Disamping kami mengumpulkan Tandatangan Untuk Menyokong Pembinaan Sebuah Masjid, Pemuda Salak Jaya dan Pemuda UMNO Seputeh juga berkunjung rumah ke rumah untuk memberi sumbangan.
Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada Anak-anak muda Taman Salak Jaya yang berhajat berkongsi hasil duit gaji mereka bersama penduduk islam Taman Salak Jaya.
Berikutan daripada itu, satu kenyataan sudah dikeluarkan....
Seputeh : Sudah lebih 10 tahun penduduk Taman Salak Jaya memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina di hadapan jalan besar Taman Salak Jaya. Permohonan ini di minta berdasarkan penambahan penduduk islam yang semakin ramai di sekitar taman ini.
Di jalan besar dari Jalan Pudu membawa ke Razak Mansion sehingga ke Pekan Sungat Besi, tidak ada sebuah masjid pun di jalan utama, hanya terdapat surau Jumaat di Taman Salak Jaya dan juga Taman Sungai Besi.
Surau Jumaat ini sering kali digunakan oleh mereka yang bekerja di sekitar Jalan Chan Sow Lin, Pekan Salak South, Taman Sungai Besi dan PPR Salak Selatan. Penambahan Penduduk di MidFields juga dikhuatiri tidak lagi boleh menampung penambahan jemaah Islam di masa akan datang.
Penduduk disini sudah lama memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina dan kelulusan daripada Jawi untuk memperuntukan sebanyak RM13.5 juta sudah diluluskan.
Permohonan ini juga sudah dalam pengetahuan YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar semasa beliau mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Pemuda UMNO Bahagian Seputeh pada tahun 2011.
Susulan daripada kunjungan itu, April 2012, Pihak DBKL sudah mengeluarkan satu surat yang menyatakan lokasi tanah yang kami pohon adalah milik DBKL yang di wartakan untuk pembanggunan IKS.
Baru-baru ini kami mendengar berita bahawa tanah ini akan di jual kepada Sebuah Syarikat untuk dibanggunkan dan penduduk membantah penjualan tanah ini.
Penduduk disini merayu kepada YB Datuk Raja Nong Chik dan juga Datuk Ahmad Phesal, Datuk Bahdar Kuala Lumpur yang baru, agar dapat meluluskan sebuah masjid dibina di lokasi yang di pohon. Tanah yang kosong itu besarnya lebih 25 ekar dan untuk memperuntukan sebuah masjid ianya hanya memerlukan 4 ekar.
Penduduk Islam di kawasan ini amat memerlukan sebuah Masjid.
Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan