Mana Rakaman CCTV Badrolamin? Posted: 27 Mar 2012 04:46 AM PDT | Isteri kepada seorang Suami yang dituduh berkhalwat dengan Badrolamin |
Pihak JAIP sehingga hari ini mendiamkan diri terhadap kes Khalwat Badrolamin dengan Isteri orang.Sehingga hari ini kita tidak nampak dimana rakaman CCTV di Hotel Badroamin ditangkap. Pihak Jabatan Agama pula jangan sesekali melindungi Badrolamin hanya kerana beliau pemimpin PKR. Mereka sepatutnya lebih telus menyiasat Kes high profile seperti ini. JAIP seharusnya menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan bantuan pihak Polis untuk mendapatkan rakaman CCTV dan juga semua bukti yang boleh menjaga nama baik JAIP. JAIP telah dituduh oleh Badrolamin bermacam-macam sehingga ianya boleh menjejaskan imej sebuah Badan yang menjaga kesucian agama Islam tetapi malangnya sehingga hari ini, mereka diam dan tidak berbuat apa-apa macam mahu melindungi Badrolmin. Untung sungguh jadi pemimpin Politk Pembangkang, dijaga dan dilindungi oleh rakan-rakan mereka yang didalam JAIP ? Sehingga hari ini tiada Dakwaan terhadap Badrolamin menunjukkan JAIP bersenkonkol dengan perlakuan sonsang pemimpin PKR. Berikut merupakan berita Isteri yang di tuduh khalwat bersama Badrolamin. ROMPIN - Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam.Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan.Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu.Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan."Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya.Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu.Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja di sebuah institusi kemahiran di Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu.Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan