Isnin, 17 September 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


PADERI KATOLIK SELAR KEPIMPINAN @NajibRazak

Posted: 17 Sep 2012 05:00 PM PDT



Heboh dalam media portal pro - pembangkang yang memainkan isu seorang paderi Katolik Sabah,  Datuk Cornelius Piong yang menyelar kepimpinan Barisan Nasional sejak 49 tahun dahulu. 

Bishop Datuk Cornelius Piong berkata, 49 tahun yang lalu, kerajaan persekutuan Malaya telah berjanji untuk maju bersama-sama dan melindungi hak asasi manusia, dengan menubuhkan negara yang dikenali sebagai Malaysia bersama Sarawak dan Singapura.
Antara tiga janji adalah untuk memastikan hak orang Sabah akan bebas menganut apa juga agama, tanah adat akan terus dijaga dan kerajaan persekutuan akan menghormati adat budaya Sabah.
"Adakah janji-janji ini dihormati dan ditunaikan?
Pertama, sehingga kini tidak ada isu berkaitan rakyat Sabah tidak dibenarkan menganut agama yang mereka rasa selesa, be it either christian, catholic dan sebagainya. Bishop Cornelius harus ingat, sekarang ini yang menjadi isu adalah golongan mubaligh kristian yang berterusan cuba untuk menarik orang Islam ke arah christianity. Ini adalah satu fakta dan pernah terjadi di kawasan parlimen Seputeh yang MP nya adalah orang kuat gerakan kristian Nasional iaitu Teresa Kok. 
Yang kedua, tanah adat akan terus dijaga itu sudah semestinya. Sama di tanah melayu tanah rizab orang melayu dipelihara oleh kerajaan, dan undang - undang tubuh kebanyakan negeri tidak membenarkan tanah rizab orang melayu bertukar milik. Jika terdapat kes di Sabah dimana tanah adat diambil, saya mencabar bishop cornelius untuk bongkar penipuan ini. Jangan hanya pandai bercakap di dalam media sahaja.
Yang ketiga, menghormati adat budaya Sabah. Lagi sekali bishop nampak macam syok sendiri, tolong bagi bukti apa adat atau budaya Sabah yang kerajaan BN tidak hormati. Yang tidak hormati adalah Pakatan Rakyat. Cuba lihat blog suara pakatan rakyat? Mereka sendiri menghina tarian Sumazau tapi kenapa Bishop diam dan hanya selar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional? walhal yang hina adalah Pakatan Rakyat?
 

Jadi nasihat saya kepada bishop katolik Cornelius, jangan lah hanya menjadi "puppet" kepada Pakatan Rakyat dan menghentam UMNO dan Barisan Nasional. If we are wrong, yes criticize us so that we can improve, but when we are right at least have the decency to admit it. 

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


UMAT ISLAM DICABAR LAGI

Posted: 17 Sep 2012 07:57 AM PDT

gambar dipetik dari Utusan
Assalamualaikum.

Umat Islam dihina dan dicabar lagi.

Kali ini dengan penayangan filem Islam Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW yang mendapat bantahan di seluruh dunia. Malah, banyak pihak yang anti Islam kini telah dengan sengaja mencetuskan provokasi sehingga akhirnya mengundang kemarahan yang memuncak di kalangan umat Islam sendiri.

Barat yang diketuai Amerika Syarikat sedikit pun tidak mengambil tindakan, malah menyifatkan perkara tersebut kononnya dalam konteks kebebasan bersuara.

Hakikatnya, sebarang penghinaan terhadap Islam walau dengan apa cara sekali pun, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Apa yang dilakukan pihak terbabit tentu sekali mempunyai niat jahat terhadap Islam dan umat Islam.

Sebenarnya, ini bukan sekali Islam dan umat Islam dihina oleh musuh Islam. Malah sebelum ini pun, sudah beberapa kali insiden seperti itu berlaku. Ia juga membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Namun, apakah hanya memadai dengan kemarahan sedemikian walaupun ia perlu.

Saya berpandangan, umat Islam mudah diperlakukan sedemikian kerana musuh Islam melihat kelemahan umat Islam. Mereka menjadi umat yang mudah berpecah tetapi susah bersatu.

Akibatnya, musuh-musuh Islam dengan rakus mengambil kesempatan untuk menghina Islam dan umat Islam.

Persoalannya, sampai bilakah perkara sedemikian harus berlarutan. Umat Islam perlu bangkit dengan kekuatan – bukan sahaja kekuatan suara dan pengaruh tetapi juga kuat dari segi perpaduan sesama mereka. Kita semua harus belajar daripada sejarah dan tidak lagi memandangkan sebagai sesuatu yang mudah.

Jika umat Islam bersatu dan kuat, pastinya musuh Islam tidak akan lebih berani dengan tindakan mereka.

Apa pun, kita menentang sekeras-kerasnya penayangan filem tersebut dan berharap agar tindakan segera diambil bagi menghentikannya. Sikap biadab musuh Islam yang dinaungi zionis barat adalah sesuatu yang sangat melampau.

Ia adalah sesuatu yang di luar tamadun dan wajib ditentang oleh umat Islam dan mereka yang cintakan keamanan sejagat.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAKYAT 1 MALAYSIA

Posted: 16 Sep 2012 02:50 PM PDT

Kehadiran kira-kira 15,000 tetamu ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rakyat 1 Malaysia anjuran Pergerakan UMNO Bahagian Cheras yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras pada 12hb September 2012 membuktikan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kehadiran masyarakat berbilang kaum itu juga adalah bukti BN dan UMNO merupakan parti yang boleh diharapkan dan kerajaan yang boleh dipercayai.

 
"Saya cukup terharu dengan sambutan orang ramai malam ini. Ia merupakan bukti rakyat berbilang kaum masih setia serta bersama-sama dengan UMNO dan BN.

"Sokongan sebegini akan menaikkan semangat saya dan wakil rakyat BN lain untuk terus berkhidmat kepada rakyat," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
 
Tambah Datuk Wira Syed Ali, beliau gembira dengan kehadiran ribuan tetamu pada majlis itu, yang jauh lebih ramai dan memeriah berbanding tahun lalu.
 
 
Pada masa sama, beliau berharap setiap tetamu yang hadir tidak berdepan sebarang masalah dan dapat meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama-sama dalam sebuah keluarga yang besar.
 
 
"Saya juga bersyukur kerana sasaran kami iaitu 15,000 tetamu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri majlis ini tercapai," katanya. 

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Filem Innocence of Muslims

Posted: 16 Sep 2012 10:59 PM PDT


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah SAW.

Kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh Umat Islam di negara ini. Filem itu langsung tidak menghormati sensitivi Umat Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. Sebagai Umat Islam yang mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan filem ini yang sangat jelas adalah suatu provokasi liar, biadap dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama.

Pada masa yang sama Pemuda UMNO berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran Agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas. Oleh itu, dalam Pemuda UMNO mengutuk filem Innocence of Muslims, kami juga menyelar tindakan keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian Duta Amerika Syarikat ke Libya. Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah SAW sendiri.

Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa kami langsung tidak berkompromi di dalam isu yang jelas mencaci Agama Islam seperti filem ini yang begitu menghina Nabi Muhammad SAW. Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan.

TEAM PUcTD  MENYOKONG

16 September..Pentadbiran KERAJAAN bertukar

Posted: 16 Sep 2012 09:37 AM PDT



 
Ni bukan aku kata ye..ni paper yang kata..korang baca betul-betul...GAGAL..sebab apa GAGAL..sebab semua pemimpin mereka ni tak tau nak buat kerja sebagaimana kerajaaan sekarang buat.Mereka hanya tahu menipu rakyat sahaja..yang betul mereka kata salah,yang salah mereka kata betul dan yang paling bestnya pula,jika salah mereka akan kata INI SEMUA UMNO punya kerja...Mana ada mereka nak akui kesalahan mereka sendiri..yang mereka tahu menunding jari ke arah orang lain sahaja..Harrkkktuiii...
Bila takde modal untuk menghentam kerajaan..mereka mulalah gelisah..mulalah keluarkan fatwa itu dan ini semata-mata hanya untuk kepentingan individu tertentu..
Pada hakikinya..MEREKA TIDAK LAYAK UNTUK MENTADBIR KERAJAAN MALAYSIA ..

Telok Datok banjir

Posted: 16 Sep 2012 09:00 AM PDT





Gambar di atas sekadar perhiasan sahaja.....
 

Awal pagi ini..rata-rata kawasan ditanaj air telah dilanda hujan yang begitu lebat sekali.Memang dah lama dah tak hujan sebegini..Gerun jugak dibuatnya..mana yang ingat ALLAH tu alhamdulillah lah..mana yang tak ingat tu..apa lagi..tarik selimutlah..
Bila hujan yang luar biasa ni berlaku..kebiasaannya kawasan akan dinaiki air..PANTAS sekali..TANPA isyarat pu..tau-tau air dah melimpah masuk...Haaa..aku nak story sikit kat sini..kalau sistem perparitan tak betul dan diselenggara dengan baik..sudah pastilah ianya akan mengundang BAH..betul tak..Kenapa tak selenggara dengan baik?walhal PBT telah ada pun orang yang menguruskankannya.Ni..kat area kawasan perumahan aku...air melimpah naik hingga masuk ke rumah..kerana air tak dapat keluar..kenapa tak dapat keluar..kerana longkang tersumbatlah..kenapa sumbat..kerana orang yang disuruh buat kerja tak buat kerjalah..kenapa tak buat kerja?kerana ahli majlis serta Adun Telok Datok serta MP Kuala Langat dah tak pedulikan rakyat dah....Aduhh...susahlah camni..kata negeri berkebajikan dan utamakan rakyat..



Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Where will the money come from?

Posted: 15 Sep 2012 05:00 PM PDT

In anticipation of the upcoming general election, we have seen the federal opposition trying to introduce more policy proposals to sway key voting segments. In particular, they have targeted young, first time voters, who make up the bulk of the more than two million newly registered Malaysians on the electoral roll, and the middle class in general.

Pengikut