PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- From ethnic to civic nation building
- On the wrong side of the media
- Responding to the global LGBT agenda
- " TOPENG' DAN AHLI POLITIK.
- MENGAPA PEMBANGKANG "TAKUT" DENGAN TRANSFORMASI PM?
From ethnic to civic nation building Posted: 16 Jul 2012 05:25 AM PDT From ethnic to civic nation building Sharing The Nation |
On the wrong side of the media Posted: 16 Jul 2012 05:18 AM PDT On the wrong side of the mediaInsight |
Responding to the global LGBT agenda Posted: 16 Jul 2012 05:16 AM PDT Responding to the global LGBT agendaDIPLOMATICALLY SPEAKING By DENNIS IGNATIUS |
Posted: 15 Jul 2012 05:17 PM PDT Manusia sentiasa memakai topengSEBENARNYA sebelum merebaknya penyakit H1N1 manusia kebanyakannya telah memakai topeng. Topeng yang selalunya dipakai oleh manusia begini tidak nampak. Jarang sekali kita mendapati manusia menunjukkan dirinya yang sebenar. Diri yang dilihat oleh orang ramai dengan diri yang sebenar selalunya berbeza. Misalnya kepada umum seseorang pemimpin masyarakat itu boleh menunjukkan bahagian dirinya yang alim, warak, kerap menasihati orang berbuat baik tetapi dirinya yang sebenar jauh berbeza. Kadang-kadang kita tahu orang itu menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya tetapi kepada umum dia tidak menampakkan bahagian yang dia menyalahgunakan kuasa tetapi menampilkan bagaimana dia taat sekali menjalankan amanah yang diberi kepadanya. Hanya mereka yang menjadi mangsa kepada penyalahgunaan kuasanya saja yang tahu diri manusia itu sebenarnya. Oleh sebab mangsa takut atau diancam akan dilakukan sesuatu terhadapnya, mangsa akan terus berdiam diri. Ada juga yang menyalahgunakan kuasa ini tertangkap atau didakwa di mahkamah tetapi ramai juga yang terus bermaharajalela dengan amalan buruknya. Kadang-kadang sudah jelas seseorang yang melakukan penyalahgunaan kuasa itu bersalah tetapi disebabkan kecekapan peguam berhujah di mahkamah, manusia itu boleh bebas. Banyak kita lihat kes yang sebegini. Sesetengah peguam itu mempunyai reputasi untuk menyambut kes-kes yang mirip kepada penyalahgunaan kuasa kerana dia tahu kes sebegitu mempunyai publisiti yang tinggi dan kalau dia menang, namanya akan melonjak naik. Kita perhatikan mereka yang bersalah dari segi gerak laku mereka. Kebanyakan mereka tidak menunjukkan gerak laku orang yang bersalah dan menyesal. Dalam kes-kes rasuah misalnya mereka yang didakwa boleh ketawa-ketawa walaupun mereka sedar orang media sentiasa di hadapan mereka. Orang sekarang sudah tidak ada rasa malu lagi membuat kesalahan. Mereka yang didapati bersalah kerana mendera pembantu misalnya boleh menampilkan bahagian diri mereka yang sedih konon kerana ingin diberikan pertimbangan. Kalau dilihat penyeksaan yang telah dilakukannya, nauzubillah, berbanding dengan manusia yang pijak semut pun tak mati dalam mahkamah, sekali lagi beliau memakai topeng. Bagi mereka yang walaupun tidak jadi mangsa kepada manusia bertopeng ini, tapi ada kalanya tahu apa sebenarnya di belakang topeng orang tertentu. Mereka ini akan ketawa sendirian melihat gelagat manusia yang bertopeng itu. Kenyataan mereka mungkin disanjung oleh orang yang tak tahu diri mereka sebenar tetapi bagi mereka yang tahu latarbelakang perangai buruk mereka, mereka akan berdekah ketawa. Banyak kita terdengar orang terpedaya dengan macam-macam gaya, ditipu duit, ditipu berubat, ditipu berkahwin dan seribu satu macam lagi. Ini kerana orang tidak melihat diri orang yang memakai topeng tersebut. Macam orang sedang bercinta, semuanya seronok, selalu makan angin, selalu tengok wayang, selalu lepak bersama. Lepas kahwin saja macam monster perangai. Semasa itulah menyesal tak sudah. Walaupun banyak yang boleh dijadikan contoh tetapi manusia mudah lupa dan banyak lagi terus terkena. Saya masih ingat seorang ustaz saya semasa sekolah agama rendah dahulu yang begitu garang, garang muka, garang perwatakan. Pakai smart siap bercelak. Saya hairan kenapa ustaz itu (datang naik basikal) berbaju Melayu bersamping hari-hari begitu garang. Korek-korek rupanya dia berminat dengan seorang anak dara kampung itu tetapi tidak dapat sambutan. Jadi dia lepas geram kepada kami anak muridnya. Sebenarnya sebelum dia jatuh hati dengan anak dara kampung itu, dia baik orangnya. Begitu juga di pejabat. Ketua jabatan mungkin bila mesyuarat baling fail, baling pena, mengherdik, memaki hamun seperti yang terdapat dengan suatu jabatan kerajaan yang saya ada hubungan. Semua orang tahu perangai ketua jabatan tersebut. Rupa-rupanya ketua jabatan itu takut bini di rumah macam tikus jatuh ke beras tetapi di pejabat kalah harimau betina. Sandiwara manusia ini menarik bagi mereka yang sedar ramai orang yang bertopeng. Kadang-kadang dengan tidak disedari oleh mereka yang bersandiwara ini, tabiat sebenar diri mereka terkeluar. Ini yang banyak kita lihat akhir-akhir ini. Pergolakan yang kita lihat hari ini baik di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa, kebanyakan manusia memakai topeng diri mereka. Misalnya di peringkat antarabangsa presiden Amerika dulu, George W. Bush kata Iraq di bawah Saddam Hussein ada senjata yang boleh menjahanamkan dunia tetapi sebenarnya dia hendak menguasai minyak Iraq. Saddam Hussein sudah menjual minyaknya menggunakan Euro. Kita lihat Presiden Obama sekarang, sambil dia kata ingin merapatkan diri dengan orang Islam, sikap Israel yang degil dan biadap tidak mahu memberhentikan pembangunan rumah di tanah Palestin berterusan. Berpuluh kali Iran mengatakan kuasa nuklear hanyalah untuk tenaga tetapi terus mempengaruhi dunia mengatakan Iran ialah pengancam ketenteraman dunia. Sebab Israel dekat dengan Iran. Di negara kita terlalu banyak contoh yang boleh di ketengahkan. Buka saja surat khabar hari-hari terlalu banyak dalam pelbagai bidang kita akan terjumpa sandiwara manusia ini. Oleh sebab politik penting lebih banyaklah cerita dalam akhbar tentang politik, yang sudah kalah tak tahu nak berundur, yang ditolak pun tak mahu pergi. Sementara itu yang berangan-angan meneruskan angan-angan mereka. Maka begitulah seterusnya. Seboleh-bolehnya manusia akan menyorok sifat diri mereka yang sebenar. Macam orang homoseksual. Dia tidak akan mengaku dalam masyarakat kita atau mungkin sudah ramai yang berani mengaku mereka homoseksual kalau dilihat gelagat sesetengah orang itu. Mungkin ada orang itu tiap-tiap bulan buat usrah di rumahnya – panggil kawan-kawan datang dengar ustaz bersyarah pasal agama, makan-makan sikit. Biar orang cakap, "Oh dia itu kuat agama, selalu ada majlis usrah." Padahal perkara yang sebenarnya mungkin mengamalkan sikap "mujur lalu melintang patah." Bagi Islam, orang yang apabila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkiri, bila diberikan amanah dia mengkhianati, orang itu tergolong dalam golongan orang munafik. Orang munafik lebih teruk daripada orang kafir. Di zaman Rasullullah, Allah melarang Rasullullah menyembahyangkan orang munafik yang mati. Tetapi manusia sudah takut mati. DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) |
MENGAPA PEMBANGKANG "TAKUT" DENGAN TRANSFORMASI PM? Posted: 15 Jul 2012 05:03 PM PDT Tiada sesiapa pun dapat menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pelbagai langkah bagi tujuan bukan sahaja memperbaiki pengurusan negara tetapi juga meningkatkan taraf hidup rakyat. Maknanya, perubahan dalam masyarakat diterima dan diuruskan supaya ia dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara tanpa konflik atau menjejaskan keharmonian. Dalam perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan tiada mana-mana kelompok pun terpinggir daripada nenek di kampung hinggalah mahasiswa di menara gading, semuanya mendapat faedah. Tetapi semua ini tidak mahu diakui oleh pembangkang, mereka resah gelisah dan bagaikan cacing kepanasan apabila usaha kerajaan semakin mendapat sokongan rakyat. DARI RAKYAT DIDAHULUKAN KEPADA JANJI DITEPATI. Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan laungan 1Malaysia, seolah-olah mimpi ngeri bagi pembangkang. Mereka menjadi semakin tertekan apabila Perdana Menteri muncul pula dengan program Janji Ditepati. Semua ini meresah dan membimbangkan pembangkang kerana ketika mereka sedang bergelut dengan usaha meyakinkan rakyat, BN sudah jauh meninggalkan mereka. Berbanding dengan 2008, pembangkang ketika itu begitu agresif menyerang kerajaan tetapi sekarang berada di posisi bertahan. Sebab itulah, ramai pemerhati politik melihat pembangkang terpaksa terus bergantung kepada politik persepsi kerana hanya itu sahaja satu-satu cara yang akan membolehkan mereka bertahan. Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, memberi dan membentuk persepsi buruk ke atas pihak lawan atau seteru politik adalah cara paling berkesan untuk merosakkan segala kebaikan dan sumbangan bermakna yang dilakukan. MALAPETAKA KEPADA PEMBANGKANG. Katanya, jika rakyat dan pengundi menerima baik segala dasar, pendekatan dan faedah-faedah besar yang telah dinikmati mereka hasil usaha kerajaan BN, tentulah ini merupakan satu malapetaka politik kepada pembangkang. ''Justeru, supaya rakyat atau orang ramai lupa akan kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan atau kebaikan tersebut mahu ditenggelamkan, maka cara paling buruk yang dapat dilakukan pembangkang ialah dengan memberikan persepsi buruk dan negatif kepada kerajaan di mata rakyat. "Jadi, reka dan carilah apa sahaja yang dapat supaya perkara buruk yang dilihat dan diingati, bukannya kebaikan," katanya ketika dihubungi. Berikutan itu kita tidak perlu terkejut apabila pembangkang mengadakan perhimpunan itu dan ini semata-mata mahu menarik perhatian rakyat. Begitu juga apabila mereka sengaja membangkitkan sesuatu isu berkaitan kerajaan. Sama ada perhimpunan mahupun isu yang dibangkitkan, segalanya dilakukan untuk mewujudkan keraguan rakyat terhadap kepimpinan negara. POLITIK PERSEPSI AGENDA MEREKA. Pembangkang masih lagi begitu percaya bahawa politik persepsi akan menjadi senjata ampuh kepada mereka, biar pun situasi politik dan pentadbiran negara bukan lagi seperti tahun 2008. Perhimpunan haram Bersih contohnya, ia dilakukan dengan matlamat untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya proses pilihan raya di negara ini tidak bersih. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buatlah apa sahaja, ia tetap tidak diterima oleh pembangkang. Ia kerana pembangkang sudah tahu bahawa mereka berada dalam keadaan 'nazak' untuk mendapatkan sokongan rakyat, ia berikutan pelbagai masalah yang melanda mereka, oleh itu bagi menutupi kelemahan berkenaan. Mereka berusaha mewujudkan persepsi di kalangan rakyat bahawa jika pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang ia bukan kerana mereka tetapi disebabkan manipulasikan kerajaan melalui SPR. Begitu juga apabila pembangkang mengadakan Himpunan Oren pada Sabtu lalu, ia tiada mengena dengan soal kegagalan kerajaan BN menjaga kebajikan peneroka tetapi ia sebaliknya usaha politik Pas untuk meraih sokongan. Pas sudah tahu penerokalah satu-satu kumpulan yang boleh mereka gunakan sebagai top up bagi menggantikan undi orang Melayu sama ada di bandar mahu desa yang Pas yakin pasti akan berkurangan kerana dasar dan arah tuju parti itu yang semakin bercelaru. Selain mengadakan himpunan demi himpunan yang entah apa-apa, pembangkang juga melalui kumpulan strategik mereka akan menyerang individu-individu tertentu termasuklah Perdana Menteri. PEMBANGKANG BUKAN PEMBELA RAKYAT. Kumpulan ini menggambarkan seolah-olah mereka pembela rakyat sebenar tetapi hakikatnya mereka ini hanya berani membuat tohmahan kepada pemimpin BN sahaja. Mereka tidak akan berani bersuara biar pun sepatah perkataan jika ada pemimpin pembangkang dikaitkan dengan sesuatu skandal atau penyelewengan biar pun dengan bukti yang nyata. Namun begitu pembangkang mungkin boleh mengaburi penyokong tegar mereka tetapi bagi rakyat yang mahu berfikiran waras, mereka akan memahami helah politik pembangkang. Apatah lagi kerajaan telah menunjukkan ketelusan melalui pelbagai usaha penambahbaikan. Apa sahaja yang dikeluhkan oleh rakyat termasuk pembangkang pasti mendapat perhatian kerajaan. Selagi kerajaan merasakan itu adalah suara rakyat maka segala desakan, pandangan dan permintaan akan diambil tindakan. Tetapi pembangkang masih belum berpuas hati, mereka mencari apa sahaja ruang untuk mempertikaikan dan sekali gus memburuk-burukkan kerajaan BN. Pembangkang akan menyerang kerajaan dengan persoalan-persoalan yang bukannya atas kebenaran tetapi semata-mata untuk mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap usaha kerajaan BN. Dalam soal ini, kata Mohamed Mustafa, BN dan kerajaan harus berupaya menangkis perkara ini. ''Ini kerana seringkali yang mudah dan lebih berkesan diingati ialah keburukan dan perkara negatif, bukannya kebaikan. Satu perkara negatif sudah cukup untuk tenggelamkan 10 kebaikan yang dilakukan. Inilah bahayanya persepsi negatif dalam arena politik," katanya . Sememangnya dalam menghadapi politik persepsi ini, BN dan UMNO tidak boleh pandang mudah perkara ini. Penerangan secara berterusan perlu diberikan kepada rakyat kerana apa yang dilakukan bukanlah semata-mata untuk survival politik politik itu sahaja sebaliknya demi bangsa, agama dan negara. Ia disebabkan semua orang tahu bagaimana cara berpolitik PKR, DAP dan Pas yang sekarang ini begitu ghairah untuk menawan Putrajaya, itu sahaja!. Oleh itu BN perlu bersedia menghadapi serangan politik persepsi yang dilakukan kerana itu sahaja modal pembangkang ada dalam memenuhi cita-cita politik mereka. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan