Puteri Bahagian Segambut |
Terima Kasih PM @NajibRazak Untuk Elaun Persekolahan #bajet2013 @umbkl Posted: 30 Sep 2012 09:15 AM PDT Bajet 2013 telahpun diumumkan Jumaat lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Tahun lalu, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukkan iaitu RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Bertemakan ''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan. Najib yang juga Menteri Kewangan menggariskan lima fokus utama iaitu :- a). merangsang aktiviti pelaburan; b). memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi, c). meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal d). mempercekap penyampaian perkhidmatan awam e). mensejahterakan rakyat. Ramai pihak yang tersenyum dengan bajet yang dibentangkan. Tak kurang jugak yang komplen sana komplen sini pasal bajet. Pada pendapat SP bajet kali ini adalah bajet yang mengambilkira keperluan semua peringkat masyarakat daripada golongan pelajar hinggalah keperluan warga emas. Betapa prihatinnya kerajaan Malaysia terhadap keperluan rakyat. Pada bajet 2011 kerajaan telah meluluskan sebanyak RM530 juta untuk pemberian Bantuan Persekolahan bernilai RM100 bagi sesi persekolahan 2012. Bajet kali ini juga memperlihatkan keprihatinan kerajaan apabila sekali lagi telah bermurah hati untuk memberikan Bantuan Persekolahan bernilai RM100 yang memberi manfaat kepada seramai 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira latarbelakang ekonomi keluarga. Bermakna golongan berkemampuan atau yang terlebih berkemampuan pun dapat juga. Mungkin ada yang beranggapan bantuan RM100 yang diberikan itu sedikit. Kalau rasa sedikit dan taknak ambil pun takpe. Sedekah je kat tabung sekolah dapat jugak pahala. Tapi sebenarnya bantuan rm100 itu amatlah besar maknanya kepada ibu bapa yang mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai. Cuba bayangkan jika 1 keluarga ada 5 orang anak yang bersekolah dan kesemua anak-anak itu adalah layak mendapat bantuan persekolahan rm100 bermakna 1 keluarga dah mendapat rm500 cuma janganlah pulak nanti ibu bapa gelap mata bila dah dapat duit di tangan. Haruslah beringat duit itu gunanya adalah untuk membiayai keperluan persekolahan anak-anak dan bukannya untuk kegunaan peribadi ibu bapa. Jom layan video bawah ni |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan