Isnin, 19 Mac 2012

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Eloklah...

Posted: 19 Mar 2012 12:35 AM PDT

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul
Kadir Sheikh Fadzir akhirnya membuat keputusan untuk
meninggalkan parti itu.
"Saya baru saja menghantar surat kepada Setiausaha Agung
Umno, peletakan jawatan selaku ahli Umno akan berkuat
kuasa hari ini (Isnin)," kata Abdul Kadir dalam satu
kenyataan.
Beliau turut memberitahu telah meletak jawatan selaku
Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada
minggu lalu.
Kadir,73, menjadi ahli Umno sejak tahun 1956.
Beliau juga pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda Umno
Malaysia selama 10 tahun dan ahli Majlis Kerja Tertinggi
Umno selama 24 tahun.
Jawatan-jawatan lain beliau dalam politik termasuklah ketua
Pemuda Umno Negeri Kedah, setiausaha politik, setiausaha
parlimen, timbalan menteri dan menteri penuh.
Antara lain beliau pernah menjadi menteri penerangan dan
menteri pelancongan Malaysia.
Buat masa ini beliau adalah timbalan presiden Angkatan
Amanah Merdeka (AMANAH) iaitu sebuah badan bukan
kerajaan yang diterajui oleh veteran-veteran politik
termasuklah Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Ong
Tee Kiat, bekas presiden MCA.
Sejak akhir-akhir ini, Kadir sering kali mengeluarkan
kenyataan yang dilihat sebagai mengkritik Umno, termasuk
mendakwa BN dan Umno membeli undi dan mengamalkan
budaya politik wang.
Ekoran kenyataannya itu, pada 17 Mac lalu, Setiausaha
Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
meminta beliau meninggalkan parti jika tidak berpuas hati

Tiada ulasan:

Pengikut