Pengikut

Nuffnang

Isnin, 17 September 2012

Puteri Bahagian Segambut

sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


PADERI KATOLIK SELAR KEPIMPINAN @NajibRazak

Posted: 17 Sep 2012 05:00 PM PDT



Heboh dalam media portal pro - pembangkang yang memainkan isu seorang paderi Katolik Sabah,  Datuk Cornelius Piong yang menyelar kepimpinan Barisan Nasional sejak 49 tahun dahulu. 

Bishop Datuk Cornelius Piong berkata, 49 tahun yang lalu, kerajaan persekutuan Malaya telah berjanji untuk maju bersama-sama dan melindungi hak asasi manusia, dengan menubuhkan negara yang dikenali sebagai Malaysia bersama Sarawak dan Singapura.
Antara tiga janji adalah untuk memastikan hak orang Sabah akan bebas menganut apa juga agama, tanah adat akan terus dijaga dan kerajaan persekutuan akan menghormati adat budaya Sabah.
"Adakah janji-janji ini dihormati dan ditunaikan?
Pertama, sehingga kini tidak ada isu berkaitan rakyat Sabah tidak dibenarkan menganut agama yang mereka rasa selesa, be it either christian, catholic dan sebagainya. Bishop Cornelius harus ingat, sekarang ini yang menjadi isu adalah golongan mubaligh kristian yang berterusan cuba untuk menarik orang Islam ke arah christianity. Ini adalah satu fakta dan pernah terjadi di kawasan parlimen Seputeh yang MP nya adalah orang kuat gerakan kristian Nasional iaitu Teresa Kok. 
Yang kedua, tanah adat akan terus dijaga itu sudah semestinya. Sama di tanah melayu tanah rizab orang melayu dipelihara oleh kerajaan, dan undang - undang tubuh kebanyakan negeri tidak membenarkan tanah rizab orang melayu bertukar milik. Jika terdapat kes di Sabah dimana tanah adat diambil, saya mencabar bishop cornelius untuk bongkar penipuan ini. Jangan hanya pandai bercakap di dalam media sahaja.
Yang ketiga, menghormati adat budaya Sabah. Lagi sekali bishop nampak macam syok sendiri, tolong bagi bukti apa adat atau budaya Sabah yang kerajaan BN tidak hormati. Yang tidak hormati adalah Pakatan Rakyat. Cuba lihat blog suara pakatan rakyat? Mereka sendiri menghina tarian Sumazau tapi kenapa Bishop diam dan hanya selar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional? walhal yang hina adalah Pakatan Rakyat?
 

Jadi nasihat saya kepada bishop katolik Cornelius, jangan lah hanya menjadi "puppet" kepada Pakatan Rakyat dan menghentam UMNO dan Barisan Nasional. If we are wrong, yes criticize us so that we can improve, but when we are right at least have the decency to admit it. 

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian