Isnin, 16 Julai 2012

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa khas Mengenai Rasuah oleh Agong di istana negara.

Posted: 16 Jul 2012 10:02 PM PDT

Salam,

Hari ini saya bersama ahli-ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara untuk menerima surat cara perlantikan dari Tuanku. Jawatankuasa ini terdiri daripada ahli-ahli parlimen dari BN dan PR. Ini adalah penggal kedua untuk saya.

Sepanjang penggal pertama, saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan fenomena rasuah di negara kita.

Ada banyak isu-isu yang kami bincang dalam jawatankuasa ini. Ada yang diterima oleh kerajaan dan ada yang masih belum terlaksana kerana kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Antara yang diterima ialah penambahan bajet tahunan SPRM, penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan sendiri, penambahan staff, menyukarkan pelucutan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM secara sewenang-wenangnya oleh kerajaan supaya beliau tidak perlu gentar dengan kedudukannya, penubuhan akademi SPRM dan lain-lain lagi.

Cadangan lain yang masih dalam perhatian kerajaan ialah memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM tanpa perlu melalui Peguam Negara dan cadangan meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen secara langsung dan bukannya Jabatan Perdana Menteri.

Untuk makluman, menurunkan kuasa mendakwa kepada SPRM tanpa melalui Peguam Negara memerlukan pindaan perlembagaan dan untuk diluluskan di parlimen sekurang-kurangnya dua pertiga undi ahli-ahli parlimen mesti menyokong udul tersebut. Saya agak risau dengan cadangan ini kerana walaupun nampak ianya baik kerana tidak perlu kebenaran Peguam Negara, namun ianya melanggar prinsip pengasingan fungsi menyiasat dan menuduh seperti dalam sistem kehakiman kita di mana polis menyiasat, Peguam Negara menuduh dan hakim mengadili. Bayangkan kalau sesebuah agensi itu mempunyai kuasa untuk menyiasat dan menuduh. Kemungkinan salah guna kuasa akan berlaku kerana tidak ada "check and balance". Kemungkinan penganiyaan berlaku adalah tinggi terutamanya jawatan itu dupegang

Untuk meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen, saya juga kurang yakin bahawa itulah jalan yang terbaik untuk memperkasakan SPRM. Alasan saya senang.

Di Malaysia ini semua wakil rakyat samada dari kerajaan atau pembangkang, baik di Parlimen mahupun Dewan-Dewan undangan Negeri, akan mengundi mengikut arahan parti masing-masing. Maknanya, jika SPRM diletakkan dalam Parlimen sekarang, sudah tentu pengundian akan memihak kepada BN kerana BN mempunyai majoriti.

Oleh sebab itu, pandangan mereka yang mengatakan SPRM akan lebih telus dan bebas dari pengaruh mana-mana pihak jika diletakkan dibawah seliaan parlimen mungkin tidak tercapai.

Apa pun, saya ingin menjunjung kasih terhadap YDP Agong kerana telah berkenan melantik saya sebagai salah seorang dari ahli Jawatankuasa Khas ini. Sememangnya, perjuangan kita membanteras rasuah mesti diteruskan. Insyaallah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut