Pengikut

Nuffnang

Isnin, 29 Oktober 2012

Ahli Parlimen Kota Belud

sumber :-

Ahli Parlimen Kota Belud


Mengimbangi Laporan Ketua Audit Negara 2011

Posted: 29 Oct 2012 03:50 AM PDT

Menarik sekali. Jika anda mendengar apa yang hangat diperkatakan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang di Parlimen minggu lepas, sudah pasti anda terfikir bahawa Laporan Ketua Audit Negara hanya tertumpu kepada kebocoran dan pembaziran di negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional semata-mata.

 

Hakikatnya jauh panggang dari api.

 

Usaha saya untuk mengimbangi lapuran audit 2011 secara mendedahkan salah urus  di negeri-negeri Pakatan, telah disambut dengan bantahan keras di dalam Dewan yang dihormati ini. Tidak kurang daripada lima orang ahli parlimen pembangkang bangun untuk menghalang saya menghabiskan ucapan. Tidak mengapalah. Laporan Hansard tidak pernah berbohong. Apabila kacau-bilau berjaya menghalang saya dari bercakap, maka saya ambil keputusan untuk menulis analisa ini untuk menyampaikan kepada masyarakat bahawa kehidupan di negeri-negeri Pakatan tidaklah seindah yang mereka gambarkan.

 

Kelantan

 

Ayuh kita lihat kepada salah urus yang besar dalam Program Ladang Rakyat oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Program ini bukanlah sebuah program yang kecil. Ia melibatkan sejumlah 19 buah projek kesemuanya, dan meliputi kawasan seluas 81,095 ekar (satu setengah kali keluasan Kuala Lumpur sebenarnya!).

 

Projek ini pada mulanya telah dirancang untuk membantu golongan miskin negeri Kelantan dengan menjanjikan dividen dan gaji bulanan sebanyak RM200 dan RM700. Selain daripada itu, projek ini mensasar untuk menyediakan tempat tinggal percuma dan merangsang kadar guna tenaga tempatan. Namun pastinya, janji-janji ini tidak ditepati. Golongan miskin yang meletakkan harapan yang tinggi ke atas program ini masih lagi hidup dalam status quo.

 

Apabila dua buah projek di bawah program ini gagal mencapai sasaran, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat (PPLRK) telah memajak 17 buah projek yang selebihnya (keluasan tanah terlibat adalah 76,780 ekar) kepada 16 buah syarikat yang terpilih.

 

Namun seperti yang telah dijelaskan secara terperinci dalam Laporan Ketua Audit Negara, tiada jawatankuasa khusus telah ditubuhkan untuk menilai kebolehan atau prestasi silam 16 buah syarikat tersebut. Apa yang lebih teruk lagi adalah apabila kesemua 16 buah syarikat tersebut telah dicadangkan oleh tidak lain tidak bukan CEO PPLRK sendiri! Alangkah seronoknya dapat menguasai empayar sendiri – pada hematsaya.

 

Untuk mengeruhkan lagi masalah, analisa audit terhadap perjanjian bersama syarikat-syarikat ini telah menunjukkan bahawa syarat perjanjian terbukti berat sebelah dan tidak menyebelahi kepentingan-kepentingan kerajaan negeri.

 

Sebagai contoh, dalam tempoh pajakan selama 20 tahun itu, syarikat-syarikat tersebut dikatakan bakal memperolehi keuntungan bersih berjumlah RM1.6 bilion. Walaubagaimanapun, mereka hanya perlu membayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan sejumlah RM421 juta dalam bentuk bayaran pajakan. Anggaran keuntungan bersih 16 buah syarikat ini adalah setinggi RM59 juta setahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang!

 

Dan siapa pula pemegang-pemegang kepentingan dalam Liziz Standaco Sdn Bhd? Dalam satu lagi kontroversi tanah di Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara mempersoalkan langkah Kerajaan Negeri Kelantan menawarkan 1,000 ekar tanah kepada Liziz Standaco pada tahun 2003. Ini sepatutnya untuk sebuah projek pembangunan dan pengindahan tebing sungai selama 12 tahun.

 

Berlandaskan tawaran itu, Liziz Standaco harus membayar semula RM389.09 juta kepada Kerajaan Negeri. Namun di dalam Laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan Negeri Kelantan telah hanya menerima sejumlah kecil pembayaran RM45.7 juta sehingga ke hari ini. Baki berjumlah RM343.4 juta masih lagi belum dibayar pada waktu analisa ini dikarang.

 

Kebimbangan juga memuncak apabila Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa Liziz Standaco telah meletakkan 13.52 ekar tanah yang dimaksudkan itu sebagai cagaran demi mendapatkan pinjaman berjumlah RM75 juta. Walaupun kita tidak tahu dengan jelas samada Liziz Standaco telah menggunakan sebahagian daripada pinjaman RM75 juta itu untuk membayar RM45.7 juta kepada Kerajaan Negeri, kita boleh dalam banyak cara mengandaikan bahawa syarikat tersebut bukanlah sebuah syarikat yang baik danmampu membawa projek ini ke arah kejayaan.

 

Kedah

 

Kini, kita alihkan tumpuan kita ke Kedah pula. Secara kebetulan, sekitar waktu yang sama ketika National Feedlot Corporation yang dipenuhi kontroversi memulakan perniagaan ternakannya, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Corporation Berhad, telah memeterai satu perjanjian usaha sama yang besar bersama sebuah syarikat dari Australia untuk menternak dan mengimport lembu-lembu dari negara tersebut. KCB telah membayar RM1 juta kepada rakan kongsi pilihannya itu sejurus selepas perjanjian dimeterai. Malangnya, projek ternakan lembu yang dipenuhi kontroversi sejak awal lagi ini tidak pernah dapat dilaksanakan.

 

Mungkin sesetengah pihak boleh membidas betapa RM1 juta yang dibelanjakan oeh KCB ini tidaklah sebesar RM250 juta yang dibelanjakan oleh NFC. Saya langsung tidak bersetuju. Pembaziran, tidak kiralah apa pun nama yang kita beri, adalah tetap satu pembaziran -- terutamanya untuk sebuah ekonomi kecil seperti Kedah.

 

Sekiranya kita berkeras untuk bergantung kepada angka dan statistik, maka RM1 juta yang terlibat dalam kes ini adalah pada kadar 0.10% daripada Bajet Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2011 yang berjumlah RM1 bilion. Dilihat dari perspektif ini, kita dapati bahawa 0.10% adalah pada tahap yang sama seperti 0.11% pembaziran NFC daripada RM230 bilion bajet Persekutuan.

 

KCB juga diselar apabila ia membuat pembayaran besar ke atas dua buah projek yang gagal. Bayaran pertama melibatkan sejumlah RM4.26 juta kepada sebuah syarikat di Papua New Guinea untuk sebuah projek kelapa sawit yang akhirnya menemui kegagalan. Bayaran kedua melibatkan RM1.6 juta kepada sebuah syarikat perunding untuk "mengatur" pinjaman persisiran berjumlah USD44 juta yang telah diperuntukkan untuk membiayai pelaburan di Papua New Guinea itu.

 

Selain gagal untuk mendapatkan pinjaman USD44 juta itu (yang telah menggugat projek tersebut), KCB tetap meneruskan projek ini dengan meminjam sejumlah RM3 juta dari tiga buah syarikat tempatan. Paling mengejutkan adalah apabila pinjaman ini dibuat tanpa kelulusan pihak Lembaga Pengarahnya sendiri!

 

Sementara itu, Laporan Ketua Audit Negara telah juga membidas Perbadanan Menteri Besar Kedah kerana membayar sejumlah RM1,500 untuk pembaikan kotak agihan elektrik yang longgar di setiap unit dalam projek perumahan awam kos rendahnya. Memang tepat sekali! Pihak Kerajaan Persekutuan telah meluluskan harga tetap pada RM15.45 setiap unit. Perbezaan setiap unit dalam kes ini adalah berjumlah RM1,484.55.

 

Perbadanan Menteri Besar Kedah juga telah terlebih bayar (pada kadar 31 kali) untuk soket-soket tenaga di projek-projek perumahan awam kos rendahnya. Mereka telah membayar RM1,500 untuk setiap unit walaupun harga pasaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah hanya RM50.18 seunit.

 

Pengiraan mudah akan menunjukkan lebihan pembayaran sejumlah RM1,449.82 untuk setiap unit.

 

Selangor

 

Akhir sekali, kita lihat pula kepada Selangor. Skim Tabung Anak Wawasan Selangor (TAWAS) yang digembar-gemburkan tanpa henti akhirnya mati begitu sahaja apabila Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa skim ini tidak mendapat pembiayaan yang sepatutnya dan telah gagal menepati janji-janjinya. Janji untuk memberikan RM100 dalam bentuk simpanan tetap kepada setiap bayi baru lahir di negeri Selangor hanya kekal menjadi sebuah janji kosong.

 

Sejak penubuhannya pada tahun 2008, 19.4% (60,972) daripada 313,706 anak kelahiran Selangor telah memohon mendapatkan skim ini. Daripada 60,972 permohonan, hanya sebanyak 21,918 permohonan telah diluluskan.

 

Selangor telah memperuntukkan RM13.5 juta untuk TAWAS. Namun daripada jumlah ini, kira-kira RM4.5 juta adalah untuk kos operasi, manakala baki RM8 juta pula adalah jumlah sebenar untuk program ini.

 

Dalam sektor pendidikan, pihak kerajaan Selangor telah mengalami kerugian berjumlah RM39.69 juta dalam tahun 2010, dan RM13.56 juta melalui Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) iaitu syarikat yang menjalankan operasi UNISEL.

 

Ini adalah contoh-contoh kebocoran dan pembaziran dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Sekiranya anda membaca Laporan Ketua Audit Negara dengan lebih mendalam, anda akan menemui banyak lagi contoh-contoh sebegini.

 

Melangkah ke hadapan

 

Ketika Pilihanraya Umum Ke-13 semakin menghampiri kita, Pakatan Rakyat telah menguatkan lagi usaha mereka untuk menawan undi-undi di Sabah dan Sarawak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak akan menjadi pertaruhan mutlak untuk kedua-dua Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Maka tidak hairanlah bila Pakatan telah melancarkan misi untuk menyerang dan mengacau-bilaukan pentadbiran di kedua-dua negeri ini.

 

Malangnya, serangan ke atas prestasi Sabah dan Sarawak terbukti sia-sia apabila setiap tahun laporan Ketua Audit Negara menunjukkan kedua-dua negeri sering membawa prestasi yang baik dalam pengurusan kewangan dan polisi-polisi fiskalnya.

 

Dalam laporan terkini untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada sebuah negeri iaitu Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

 

Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

 

Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

 

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyembunyikan kebocoran dan pembaziran dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Memang tidak dapat dinafikan, wujud juga kebocoran dan pembaziran yang jelas dalam negeri-negeri Barisan.

 

Apa yang saya mahu jelaskan dengan menulis artikel ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa kebocoran dan pembaziran ini bukan hanya berlaku di negeri-negeri Barisan semata; kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadibran Pakatan Rakyat juga bertanggungjawab terhadap pembaziran yang turut berlaku di negeri mereka!

Let’s talk about the AG’s Report

Posted: 29 Oct 2012 01:08 AM PDT

Lo and behold! If you were to listen to what the opposition MPsaid in Parliament last week, you would think that the Auditor General's Report was centered mainly on the leakages and wastages in Barisan Nasional states.

 

But the truth is stranger than fiction – or so I have found out.

 

My attempt to level the playing field by speaking up against the mismanagement of Pakatan states was met with thunderous objection in the august house. No less than five opposition MPs stood up to prevent me from finishing my speech. All is well, for Hansard never lies. When chaos got the better of my words, I decided to pen down my analysis in the spirit of informing the public that life in Pakatanstates is not necessarily a bed of roses, too.

 

Kelantan

 

Let's take a look at the severe mismanagement of Program Ladang Rakyat by the Kelantan state government. Theprogram is not miniscule by any standards. It involved 19 projects in total, covering massive land area of 81,095 acres (one and a half times the size of Kuala Lumpur no less!).

 

The project was initially set to help the Kelantan poor by promising (for lack of better worda monthly dividend and salary of RM200 and RM700 respectively. On top of that, the project planned to provide free accommodation and tostimulate the local employment rate. Of course, promises are meant to be broken. All of these promises nevermaterialized. The poor who placed their hopes in this program are now still stuck in status quo.

 

When two projects under the program failed to meet theirtargetsthe Kelantan state government through Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan (PPLRK) - leased out the remaining 17 projects (total land involved is 76,780 acres) to 16 selected companies.

 

But as the AG's report so aptly pointed out, no specific committee had been set up to evaluate the ability or past performance of the 16 companies. Much worse was whenapparently, the 16 listed were actually suggested by noneother than the CEO of PPLRK himself! Ah, the joys of running you own empire must be intoxicating, I believe.

 

To compound the problem even further, audit analysis ofthe agreements with the 16 companies showed that the terms were lop-sided and were heavily stacked against the state government's interests.

 

For example, in the 20-year lease period, the companies areset to gain total net profit of RM1.6 billion. However, theywould only pay Kelantan state government RM421 million in lease payments. The estimated net profit of the 16companies is a staggering RM59 million a year for the next 20 years!

 

And who are the stakeholders behind Liziz Standaco Sdn.Bhd.? In yet another land controversy in Kelantan, the AG's report took the state government to task for offering 1,000 acres of land to Liziz Standaco in 2003This was supposed to be for a 12-year riverbank development and beautification project.

 

In consideration thereof, Liziz Standaco must return to the state government assets amounting to RM389.09 million.But as far as the AG's Report is concerned, the Kelantan state government has only received a paltry sum of RM45.7 million to date. The remaining RM343.4 million is still outstanding at the time this analysis is drafted.

 

Eyebrows were raised in concern when the AG's report also stated that Liziz Standaco had pledged 13.52 acres ofthe land in question as collateral to secure a RM75 millionloan. While it is not immediately clear whether Liziz Standaco had used part of the RM75 million's loan to pay the RM45.7 million to state government, it can in many ways suggest that the company is not in the best financial footing to navigate the project to the shore of success.

 

Kedah

 

Now, let's shift our focus to the northern state of Kedah. Incidentally, around the same time the controversial National Feedlot Corporation (NFC) started its cattlebusiness, a wholly owned entity of the Kedah state government, Kedah Corporation Berhad (KCB), entered into a mammoth joint-venture project with an Australia-based company to rear and import cattle from down under.KCB had paid RM1million to its partner of choice shortly after the agreement was signed. Unfortunately, the cattle project - which was mired in controversy from the get-go -never actually got off the ground.

 

Some might argue that KCB's RM1 million scandal is pale in comparison to that of NFC's that involved RM250 million. But I disagree. Wastage, by any other name, is still a wastage especially so for a small economy like Kedah.

 

If we still insist to go by figures and statistic, the RM1 million involved in this case tantamount to 0.10% of Kedah's 2011 state budget of RM1 billion. Taken in this perspective, we will also find that the 0.10% is at par with NFC's 0.11% wastage vis-à-vis RM230 billion of the federal budget.

 

KCB was also frowned upon when it made generous payments on two failed projects. The first involved thepayment of RM4.26 million to a company in Papua New Guinea for a palm oil project which subsequently failed. The second involved a payment of RM1.6 million to a consultant company to "arrange" USD44 million offshoreloan earmarked to fund the same Papua New Guinea'sinvestment.

 

Apart from failing to raise the USD44 million loan (whichhas since put the project in jeopardy), KCB marched aheadto borrow an additional RM3 million from five local companies. What's appalling is that the borrowing had been done without the approval from its own board!

 

Meanwhile the AG's Report has ticked off Perbadanan Menteri Besar Kedah for paying a whopping RM1,500 per unit for repair of loose electrical distribution board in low-cost public housing projects. And rightly so, too! The government approved market price is capped at only RM15.45 per unit. The difference per unit in this case is a staggering RM1,484.55.

 

The Perbadanan Menteri Besar Kedah had also overpaid(by 31 times) for power sockets in its low-cost public housing projects. They actually paid RM1,500 per unitwhen the government-approved market price is only RM50.18 per unit. Simple arithmetic will show that thisconstitutes an overpayment of RM1,449.82 per unit.

 

Selangor

 

Last but not least, Selangor. The buzz around the overhyped Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) died an untimely death when the AG's report pointed out that the scheme was woefully underfunded and had failed to live up to its promise. The promise to give RM100 in form of Simpanan Tetap for every Selangor-born will remain as just another unfulfilled promise.

 

Since its inception in 2008, 19.4% (60,972) of 313,706 of those who were born in Selangor had applied for the scheme. Out of the 60,972 applications, only 21,918 have been approved.

 

Selangor has allocated RM13.5 million for TAWAS. But out of that amount, about RM4.5 million was meant for operational costs, setting aside only RM8 million for the actual program itself.

 

In education sector, Selangor government had incurred losses of RM39.69 million in 2010, and RM13.56 millionthrough Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) – the organ that operates UNISEL.

 

These are only examples of leakages and wastages inPakatan states. If you read the AG's Report withmicroscopic view, you would find much more examples of the same nature.

 

 

The road ahead

 

As the 13th General Election approaches, Pakatan Rakyat has intensified its drive to capture votes in Sabah and Sarawak. It goes without saying that the 56 parliamentary seats in Sabah and Sawarak will be the knight of hope to both Putrajaya's incumbents and aspirants. So, Pakatan has launched a mission to attack and undermine the administration of the two states.

 

Ironically, the attack on the performance of Sabah and Sarawak has proved to be hollow year after year when the AG's report keeps giving both states top marks in state finance management and fiscal policies.

 

In its latest report for 2011, the Auditor General accorded the highest commendation ("sangat baik") to only one state: Sarawak. Meanwhile, Sabah has maintained the second best status of "baik" from previous years.

 

The 2011 Consolidated Fund accounts of Sarawak and Sabah governments are the highest among all states at RM18.5 billion and RM2.66 billion respectively. Selangor, on the other hand, is at third place with RM1.94 billionwhile Penang is at fourth place with RM1.13 billion.

 

If we look at 2011 state revenue statistics, Sarawak hastopped the list with RM6.6 billion, followed by Sabah at second place with RM4.4 billion. Selangor was at fourth place (RM1.6 billion) and Penang was at seventh position (RM602 million).

 

This article is not intended to purposely exclude wastages and leakages in Barisan-held states. There are some pretty glaring examples of wastages and leakages in Barisan states, too. But what I intended to do by writing this article was to inform the public that leakages and wastages are not confined only to BN states; PR state governments are equally guilty of the same charge!

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian