia bersyukur dengan kehidupan yang kita kecapi selama ini yang aman damai. GR agak terkejut bila membaca blog Lim Kit Siang dengan paparan video anak kepada bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar menyatakan Lim Kit Siang bukan antara dalang yang terlibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. Apakah beliau ini buta sejarah? Jangan kerana kecewa dalam bahagian sendiri sanggup menjatuhkan maruah bangsa sendiri. Dalam blog Kit Siang, anak bekas TPM ini menyatakan Lim Kit Siang tiada di K.Lumpur semasa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969. Kalau bukan Kit Siang ditangkap di KL, ini gambar siapa?? Mungkin anak bekas TPM ini lupa dengan sejarah atau buat-buat lupa dan GR yakin rakyat Malaysia masih ingat siapakah antara dalang yang terlibat. Ini kata-kata yang dilemparkan oleh Kit Siang dan sehingga hari ini beliau masih TIDAK MOHON MAAF pada rakyat Malaysia. Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. GR yakin rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa seperti ini berlaku lagi, jadi apa yang sudah tertulis dalam sejarah negara tidak perlu diputarbelitkan lagi. Yang bersalah tetap bersalah. Pada Dato' Tamrin jangan gadaikan maruah diri dan nama baik keluarga kamu. Rakyat Malaysia tabik dan hormat dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Tun Ghafar Baba semasa menjadi TPM. Beliau seorang pemimpin yang memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Jangan disebabkan mahukan sesuatu anda sanggup gadaikan maruah bangsa dan jadi balaci pada seorang yang sudah terang-terangan ada muslihat sesuatu disebalik apa yang berlaku. Zaman anda sudah lepas, jangan rosakkan pemikiran anak muda kerana mereka ini pelapis negara. Baca selanjutnya di SINI |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan