Puteri Bahagian Segambut |
SIARAN AKHBAR: PENUMPANG MONOREL TERKANDAS AFIQAH DAN KANDUNGAN SELAMAT Posted: 13 Aug 2012 02:53 PM PDT Puan Nur Afiqah Ghazali dan suaminya, Husni Abdul hamid - dua penumpang dalam insiden tren monorel terkandas di Brickfields Sabtu lepas, menimba kekuatan dan semangat daripada satu sama lain dalam menangani suasana tertekan semasa terkurung dalam tren berkenaan. "Keadaan sememangnya panas dan sesak. Dan, kami saling memberi semangat sesama kami sementara menunggu bantuan sampai. Saya bersyukur "Alhamdulillah, segalanya selamat … doktor mengesahkan kandungan saya selamat," tambah Afiqah ketika dikunjungi hari ini oleh delegasi KL Monorel di rumahnya di Kuala Selangor bersama-sama dengan suaminya. "Rancangan kami membeli belah pada hari Sabtu lepas terbantut kerana insiden itu. Tetapi, semua urusan membeli-belah itu telah kami selesaikan semalam," kata guru berusia 25 tahun itu, yang ditemui hari Dalam insiden yang berlaku Sabtu lepas berdekatan dengan Stesen Monorel Tun Sambanthan, Afiqah dan suaminya serta 181 penumpang lain terkandas dalam tren monorel yang berhenti tiba-tiba selepas kehilangan kuasa. Mereka kemudiannya dibawa turun dalam satu misi menyelamat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. Afiqah dan dua mangsa lain termasuk Cik Rosita Aggraeni Lufti yang pengsan dalam insiden berkenaan, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur "Di hospital, saya terus dimasukkan air kerana saya mengalami 'dehydration' … mujur tiada perkara buruk berlaku," kata Afiqah kepada wakil kl monorel Puan Masnizam Hisham yang mengetuai rombongan menemui beliau. Malam tadi, Masnizam dan anak-anak buahnya juga berkunjung ke rumah "Saya dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk hantar baju yang syarikat saya sewa … tiba-tiba tren berhenti, sejurus selepas itu lampu padam dan 'air-con' mati … keadaan panas dalam tren dan orang "Saya mengalami kesesakan nafas dan saya pengsan … sedar-sedar saya sudah berada di hospital," Rosita, yang terus menerima intravena air Sementara itu, Masnizam juga memberitahu bahawa KL Monorel telah menubuhkan satu jawankuasa siasatan bebas dalaman untuk menyiasat Menurut beliau, untuk tujuan itu, tren yang terbabit kini dikuarantin dan siasatan itu dijangka selesai awal bulan depan. "Hasil siasatan ini akan kemudiannya dikemukakan kepada SPAD Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali at 019-3837865 atau Haliza Hamid di 019-2210058 |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan