Jumaat, 3 Ogos 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


11 Tahun Puteri UMNO Terus Mara @Rosnah_ARS @princeszzfionna @umbkl

Posted: 03 Aug 2012 09:29 PM PDT

 
 Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulilah..hari ini kita sudah berada di 15 Ramadhan 1433 hijrah, kita sudah berada dipertengahan.Semoga kita semua terus diberi keberkatan dan menjalani ibadah bulan ramadhan ini.

Semalam 14 Ramadhan 1433 bersamaan 3 Ogos 2012, genap  11 tahun usia Pergerakan Puteri UMNO. Jika anak berusia 11 tahun dia sudah berada di darjah 5, jika anak perempuan sudah boleh dipanggil anak dara sunti.

Usia 11 tahun ini bukan mudah untuk Pergerakan Puteri. Sudah 11 tahun Pergerakan ini berkorban berjuang untuk bangsa Melayu. Sudah merasa jatuh bangun, dikeji dan diherdik.Syukurlah, rahmat dan redha Allah tidak pernah putus mengiringi perjuangan Pergerakan ini. Dan perkara yang saya paling percaya Pergerakan ini sudah cukup matang berjuang untuk bangsa.

Pesan saya untuk adik-adik Puteri, tetaplah tegar berjuang untuk bangsa. Jangan sesekali mengalah pada yang namanya ujian dan kritikan. Teguhlah pendirian, jangan sampai perjuangan kita boleh dijual beli. Elakkan sengketa sesama sendiri.

Semoga perjuangan kita semua diberkati Maha Mengasihi. InsyaAllah.

Rosnah ARS
 
 
SP: Genrasi Wanita Prihatin 

Tiada ulasan:

Pengikut