Puteri Bahagian Segambut |
Apa Dah Jadi Dengan UDA Holdings???? @umbkl Posted: 16 Jul 2012 08:00 PM PDT Bertempat di Pearl Internation Hotel, buat jurung kalinya Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkesempatan untuk bermesyuarat di sebuah Hotel, sebelum-sebelum ini ianya hanya di buat di Dewan Besar UMNO Bahagian Seputeh di Taman Desa. Lokasi ini dipilih adalah kerana kali ini Pergerakan Puteri juga turut sama dalam acara Perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri Aziz, Ahli Majlis Kerja Tertinggi merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas. Tepat Jam 2.30pm, YB Dato Seri hadir bersama rombongannya dan terus kami bawa kepada bilik menuggu, turut sama menjemput adalah Datuk Mustapa Kamal, Ketua UMNO Bahagian dan A.Rahim Aman, Timbalan Ketua. Didalam aluan oleh Mohd Razlan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, beliau menegaskan seluruh UDA perlu merasa malu terhadap campurtangan dan nasihat YAB Dato Seri Najib berkenaan dengan Isu MEROBOHKAN BUKIT BINTANG PLAZA. "YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pergi ke hulu ke hilir, berkerja siang malam pagi petang subuh senja(bak kata Ahmad Maslan) , perkara kecil pun mereka gagal, seharusnya UDA mempunyai semangat mempertahankan Hak Melayu, ini pun mereka tidak boleh pikirkan, tidak boleh mengambil keputusan secara kolektif didalam Lembaga Pengarah! Kalau saya jadi Pengerusi, CEO atau ahli Lembaga Pengarah, saya letak jawatan, malu saya nak menghadap YAB Perdana Menteri" - Mohd Razlan. Itulah desakan dan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh terhadap isu kemiskinan. "Jesteru itu, didalam pembanggunan TLDM Sungai Besi, kami mendesak agar semua UMNO Bahagian dimasukkan didalam kumpulan perancangan pelan pembanggunan, ini sahaja tanah yang tinggal di dalam Kuala Lumpur, kita perlu merancang dengan lebih teratur untuk memnentukan Melayu tidak hilang di Bandar" - Mohd Razlan. Dalam isu Agama pula, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mengusulkan agar Sekolah-sekolah Tahfiz di iktiraf dan di naik taraf sama seperti sekolah kebangsaan. "Di dalam mesyuarat kami nanti, kami akan mengusulkan agar Sekolah Tahfiz di martabatkan dan dinaik tarafnya sama seperti Sekolah Kebangsaan, kita tidak mahu lagi melihat anak-anak yang belajar di Sekolah Tahfiz ini mati kerana tanah runtuh, kebakaran dan macam-macam lagi insiden yang tidak diingini" - Mohd Razlan Perwakilan telah menerima usul ini tanpa bahas. Sememangnya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh akan mempertahankan dan memperjuangkan perkara-perkara yang melibatkan Orang Melayu dan Hak Orang Melayu, terutama di Dalam Bandar. Beberapa perkara yang pernah diusulkan dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh sebelum-sebelum ini. 1. Para Pelajar Melayu yang mendapat keputusan Cemerlang dalam IPTA/S yang meminjam PTPTN mesti di tukar kepada Biasiswa melalui MARA - 2. Skim Rumah Mampu Milik Untuk Golongan Muda. 3. Rumah Transit untuk Anak Muda yang baru berkahwin Semua perkara ini juga di sentuh didalam ucapan aluan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. YB Dato Seri Nazri banyak didalam ucapan Perasmian banyak menyentuh soal Melayu, dan orang Melayu mesti kenal apa ini Melayu dan jangan malu mengaku diri kita sebagai Orang Melayu. - Video penuh ada di Mob TV. Sumber: Razlan |
DRe1M Bukti Kerajaan Prihatin Terhadap Belia #1M4U @umbkl Posted: 16 Jul 2012 05:00 PM PDT Wahhhhhh!!! RM100 juta dana bagi tujuan belia menjalankan aktiviti kesukarelaan. Memang terbaik Kerajaan Barisan Nasional dan PM Najib Razak. Bukti kerajaan komited terhadap keperluan belia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mengumumkan peruntukan RM100 juta kepada Dana Sukarelawan Satu Malaysia (DRe1M) untuk menyokong aktiviti sukarelawan di kalangan belia negara ini. Menurut beliau, dana ini boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk sukarelawan melibatkan golongan belia. "Belia digalakkan memohon menggunakan permohonan di atas talian (online) bagi memudahkan dan mempercepatkan proses bagi mendapatkan dana," kata beliau pada majlis pelancaran program 1Malaysia For Youth (1m4U) di sini, hari ini. Tambah beliau, dana ini juga merupakan 'seed money' bagi para belia gunakan dalam menjalankan sebarang aktiviti yang berasaskan sukarelawan. "Apa-apa aktiviti berbentuk sukarelawan seperti gotong-royong, membersihkan kawasan pantai layak memohon dana ini," kata beliau. Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara. Selain itu, stesen radio im4u akan dilancar tidak lama lagi. "Tujuannya ialah untuk mencungkil bakat dan idea para belia negara. Suara belia adalah untuk negara bagi menjamin pembinaan negara," katanya. Katanya, transformasi negara dan suara belia adalah sangat penting bagi pembangunan sebuah negara yang lebih maju di masa akan datang. "Gelombang belia yang berhimpun pada hari ini bakal mengangkat martabat negara lebih tinggi di mata dunia. "Jika belia terus menyokong kerajaan, belia jugalah yang bakal melakukan transformasi yang lebih maju dan meningkatkan pendapatan negara," katanya. Malah, beliau juga menyeru para belia negara ini agar cintakan keamanan yang dikecapi bagi memastikan ia tidak dicalar oleh mana-mana insiden yang memberi imej negatif kepada masyarakat dunia. Menurutnya, negara tidak mahu menimbulkan sebarang unsur perbalahan atau rusuhan kerana Malaysia dikenali sebagai negara yang aman dan makmur. "Tujuan utama lokasi KLCC ini dipilih bagi pelancaran program 1Malaysia For Youth (1m4U) juga bagi membuktikan kepada para pelancong yang Malaysia merupakan negara yang maju dan makmur," katanya. Katanya lagi, jika negara aman, segala yang diimpi pasti menjadi kenyataan. "Belia jugalah yang menentukan masa depan negara menjadi lebih baik dan diharapkan transformasi besar-besaran bakal menjadi kenyataan," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan