Pengikut

Nuffnang

Khamis, 11 Oktober 2012

Razlan's

sumber :-

Razlan's


Ustaz Nasha Simpanan Tetap PAS

Posted: 11 Oct 2012 05:27 PM PDT

Dalam perjuangan Politik, sudah tentu setiap pemimpin mempunyai pengaruh dan pengikut, Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin hari ini merupakan orang paling di perhatikan oleh orang parti beliau sendiri dan juga oleh DAP dan PKR.

Apabila konflik beliau dengan Karpal Singh dan juga konflik terbaru yang beliau dedahkan terhadap Agenda DAP yang meletakkan Malaysia menjadi negara Kristian, ini sudah tentu membuat rakan-rakan beliau dalam Pakatan panas bontot.

Walaupun tindakan Nasha lebih keras daripada tindakan Hassan Ali, namun Majlis Syura dan Pimpinan PAS tidak mampun berbuat apa-apa kerana Pengaruh Nasha ternyata lebih kuat dari Hassan Ali.

Ustaz Nasha merupakan Simpanan Tetap PAS untuk memastikan parti itu memenangi kerusi-kerusi yang mereka tandingi pada PRU akan datang.

Di kampung-kampung hari ini, penyokong PAS sudah merasa malu untuk bercerita tentang perjuangan Islam, apabila borak di kedai-kedai kopi, sudah tidak ada suara-suara kuat yang sengaja memprovok orang sekeliling untuk mengherdik UMNO atau BN. Mereka merasa malu untuk berkata-kata kerana PAS sudah lari dari Perjuangan Islam.

Apa lagi saki baki yang tinggal terhadap Perjuangan PR? 

DAP - Mahu Kristian sebagai agama Rasmi
PAS - Mahu Bina Hukum Hudud PAS
PKR - Memerjuangankan Plurisme dan Liberaslime.

Dari sudut dasar perjuangan, mereka sudah tidak boleh bersama, bagaimana pula keadaan sekiranya mereka sudah menang untuk memerintah Negara Malaysia?

Apa yang dilakukan oleh Ustaz Nasha adalah berkaitan dengan Prinsip, Prinsip Islam yang sepatutnya dipegang oleh semua orang Islam yang mahu melihat negara Malaysia kekal dibawah naungan orang Islam.

Untuk mencapai kemenangan, tidak semestinya kita mengadaikan Agama Islam, UMNO boleh laksanakan perkara ini dari dahulu lagi, UMNO tidak pernah menggunakan Agama untuk mempertahankan Dasar dan Prinsip perjuangan menunju kemenangan PRU, ianya sudah dipersetujui dan sehingga hari ini, Islam dijaga dengan baik dan agama-agama lain diamalkan dengan aman.

Kehendak DAP merupakan satu ancaman terhadap Islam, kehendak PKR merupakan Ancaman kepada Islam dan Pertukaran Dasar PAS merupakan anjakan langkah kebelakang memajukan Islam. 

Oleh sebab itu, Ustaz Nasha mendedahkan adanya Majlis Angkat Sumpah, adanya Majlis meraikan kemenangan di Sarawak, dan saya percaya pendedahan ini akan diteruskan lagi demi mahu menyedarkan Islam yang lain terhadap ancaman DAP terhadap Islam.

Bagi Orang UMNO, kami dari dulu sudah mendedahkan siapa itu DAP dan apakah yang mereka mahu lakukan terhadap negara ini. 

Kepada orang-orang PAS, kamu boleh dengar dan faham dan ambil nasihat yang diberi oleh Ustaz Nasha, semoga kamu kembali ke pangkal perjuangan untuk memartabatkan Islam.

Percayalah, Ustaz Nasha tidak akan di BUANG dari PAS seperti terjadi kepada Hassan Ali kerana beliau merupakan SIMPANAN Tetap PAS.















0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian