Khamis, 11 Oktober 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Krisis Air di Selangor Makin Kritikal? @umbkl

Posted: 11 Oct 2012 11:35 PM PDT

Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik.

Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini. Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web yang menunjukkan jumlah takungan air yang menyusut dengan kadar yang pantas.

Antara yang terbaru ialah empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang didedahkan oleh Mynewshub semalam. Air di empangan ini yang berukuran lebih kurang 600 hektar telah susut hampir 40 peratus dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.

Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.

Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor.

Justeru, apakah alasan kerajaan PR Selangor bagi terus berdegil menyatakan yang krisis air yang dibimbangi BN hanya mainan politik?

Krisis air Selangor dijangka berlaku pada 2014 atau lebih awal berdasarkan kajian dan unjuran yang dijalankan oleh pakar.

Masalah kekurangan bekalan air mula timbul selepas kerajaan PR Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) syarikat konsesi yang menyebabkan syarikat tersebut tidak berupaya meneruskan kerja-kerja penggantian paip yang telah lama dan rosak. Sekali gus menyumbang kepada peningkatan bekalan non-revenue water (NRW) di negeri ini.

Secara dasarnya, negara ini mempunyai bekalan air hujan yang cukup tetapi, bekalan air terawat memerlukan loji dan teknologi rawatan yang sistematik yang mana membawa kepada projek Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan BN Selangor yang terdahulu. Namun, kerajaan PR Selangor telah bertindak membekukan projek ini atas alasan ingin mengstruktur semula industri air di Selangor.

Alasannya ialah agar membolehkan kerajaan Selangor mengurus kadar tarif air dengan lebih rendah berbanding kenaikan sehingga 37 peratus yang dicadangkan syarikat konsesi air terlibat. Dalam ertikata lain, kerajaan PR Selangor mengambil pendirian bahawa mereka lebih rela jika rakyat tidak mendapat bekalan air bersih langsung daripada membayar harga yang tinggi untuknya.

Pendirian kerajaan PR Selangor ini amatlah mencurigakan, apatah lagi dengan terbuktinya bahawa janji mereka untuk memberi 20m padu air percuma kepada rakyat dalam PRU terdahulu hanyalah janji kosong di mana perlaksanaannya adalah tidak menyeluruh dan tidak adil kepada beberapa pihak.

Kini, krisis air yang bakal melanda semakin nyata dengan empangan-empangan yang semakin menyusut dan kering. Apakah kerajaan PR Selangor buta? Politik apakah yang sedang dimainkan oleh kerajaan Selangor? Salahkah jika rakyat terus meragui mereka?

Apakah kerana mereka terlalu angkuh untuk mengaku tersilap memahami dan mencongak fakta dan angka mengenai bekalan air, sehingga sanggup membiarkan rakyat menanggung derita?

Dengan kedegilan kerajaan Selangor, inilah disarankan agar rakyat Selangor yang masih ragu-ragu mengenai isu air mengambil inisiatif sendiri untuk menyelidik perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat dalam PRU nanti. Pastikan kerajaan yang dipilih dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan bukannya angkuh tidak bertempat. Jangan dua kali terhantuk sehingga berdarah baru hendak ditengadah. Ingatlah kata-kata Khalid Ibrahim, iaitu manifesto PR bukannya janji.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nasharudin Cabar Majlis Syura @umbkl

Posted: 11 Oct 2012 08:28 PM PDT

Sahih dan jelas sekali, para pemimpin PAS dari kalangan Anwarinas masih lagi mempunyai perasaan dendam dan curiga terhadap bekas Timbalan Presiden mereka sendiri sekalipun 9 September lalu Majlis Syura PAS telah memutuskan untuk tidak memanjangkan polemik kedudukan Nasharudin Mat Isa dalam parti.

Apabila Nasharudin masih berterusan mempertikaikan dasar songsang parti termasuklah yang terbaru mengecam sikap PAS tika ini yang terlampau mendahulukan kuasa berbanding prinsip Islam, ia bagaikan satu peluru baru bagi golongan Anwarinas untuk melancarkan semula perang menentang bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Nasharudin dalam ucapannya di Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah antara lainnya menyebut;

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk 5, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir? Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?".

Selanjutnya Nasharudin juga menyatakan bahawa dalam konteks politik umat Islam hari ini, masalah perpecahan umat seperti sengaja dilupakan sedangkan perkara itu merupakan masalah utama yang perlu segera mencapai penyelesaian.

Selain itu, beliau turut meluahkan kehairanannya apabila usaha dalam bentuk perbincangan dan penyatuan diantara UMNO dan PAS sering dipandang serong atau kelihatan 'taboo' bagi segelintir pihak yang tidak senang duduk dengan usaha murni tersebut.

Nasharudin mungkin beranggapan ucapannya itu tidakpun menyalahi sebarang kod etika partinya malah untuk ditafsirkan telah melanggar dasar PAS pun tentu tidak sesekali.

Malah bagi umat Islam juga tidak melihat ucapan Nasharudin itu lari dari landasan perjuangan Islam yang sedari dulu lagi amat menitik beratkan perpaduan dan membenci perpecahan.

Apatah lagi Majlis Syura dalam mesyuaratnya sebelum ini pun jelas menyebelahi Nasharudin apabila badan tertinggi PAS itu enggan menurut perintah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mahu beliau dipecat maka bolehlah dikira sebagai satu lesen untuknya terus menegur dan mengkritik parti demi kebaikan bersama.

Hakikatnya tidak sedemikian. Bagi golongan Anwarinas dalam PAS, ucapan berbentuk teguran dan kritikan terbuka oleh Nasharudin itu dikira sebagai sengaja mencabar Majlis Syura dan PAS itu sendiri.

Ini dapat dilihat dari reaksi keras Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang memberi amaran bahawa teguran Nasharudin itu adalah tindakan yang sengaja mempertikaikan pendirian parti serta satu cubaan yang mencabar kewibawaan Majlis Syura itu sendiri.

Jelas sekali golongan Anwarinas tidak akan duduk diam begitu sahaja membiarkan Nasharudin terlepas dari tindakan disiplin. Kesempatan ini tentunya diambil peluang oleh mereka untuk menebus kekalahan mereka sebelum ini.

Barangkali benar Nasharudin telah mencabar kewibawaan Majlis Syura PAS dimasa yang sama secara langsung mengkritik sikap PAS yang terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga hampir tergadai maruah agama, bangsa dan negara, namun bagi umat Islam, tindakan Nasharudin itu tetap kena pada tempatnya.

Mungkin kali ini Nasharudin agak sukar untuk Nasharudin terlepas dari hukuman yang sekian lama diidam-idamkan oleh kumpulan Anwarinas dalam PAS, pun begitu sejauh mana PAS berani bertindak keras termasuk memecat Nasharudin tentunya menarik untuk dikuti perkembangannya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut