Sabtu, 11 Mei 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


PANASSS...!!! TAKTIK KOTOR PUAK-PUAK CINA SELEPAS PILIHANRAYA TERBONGKAR?

Posted: 11 May 2013 04:28 AM PDT


Tiba-tiba pemimpin pakatan pembangkang dan para penyokong mereka pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) begitu mengambil berat tentang apa yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Sedangkan, tanpa berselindung umum telah mengetahui selama ini, pakatan pembangkang memboikot, menghentam, mencaci, memaki, memberi nama-nama panggilan menghina dan terus-menerus memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.

Natijah daripada taktik mereka itu selama ini ada dua. Pertama, semata-mata supaya rakyat terpengaruh dengan dakyah jijik mereka untuk tidak mempercayai Utusan Malaysia walaupun berita dilaporkan benar dan betul.

Kedua, mereka mahu paksa Utusan Malaysia menutup mulut, mendiamkan diri dan ketakutan untuk mengkritik serta membongkar segala penipuan mereka.

Taktik dan agenda mereka sejak sekian lama itu tidak ubah seperti apa berlaku di sebuah negara jiran. Akhbar-akhbar disaman ratusan juta dolar, sehingga akhirnya semua akhbar dan media di negara itu diam seribu bahasa, tiada lagi kebebasan bersuara.

Selasa lalu, dengan tajuk Utusan Malaysia, Apa lagi Cina mahu? sebagai mengupas tsunami undi Cina yang memihak kepada DAP dalam PRU-13, pemimpin cauvinis pembangkang nampaknya seperti cacing kepanasan.

Semudah mereka menabur fitnah kepada kerajaan selama ini, semudah mereka mencerca serta melabel itu dan ini kepada Utusan Malaysia dan media arus perdana lain, maka semudah itu juga lidah tak bertulang mereka menuduh Utusan Malaysia rasis.

Renungkan sejenak. Akhbar Utusan Malaysia yang selama ini kononnya tidak boleh dipercayai oleh mereka, tiba-tiba mereka sendiri kembali mempercayainya. Rupa-rupanya Utusan Malaysia sangat mengesankan buat mereka!

Mereka menguar-uarkan kepada penyokong dengan pelbagai kenyataan menghentam Utusan Malaysia. Respons mereka itu sangat pelik dan menghairankan. Mereka memberi reaksi pantas terhadap akhbar yang dilabel macam-macam terutama yang 'tidak dipercayai' itu.

Reaksi terbaru pembangkang kepada Utusan Malaysia itu mengingatkan penulis kepada kata-kata seorang pemimpin tinggi kerajaan ketika ditemui di Putrajaya beberapa bulan lalu. Kata beliau:

"... percayalah, realitinya, mereka (pembangkang) hentam Utusan Malaysia, boikot Utusan Malaysia, saman Utusan Malaysia hanya kerana satu sebab. Sebabnya Utusan Malaysia sangat berpengaruh di seluruh negara terutama dalam kalangan orang Melayu. Ya, sangat berpengaruh.

"Disebabkan pengaruh besar dan kuat Utusan Malaysia itulah, mereka sangat takut kepada Utusan Malaysia, mereka buat macam-macam supaya Utusan Malaysia tutup mulut, akhirnya nanti dapat menamatkan ketakutan mereka.

"Secara psikologinya, mana mungkin mereka buat macam-macam kalau Utusan Malaysia tak berpengaruh. Banyak akhbar yang hentam pembangkang terang-terang tapi mereka tak ambil kisah. Sebab apa? Sebab pengaruh akhbar-akhbar tersebut tak sekuat dan sehebat Utusan Malaysia, jadi mereka tak takut akhbar lain.

"Perjuangan Utusan Malaysia sejak 1939 di landasan yang betul dan benar. Teruskan berjuang untuk bangsa, agama dan negara."

Berbalik kepada isu pokok, laporan muka depan Utusan Malaysia jelas disensasi, dimanipulasi secara tidak beretika serta dibaca secara salah oleh media bukan Melayu dan pemimpin cauvinis pembangkang.

Kenapa penulis kata begitu? Pertama, tajuk Apa lagi Cina mahu? itu sendiri satu soalan atau pertanyaan. Ia langsung tidak berunsur atau tidak melambangkan rasis, kecuali tajuk itu ditambah "... daripada orang Melayu?" di hujungnya.

Bukan media Cina atau pemimpin pembangkang tidak faham apa itu rasis. Mereka juga sedar tajuk itu secara akademiknya tidak melambangkan unsur rasis.

Kecualilah kalau memang mana-mana individu terutama para cauvinis tersebut sudah mematikan pintu hati, akal dan fikirannya sejak dulu untuk mengatakan rasis kepada apa sahaja pandangan jika ia datang daripada pihak yang tidak sealiran mereka.

Melabel orang itu dan ini atau pihak itu dan ini rasis sangat mudah. Takkan menyebut atau menulis perkataan Cina atau huruf C.I.N.A itu pun dianggap rasis? Kalau begitu banyak borang, dokumen, risalah dan bahan bertulis yang perlu dibuang atau dipadam kerana rasis. Nama sekolah Cina pun perlu ditukar kerana tulisan itu rasis.

Untuk merasionalkan pandangan songsang pembangkang, di media-media sosial, mereka sengaja tampilkan pendapat ahli akademik yang sealiran mereka untuk menyokong fahaman bahawa Utusan Malaysia rasis. Sudah tentu pendapat mereka bias, memihak kepada pembangkang.

Hakikatnya, Utusan Malaysia dalam berita penuh berkaitan di muka 6 (8 Mei lalu), jelas dan terang ia mempersoal tindakan pihak pembangkang terutama para cauvinis itu yang enggan menerima kekalahan dalam PRU-13 sebaliknya merancang malah telah pun memulakan gerakan memprotes keputusan pilihan raya umum itu.

Laporan itu secara adil mengakui, bahawa undi Cina sudah diberi kepada DAP yang memenangi 38 kerusi dalam PRU-13, jadi apa lagi orang Cina mahu sehingga merancang protes termasuk silent walk untuk membangkitkan rasa tidak senang rakyat.

Malahan, dalam laman Facebook dan Twitter pelbagai kenyataan provokasi dilakukan berhubung protes terhadap keputusan PRU-13. Laporan berita itu juga menyatakan bahawa tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan. Jadi, tidakkah berita itu bersifat adil dalam persoalan yang diutarakan?

Selain itu, selain Utusan Malaysia, Barisan Nasional (BN) juga memang wajar membangkitkan tsunami undi Cina kepada DAP. Ini kerana, setelah pelbagai usaha dilakukan BN untuk memenangi hati orang Cina di Malaysia dengan pelbagai keistimewaan dan projek-projek, akhirnya mereka tidak hargai langsung jasa dan budi BN itu.

Jadi, BN memang berhak malah selayaknya mempersoalkan orang Cina. Ini bukan soal rasis atau tidak rasis. Tetapi ini soal hala tuju dan kelangsungan perjuangan politik BN selepas ini.

Kalau memang orang Cina tidak mahu mengundi BN, apa justifikasi bagi BN sebagai sebuah parti politik untuk terus membela orang Cina secara habis-habisan berbanding kaum lain yang menyokong parti itu?

Pasca PRU-13 ini, BN ternyata tidak mendapat undi Cina, ia beralih sebahagian besarnya kepada DAP. Oleh itu, secara hakikinya, BN berhak mengatakan bahawa sepanjang penggal ini, biarlah DAP yang meneruskan perjuangan membela orang Cina kerana kaum itu terang-terang menolak BN.

Adakah salah untuk BN berkata begitu? Penulis fikir tidak salah untuk Utusan Malaysia mahupun BN berkata begitu, kerana hakikatnya orang Cina telah menolak BN, itu fakta yang tidak boleh dinafikan.

Manifesto atau aku janji BN yang dilancarkan sebelum PRU-13 mempunyai prasyarat iaitu kalau BN diundi dan diberi mandat. Nampaknya, orang Cina tidak memberi undi dan tidak memberi mandat kepada BN, jadi apakah risikonya? Sama-sama kita jawab sendiri.

Seperti mana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini, sesiapa yang dikenal pasti tidak mengundi atau menyokong pakatan pembangkang, telah dipinggirkan daripada bantuan atau projek-projek kerajaan negeri. Mereka yang memulakan politik balas dendam.

Bagaimanapun, sebagai parti yang sangat matang, berpengalaman dan penuh pertimbangan kewajaran, BN sudah pasti tidak melatah atau emosional untuk melupakan kaum lain selain Melayu yang memberi sokongan padu kepadanya dalam PRU-13. Sejarah membuktikan, BN tidak pernah mengamalkan politik dendam.

Kesimpulannya, dalam membincangkan secara mikro dan intrinsik, atau makro dan ekstrinsik yakni sedalam-dalamnya punca-punca kemerosotan undi kepada BN, sama ada oleh Utusan Malaysia mahupun BN sendiri, sudah pasti ia menemukan faktor penolakan orang Cina. Jadi, akan timbul soalan kenapa BN ditolak? Adakah soalan itu rasis?

Bebaskanlah pemikiran sempit yang melihat setiap perkara sebagai rasis, jangan terlalu terikut-ikut cauvinis kaum tertentu yang nyata rasis dan mudah tersentak lalu mengatakan orang lain rasis. Utusan Malaysia punya hak, BN juga selayaknya bersuara. - UM

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Pengikut