Puteri Bahagian Segambut |
- RM300juta Geran Selangorku - Jawapan @khalidibrahim ditunggu.....
- 13TH GE: PR FIGHTING FOR SEATS??? END OF PR????
- Anwar Fail Saman Fitnah RM100 juta Terhadap Nalla
- Kes Culik : Siapa Harus Dipersalahkan?
- PAS Terus Jadi Lembu Dicucuk Hidung
RM300juta Geran Selangorku - Jawapan @khalidibrahim ditunggu..... Posted: 27 Mar 2012 09:30 PM PDT PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini. Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah 'wayang' semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan. Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan). Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit. Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI. Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi? Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja. Lagipun dalam Exco semua 'yes' man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan. Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang? Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka? Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion. Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu. Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan. Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat. Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu. BERUANGBIRU |
13TH GE: PR FIGHTING FOR SEATS??? END OF PR???? Posted: 27 Mar 2012 07:24 PM PDT The meeting point between DAP, PKR and Pas who then made the PR (was not registered) was only based on the factor that BN was their enemy, not because they want to take care of the rakyat or even developing the nation. The internal fight that goes in Pakatan Rakyat nowadays include the fight for DUN and Parliamentary seats between Kedah DAP and Pas is only one of the hundreds of proofs that show PR would be dead by the coming 13th GE. According to Kedah DAP Chairman, Lee Guan Aik who is also Kota Darul Aman ADUN, if Pas fails in giving more seats in the next GE, a fight between three corners would occur. Seems that Pas's supporters just realized how arrogant DAP is in keeping their interest instead of the interest for all. In BN, the same issue would still be there, but solutions would be discussed together as BN is the party that came from the Perikatan party that was established How fit can PR be in leading a country when they could not even settle internal issues and when they threat one another? Everyone is for their own ideas and they would not take no for an answer, the country might be devastated if PR rules. The fact that they are not registered is enough to cause doubts among people on PR, and the issue of seats of course. So, it is not hard for us to expect that it is possible that PR might lose in the coming GE. |
Anwar Fail Saman Fitnah RM100 juta Terhadap Nalla Posted: 27 Mar 2012 12:30 AM PDT Nampak gaya macam sudah ON. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Senator Datuk S Nallakarupan akan berentap di mahkamah kerana dakwaan biseksual.Ketua Umum PKR itu pagi Isnin fail saman fitnah RM 100 juta terhadap bekas rakan tenisnya zaman beliau Timbalan Perdana Menteri kerana buat dakwaan itu dan juga akhbar Utusan Malaysia kerana siar dakwaan itu. Saman berkenaan difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Nalla Isnin lalu membuat dakwaan itu menerusi satu sidang akhbar.Khamis Anwar menghantar surat tuntutan RM100 juta padanya dan Utusan.Sabtu Nalla cabar Anwar samannya kerana sangat mahu bersemuka dengannya di mahkamah. Apa yang menjadi tandatanya ramai sekarang apakah perbicaraan kes ini boleh cepat diadakan yakni sebelum pilihanraya umum ke 13 yang perlu diadakan sebelum April 2013. Nalla dalam sidang akhbarnya Sabtu kata Anwar tidak pernah samannya sebelum ini sekalipun sudah membuat pelbagai dakwaan sejak keluar PKR pada tahun 2007. Beliau mendakwa Anwar ambil tindakan undang-undang keatas dakwaan biseksual ini semata-mata kerana PRU13 sudah dekat. Kata Nalla beliau akan mendedahkan segalanya tentang Anwar di mahkamah nanti. Sumber : AGENDADAILY Sebelum itu di blog AGENDADAILY juga melaporkan tentang blog ANWAR IBRAHIM yang menggunakan komen yang meng'HALAL"kan kemungkaran. Sila baca petikan di bawah ini: Ini sudah nampak macam orang yang desperate sangat.Semua orang menjangka satu respon segera dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada cabaran saman oleh Datuk S Nallakarupan kerana dakwa beliau biseksual. Sebaliknya Ahad blog peribadi Ketua Umum PKR itu http://anwaribrahimblog.com terpaksa guna komen-komen pembaca terhadap berita sidang akhbar Nalla Sabtu yang disiarkan dalam portal pro pembangkang Malaysiakini.com untuk pertahan diri. Paling memualkan ada satu komen itu menulis begini : Lastly, we don't give a rats arse about Anwar's sexuality, as long as he delivers justice, transparency and democracy to the long suffering rakyat. Agendadaily menerima reaksi dari beberapa orang pembaca yang mempersoalkan dalam usaha untuk mempertahankannya... tukang komen itu sanggup meletakan seolah Anwar bukan beragama Islam. Ini bila pembaca itu kata dia tidak peduli apa jua perlakuan seks Anwar... (Lastly, we don't give a rats arse about Anwar's sexuality).... Lebih memualkan lagi ialah Anwar sendiri seperti merestui komen itu bila turut memuatkannya dalam blog peribadinya sendiri. Bagi mereka kalau hendak 'mencari perlindungan' sekalipun janganlah sampai peringkat guna kata-kata menghalalkan apa yang haram. Isunya ialah apakah orang Melayu dan Islam dapat menerima seseorang yang bercita-cita hendak jadi Perdana Menteri jika benar dia melakukan kemungkaran. Sekalipun mungkin tukang komen yang mengunakan nama samaran Inspektor Klueso itu bukan Islam tetapi dia tidak sepatutnya mempersenda hukum Islam sampai peringkat cuba 'menghalalkan' kemungkaran. Sementara itu sehingga berita ini ditulis awal pagi Isnin,pihak Anwar mahupun peguamnya belum bagi beri sebarang respon samaada nak samam atau tidak Nalla. Ini kerana surat tuntutan RM100 juta yang dihantar kepada Nalla dan Utusan pada Khamis lalu bukan merupakan satu proses tindakan saman. Anwar sendiri yang ada acara di Permatang Pauh Ahad tidak menyentuh tentang cabaran Nalla. Beliau hanya dok goreng pada hadirin dengan cerita-cerita indah mengenai dirinya. Sebaliknya semasa Nalla buat sidang akhbar dakwa beliau biseksual pada hari Isnin lalu...pada hari Selasa Naib Presiden PKR, N Surendran yang juga seorang peguam segera membuat kenyataan memberitahu Anwar nak hantar notis tuntutan RM100 juta. Apakah Anwar akan saman Nalla seperti yang diharapkan sangat oleh bekas rakan tenisnya itu...ini kita sama-sama tunggu Lagi cerita tentang ini di SINI |
Kes Culik : Siapa Harus Dipersalahkan? Posted: 27 Mar 2012 12:00 AM PDT Sekarang ni seakan trend ataupun sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia kehilangan anak. Saban minggu, kita akan mendengar, membaca dan melihat artikel ataupun pengumuman kehilangan anak yang disangka diculik oleh pihak tertentu. Saya kerap menerima BBM dan sms daripada ramai kenalan yang memohon dipanjangkan pengumuman pencarian anak hilang. Kemudian tidak sampai seminggu, anak tersebut telah dijumpai di rumah ibu saudara, ibu angkat, kawan dan di mana saja. Sebab musabab kehilangan : merajuk dan ingin kebebasan. Tapi sampai bila rasanya, masyarakat Malaysia akan terus dihantui permasalahan ini? Masyarakat tidak melihat kes-kes sebegini sebagai kesalahan dan kesilapan ibu bapa tetapi mereka melihat dari sudut keselamatan sejagat. Yakni kelemahan menjaga keselamatan yang terletak kepada Polis. Tak pasal-pasal pulak. Disebabkan kealpaan keluarga sendiri, Polis dipersalahkan kerana lemah menangkis kes-kes penculikan yang acap kali berlaku kini. Tanggapan ini salah. Seharusnya soal keselamatan sejagat ini tidak boleh diletakkan atas bahu Polis sahaja. Semua pihak harus dan wajib memainkan peranan bersama membanteras permasalahan ini. Cerita selanjutnya di blog REZQEEN HILL SP: Kes kehilangan anak2 tidak boleh diletakkan kesalahannya 100% pada orang lain tetapi ibu bapa adalah orang yang pertama harus dipertanggungjawabkan di atas kehilangan anak mereka. Mungkin dah tiba masa untuk pihak berkuasa memikirkan satu mekanisma untuk menangani maslah yang semakin berleluasa kini. |
PAS Terus Jadi Lembu Dicucuk Hidung Posted: 26 Mar 2012 11:30 PM PDT Apa lagi yang boleh kita katakan dengan PAS ni?? Tak sudah-sudah dengan pembohongan mereka. Jika mereka kata, mereka adalah sebuah parti yang terbaik di abad ini kenapa janji kepada rakyat tidak pernah diTUNAIkan?? Hebatkan???? Dari dulu lagi kalau menang pilihanraya nak laksanakan HUDUD, bila dah menang tukar pulak negara kebajikan. Alahai puak-puak PAS ni, sudah-sudahlah nak tu nak kencing rakyat. Rakyat sekarang hidup aman damai dan sejahtera di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Bantuan yang diberikan oleh kerajaan diterima baik oleh semua rakyat Malaysia. Bukan macam puak PAS ni, bantuan orang bagi kata rasuah, dalam diam ambil jugak. Ha ha ha ha...Cakap tak serupa bikin la. Pada Nik Ajis dan Ostad Hadi, ubah la perangai buruk korang tu, jangan suka-suka nak permainkan Islam dengan mazhab-mazhab BODOH korang tu.......cerita selanjutnya di GOSSIP RAKYAT SP: PAS tiada pendirian. Tunduk pada kehendak dan telunjuk DAP & PKR. |
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan