Selasa, 27 Mac 2012

Razlan's

Razlan's


Mana Rakaman CCTV Badrolamin?

Posted: 27 Mar 2012 04:46 AM PDT

Isteri kepada seorang Suami yang dituduh berkhalwat
dengan Badrolamin
Pihak JAIP sehingga hari ini mendiamkan diri terhadap kes Khalwat Badrolamin dengan Isteri orang.Sehingga hari ini kita tidak nampak dimana rakaman CCTV di Hotel Badroamin ditangkap.

Pihak Jabatan Agama pula jangan sesekali melindungi Badrolamin hanya kerana beliau pemimpin PKR. Mereka sepatutnya lebih telus menyiasat Kes high profile seperti ini.

JAIP seharusnya menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan bantuan pihak Polis untuk mendapatkan rakaman CCTV dan juga semua bukti yang boleh menjaga nama baik JAIP.

JAIP telah dituduh oleh Badrolamin bermacam-macam sehingga ianya boleh menjejaskan imej sebuah Badan yang menjaga kesucian agama Islam tetapi malangnya sehingga hari ini, mereka diam dan tidak berbuat apa-apa macam mahu melindungi Badrolmin.

Untung sungguh jadi pemimpin Politk Pembangkang, dijaga dan dilindungi oleh rakan-rakan mereka yang didalam JAIP ? Sehingga hari ini tiada Dakwaan terhadap Badrolamin menunjukkan JAIP bersenkonkol dengan perlakuan sonsang pemimpin PKR.

Berikut merupakan berita Isteri yang di tuduh khalwat bersama Badrolamin.





ROMPIN - Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan­ ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan.

Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu.

Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan.

"Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya.

Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu.

Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja di sebuah institusi kemahiran di Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut.

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


RM300juta Geran Selangorku - Jawapan @khalidibrahim ditunggu.....

Posted: 27 Mar 2012 09:30 PM PDT


PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.

Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah 'wayang' semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan.

Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).

Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.

Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.

Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?

Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja.

Lagipun dalam Exco semua 'yes' man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.

Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?

Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka?

Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.

Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.

Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.

Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.

Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu.


BERUANGBIRU





13TH GE: PR FIGHTING FOR SEATS??? END OF PR????

Posted: 27 Mar 2012 07:24 PM PDT



The meeting point between DAP, PKR and Pas who then made the PR (was not registered) was only based on the factor that BN was their enemy, not because they want to take care of the rakyat or even developing the nation.

The internal fight that goes in Pakatan Rakyat nowadays include the fight for DUN and Parliamentary seats between Kedah DAP and Pas is only one of the hundreds of proofs that show PR would be dead by the coming 13th GE.

According to Kedah DAP Chairman, Lee Guan Aik who is also Kota Darul Aman ADUN, if Pas fails in giving more seats in the next GE, a fight between three corners would occur. The threatening statement does not only trigger rage among Pas supporters, it also questions the position of DAP in PR that is seen that they are trying to dominate the pact.

Seems that Pas's supporters just realized how arrogant DAP is in keeping their interest instead of the interest for all.

In BN, the same issue would still be there, but solutions would be discussed together as BN is the party that came from the Perikatan party that was established
through good intentions to help the people and to reach Independence for the nation.

How fit can PR be in leading a country when they could not even settle internal issues and when they threat one another? Everyone is for their own ideas and they would not take no for an answer, the country might be devastated if PR rules.



The fact that they are not registered is enough to cause doubts among people on PR, and the issue of seats of course. So, it is not hard for us to expect that it is possible that PR might lose in the coming GE.


BERUANG BIRU








Anwar Fail Saman Fitnah RM100 juta Terhadap Nalla

Posted: 27 Mar 2012 12:30 AM PDT

nalla-anwar

Nampak gaya macam sudah ON. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Senator Datuk S Nallakarupan akan berentap di mahkamah kerana dakwaan biseksual.Ketua Umum PKR itu pagi Isnin fail saman fitnah RM 100 juta terhadap bekas rakan tenisnya zaman beliau Timbalan Perdana Menteri kerana buat dakwaan itu dan juga akhbar Utusan Malaysia kerana siar dakwaan itu.

Saman berkenaan difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Nalla Isnin lalu membuat dakwaan itu menerusi satu sidang akhbar.Khamis Anwar menghantar surat tuntutan RM100 juta padanya dan Utusan.Sabtu Nalla cabar Anwar samannya kerana sangat mahu bersemuka dengannya di mahkamah.

Apa yang menjadi tandatanya ramai sekarang apakah perbicaraan kes ini boleh cepat diadakan yakni sebelum pilihanraya umum ke 13 yang perlu diadakan sebelum April 2013.

Kebiasaanya penetapan perbicaraan kes ambil masa berbulan manakala prosidingnya pula boleh mereleret lama.Contohnya apa yang berlaku semasa perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Jadi hasrat rakyat Malaysia untuk tahu kedudukan dakwaan dan cabaran antara dua bekas sahabat itu besar kemungkinan tidak selesai sebelum PRU13.

Nalla dalam sidang akhbarnya Sabtu kata Anwar tidak pernah samannya sebelum ini sekalipun sudah membuat pelbagai dakwaan sejak keluar PKR pada tahun 2007.

Beliau mendakwa Anwar ambil tindakan undang-undang keatas dakwaan biseksual ini semata-mata kerana PRU13 sudah dekat.

Kata Nalla beliau akan mendedahkan segalanya tentang Anwar di mahkamah nanti.



Sumber : AGENDADAILY


Sebelum itu di blog AGENDADAILY juga melaporkan tentang blog ANWAR IBRAHIM yang menggunakan komen yang meng'HALAL"kan kemungkaran. Sila baca petikan di bawah ini:



Ini sudah nampak macam orang yang desperate sangat.Semua orang menjangka satu respon segera dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada cabaran saman oleh Datuk S Nallakarupan kerana dakwa beliau biseksual.

Sebaliknya Ahad blog peribadi Ketua Umum PKR itu http://anwaribrahimblog.com terpaksa guna komen-komen pembaca terhadap berita sidang akhbar Nalla Sabtu yang disiarkan dalam portal pro pembangkang Malaysiakini.com untuk pertahan diri.

Paling memualkan ada satu komen itu menulis begini : Lastly, we don't give a rats arse about Anwar's sexuality, as long as he delivers justice, transparency and democracy to the long suffering rakyat.

Agendadaily menerima reaksi dari beberapa orang pembaca yang mempersoalkan dalam usaha untuk mempertahankannya... tukang komen itu sanggup meletakan seolah Anwar bukan beragama Islam.

Ini bila pembaca itu kata dia tidak peduli apa jua perlakuan seks Anwar... (Lastly, we don't give a rats arse about Anwar's sexuality)....

blog-anwar-komen

Lebih memualkan lagi ialah Anwar sendiri seperti merestui komen itu bila turut memuatkannya dalam blog peribadinya sendiri.

Bagi mereka kalau hendak 'mencari perlindungan' sekalipun janganlah sampai peringkat guna kata-kata menghalalkan apa yang haram.

Isunya ialah apakah orang Melayu dan Islam dapat menerima seseorang yang bercita-cita hendak jadi Perdana Menteri jika benar dia melakukan kemungkaran.

Sekalipun mungkin tukang komen yang mengunakan nama samaran Inspektor Klueso itu bukan Islam tetapi dia tidak sepatutnya mempersenda hukum Islam sampai peringkat cuba 'menghalalkan' kemungkaran.

nalla5-led

Sementara itu sehingga berita ini ditulis awal pagi Isnin,pihak Anwar mahupun peguamnya belum bagi beri sebarang respon samaada nak samam atau tidak Nalla.

Ini kerana surat tuntutan RM100 juta yang dihantar kepada Nalla dan Utusan pada Khamis lalu bukan merupakan satu proses tindakan saman.

Anwar sendiri yang ada acara di Permatang Pauh Ahad tidak menyentuh tentang cabaran Nalla.

Beliau hanya dok goreng pada hadirin dengan cerita-cerita indah mengenai dirinya.

Sebaliknya semasa Nalla buat sidang akhbar dakwa beliau biseksual pada hari Isnin lalu...pada hari Selasa Naib Presiden PKR, N Surendran yang juga seorang peguam segera membuat kenyataan memberitahu Anwar nak hantar notis tuntutan RM100 juta.

Apakah Anwar akan saman Nalla seperti yang diharapkan sangat oleh bekas rakan tenisnya itu...ini kita sama-sama tunggu


Lagi cerita tentang ini di SINI

Kes Culik : Siapa Harus Dipersalahkan?

Posted: 27 Mar 2012 12:00 AM PDT

Sekarang ni seakan trend ataupun sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia kehilangan anak.

Saban minggu, kita akan mendengar, membaca dan melihat artikel ataupun pengumuman kehilangan anak yang disangka diculik oleh pihak tertentu.


Saya kerap menerima BBM dan sms daripada ramai kenalan yang memohon dipanjangkan pengumuman pencarian anak hilang.


Kemudian tidak sampai seminggu, anak tersebut telah dijumpai di rumah ibu saudara, ibu angkat, kawan dan di mana saja. Sebab musabab kehilangan : merajuk dan ingin kebebasan.


Tapi sampai bila rasanya, masyarakat Malaysia akan terus dihantui permasalahan ini?


Masyarakat tidak melihat kes-kes sebegini sebagai kesalahan dan kesilapan ibu bapa tetapi mereka melihat dari sudut keselamatan sejagat. Yakni kelemahan menjaga keselamatan yang terletak kepada Polis.


Tak pasal-pasal pulak. Disebabkan kealpaan keluarga sendiri, Polis dipersalahkan kerana lemah menangkis kes-kes penculikan yang acap kali berlaku kini. Tanggapan ini salah.


Seharusnya soal keselamatan sejagat ini tidak boleh diletakkan atas bahu Polis sahaja. Semua pihak harus dan wajib memainkan peranan bersama membanteras permasalahan ini.



Cerita selanjutnya di blog REZQEEN HILL






SP: Kes kehilangan anak2 tidak boleh diletakkan kesalahannya 100% pada orang lain tetapi ibu bapa adalah orang yang pertama harus dipertanggungjawabkan di atas kehilangan anak mereka. Mungkin dah tiba masa untuk pihak berkuasa memikirkan satu mekanisma untuk menangani maslah yang semakin berleluasa kini.








PAS Terus Jadi Lembu Dicucuk Hidung

Posted: 26 Mar 2012 11:30 PM PDT


Apa lagi yang boleh kita katakan dengan PAS ni?? Tak sudah-sudah dengan pembohongan mereka. Jika mereka kata, mereka adalah sebuah parti yang terbaik di abad ini kenapa janji kepada rakyat tidak pernah diTUNAIkan?? Hebatkan????


Dari dulu lagi kalau menang pilihanraya nak laksanakan HUDUD, bila dah menang tukar pulak negara kebajikan. Alahai puak-puak PAS ni, sudah-sudahlah nak tu nak kencing rakyat. Rakyat sekarang hidup aman damai dan sejahtera di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Bantuan yang diberikan oleh kerajaan diterima baik oleh semua rakyat Malaysia.


Bukan macam puak PAS ni, bantuan orang bagi kata rasuah, dalam diam ambil jugak. Ha ha ha ha...Cakap tak serupa bikin la. Pada Nik Ajis dan Ostad Hadi, ubah la perangai buruk korang tu, jangan suka-suka nak permainkan Islam dengan mazhab-mazhab BODOH korang tu.......cerita selanjutnya di GOSSIP RAKYAT



SP: PAS tiada pendirian. Tunduk pada kehendak dan telunjuk DAP & PKR.






PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PROGRAM PELANCARAN CAWANGAN (PENAJA).....

Posted: 27 Mar 2012 12:15 AM PDT

Menyedari hanya parti UMNO yang dilihat dapat membela,membantu membawa perubahan dalam kehidupan maka penduduk di kawasan perumahan Generasi Felda..Desa Keratong Indah telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan cawangan UMNO di kawasan kejiranan mereka.Perancangan diatur dengan encari keahlian baru serta membuat permohonan untuk menjadikan impian satu kenyataan.Dato'Seri Ketua Bahagian,TYT DSJJ telahpun meluangkan masa ke program tersebut bertemu muka mereka yang impikan pembangunan melalui kerajaan yang bertanggungjawab di majlis jamuan makan malam yang telah diadakan sempena majlis tersebut.PPU Rompin turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penaja yang rata-ratanya terdiri daripada golongan muda dan melahirkan harapan agar cawangan ini nanti akan menjadi cawangan yang terbaik.Selepas ini nanti akan diaturkan pertemuan kearah mempersiap jentera pilihanraya umum PRU13 yang bakal datang tidak lama lagi.TUNGGU....

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Melayu Dikhuatiri Hilang Bumi Sendiri - Y.B Dato' Ibrahim Ali

Posted: 27 Mar 2012 09:58 AM PDT


Ceramah Perdana
Anjuran Pribumi Perkasa Negara
Daerah Pontian

Penceramah :
Y.B Dato' Ibrahim Bin Ali
(Presiden Perkasa Negara)

Tuan Syed Hassan Syed Ali
(Setiausaha Agung Perkasa)

"Memang Hang Tuah Ada Mengatakan Takkan Melayu Hilang Didunia,
Tapi Dikhuatiri, Melayu Akan Lenyap Di Bumi Sendiri"

-Dato' Ibrahim Ali-


















This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


APA SEBENARNYA DISEBALIK TADBIR

Posted: 27 Mar 2012 08:53 AM PDT


Mengapa Lim Guan Eng Bersunguh-sungguh Mahu UMNO Dimusnahkan?

Saya agak hairan, mengapa DAP, khususnya para pemimpin kanannya sangat galak melaungkan slogan "Hapuskan UMNO" atau "Musnahkan UMNO"? Mengapa tidak sahaja disebut hancurkan sahaja BN, atau hapuskan sahaja MCA, MIC atau GERAKAN? Mengapa mesti "penghapusan" harus dirujuk kepada UMNO semata-mata? Dan mengapa mesti dilancarkan gerakan "Asalkan Bukan UMNO" sebagai agenda utama perjuangan demokrasi Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini? Kenyataan terbaru Lim Guan Eng yang mahu UMNO "dimusnahkan" perlu diperhati melalui mata hati dan kejujuran- kita harus faham, bukan UMNO yang hendak dihapuskan oleh mereka, sebaliknya yang hendak dihapuskan itu ialah segala sistem, pelindungan dan hak-hak yang selama ini melindungi Islam, Melayu dan Raja Melayu.
Semua ini adalah agenda sulit dan terancang - UMNO tidak perlu dimusnahkan, kerana ia merupakan sebahagian daripada tuntutan demokrasi - yang perlu dihapuskan ialah para perasuah yang masih bertenggek di dalam UMNO, itu sahaja! Ia mesti dibezakan antara entiti organiasi dengan masalah individu. Masalah Shahrizat bukan bermakna UMNO wajib dihapuskan - ia tidak ada kena mengena. Masalah moral Anwar Ibrahim adalah hal yang berbeza dengan kewujudan PKR. Sekali pun Anwar Ibrahim melakukan pelbagai kesalahan moral, sama ada meliwat atau berzina - ia tidak bermaksud PKR wajib dibubarkan! Maka jelaslah jika ada pihak yang bersunguh-sungguh mahu menghancurkan UMNO, itu tandanya kejahatan mereka sudah wajib dihalang dengan apa-apa cara sekali pun.
KUALA LUMPUR, 22 Mac - Lim Guan Eng percaya Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".
Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.
"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.
"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.
Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.
"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.
DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN. Ketiga-tiga pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.
Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah sejak kemerdekaan.
Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN. Bagaimanapun, janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah tertunai dan peningkatan Najib menyaksikan BN kembali bertenaga dengan kemenangan pilihan raya kecil.
Namun begitu, Najib yang menggantikan Abdullah kononnya dilihat akan meningkatkan kemenangan kepada 140 kerusi sejak empat tahun lalu dan pemerhati melihat, hanya melalui kemenangan dua per tiga majoriti akan menjamin masa depan Najib. Kajian bulan lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rating Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan peningkatan ekonomi dan pemberian wang tunai RM500 kepada kumpulan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah melonjakkan nama beliau.
Lim sebelumnya berkata pembangkang harus menambahbaik kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak daripada dua kepada sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi untuk berpeluang memiliki kuasa memerintah. Namun demikian, ketika temuramah tersebut beliau berkata "kita harus realistik, perkara itu bukan mudah, tapi bukan juga mustahil."

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Ahli Mubarak Dilantik Sebagai Fasilitator Kawasan Parlimen & DUN Selangor

Posted: 26 Mar 2012 07:50 AM PDT

Seramai 40 anggota Majlis Bekas Wakil
Rakyat Malaysia (Mubarak) dilantik sebagai
fasilitator kepada kawasan Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi membantu
memperkukuh jentera pilihan raya Barisan Nasional
(BN) untuk memenangi semula Selangor pada pilihan
raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata anggota
Mubarak yang terpilih menjadi fasilitator kepada 22
kawasan Parlimen dan 56 DUN akan bertindak
sebagai "bapa" yang akan memberi nasihat dan
membantu menyelesaikan masalah yang timbul di
kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka.
"Fasilitator ini telah dilantik oleh Perdana Menteri
dan mereka sebagai tokoh yang disegani akan
berperanan sebagai ayah kepada kami di mana
mereka akan membimbing dan membantu
menyelesaikan masalah jika ada," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung
tahunan ke-9 Mubarak Selangor di Bangunan Umno
Selangor di sini petang Isnin.
Turut hadir ialah Koordinator BN Selangor, Datuk Seri
Mohd Zin Mohamed, Yang Dipertua Mubarak
Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yang juga bekas
Menteri Besar Selangor, dan seorang lagi bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd
Taib. Pada majlis itu, Noh yang juga Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan surat
pelantikan kepada 40 anggota Mubarak yang dilantik
sebagai fasilitator itu.
Beliau berkata Mubarak kepemimpinan BN Selangor
sepakat untuk bekerjasama sebagai satu pasukan
untuk menguatkan jentera parti bagi menghadapi
PRU ke-13 akan datang.
Noh juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran
semula Muhammad yang dilantik sebagai Anggota
Jawatankuasa Biro Politik Mubarak Selangor bagi
melaksanakan tanggungjawab mendekati kumpulan
profesional dan korporat supaya memberikan
sokongan kepada BN.
"Saya amat yakin dengan adanya kerjasama daripada
Mubarak, BN akan memenangi semula PRU di
Selangor apatah lagi dengan kekuatan pemimpin
Mubarak terutama dua bekas Menteri Besar Selangor,
Abu Hasan dan Muhammad," katanya.
Abu Hassan berkata Mubarak Selangor telah lama
memberikan bantuan kepada B Nselepas dilantik
sebagai ahli Majlis Muafakat Parlimen pada
penghujung 2010.
Terdahulu dalam ucapannya, Noh berkata tidak
wujud sebarang kem dan kelompok "war lord" dalam
Badan Perhubungan UMNO Selangor dan BN di negeri
itu. - BERNAMA
Sent by PEMUDA UMNO TELOK DATOK®

Pengikut