PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- PRA PRU 13 : UMNO JASIN MASIH "LENA"!
- INFO PERLEMBAGAAN...
- FAKTOR PERSEPSI YANG MEMENANGKAN PEMBANGKANG.
- SETAKAT MANA PERLEMBAGAAN DI HAYATI ?
- ORANG UMNO TERMAKAN "UMPAN" PEMBANGKANG!
- SIAPA PULA DI BELAKANG SUARAM @ SUARA HARAM?
PRA PRU 13 : UMNO JASIN MASIH "LENA"! Posted: 12 Sep 2012 06:45 AM PDT JENTERA PILIHANRAYA DAN PDM TERUS DIBUAI MIMPI INDAH. CAKAP-CAKAP mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) makin rancak sekarang. Sana sini orang memperkatakan mengenai bila tarikhnya. Malah ramai pula yang muncul sebagai tukang tilik tidak rasmi dalam menentukan masa yang sesuai untuk pilihan raya. Setakat ini semua ramalan tukang tilik (ahlul nujum) masih lagi belum menampakkan kepastiannya. Lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri seolah-olah telah memberikan bayangan ia bakal diadakan pada hujung tahun ini. Betulkah ia akan berlangsung pada Disember seperti mana yang diyakini ramai orang? Atau kemungkinan tahun depan? Sebelum ini pun banyak sudah ramalan dan telahan dibuat. Tetapi semuanya tidak menjadi realiti. Hingga kini tarikh tersebut terus menjadi misteri. Ada yang mengatakan ia akan diadakan pada Mac. Tetapi apabila Mac tiba dan Parlimen tetap tidak dibubarkan, ia dikatakan Julai pula. Apabila Julai juga tidak menjadi kenyataan, maka September pula dikatakan bakal dijadikan medan untuk memilih kerajaan baru. Tetapi kini September sudah separuh bulan dan baru-baru ini Perdana Menteri memberi bayangan baru iaitu kemungkinan hujung tahun. Walaupun tarikh PRU-13 itu masih lagi menjadi teka-teki, namun parti-parti politik yang akan bertanding telah membuat pelbagai persiapan. Di sesetengah tempat, sudah ada perang sepanduk dan bendera seolah-olah musim pilihan raya sudah tiba. Jika dilihat dalam Parlimen Jasin sendiri dengan 5 DUNnya, kelihatan PR terutamanya PAS lebih meriah jika hendak dibandingkan dengan BN. Entah mengapa agaknya persediaan kali ini agak perlahan. Mungkin YB sedia ada belum ada kepastian sama ada tercalon atau tidak. Jika ini dijadikan alasan belum beroperasinya bilik gerakan PDM ternyata ianya satu alasan yang tidak boleh diterima sama sekali. Tercalon atau tidak, parti kena menang. Dari tinjauan yang dilakukan hanya DUN Bemban sahaja yang telah bermula, itu pun atas kapisiti komponen iaitu MCA. Tahniah diucapkan. Jika hendak menang 2/3 maka kaedah kerja pun kenalah melebihi dari 2/3 Bagi Barisan Nasional (BN) tugas yang menanti mereka pada pilihan raya kali ini dikatakan cukup berat. Selain mahu memulihkan tsunami yang melanda pada 2008, asakan demi asakan yang dilakukan oleh lawan pada kali ini memerlukan jentera pilihan rayanya benar-benar bersedia. Ada tiga keutamaan dalam amanat Perdana Menteri untuk PRU-13 iaitu mempertahankan Putrajaya, merampas kembali Selangor dan mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen yang hilang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12). Sudah tentu amanat ini bukan ringan. Sebab itu jentera parti tidak mempunyai pilihan selain bertungkuslumus menggerakkan setiap agenda dan rangka kerja bagi mendekati pengundi. Saingan yang diterima pula bukan calang-calang yang mana ia perlu ditangkis dengan teliti dan berkesan. Sepatutnya, ketika ini data mengenai pengundi di sesuatu kawasan sudah dalam dalam tangan pemimpin di setiap kawasan dan daerah. Mereka sepatutnya sudah tahu siapa pengundi lama dan mana pula pengundi baru. Dari situ boleh disusun gerak kerja dan kempen yang sesuai untuk mendekati kumpulan sasar. Dalam keadaan banyak kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara dimenangi BN pada PRU-13 dengan majoriti yang sangat kecil, pertambahan pengundi baru boleh menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan. Ini kerana tiada siapa tahu ke mana kecenderungan mereka. Adakah mereka penyokong BN atau pengikut pakatan rakyat? Misalnya, dalam satu kawasan Parlimen di Selangor, jumlah pengundi baru yang direkodkan ialah hampir 20,000 orang. Di seluruh Selangor sendiri dikatakan ada hampir 800,000 pengundi yang akan mengundi buat pertama kali dalam PRU-13. Siapa yang akan diundi oleh golongan ini pasti menjadi tanda tanya? Berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat, maka mana-mana parti yang terlebih dahulu mendekati dan menawan hati golongan pengundi ini sudah tentu akan memiliki kelebihan pada PRU-13. Sebab itu jentera BN perlu bekerja keras terutama untuk memastikan kehadiran pengundi baru memberi kelebihan kepada BN. Tetapi malangnya sumber memberitahu ketika PRU-13 makin hangat diperkatakan, terdapat jentera BN di kawasan dan negeri tertentu yang seolah-olah tidak ada rasa apa-apa. Mereka masih lagi hanyut dibuai mimpi silam. Dalam BN itu sendiri ada banyak parti komponen. Jadi, setiap satu daripadanya perlu memainkan peranan. Setiap entiti yang ada dalam parti seperti pemuda dan wanita perlu digerakkan ke tahap maksimum. Ketika ini tidak ada lagi istilah santai atau penilaian rambang. Setiap analisis mesti tepat supaya datanya boleh digunakan untuk membantu parti dalam merangka strategi. Disebabkan jumlah pengundi yang mengundi buat pertama kali pada PRU-13 cukup ramai, maka strategi lama juga tidak lagi sesuai diguna pakai. Jentera parti perlu menggerakkan mekanisme baru dan perlu lebih kreatif serta responsif dalam menjalankan gerak kerja. Mereka juga tidak lagi boleh menumpukan kepada kawasan tradisi semata-mata. Jangan hanya asyik tertumpu di kawasan yang mereka rasa selesa dan kawasan yang sudah dianggap sebagai kubu kuat. Jika mahukan kemenangan dan mengekalkan Putrajaya, jentera BN kena tumpu pada kawasan-kawasan baru terutama yang ada ramai pengundi yang akan mengundi untuk pertama kali. Sebab itu kena ada pendekatan makro dan mikro terutamanya jentera di peringkat pusat daerah mengundi. Mereka merupakan jentera yang paling dekat dengan akar umbi dan yang bakal menentukan kemenangan kepada parti. Keadaan boleh dianggap sebagai kritikal sekarang terutama di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang dimenangi pakatan pembangkang pada PRU-12. Tanpa usaha keras dan terancang, BN bakal berhadapan dengan laluan sukar untuk mengembalikan sokongan di negeri-negeri terbabit. Jika jentera BN tidak benar-benar bersedia amanat Perdana Menteri untuk mengekalkan Putrajaya, menawan kembali Selangor dan mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen bakal berhadapan dengan laluan getir. Perdana Menteri sendiri sudah merintis jalan melalui pelbagai siri lawatan ke seluruh selain melaksanakan pelbagai pakej untuk meringan beban rakyat. Kini para pemimpin peringkat akar umbi kena memastikan jentera parti telah bergerak untuk menyusuli jalan yang telah dirintis Perdana Menteri itu. Bagi yang bercita-cita menjadi calon, mereka sepatutnya telah mengenal pasti siapa bakal pengundi mereka. Pada masa ini mereka yang teringin menjadi calon, yang rasa layak dan bakal terpilih sebagai calon sepatutnya sudah tahu pola dan kecenderungan pengundi di kawasan mereka. Jangan hanya duduk menunggu nama diumumkan. Buat kerja dan rintis jalan untuk menuju kemenangan. Mungkin sebenarnya ketika ini Perdana Menteri menunggu supaya jentera BN benar-benar bersedia sebelum PRU-13 diumumkan? | ||
Posted: 12 Sep 2012 06:31 AM PDT Perlembagaan ikut makna dulu atau sekarangPerlembagaan Persekutuan adalah di antara undang-undang negara yang pendek berbanding dengan undang-undang lain. Ia hanya melibatkan 183 Fasal berbanding dengan undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan, Undang-undang Tanah atau Syarikat yang mempunyai beratus-ratus peruntukan. Namun, Perlembagaan Persekutuan, walaupun pendek, amat sukar untuk difahami berbanding dengan undang-undang lain. Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu dokumen biasa kerana ia menentukan bagaimana hubungan di antara negara dan rakyat, pemerintah dan rakyat, perlu dibuat. Ia bukan sahaja merupakan satu dokumen undang-undang malah saya berpendapat ia merupakan satu dokumen politik yang amat penting untuk difahami. Dan, dokumen ini perlu difahami seiring dengan perkembangan politik semasa. Dalam menghadam intipati Perlembagaan Persekutuan, penentuan terhadap makna asal merupakan satu pendekatan yang sering digunakan. Terma `makna asal' ini bukan perkara yang baru. Secara perbandingan, kita boleh lihat kaedah pengkajian ini seperti kita mencari asbabul nuzul atau sebab di sebalik turunnya sesuatu ayat dalam kaedah memahami tafsir al-Quran. Oleh itu, pengkajian seperti ini bukan dimensi baru pentafsiran undang-undang, malah kaedah yang sedia ada dan sangat perlu dalam meneliti fasal-fasal yang termaktub. Hal ini bermakna, pengikut mazhab undang-undang makna asal akan mencari bukti-bukti sejarah yang dapat menzahirkan niat penggubal Perlembagaan tersebut. Penggubal yang dimaksudkan di sini ialah Suruhanjaya Reid. Manakala mazhab yang kedua pula ialah mereka yang melihat Perlembagaan sebagai satu dokumen yang hidup melalui zaman. Pengalaman politik yang dilalui oleh sesuatu negara akan mempengaruhi penafsiran Perlembagaan tersebut. Fahaman seperti ini tidak bergantung kepada sejarah semata-mata tetapi keperluan semasa. Kedua-dua pendekatan tersebut mempunyai justifikasi undang-undang yang tersendiri. Pencarian makna Perlembagaan menjadi masalah apabila kita berdepan mauduk-mauduk yang fundamental seperti peruntukan berkaitan dengan kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan peruntukan-peruntukan yang mempunyai hubung kait dengan agama dan bangsa. Perlu ditekankan bahawa masalahnya bukan mauduk yang ada. Tetapi kerana ia berkaitan dengan unsur-unsur emotif dan sensitif yang tidak dapat tidak akan mengundang pelbagai pendapat yang berbeza. Contoh paling mudah adalah isu sama ada Malaysia negara Islam atau sekular. Debat seperti ini memang terlalu banyak pendapatnya. Bermula daripada deklarasi bahawa Malaysia ini adalah negara sekular oleh Tunku Abdul Rahman sehingga kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sedikit masa lalu bahawa Malaysia adalah negara Islam. Tidak kurang juga wujud pendapat bahawa tidak wujud negara Islam dan tidak ada yang menepati definisinya, apatah lagi jika dikaji Perlembagaan Persekutuan yang digubal Suruhanjaya yang condong kepada undang-undang Inggeris. Terdapat juga kes-kes yang mengguna pakai kes Ramah lwn Laton yang mengatakan Islam adalah lex loci atau undang-undang negara ini. Namun mana-mana pengamal undang-undang akan bersetuju yang debat isu ini belum selesai lagi kerana pada hakikatnya, penafsiran isu ini amat bergantung kepada keadaan sosiopolitik semasa dan bukan `makna asal' semata-mata. Zaman baru pasca merdeka melihat rakyat secara umumnya `menerima' fahaman bahawa negara ini negara sekular. Tetapi, setelah gelombang gerakan Islam menular dalam aliran politik semasa, kita lihat banyak pihak termasuk pemerintah sendiri yang mendebatkan negara Islam dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah contoh jelas perubahan fahaman dan tafsiran mengikut perkembangan semasa. Acap kali diketepikan, Perlembagaan sepatutnya dijadikan pusat rujukan dalam pengeluaran sesuatu polisi. Sama ada sebagai alat justifikasi atau untuk diperiksa pengesahannya. Secara teorinya, Perlembagaan adalah undang-undang paling tinggi negara. Maka tiada undang-undang lain yang dibenarkan untuk digubal sekiranya bercanggah dengan undang-undang paling tinggi ini. Maka tidak hairan jika hujah ultra vires itu sering dicanangkan jika ternampak sesuatu undang-undang yang menyanggah peruntukan Perlembagaan. Misalnya, jika kita telah dijanjikan hak untuk bersuara, maka apa-apa yang menghalang hak itu boleh dihujahkan sebagai melanggar atau ultra-vires dengan Perlembagaan. Percanggahan itu pula ada bersifat terang-terangan menyanggahi peruntukan. Ada pula percanggahan yang dihujahkan menyanggahi `semangat' Perlembagaan. Di sini pentingnya mazhab `makna asal' itu terpakai. Maka untuk mengenali semangat, kita lihat dan kaji nawaitu pihak yang menyuntik semangat asal itu. Pada hemat saya, sekadar menyelongkar niat Suruhanjaya Reid yang rata-ratanya condong kepada falsafah perundangan Inggeris semata-mata tidak memadai. Perlembagaan adalah dokumen penting yang perlu memastikan yang ia relevan dengan rakyat. Paling penting lagi, perlu kita ingat bahawa ia bukan undang-undang kamil atau tidak boleh diubah. Malah, undang-undang ini telah pun melalui beberapa peringkat penting perubahan dengan pindaan-pindaan yang boleh kita kata mengubah niat orang-orang terdahulu. Perubahan negara dari segi sosial dan politik perlu menjadi rujukan juga dalam menghargai peruntukan yang ada. Jika sesuatu undang-undang itu dimasukkan untuk membendung ancaman komunis misalnya, kita boleh sifatkan ia sudah lapuk sekarang. Undang-undang adalah kaedah menyusun masyarakat. Maka relevan atau tidak undang-undang itu bergantung kepada bagaimana `hidupnya' ia. Hakikatnya, Perlembagaan juga mempunyai roh yang hidup dan perlu difahami secara menyeluruh mengikut perkembangan negara. Fahaman seperti ini adalah fahaman yang demokratik. Selagi kita sebuah negara demokrasi, maka suara-suara yang ada perlu dikumpulkan dan didengar, bukan lagi suara Tuan Reid yang sudah lama kita kuburkan. | ||
FAKTOR PERSEPSI YANG MEMENANGKAN PEMBANGKANG. Posted: 12 Sep 2012 06:17 AM PDT Siapa sebenarnya penjahat?SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya mencermin diri dan parti itu terlebih dahulu sebelum dengan mudah menyamakan Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah. Sebenarnya, tiada apa yang perlu dirisaukan dengan kenyataan Guan Eng itu kerana kalau dikaji, orang ramai boleh menilai siapa sebenarnya seperti penjahat. Jika Guan Eng menuduh Utusan Malaysia bersikap perkauman, bagaimana dengan parti DAP itu sendiri, apakah selama ini mereka tidak bersikap perkauman? Bagaimana dengan tindakan mereka ketika pilihan raya umum lalu yang berkempen bahawa kalau mengundi Gerakan dan MCA di Pulau Pinang ia sama seperti memberi kuasa kepada UMNO. Apakah bukan satu tindakan seperti penjahat, apabila berkuasa sahaja Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng melarang akhbar Utusan Malaysia dan sebuah lagi akhbar arus perdana daripada menghadiri acara-acara kerajaan negeri? Tidakkah tindakan tersebut boleh dianggap seperti penjahat kerana menghalang kebebasan media sedangkan Guan Eng dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkanglah yang begitu beria-ia bercakap soal kebebasan tersebut. Kalau Guan Eng berfikiran terbuka sudah tentulah, beliau tidak akan menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Malah tindakan yang sama juga berlaku apabila pembangkang menguasai Perak selama 11 bulan. Sepanjang tempoh itu, DAP bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menghalang akhbar ini menghadiri majlis Kerajaan Negeri Perak. Apakah boleh diterima apabila Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang dari parti itu, Koid Teng Guan yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas memperlekeh dan menghina Barisan Nasional (BN) ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sedang rancak berjalan, baru-baru ini. Tidakkah perbuatan Teng Guan boleh menyinggung perasaan orang apabila dalam SMS yang ditulis dalam bahasa Cina, dia menyeru rakyat Pulau Pinang untuk 'kebumikan' BN dan bersembahyang untuk roh mereka pada perayaan 'Qing Ming'. Walaupun Teng Guan sudah memohon maaf tetapi adakah Guan Eng yang ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abd. Aziz membiarkan sahaja wakil rakyat seumpama itu? Apakah seseorang itu tidak boleh disamakan seperti penjahat apabila sebagai seorang yang berkuasa dalam sesebuah parti membiarkan sahaja ahli-ahlinya melakukan perbuatan biadap memijak gambar-gambar wakil rakyat yang mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat Bebas di Perak. Penulis hanya mengambil beberapa contoh bagi menunjukkan bagaimana Guan Eng tidak layak untuk sewenang-wenangnya menyamakan mana-mana pihak termasuk akhbar ini seperti penjahat. Hakikatnya, Guan Eng harus mengaku sahaja bahawa beliau sebenarnya bimbang dengan laporan-laporan akhbar seperti Utusan Malaysia yang boleh membuatkan rakyat mengetahui fakta sebenarnya. Kalau hendak bercakap soal perkauman, Guan Eng sepatutnya mengkaji dahulu laporan-laporan akhbar Cina, apakah mereka itu tidak perkauman? Adakah kerana memperjuangkan nasib sesuatu kaum itu apatah lagi yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara dianggap perkauman? Bagaimana pula dengan akhbar-akhbar Tamil yang turut memaparkan masalah masyarakat India, adakah itu tidak perkauman? Menuduh sesuatu media mengamalkan perkauman adalah taktik yang acap kali digunakan oleh parti pembangkang bagi mengelakkan rakyat terus membaca akhbar-akhbar arus perdana yang hanya menyiarkan kebenaran dan fakta sebenar berhubung sesuatu perkara serta mendedahkan dakyah pembangkang. Oleh itu, istilah perkauman dan fitnah yang digunakan oleh Guan Eng boleh dipertikaikan kerana sasaran serangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya kepada Utusan Malaysia bukannya akhbar-akhbar berbahasa Cina atau Tamil. Kalau Guan Eng berniat baik hendak menasihatkan orang supaya 'menjauhi penjahat', maka beliau juga harus bersedia bersikap baik bagi memperbetulkan semula kenyataannya berhubung perkara itu. Ia memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah menafikan bahawa beliau hanya menegur Utusan Malaysia berkenaan isu perkauman, sebaliknya peringatan supaya menjaga sensitiviti kaum itu ditujukan kepada semua pengamal media di negara itu. Bukankah kenyataan bahawa Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi dibuat bagi mengulas kenyataan Nazri yang terdahulu? Seperkara lagi, tidak perlulah Guan Eng berfikiran dangkal apabila mendakwa tindakan akhbar ini telah mempengaruhi media massa lain sehingga sesetengah blog kini turut menyebarkan berita dan artikel berunsur fitnah. Inilah sikap yang bak kata orang, 'gajah di seberang nampak, kuman di depan mata tidak nampak'. Guan Eng harus lebih banyak menghabiskan masa untuk mengkaji blog- blog. Melalui tindakan itu beliau akan mendapati berapa banyak blog pro pembangkang yang menyebarkan fitnah kepada kerajaan dan media arus perdana. Tetapi malangnya Guan Eng mungkin tidak akan berbuat demikian kerana beliau tahu terdapat banyak blog dan media baru yang bukan sahaja menyokong DAP serta parti pembangkang tetapi lebih banyak menyiarkan artikel-artikel bersikap perkauman. Berdasarkan hujah itu, seruan Guan Eng supaya akhbar ini lebih bertanggungjawab kerana laporan yang dibuat boleh merosakkan perpaduan negara tidak perlu dilayan. Biarlah Guan Eng fikirkan sendiri wajar atau tidak kenyataan sedemikian, sedangkan pada masa yang sama lebih banyak media lain yang dilihat bersikap perkauman. Apa pun hujahnya, demikianlah sikap pemimpin-pemimpin DAP dan parti pembangkang. Mereka lebih suka mencari salah orang lain daripada mengkaji kelemahan diri sendiri. Bagi pemimpin seperti Guan Eng dalam apa juga hal hanya mereka sahaja yang betul, mereka sahaja tidak perkauman dan mereka sahaja bercakap benar. Tetapi Guan Eng tidak harus lupa banyak tindak-tanduk DAP sama ada di peringkat pusat mahupun di Pulau Pinang boleh membuka laluan untuk mana-mana pihak (termasuk dalam blog-blog dan ahli politik) untuk menyamakan parti itu ''seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.'' Sama ada persepsi itu benar atau tidak, ia soal kedua memandangkan persepsilah yang memungkinkan parti pembangkang memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu termasuk di Pulau Pinang. | ||
SETAKAT MANA PERLEMBAGAAN DI HAYATI ? Posted: 12 Sep 2012 06:04 AM PDT Hargai roh PerlembagaanPERIHAL Perlembagaan dan peruntukan-peruntukan istimewa untuk orang Melayu yang terkandung di dalamnya sering menjadi perhatian. Selepas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac dua tahun lalu, ketetapan yang disepakati dalam 'kitab keramat' itu semakin hangat diperkatakan. Intipati Perlembagaan dipandang dan dibincangkan dari pelbagai sudut. Orang Melayu bercakap mengenai kedudukan dan keistimewaan mereka di sisi Perlembagaan. Orang bukan Melayu mahu diberikan perkara-perkara yang 'difahami' sebagai hak mereka yang turut membayar cukai di negara ini. Turut dibahaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang ditakrif melangkaui apa yang diperincikan oleh Suruhanjaya Reid. Islam yang menjadi agama rasmi negara ini tidak dilihat sedemikian oleh bijak pandai perundangan. Maka ditimbulkan pula konflik Islam dan undang-undang Islam termasuk hudud dan qisas. Malaysia juga dilihat oleh bijak pandai itu sebagai bukan negara Islam berdasarkan fahaman bahawa Islam bukan agama Persekutuan. Maka dilaungkan Malaysia adalah negara sekular. Muncul juga kumpulan yang mahu mewujudkan perlembagaan baru, kononnya peruntukan yang digubal kelak lebih sama rata. Tidak diketahui sejauh mana kesamarataan yang terkandung di dalam agenda perlembagaan kumpulan tersebut. Lebih menarik lagi perihal yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia turut menarik perhatian pemimpin negara jiran yang satu ketika dulu pernah bernaung di bahawa Malaya. Selepas 47 tahun keluar dari Malaya, pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew mendakwa Malaysia sebuah negara yang tidak adil dan menyisihkan kaum-kaum lain. Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar turut menyorot peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan berkaitan keistimewaan orang Melayu. Menurut beliau, keadaan tidak sama rata timbul apabila pemimpin Melayu membuka pintu dengan memberikan kerakyatan segera kepada masyarakat bukan Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan. "Sekelip mata saja golongan bukan Melayu diberikan kerakyatan. Ini merubah peta demografi. Jadi, masyarakat Melayu sebagai tuan rumah yang membuka pintu kerakyatan negara kepada kaum bukan Melayu mahu memelihara kedudukan dan kepentingan mereka terutamanya dari segi pendidikan, pekerjaan dan pemilikan harta. "Ini bagi memastikan orang Melayu tidak kehilangan atau kerugian apabila bersikap pemurah dengan pemberian kerakyatan berkenaan. Terma warganegara yang diberikan di Malaysia juga agak luar biasa," jelas beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just). Bilakah perihal Perlembagaan terutama berkaitan peruntukan berkait dengan orang Melayu seperti Perkara 153 berhenti diperkatakan? Atau perlukah peruntukan baru ditambah di dalam Perlembagaan untuk menghentikan polemik mengenainya. Profesor Abdul Aziz Bari ketika diajukan persoalan tersebut berkata, sama ada peruntukan baru perlu ditambah atau tidak bukan isu kerana semua orang atau pihak ada perkara dan peruntukan yang mereka tidak puas hati. ''Dan mungkin ada yang mahukan perlembagaan ini, atas apa alasan, dibuang terus dan diganti dengan yang lain. Kesimpulannya buat yang baru akan menimbulkan masalah dan dengan itu semua pihak kena menerima apa yang ada dan cuba berkompromi,'' katanya. Sempurna Mengenai sama ada Perlembagaan negara telah sempurna, pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menegaskan, sebagai dokumen buatan manusia ia sememangnya tidak sempurna. Bagaimanapun tidak bermakna bahawa perlembagaan yang ada tidak sempurna atau cacat, katanya. Seperkara yang ditegaskan oleh Abdul Aziz ketika ditanya mengenai hak bukan Melayu yang dikatakan pihak tertentu sebagai disisihkan adalah Perlembagaan sudah menyatakan bahawa ia tidak harus menafikan hak bukan Melayu dan persoalan itu sepatutnya sudah selesai. ''Perlu ingat bahawa Suruhanjaya Reid hanya beri 15 tahun. Sekarang sudah lebih 50 tahun. Kalau diteruskan ekonomi negara akan hancur dan orang Melayu yang paling parah. Orang lain punya kekuatan untuk bersaing di luar negara,'' katanya. Persoalan yang sering dibangkitkan berkaitan peruntukan istimewa seolah-olah mahu mengatakan bahawa orang Melayu tidak perlu bekerja keras dan tidak perlu ada merit untuk mereka berjaya dalam sesuatu bidang. Bagi Abdul Aziz, dakwaan seperti itu juga tidak timbul kerana tindakan afirmatif di mana-mana pun bertujuan membetulkan kepincangan; khususnya yang berpunca dari sejarah dan kesilapan lampau. Bukan memberi kelebihan. Menoleh ke belakang, beliau menyoal semula, mengapa baru tahun-tahun kebelakangan ini perihal Perlembagaan dan hak istimewa orang Melayu beria-ia dibangkitkan. Juga mengapa pula kaum-kaum lain semakin kerap melaungkan pelbagai hak yang dikatakan juga menjadi hak mereka. Secara berterus-terang beliau mengaitkannya dengan kemerosotan prestasi parti induk Melayu dalam pilihan raya umum lalu yang membawa kepada kebimbangan kedudukan orang Melayu akan terjejas. Sedangkan beberapa perkara yang berkait rapat dengan Melayu seperti kepentingan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak begitu dipertahankan sebelum daripada tempoh tersebut. Katanya, tindakan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan Perlembagaan itu sendiri mesti dilihat dalam konteks negara dan bernegara. Soal kenapa ia dikekalkan tak perlu dijawab. ''Yang penting Perlembagaan ini perlu dikekalkan kerana ia adalah tonggak pemerintahan; dokumen nilai dan jati diri negara. ''Sampai kiamat isu tak puas hati ini tak akan selesai dan kita perlu dewasa menerimanya. Ini berlaku di semua negara. Di Amerika Syarikat mereka terpaksa berperang untuk menyelesaikan isu sama rata dan perhambaan. Mahukah, dan mampukah kita berbuat begitu?'' soalnya. Persoalan lain yang diajukan adakah tanpa perlembagaan kesemua 'hak' orang Melayu akan terhapus biarpun ada tindakan bersepadu yang kemudiannya akan 'melayani' semua kaum atas prinsip kesamarataan. Katanya, apa yang tertera di dalam Perlembagaan bukan hak; ia sekadar kedudukan istimewa yang maksudnya kabur di sisi undang-undang. ''Kalau kita baca betul-betul Perkara 153(1) ia sebenarnya 'need-based' dan bukan 'race-based' dan inilah sebenarnya yang kita boleh simpulkan kalau kita fahami Perkara 153 dalam konteks asal; yakni Perjanjian 1948, Perlembagaan 1957 dan 1963 dan seterusnya perkembangan sehingga sekarang,'' katanya. Mengenai sejauh mana perlunya kesamarataan dalam negara seperti Malaysia, beliau berpendirian bahawa prinsip atau hak itu perlu ada di mana-mana; hatta dalam keluarga. ''Setakat mana? Itu kita tentukan mengikut keperluan dan keadaan semasa. Susah kita nak sebut macam mana,'' katanya. Apa yang pasti, memperkatakan tentang Perlembagaan dan peruntukan yang terkandung di dalamnya menuntut pemahaman, tolak ansur dan paling penting komitmen semua pihak untuk mengiyakan segala-gala yang telah diputuskan sejak negara mencapai kemerdekaan. Jika Perlembagaan menetapkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, maka serlahkanlah fakta bahawa Malaysia bukan negara sekular. Seperti mana terang dan jelas peruntukan yang menyebut bahawa bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dalam semua hal, maka usaha ke arah memartabatkan bahasa tersebut baik dalam sistem pendidikan, perundangan, ekonomi mahu pun kehidupan seharian mesti dilaksanakan secara serius. Apabila pihak-pihak yang sepatutnya menjaga 'kemuliaan kitab keramat' itu tidak bersungguh-sungguh menghargai segala keistimewaan yang telah ditawarkan, maka akan ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan setiap inci kelemahan untuk melaungkan tuntutan yang cuba dihalalkan atas nama pembayar cukai. Hakikatnya, orang Melayu tidak perlu gentar akan terhapusnya segala keistimewaan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, jika kerajaan sedia ada terbukti telah melakukan segala-galanya untuk memenuhi keperluan bangsa Melayu dan bukan Melayu. Sebaliknya, jika peruntukan sedia ada hanya murni di atas kertas dan tersorok di celah-celah lipatan sejarah, maka apa gunanya segala keistimewaan lantaran 'tuannya' sendiri tidak mahu memberi penghargaan. | ||
ORANG UMNO TERMAKAN "UMPAN" PEMBANGKANG! Posted: 12 Sep 2012 05:46 AM PDT Ada orang UMNO termakan taktik pembangkangPada awal tahun 2011 (di Pulai SPring, Johor Baru), PKR mengadakan satu kongres bagi mencari jalan bagaimana untuk mereka boleh mendapatkan sokongan orang-orang melayu serta taktik-taktik yang perlu digunakan untuk menjatuhkan BN. Antara perkara yang perlu mereka lakukan,
Selebihnya anda boleh lihat sebahagian minit yang dicatitkan dibawah sepanjang kongres itu berlangsung... Contoh orang UMNO termakan cakap pembangkang ada terjumpa di blog berikut: Selain dari Mimpi Senja, ada blog-blog UMNO lain atau blog pura-pura sokong UMNO yang dah main isu ini dari tahun 2009 lagi. . Babi-babi yang seronok mahu pecah belahkan mereka adalah si tua tak pernah kahwin dan hanya main pelacur, Tukar Tiub sini dan Rakyat Marhaen sini Blog Duke of UMNO sini ada menyangkal pandangan sedemikian. Percayalah kami ada sebab tertentu dari maklumat dari perjumpaan sulit Muhyiddin dengan beberapa pemimpin atasan UMNO di masa lepas bahawa dia tidak akan lawan Najib. Mutakhir ini, tak ramai blog pro UMNO yang menimbulkan isu Rosmah. Yang masih adalah seperti Paneh Miang, dan kadang-kadang Mummy Rokiah, Jelapang, Kedah Times dan lain-lain. Betul kita perlu panggil A spade is a spade, tetapi berapa kali cerita yang mereka anggap spademengenai Rosmah itu benar-benar spade. Adalah bila spade itu hanya hearts atau daun-daun lain, ianya diperjelaskan di blog mereka sebagai balance reporting atau pembetulan? Contohnya, blog pro UMNO membantu menggembur dari menjawab isu tuduhan penglibatan Rosmah membunuh Altantunya. Ini adalah isu yang lama disebarkan oleh budak-budak Tengku Razaleigh dalam UMNO. Kenapa tidak ramai blog yang mahu usaha cari kebanaran dan menyangkal pembohongan mengenai Rosmah yang hanya isteri Perdana Menteri yang tiada kausa diberikan oleh Parlimen tetapi macam-macam ceita karut keluar? Manakala perseturuan yang cuba direka antara Datin Rosmah dan Puan Sri Norainee tidak menjadi kerana mereka berkawan baik dalam BAKTI. Ketika Chong Wei bermain di perlawanan akhir badmintaon sigles di Olimpik London, kedua-dua mereka pergi bersama. Pendikkata, ia sedang berjalan dan ada ahli UMNO yang termakan permainan yang dirancang pembangkang Penceramah-penceramah mereka diminta untuk tumpukan kepada 3 perkara dalam setiap ceramah mereka. Tiga perkara itu dijadikan kerangka besar dan penceramah diminta huraikan tiap-tiap perkara itu tanpa lari jauh dari kerangka yang diberikan.
Dengar taklimat yang disampaikan oleh Sim Tze Tzin Strategi yang tepat dan fokus untuk mengambil peluang dari persepsi negatif yang ada mengenai UMNO. Persoalannya kenapa kita tidak fokus dan mengambil peluang betul dari persepsi negatif pembangkang? Adakah sebab banyak sangat taukeh, banyak sangat hero dan banyak sangat mengejar rating? Atau sebab pihak yang lebih atas dan berupaya tak ambil peduli? Atau di atas tak tahu tahu? Mesej yang lebih perlu disampaikan kepada rakyat adalah:
| ||
Posted: 11 Sep 2012 07:34 PM PDT 2900 AHLI PAS TEGAR NEKAD KELUAR PARTI KERANA MENDAKWA PAS SUDAH JAUH TERPESONG DAN PERALAT AHLINYA UNTUK WANG RINGGIT BERJUTASatu berita yang positif saya terima dari rakan yang mengatakan Rakyat kelantan telah sedar akan penipuan dan cubaan memesongkan akidah pengikut2 PAS di kawasan Parlimen Bachok kelmarin mencatat sejarah apabila 2,900 ahli dan beberapa pemimpin kanan Pas meninggalkan perjuangan parti itu dan beramai-ramai menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Borang kemasukan diserahkan wakil mereka, diketuai bekas Ketua Peti Undi Pas Kampung Sungai, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Peropok, Halim Omar, diikuti Ketua Peti Undi Pas Kampung Tepus (Jelawat), Mohd Noor Saamah, dan ahli Pas peti undi Kampung Cherang Laut (Tawang), Harun Yusof. Ketua Umno bahagian, Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Perdana, di sini. Dalam ucapannya, Harun, 35, berkata tindakan mereka menyertai Umno kerana tidak yakin lagi dengan pemimpin Pas yang banyak berdolak dalih dan membohongi rakyat. Pemimpin Pas banyak bersandiwara dan berselindung di sebalik agama bagi mengabui rakyat supaya menyokong perjuangan Islam Pas, kata beliau yang juga lulusan Usuluddin dan al-Quran dari Universiti Al-Azhar. Pas sebenarnya sebuah parti pembohong dan ulamanya memecah belahkan perpaduan umat Islam kerana pemimpin parti itu sendiri tidak memahami dengan mendalam agama, menyebabkan rakyat keliru. Saya berharap rakan dalam Pas insaf dan kembali ke pangkal jalan dengan menyokong Umno yang jelas melaksanakan tuntutan Islam, katanya. Halim, 52, yang juga bekas pegawai waran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata Pas gagal melaksanakan janjinya dan tidak mempedulikan masalah rakyat di negeri ini. Katanya, sikap pemimpin Pas sanggup mengambil tanah rakyat yang diterokai berpuluh tahun di Kampung Chica Bedil, Jeli, membuktikan parti itu menzalimi rakyat. Sementara itu, Mohd Noor, 61, berkata, kebanyakan pemimpin Pas membawa fahaman agama yang salah apabila mendakwa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Katanya, pemimpin Pas bijak bercakap tetapi gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat apabila mereka berebut-rebut mengumpul kekayaan. Beliau berkata, beliau dan pengikutnya keluar Pas bukan kerana kecewa, tetapi rasa insaf mengenai penyelewengan akidah pemimpin Pas dan berbohong kepada rakyat. | ||
SIAPA PULA DI BELAKANG SUARAM @ SUARA HARAM? Posted: 11 Sep 2012 04:49 PM PDT Suaram: Buru hingga ke lubang cacing, atau kita terkubur!SUARAM atau Suara Rakyat Malaysia adalah sebuah pertubuhan anti kerajaan Malaysia. Ia hanya anti kepada kerajaan yang diperintah oleh parti Barisan Nasional (BN) naungan UMNO. Misinya hanya akan tercapai (accomplished) sekiranya kerajaan Malaysia sekarang jatuh ke tangan pakatan pembangkang naungan DAP, yang bonekanya terdiri daripada pak lebai Pas dan PKR. Sudah lama Suaram ini bergerak. Sering membuat kacau, seolah-olah ia adalah badan hak asasi manusia. Tapi umum mengetahui, ia lebih bermotifkan politik haluan DAP. Itu semua orang tahu. Orang media semua sedar perkara itu. Kami juga tahu lama dulu, sejak zaman Reformasi dulu yang mereka ini bergerak atas dana asing. Dana-dana asing ini yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga bermotifkan politik. Mereka mahu menukar rejim kerajaan Malaysia sekarang. Pertukaran pemerintah itu dikenali sebagai Regime Change. Gelombang perubahan ini telah tercetus semasa krisis ekonomi dan bersekali krisis politik sekitar 1989 dan 1999. Ketika itu ekonomi dunia merudum. Ketika itu juga berlaku krisis politik di Malaysia, yang memperlihatkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Agenda besar (grand design) krisis politik ini sebenarnya cukup hebat. Semuanya sudah dirancang. Ikut perancangannya, Anwar sepatutnya menjadi PM Malaysia Ke-5, bukan Pak Lah. Pihak asing juga telah meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak yang dibela itu menjadi PM. Tapi Dr. Mahathir Mohamad bijak. Mungkin juga dia mendapat 'ilham' dari langit supaya memecat Anwar. Jika tidak dilakukan maka kuasa itu akan berjayalah menguasai tanah Melayu ini. Dalam rantau ini, hanya Malaysia yang belum dapat dikuasai secara total. Myanmar, sebuah negara kuku besi dan berdindingkan waja itu pun, menjadi negara terakhir yang berjaya dirongkainya. Singapura memanglah terlalu sekutu. Thailand walaupun tidak seteruk Singapura juga sekutu kuat. Filipina jangan cakaplah. Indonesia sudah berjaya 'ditakluki' ekoran kejatuhan Suharto dulu. Suharto dijatuhkan kerana dipaksa menerima pinjaman IMF untuk menyelamatkan ekonomi negara itu. Harga minyak tiba-tiba naik melambung sehingga rakyat memberontak. Anwar cuba cadangkan Malaysia juga ambil pinjaman IMF, tapi Dr. Mahathir tolak. Ketika Pak Harto dijatuhkan, Dr. Mahathir selamatkan Malaysia. Vietnam, Laos, Kemboja dan lain-lain tidak begitu strategik bagi kuasa asing itu. Perlu diingat Malaysia pernah menjadi anak harimau kuasa ekonomi Asia dan negara ini dianugerahkan Allah Taala dengan kemakmuran semula jadi. Ia juga dikelilingi dengan kawasan maritim yang strategik. Selagi kerajaan BN, dinaungi UMNO ini belum dapat dijatuhkan, maka selagi itulah kuasa asing dan sekutu kuatnya tidak berpuas hati. DAP jika berjaya menguasai negara ini kelak, berjanji akan melaksanakan dasar sama-rata seperti mana yang diamalkan oleh Republik Singapura. Tapi sayang di republik itu seorang Melayu pun tidak berada di posisi terpenting dan strategik, misalnya pertahanan dan lain-lain. Difahamkan waima juruterbang pun payah mahu dilantik. Mungkin juga orang Melayu Singapura memang tidak layak dari segi meritokrasi? Dasar sama-rata atau Malaysia Malaysian itu ialah matlamat paling tinggi yang telah diletakkan DAP. Mereka sedang menunggu detik-detiknya sahaja. Buku Jingga, yang dicanang oleh Anwar itu hanyalah kacang putih. DAP, sebenarnya tak peduli pun buku itu. Suaram atau Suara Rakyat, yang hanya mewakili suara jahat rakyat, telah ditempatkan secara strategik untuk menggerakkan strategi-strategi itu. Namun, kita ucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob, walaupun sedikit terlewat, namun, pendedahan demi pendedahan beliau mengenai tindak-tanduk Suaram sekurang-kurang melegakan keseluruhan rakyat. Rakyat sudah bosan dengan tindak-tanduk Suaram dan NGO-NGO tajaan kuasa asing itu. Tindak-tanduk subversif mereka cukup berbahaya. Sepatutnya pihak berkuasa sudah membanteras mereka awal-awal lagi. Tapi ia tidak berlaku. Kita tertanya-tanya apakah Kerajaan Singapura akan membenarkan pergerakan yang serupa seperti Suaram ini bergerak di negaranya? Jawapannya kita sudah boleh agak. Kerajaan Malaysia selama ini terlalu berlembut. Portal-portal berita yang ditaja melalui dana-dana asing juga dibenarkan beroperasi, walaupun kesemua analisisnya mengutuk atau berpaksikan pembangkang dan anti pemerintah. Ia masih dibenarkan beroperasi, malah portal-portal itu kadang-kala dianggap seperti media arus perdana pula. Itulah dasar toleransi kita, yang sedikit demi sedikit amalan baik itu memakan diri sendiri. Marilah kita mendesak kerajaan bertindak segera. Selepas pilihan raya ini, jika kerajaan Putrajaya masih memerintah, laksanakan segera pembasmian dan pembersihan mutlak (a total crackdown) terhadap NGO-NGO parasit seperti ini. Dakwalah penggerak-penggeraknya ke mahkamah di bawah hukuman paling keras kerana mereka telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tindak-tanduk mereka menerima dana asing daripada pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan semasa merupakan satu penderhakaan. Haramkan mereka seperti mana kita pernah mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) dulu. Jika mereka masih bergerak, kita buru mereka sehingga ke lubang cacing. Jika kita gagal bertindak kali ini, kitalah yang akan ke lubang kubur! |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan