Sabtu, 4 Ogos 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Wanita, Pemuda & Puteri Bahagian Batu Berkongsi Rezeki Dgn Warga Sentul @HazeHashim @AznieeBatu #BN4WP

Posted: 04 Aug 2012 03:46 PM PDT

Sebanyak 1500 bubur lambuk telah diedarkan oleh Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bhgn Batu kepada penduduk di sekitar kawasan Sentul dan LRT Sentul Timur.

Program dianjurkan oleh Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bhgn Batu ini telah mendapat kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Sentul 1A serta UMNO Cawangan.

Bubur lambuk telah disediakan sendiri secara bergotong-royong dan secara tidak lansung melalui program ini silaturrahim sesama ahli dan juga Persatuan Penduduk dapat dieratkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Puteri Setiawangsa Raikan Anak Yatim @sizwanie #BN4WP

Posted: 04 Aug 2012 07:26 AM PDT

UMNO terus berbakti untuk rakyat. Giliran Pergerakan Puteri UMNO Setiawangsa pula meraikan seramai 40 orang anak-anak yatim dari Parlimen Setiawangsa.

Mereka telah dibawa membeli-belah baju dan kelengkapan utk hari raya di Jusco AEON AU2 Setiawangsa tengahari tadi.

Program ini juga telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa dan isteri Datin Seri Nooriah Anna Razak yang telah berbesar hati turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang terpilih.

Semoga Puteri terus berbakti untuk rakyat bukan sahaja pada musim perayaan tetapi berterusan.

Kamilah GENERASI WANITA PRIHATIN!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ikhlas ke Ni??? #BN4WP

Posted: 04 Aug 2012 06:22 AM PDT

SP tengok Banner Pas Batu ni terdetik 1 soalan "Ikhlaskah Kemaafan yang dipohon?" Hehehe....tepuk dada tanya Pok Nik :p

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

STRATEGI PEMBANGKANG REKA FITNAH KINI MEMAKAN DIRI

Posted: 04 Aug 2012 04:00 AM PDT


Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah 'demi rakyat'.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad  mengenai penilaian para pembida proek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah  yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga  bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar  peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.

Pemuda & Puteri UMNO Putrajaya Raikan Golongan Kurang Berkemampuan #BN4WP

Posted: 04 Aug 2012 02:14 AM PDT

 




Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya hari ni telah turun padang meraikan golongan kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Putrajaya. Penerima sumbangan telah diraikan di Alamanda Putrajaya. Program telah dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid serta Naib Ketua Puteri Putrajaya Sdri Husna Abd Rahman serta exco-exco kedua-dua sayap.

Turut hadir sama adalah YBM Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya yang telah meluangkan masa membeli-belah bersama-sama mereka. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada penerima sumbangan.






عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
 اِنَّ اللهَ قَالَ لِى اَنْفِقْ اُنْفِقُ عَلَيْكَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَمِيْنُ اللهِ مَلاى لا يَغِيضُهَا سَحَّاءُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَا
رَأَيْتُمْ مَا اَنْفَقَ مُذْ خَلَقَ السَّمَاءَ وَالأرْضَ
فَإِنَّهُ لَمْ يَغِضْ مَا فِى يَمِيْنِهِ قَالَ وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ
 وَبِيَدِهِ الاخْرَى الْقَبْضُ يَرْفَعُ وَيَخْفِضُ
 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya Allah berfirman kepadaku :
"Nafkahkanlah hartamu nanti Aku akan memberi pula kepadamu!"
 Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tangan kanan (sumber pemberi ) Allah selalu penuh, selalu mengalir,
tiada berkurang baik siang atau malam.
Tidakkah kamu ketahui apa yang dinafkahkan Allah semenjak
Dia menjadikan langit dan bumi, sesungguhnya tidak kurang apa
yang ditangan Allah (sumber pemberian). Singgahsana Allah di atas air.
Di tanganNya yang sebelah menahan pemberian , meninggikan dan merendahkan."
Hadis sahih riwayat Muslim



SP: Semoiga Allah memberkati usaha mereka ini.

Tiada ulasan:

Pengikut