Puteri Bahagian Segambut |
YB Segambut @limlipeng Tak Ikhlas Buat Kerja Untuk Warga Segambut???? @umbkl @mediaumno #bn4wp Posted: 11 Sep 2012 11:59 PM PDT Musim raya masih bersisa lagi. Sana sini SP terima jemputan Rumah Terbuka baik dari rakan-rakan mahupun daripada parti-parti politik serta jabatan kerajaan. Tak ketinggalan jugak jempitan rumah terbuka daripada pihak pembangkang. SP ada terbaca banner tentang undangan rumah terbuka anjuran YB Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang diadakan pada hari sabtu yang lepas di Taman SPPK. Apa yang SP nak ceritakan kat sini bukan tentang tetamu yang hadir ataupun makanan yang dihidangkan tetapi SP sebenarnya ingin mengajak para pengundi di Parlimen Segambut untuk sama-sama berfikir dengan SP. YB Lim diberi mandat oleh pengundi-pengundi di Parlimen Segambut untuk mentadbir Segambut hampir 4 tahun. Dalam tempoh tersebut SP tak nampak apa-apa kemajuan yang dibawa oleh YB Lim di Segambut. YB Lim tak pernah turun di kawasan-kawasan perkampungan di Segambut sepanjang 3 tahun sebelum ni tetapi kebelakangan ini apabila berlaku bencana di kampung-kampung SP nampak YB Lim pun mulalah sibuk turun ke kawasan menghulurkan bantuan contohnya seperti kejadian kebakaran di Ladang Segambut yang lepas (itupun selepas pihak UMNO Segambut dan BN Segambut telah turun dengan bantuan yang diperlukan). Tahun ini juga pertama kali SP lihat YB Lim mengadakan Rumah Terbuka Parlimen Segambut. Sedangkan tahun-tahun sebelum ni tak pernah pun ada. UMNO Segambut setiap tahun mengadakan majlis rumah terbuka untuk warga Segambut. Persoalannya sekarang kenapa baru sekarang YB Lim baru nampak macam buat kerja? Tahun-tahun sebelum ni buat apa? Tido? Apakah kerana tahun ini atau tahun hadapan bakal diadakan pilihanraya maka YB Lim pun mulalah memperlihatkan yang dirinya sibuk membantu rakyat? Di manakah dia sebelum ini? Bencana berlaku di Segambut bukan hanya tahun ini sahaja tetapi kenapakah sebelum-sebelum ini hanya kelihatan orang UMNO / BN sahaja yang berkhidmat untuk rakyat? Di mana YB Lim ketika itu? Tak nampak bayang pun kat Segambut. Opis guaman YB pun bukannya jauh sangat dengan kampung-kampung tradisional melayu malahan pejabat aduan wakil rakyat Parlimen Segambut terletak di dalam perkampungan orang melayu. SP nak tanya pada warga Segambut semua, pemimpin macam mana yang kita mahu? Yang datang bila bermusim? Atau kita mahukan pemimpin yang "pilih warna kulit" bila nak membantu? Jika ditanya pendapat SP, SP mahukan pemimpin yang sentiasa ada bila rakyat perlukan. Yang mampu membawa suara rakyat ke pemimpin atasan, tidak memilih warna kulit untuk hulur bantuan, bukannya pemimpin yang bermusim, datang hanya bila perlukan undi dari rakyat, taburkan rakyat dengan janji-janji manis tapi tak mampu nak tunaikan. Pengundi di Segambut semuanya matang dan bijak. Dah tahu menilai yang mana satu yang hendak dipilih. Kita semua warga Segambut yang bijak. Tak perlu terlibat dengan perhimpunan yang bukan-bukan. Realisasikan harapan kita atas kertas undi sewaktu pilihanraya nanti. Yang paling penting jangan lupa mendaftar sebagai pemilih. Ingat 1 undi amat berharga demi survival agama, bangsa dan tanahair. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan