LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK |
Posted: 16 Sep 2012 10:59 PM PDT Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah SAW. Kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh Umat Islam di negara ini. Filem itu langsung tidak menghormati sensitivi Umat Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. Sebagai Umat Islam yang mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan filem ini yang sangat jelas adalah suatu provokasi liar, biadap dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama. Pada masa yang sama Pemuda UMNO berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran Agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas. Oleh itu, dalam Pemuda UMNO mengutuk filem Innocence of Muslims, kami juga menyelar tindakan keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian Duta Amerika Syarikat ke Libya. Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah SAW sendiri. Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa kami langsung tidak berkompromi di dalam isu yang jelas mencaci Agama Islam seperti filem ini yang begitu menghina Nabi Muhammad SAW. Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan. TEAM PUcTD MENYOKONG |
16 September..Pentadbiran KERAJAAN bertukar Posted: 16 Sep 2012 09:37 AM PDT Ni bukan aku kata ye..ni paper yang kata..korang baca betul-betul...GAGAL..sebab apa GAGAL..sebab semua pemimpin mereka ni tak tau nak buat kerja sebagaimana kerajaaan sekarang buat.Mereka hanya tahu menipu rakyat sahaja..yang betul mereka kata salah,yang salah mereka kata betul dan yang paling bestnya pula,jika salah mereka akan kata INI SEMUA UMNO punya kerja...Mana ada mereka nak akui kesalahan mereka sendiri..yang mereka tahu menunding jari ke arah orang lain sahaja..Harrkkktuiii... Bila takde modal untuk menghentam kerajaan..mereka mulalah gelisah..mulalah keluarkan fatwa itu dan ini semata-mata hanya untuk kepentingan individu tertentu.. Pada hakikinya..MEREKA TIDAK LAYAK UNTUK MENTADBIR KERAJAAN MALAYSIA .. |
Posted: 16 Sep 2012 09:00 AM PDT Gambar di atas sekadar perhiasan sahaja..... Awal pagi ini..rata-rata kawasan ditanaj air telah dilanda hujan yang begitu lebat sekali.Memang dah lama dah tak hujan sebegini..Gerun jugak dibuatnya..mana yang ingat ALLAH tu alhamdulillah lah..mana yang tak ingat tu..apa lagi..tarik selimutlah.. Bila hujan yang luar biasa ni berlaku..kebiasaannya kawasan akan dinaiki air..PANTAS sekali..TANPA isyarat pu..tau-tau air dah melimpah masuk...Haaa..aku nak story sikit kat sini..kalau sistem perparitan tak betul dan diselenggara dengan baik..sudah pastilah ianya akan mengundang BAH..betul tak..Kenapa tak selenggara dengan baik?walhal PBT telah ada pun orang yang menguruskankannya.Ni..kat area kawasan perumahan aku...air melimpah naik hingga masuk ke rumah..kerana air tak dapat keluar..kenapa tak dapat keluar..kerana longkang tersumbatlah..kenapa sumbat..kerana orang yang disuruh buat kerja tak buat kerjalah..kenapa tak buat kerja?kerana ahli majlis serta Adun Telok Datok serta MP Kuala Langat dah tak pedulikan rakyat dah....Aduhh...susahlah camni..kata negeri berkebajikan dan utamakan rakyat.. |
You are subscribed to email updates from LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan