Khamis, 31 Januari 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Kisah bersama MB: Kerenah Pegawai susahkan rakyat!

Posted: 31 Jan 2013 07:40 AM PST



Pegawai Tadbir Kanan Negeri Perak terutama sekali yang ada kaitannya dengan orang awam hendaklah lebih prihatin dan tidak terlalu protokol sangat untuk bertemu dengan rakyat kerana apa yang dapat diperhatikan sikap acuh tidak acuh segelintir pegawai atasan ini telah menyusahkan orang ramai.

Pernah saya sebagai mewakili sebuah persatuan berhasrat untuk bertemu dengan Menteri Besar (MB) pada pagi 15 Februari 2013 iaitu hari 'MB Bersama Rakyat' untuk menerima aduan orang awam di dalam apa juga masalah mereka yang ditetapkan pada setiap pagi Selasa. Malangnya setelah beberapa kali datang pada hari tersebut untuk bertemu MB tetapi tetap gagal kerana diperkatakan bahawa MB ada hal-hal lain untuk beliau perlu hadiri.

Apa yang amat dikesali adalah sikap pegawai-pegawai yang mewakili MB untuk melayani kami sebagai orang awam yang kebanyakannya adalah orang-orang kampung yang datang dari jauh. Cara dan sikap pegawai berkenaan tidak mencerminkan sebagai seorang penjawat awam yang diharap-harapkan. Setiap individu dilayan dengan agak tidak memuaskan dengan suara yang tinggi dan ada di antara orang awam diherdik kerana mahu jumpa MB dengan masalah remeh-temeh seperti mendapatkan surat sokongan ataupun memohon bantuan kewangan bagi keluarga yang terlalu daif.


Diharapkan pihak pejabat MB dan pejabat Kerajaan Negeri Perak yang lain hendaklah lebih berhati-hati lagi dan menjaga etika sebagai penjawat awam yang menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Janganlah pandang kami sebelah mata sahaja, mentang-mentanglah kami ini orang kampung yang berpakaian cara kampung serta tidak mempunyai apa-apa, cuma hanya memerlukan bantuan. Sepatutnya orang-orang macam kami ini perlu dilayan sewajarnya dan bukannya dihemburkan dengan kata-kata yang tidak begitu enak didengar di hadapan khalayak ramai yang berada di situ.

Kalaupun tidak dapat membantu hendaklah disampaikan dengan cara yang berkhemah.

Adalah lebih baik di masa-masa akan datang jika pegawai berkenaan tidak dapat mengawalkan perasaan semasa berhadapan dengan orang awam, panggilah orang awam yang datang untuk mengadu hal atau masalah itu di dalam bilik yang tertutup sahaja.

Begitu juga apabila kami hendak ke dewan, tempat perjumpaan MB dengan rakyat yang selalu diadakan di mana tempat itu terletak di bawah sebelah tempat letak kereta bangunan Wisma Negeri Darul Ridzuan, kami tidak dibenarkan menggunakan lif di pejabat itu untuk ke sana kerana ia adalah khas untuk pegawai atasan dan juga staf tertentu sahaja.

Adalah tidak wajar sama sekali lif untuk kemudahan semua orang itu dikhaskan untuk orang tertentu sahaja sedangkan orang-orang awam ada yang uzur dan ada di antaranya terdiri daripada golongan warga emas. Mereka terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk ke tempat perjumpaan dengan MB itu dan perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku.

Aduan Rakyat:
SYED ABDULLAH SYED OSMAN


Warna-warni Politik
Torashah

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


GEMBIRA DAPAT RM100... TAHNIAH KERAJAAN BN

Posted: 30 Jan 2013 04:38 PM PST

Assalamualaikum.

Nampak gembira ibu bapa yang mengiringi anak-anak mereka menerima bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pelajar-pelajar sekolah di negara ini. Bukan sahaja pelajar sekolah kerajaan, malah pelajar sekolah swasta juga menikmati bantuan tersebut.

Lebih mulia lagi, bukan sahaja anak penyokong kerajaan BN sahaja yang diberikan, malah anak kepada penentang kerajaan, mereka yang selama ini memaki hamun kerajaan BN pun, kerajaan BN berikan bantuan tersebut.

Sebabnya, sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan berjuang demi rakyat, maka setiap rakyat akan diberikan perhatian dan jika terhadap habuan yang diberikan, maka ia sama-sama dinikmati.

Selebihnya, jika ada yang tidak tahu bersyukur atau rasa berterima kasih – itu terserah dan terpulang kepada mereka.

Apa yang penting, kerajaan BN telah melakukan yang terbaik demi rakyat. Walaupun bantuan RM100 tidaklah seberapa, namun bagi mereka yang bersyukur dengan nikmat tersebut, nilainya amatlah besar sekali. Dan, kerajaan BN telah membelanjakan jutaan ringgit bagi pemberian tersebut. Alhamdulillah.

Saya sendiri melihat dan dapat merasakan betapa gembiranya ibu bapa menerima bantuan/sumbangan tersebut. Namun, ada juga segelintir yang tidak menunjukkan tanda-tanda begitu kerana terlalu terpedaya dengan fahaman yang tidak mengajak mereka menjadi seorang yang tahu bersyukur dan berterima kasih.

Tidak mengapalah, pedulikan mereka. Bagi majoriti rakyat, mereka sangat berterima kasih kepada kerajaan BN yang sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan rakyat.

Selepas ini, giliran ibu bapa pula menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebanyak RM500 seorang. Bagi anak-anak muda pula, mereka akan memperolehi bantuan juga.

Kepada rakyat Terengganu, mereka menerima bonus setiap kali tibanya hari raya apabila diberikan imbuhan sebanyak RM300 seorang daripada Wang Ehsan. Alangkah bertuahnya rakyat di negara ini. Tidak tahulah jika ada yang tidak ada rasa mahu berterima kasih.

 Bagi kerajaan BN, usaha memajukan negara ini tidak pernah dihentikan. Dan, pada masa yang sama, usaha memartabatkan kebajikan rakyat telah lama dilaksanakan. Rakyat kita hari ini sungguh bertuah, dan tuah itu tidak ada di kebanyakan negara di dunia.

Apa yang penting, rakyat perlu bersatu dalam memastikan agenda ini dapat diteruskan dan bukannya mendedahkan diri mereka untuk terpedaya dengan anasir-anasir yang merugikan negara.

Itulah harapan saya. Semoga kita akan terus maju dan hidup dalam serba berkebajikan di bawah kerajaan BN. Alhamdulillah.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


HASAN ALI DATANG KUALA LANGAT,Dr.YUNUS MENYEMBUNYIKAN DIRI dan

Posted: 30 Jan 2013 10:52 PM PST


WAJARKAH SETIAP KALI PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DISABOTAJ OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU YANG TAKUT AKAN BAYANG-BAYANGNYA SENDIRI?SUDAH PASTI IANYA TAK WAJAR,SUDAH PASTI ORANG YANG LAKUKAN PERBUATAN SABOTAJ INI BERSIFAT KURANG AJAR DAN AMAT BIADAP SEKALI.
WALHAL KALAU PROGRAM MEREKA,PARTI BARISAN NASIONAL MAHUPUN UMNO SEDIKIT PUN TAK MENGGANGGU MEREKA LEBIH-LEBIH LAGI BILA BANNER PROGRAM DITANGGALKAN!BELAJARLAH UNTUK HORMATI HAK ORANG LAIN,JIKA KORANG NAK DIHORMATI.ATAU ADAKAH YB Dr.AHMAD YUNUS HAIRI TAKUT DENGAN KEHADIRAN Dr.HASAN ALI KE SIJANGKAN PADA MALAM INI?TAKUT AKAN KEDUDUKAN BELIAU TERGUGAT KERANA SUDAH PASTI Dr.HASAN ALI AKAN MENYUNGKIT SEGALA HAL DALAM PARTI AJARAN SESAT (PAS)??
APAKAH RAHSIA YANG BAKAL DIDEDAHKAN..
BEBERAPA HARI NI BANNER INI MASIH ADA.HARI INI TIADA...

SAMA-SAMALAH KITA DENGAR DAN AMATI PENDEDAHAN Dr.HASAN ALI DAN AKAN DIBAHAS BERSAMA Dato'NOH OMAR..SUDAH PASTI BANYAK YANG AKAN DIKUPAS OLEH KEDUA-DUA MEREKA INI.SATU GANDINGAN YANG MANTAP!
OWH YE..JEMPUTAN INI TERBUKA LUAS KAT SELURUH RAKYAT..TERMASUK YB.Dr.YUNUS HAIRI,JEMPUT HADIR YE..MENTANG-MENTANG MALAM JUMAAT,JANGAN BAGI ALASAN UNTUK ber"MJ" PULA.
COME ON LAH..BE PROFESIONALLAH..SEHUBUNGAN DENGAN ITU,SATU LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT DI BALAI POLIS TELOK PANGLIMA GARANG.
LAPORAN POLIS YANG TELAH DIBUAT OLEH Ybhg DATO NORDIN SELAMAT
PENYELARAS PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN
DUN SIJANGKANG
:



4000 ORANG ASLI DI KUALA LANGAT DERITA GARA-GARA PENTADBIRAN KHALID IBRAHIM!

Posted: 30 Jan 2013 05:36 PM PST


4000 ORANG ASLI DI PENEMPATAN PULAU KEMPAS,KUALA LANGAT KINI DIRUNDUNG MASALAH DENGAN PIHAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DI BAWAH PIMPINAN MENTERI BESARnya KHALID AL-GAGAP's PABILA TANAH YANG MENJADI PENEMPATAN ADAT dan  TANAH RAYAU YANG TELAH DIWARISI SEJAK TURUN-MENURUN TELAH DIPINDAH MILIK OLEH PEJABAT TANAH DAERAH KUALA LANGAT.
TANAH YANG MEMPUNYAI KELUASAN 17900 EKAR DI MUKIM TANJUNG 12 DAERAH KUALA LANGAT TELAH DIPINDAH MILIK OLEH PIHAK PEJABAT TANAH DAERAH DI BANGUNAN S.U.K KIRA-KIRA 3 TAHUN LEPAS dan WUJUDNYA PENIPUAN OLEH PEJABAT TANAH DAERAH UNTUK MENGAMBIL TANAH ORANG ASLI TANPA PENGETAHUAN dan KEBENARAN PENDUDUk,kata JAFIRN MALAM,wakil penduduk.
APA YANG MENGEJUTKAN..AKTIVITI MENGOREK PASIR TURUT DIJALANKAN OLEH KUMPULAN SEMESTA SB(KSSB) SEHINGGA BOLEH MEMBENTUK KAWASAN LOMBONG YANG SECARA TIDAK LANGSUNG BOLEH MENGUNDANG BAHAYA DAN KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR YANG AMAT TERUK.JELAS DI SINI,BAHAWA JANJI MEREKA (PAKATAN RAKYAT) YANG DIBUAT PADA PRU 12 YANG LALU,DIMANA MEREKA  BERJANJI AKAN MENUTUP SEBARANG AKTIVITI MENGOREK PASIR..TAPI SEHINGGA KINI...PAKATAN RAKYAT MENINGGALKAN JANJI MEREKA BEGITU SAHAJA..MALAH LEBIH RAKUS MELAKUKAN AKTIVITI KOREK PASIR.

APABILA DIAJUKAN SOALAN TERSEBUT KEPADA AL-KHALIG GAGAP's MENGENAI HAL TERSEBUT,BELIAU TELAH MENCABAR AGAR ORANG ASLI DIKAWASAN TERESEBUT MEMBAWA KES INI KE MAHKAMAH.HEBAT BETUL PERMAINAN KHALID NI.DAN..WAKIL PENDUDUK ORANG ASLI YANG DIWAKILI JAPRIN anak MALAM TELAH PUN MEMBAWA PERKARA INI KE MUKA PENGADILAN..
SEMASA DITEMURAMAH OLEH TEAM PUcTD,BELIAU BERKATA,LAPORAN POLIS PADA 29 JAN 2013 TERPAKSA  DILAKUKAN TERHADAP PEJABAT TANAH DAERAH KUALA LANGAT KERANA PTD TELAH MEMBERIKAN TANAH TOL TERSEBUT KEPADA ORANG LUAR WALAUPUN KES INI MASIH DALAM PROSES MAHKAMAH..
TURUT HADIR TAN HWANG HWANG,aktivis ALAM SEKITAR DAN BEBERAPA ORANG WAKIL PENDUDUK..


KEJAMNYA PENTADBIRAN MB SELANGOR.

Rabu, 30 Januari 2013

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


PERTAMBAHAN ROYALTI MINYAK DAN KUALA LUMPUR MENGAUT SEMUANYA: LINGKARAN KEKELIRUAN

Posted: 30 Jan 2013 10:14 AM PST


Acapkali kita mendengar dakwaan pembangkang berhubung dua isu utama yang agak emosi bagi rakyat Sabah iaitu janji menaikkan kadar royalti minyak kepada 15% untuk Sabah dan dakwaan Kerajaan Persekutuan merampas semua kekayaan Sabah tanpa memberi apa-apa sebagai balasan.

Isu-isu ini mesti dijawab berdasarkan fakta dan tepat pada masanya bagi mengelak mana-mana pihak dipedaya mulut manis pembangkang.

Kita mulakan dengan isu kenaikan royalti minyak sebanyak 15% kepada Sabah. Di atas kertas, bunyinya memang menarik tetapi hakikatnya, wujud pelbagai kebimbangan bagi menjadikan impian itu satu kenyataan. Berjanji memang mudah tetapi menzahirkannya adalah cerita berbeza.

SEKILAS PANDANG

Urusan berkaitan petroleum bukan perkara remeh. Kerangka menyeluruhnya, cabaran teknikal dan risiko kewangan yang besar dengan sendirinya menyaksikan hanya syarikat besar memiliki kepakaran serta sumber kewangan kukuh berani mengendalikannya.

Bayangkan kerja-kerja perlu dilakukan untuk menurunkan paip menggerudi sedalam 4.5 km dari paras laut dalam persekitaran mukabumi yang penuh tekanan untuk menggali minyak. Ia memerlukan peralatan khusus dan amat mahal yang cuma dimiliki penggerak utama industri minyak dunia (seperti Shell, Murphy Oil, ExxonMobil dll). Kos cari gali minyak boleh memakan belanja besar mencecah berjuta dolar dan pastinya dibazir begitu saja jika tiada minyak ditemui di kawasan yang dikenal pasti.

Syarikat petroleum negara, Petronas, tidak memiliki kemampuan menanggung risiko kewangan berkenaan seperti mana rakannya di negara membangun lain seperti Indonesia, Venezuela dan Nigeria.

Selain itu, Petronas juga tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk membelanjakan berbilion ringgit melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) atau menanggung risko kewangan dalam fasa cari gali dan pengeluaran, terutama apabila peruntukan besar seperti itu diperlukan bagi pembangunan negara.

Berbeza dengan Petronas yang banyak beroperasi di perairan Malaysia, penggerak utama petroleum dunia memiliki kelebihan dari segi sumber kewangan. Mereka beroperasi di seluruh dunia dan langkah itu dengan sendirinya mengurangkan kos fasa R&D, usaha cari gali dan pengeluaran.

Jika minyak ditemui, modal diperlukan bagi setiap fasa pasti lebih besar. Difahamkan, fasa pengeluaran minyak boleh menelan belanja setinggi RM2 bilion dan ada kalanya lebih besar daripada itu.

Bagi mengurangkan beban risiko kewangan akibat ketidaktentuan penemuan minyak, Petronas menyertai perjanjian kerjasama (dikenali sebagai Kontrak Perkongsian Pengeluaran atau PSC, disusuli Kontrak Perkongsian Risiko atau RSC) dengan syarikat multinasional seperti Shell, Murphy Oil atau ExxonMobil dan lain-lain.

Syarikat minyak gergasi ini diberi peratusan keuntungan diperoleh sebagai balasan menanggung risiko kewangan dan berkongsi teknologi R&D bernilai berbilion ringgit.

PETRONAS MENGAUT SEMUANYA?

Pembangkang kerap membuat tanggapan kononnya Petronas tidak adil dalam mengagih keuntungan kepada Sabah. Justeru, mengikut percaturan mereka, Petronas sepatutnya memberi tambahan 15 peratus royalti keuntungan minyak kepada Sabah.

Bolehkah ia dilakukan? Mari kita lihat kenyataannya.

Contoh berikut mungkin tidak merangkumi setiap perincian kerjasama (JV) yang disertai Petronas, namun ia memadai untuk memberi gambaran adil terhadap hakikat sebenar.

Ilustrasi di bawah menjelaskan keuntungan Petronas hasil perolehan minyak Sabah.

(grafik)





Bagi setiap RM100 keuntungan diperoleh daripada hasil minyak Sabah, sejumlah 5% disalurkan sebagai simpanan Kerajaan Negeri manakala 5% lagi kepada simpanan Kerajaan Pusat. Sejumlah 45% digunakan bagi menampung kos pemulihan manakala 45% lagi diagih sebagai untung kasar bersama.

Kesimpulannya, selepas berkongsi pendapatan dengan pihak lain dan membayar cukai, adalah jelas keuntungan Petronas hanyalah sekitar 16.74%. Jika Petronas diminta membayar tambahan 15% daripada margin keuntungannya, ia tidak mampu menampung perbelanjaan, komitmen kewangan dan melakukan pelaburan semula sebagai pendapatan akan datang.

Akibatnya, Petronas akan menanggung beban kewangan yang mungkin membawa kepada muflis!

Jika Petronas gagal membayar tanpa menjejaskan kedudukannya, dari mana pula datangnya tambahan 15% itu? Jelas, pilihan yang ada cuma dua iaitu rakan kongsi PSC atau Kerajaan Pusat.

Besar kemungkinan, rakan kongsi PSC tidak akan melanggar perjanjian dipersetujui dengan Petronas seperti termaktub dalam kontrak. Tambahan pula, peratusan keuntungan yang rendah akan menjadikan kerja cari gali minyak di Malaysia kurang menarik.

Jika rakan kongsi JV menolak tawaran kerja di Malaysia, kita tidak mungkin dapat mengeluarkan minyak menerusi kaedah ekonomikal. Jika itu berlaku, ia mungkin menyebabkan Malaysia berdepan masalah keselamatan tenaga yang serius. Malah, jika tiada yang mencari gali minyak, kita mungkin terpaksa mengimport semua keperluan tenaga!

Dengan keadaan Petronas dan rakan JV tidak dapat menampung tambahan royalti 15% (kira-kira RM12.5 bilion) bagi negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu, pilihan yang ada ialah mengambil daripada Kerajaan Pusat yang menerima dividen tahunan kira-kira RM30 bilion daripada Petronas.

Bagaimanapun, pilihan ini mempunyai kesan tersendiri.

Berikutan penyusutan dividen daripada Petronas, sumber kewangan Kerajaan Pusat turut berkurangan bagi peruntukan Bajet. Ini bermakna kerajaan terpaksa memotong perbelanjaan bagi kepentingan awam seperti subsidi, sekolah, hospital, balai polis, jalan dan kemudahan asas lain. Dalam hal ini, pihak paling teruk menerima kesannya ialah negeri bukan pengeluar minyak.

Sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim perlu memiliki kekuatan moral untuk memberitahu negeri bukan pengeluar minyak bahawa beliau terpaksa memotong peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah RM12.5 billion.

Malangnya, ini tidak akan berlaku.

Pilihan terakhir bagi Anwar Ibrahim ialah meningkatkan royalti minyak Sabha kepada 15% tetapi dalam usaha memastikan beliau mempunyai dana mencukupi bagi seluruh negara, peruntukan Kerajaan Pusat bagi Sabah perlu dipotong. Harus diingat, pengurangan Kerajaan Pusat bagi Sabah adalah haknya sebagai Perdana Menteri.

Pilihan ini kelihatan munasabah walaupun Anwar tidak pernah memberi jaminan untuk tidak memotong peruntukan Kerajaan Pusat bagi Sabah. Ketika ini, peruntukan buat Sabah adalah antara yang tertinggi di Malaysia.

Sebenarnya, aneh juga bila difikirkan Anwar tidak pernah menyatakan secara terbuka dengan spesifik janjinya menaikkan royalti minyak sebanyak 15%. Mungkin beliau sedar penjelasan berkaitan isu itu mustahil dilakukan. Nampaknya, membiarkan rakyat Malaysia tertanya-tanya adalah cara lebih mudah. Malah, saya pernah bertanya kepada pembangkang termasuk Anwar Ibrahim sendiri di Parlimen mengenai perincian perkara ini. Saya mengharapkan jawapan tapi apa yang saya dapat hanyalah renungan tajam mereka!

KERAJAAN PUSAT KUTIP LEBIH DARIPADA PERBELANJAAN DIBERI KEPADA SABAH

Ini satu lagi dakwaan tidak bertanggungjawab pembangkang bagi meraih undi simpati di Sabah. Ia adalah pembohongan liar yang jika tidak dijawab dengan fakta, boleh mencetuskan perpecahan dan kebencian terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Isu ini perlu diperhalusi sebagai objektif dan kita lihat sama ada benar Kerajaan Pusat mengambil sumber Sabah (termasuk keuntungan hasil minyak) secara melampau tetapi hanya sedikit yang diberi.

Ilustrasi berikut memaparkan kutipan Kerajaan Pusat pada 2011 dan jumlah dibelanjakan di Sabha bagi tahun sama.

(grafik)





Di sebalik segala fitnah yang dilempar pembangkang, hakikatnya Kerajaan Pusat memberi peruntukan besar buat Sabah (RM4.736 bilion) berbanding yang dikutip dalam tahun sama.

Perangkaan Bahagian Analisa Cukai dan Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia itu menyaksikan aliran sama sejak 2007 beserta pecahan setiap kementerian.

Ia menunjukkan aliran perbelanjaan konsisten Kerajaan Persekutuan di Sabah berbanding pungutan setiap tahun. Ia adalah kebenaran dan kita semua tahu statistik tidak akan menipu.

Bagi 2012 dan tahun-tahun mendatang, tiada sebab bagi aliran itu berubah, terutama selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penegasan bahawa penekanan khusus akan dilaksanakan terhadap pembangunan Sabah menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Barisan Nasional Sabah mendapati Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak tidak menghampakan rakyat Sabah.


*Tamat*


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


ADUN TELUK DATUK AKUI SELEWENG?SERAH DIRI DI IPD KUALA LANGAT?

Posted: 29 Jan 2013 10:21 PM PST

 PHILLIP TAN & THE GENG..PERHHH..SIAP PAKAI BAJU "UBAH" SEKARANG..

KALAU TAK KERANA ANGIN YANG BERTIUP,TAKKAN PULA POKOK BOLEH BERGOYANG..SETUJU TAK...GARA-GARA "PUKULAN"MAUT YANG DILAKUKAN OLEH BEKAS ORANG KUAT PHILLIP TAN DIMANA BELIAU TELAH MEMBUAT PENDEDAHAN PENYELEWENGAN YANG DILAKUKAN OLEH PHILIP TAN..KALAU YANG MASIH TAK TERBACA KLIK SINI ADUN TELOK DATOK-SELEWENG
MAKA,PADA HARI NI,PHILIP TAN & THE GENG ADALAH SERAMAI 6-7 ORANG SEPERTI GAMBO KAT ATAS TU...ALA,YANG MANGKUK PAKAI BAJU T  TERTERA "UBAH SEKARANG"...APA YANG NAK DIUBAH PUN AKU TAK TAULER..KORANG LIHAT YE..AKU BUKAN NAK HASUT ATAU APA-APA..AKU CUMA NAK BAGITAU KAT KORANG,NI BELUM BERKUASA LAGI..KALAU DAH DAPig BERKUASA..ERMMM BANYAK LAGI MEREKA AKAN UBAH!
OK.BERBALIK KEPADA CERITA SI PHILIP TAN..SAPA PHILIP TAN?NAK TAU,ORANGNYA NO 4 DARI KIRI YANG PEGANG KERTAS TU..TAU KAN..NILAH ADUN TELOK DATOK YANG KERAP DATANG ATAU AMBIK BERAT KAT RAKYAT TELOK DATOK TU..HARI-HARI,MINGGU-MINGGU DAN BULAN-BULAN BELIAU TAKDE KAT KAWASAN..BILA ADA HAL BARUUUU NAMPAK BATANG IDUNG..MAKA TAK HAIRANLAH KALAU AHLI DAPig KAT KAWASAN DIA SENDIRI PULAUKAN DIA..TAK CAYA?KLIK SINI PULAK SELEPAS RONNIE,KINI PHILLIP TAN PULA DIMALUKAN
HARI MEREKA KE BALAI POLIS KERANA NAK MENAFIKAN DAKWAAN YANG DILAKUKAN OLEH YAP KON MIN,TAN CHEE CHEONG & VEELASAMY SERTA BEBERAPA INDIVIDU LAIN TEMPOH HARI ADALAH PALSU DAN MEMFITNAH BELIAU..HAHAHA..CUAK KE YB PHILLIP TAN?KALAU YB TARA SALAH APA MAU TAKUT...
MANANYA TAK CUAK...SIDANG AKHBAR TERSEBUT MENDAPAT LIPUTAN YANG MELUAS BAIK MEDIA CETAK MAHUPUN MEDIA ELEKTRONIK....
NAFI..NAFI DAN TERUSKAN PENAFIAN INI...

Selasa, 29 Januari 2013

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BERSYUKURKAH KITA

Posted: 28 Jan 2013 04:30 PM PST



Assalamualaikum.

Bersyukur, satu kata-kata yang mudah diucapkan namun ia tidaklah semudah untuk dihayati atau berada di hati setiap orang.

Kata orang dunia sudah jauh berubah. Perasaan manusia pun begitu juga. Turut berubah. Bagaimanapun perubahan manusia yang melalui perubahan itu semakin hari semakin jauh berbeza dengan orang dulu-dulu.

Orang dulu-dulu, mereka sangat kaya dengan akal budi, mudah berterima kasih dan tidak terlalu berburuk sangka. Oleh kerana itu, kehidupan mereka jauh lebih indah daripada apa yang sedang kita lewati sekarang.

Apa ertinya perubahan, pembangunan dan kejayaan jika kita tidak tahu bersyukur. Apatah lagi di saat kita memiliki dan mempunyai apa yang orang lain tidak mampu miliki.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sangat bertuah kerana berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN). Walaupun kerajaan BN dihina, dipandang keji, namun kerajaan BN tidak pernah terhenti dalam memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyatnya – tanpa mengira perbezaan idealogi politik pulak tu.

Namun hari ini, masih ada yang tidak tahu bersyukur. Jauh sekali mahu berterima kasih kepada kerajaan BN di atas segala usaha dan bantuan yang diberikan. Mengapa?. Sifat dan perasaan itu semakin terhakis disebabkan masyarakat kita dikelilingi oleh penghasut yang menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

Tidaklah terlalu aneh, namun agak pelik apabila kerajaan BN memberikan sesuatu kepada rakyat demi rakyat, ada yang memandangnya sebagai serong sedangkan apabila mereka hadir pada majlis golongan yang menentang kerajaan BN, mereka terpaksa mengeluarkan wang bagi membiayai parti tersebut – di situ tidak pula mereka rasa malu kerana menjadi rakyat yang terpaksa diperalatkan parti tersebut.

Jauh berbeza dengan BN, ia adalah sebuah parti yang mengutamakan rakyat. Bagi BN, mereka pantang melihat rakyat berada dalam kesusahan, maka bantuan akan segera dihulurkan. Saya tidak berhasrat untuk memperkatakan perkara ini secara detail di sini kerana saya akan mengupasnya dalam posting saya yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan, betapa sifat tidak bersyukur di kalangan segelintir orang kita sekarang adalah sesuatu yang boleh mencemarkan nilai keindahan hidup kita. Segelintir rakyat kita sekarang gagal menilai sesuatu kebaikan dengan bijaksana dan kerana itu, mereka kurang bersyukur.
Apa pun, saya yakin masih ramai di kalangan rakyat yang masih bersyukur dengan segala nikmat dan rakyat yang mereka kecapi. Rakyat yang mempunyai perasaan sedemikian akan tahu bahawa bukan semua kerajaan mampu melakukan perkara yang sama. Rakyat yang sedemikian akan mengerti bahawa hanya BN yang mampu menjadi kerajaan untuk rakyat, demi rakyat.

Saya sangat menghargai kepada rakyat yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih terhadap setiap pemberian, bantuan dan sumbangan yang kerajaan berikan kepada mereka. Sesungguhnya mereka adalah insan-insan yang terpuji yang wajar dicontohi.

 

Pengikut