Ahad, 18 Mac 2012

Razlan's

Razlan's


Darah Palestin Bukan Untuk Dipermain.

Posted: 18 Mar 2012 06:00 PM PDT

Anwar menyokong untuk dihapuskan
titik Hijau di Bumi Palestin.
Belum terlambat kalau kita mahu terus menerus memberi peringatan kepada kesilapan yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sekutu mereka.

Minggu lepas di Parlimen kecoh pasal Anwar membawa kenyataan sokongan beliau kepada Israel yang mana beliau menyalahkan mereka yang tidak faham erti English memutarbelit kenyataan beliau.

Anak ini masih memerlukan pendidikan,
namun lahirnya di bumi Palestin bukan
untuk membiarkan perjuangan
orang sebelum mereka di KHIANATI
Anwar bukan seorang yang penting lagi dalam hal ini, kita sebagai rakyat yang menilai pendapat dan pandangan beliau yang lebih penting untuk memahami tutur kata beliau demi menarik sokongan Israel kepada perjuangan PR.

Darah orang Islam yang mengalir di Bumi Palestin sepatutnya tidak dijadikan modal untuk menarik sokongan bukan islam kepada PR.

Membunuh manusia bukan sahaja dilarang oleh Islam, malah ianya merintasi budaya dan semua agama di dalam Dunia.

Semenjak dari dulu lagi, kerajaan Malaysia tidak mengitiraf kerajaan Israel kerana kekejaman merampas tanah orang Palestind dan membunuh secara terbuka anak-anak kecil dan orang islam di sana, ini terbukti di Passport memyatakan tidak dibenarkan kita memasuki Negara Israel.

Kalau pun beliau menyatakan pendirian dengan syarat, kita sebagai orang islam tahu bahawa Yahudi tidak akan mempunyai Negara sehingga hari kiamat.

Apa guna sekirang semua tanah Palestin
sudah tiada lagi, perjuangan mereka adalah
 MENJAGA MARUAH DAN
KESUCIAN AGAMA ISLAM.
Siapa kita untuk memandai meletakkan syarat untuk menyokong keselamatan negara Yahudi?

Setelah sekian lama rakyat di Bumi Palestin mempertahankan negara mereka dan tidak pernah mereka merasa jemu dan dengan keberkaran keimanan yang tinggi, mereka masih mempertahankan saki baki tanah yang masih ada, tetapi dengan lantang Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Yahudi!!.

"I support all efforts to protect the security of the State Of Israel..." - Anwar Ibrahim


Kita sebagai orang Islam dan bukan Islam yang mencintai keamanan dan nyawa manusia tidak sepatutnya terjerumus dengan sokongan kepada negara Israel.


Semangat mereka masih cekal pertahankan
Bumi Palestin, siapa ANWAR yang mahu merobohkan
semangat kental MEREKA!
Pembunuhan berjuta-juta rakyat Palestin sekian lama tidak boleh dinilai dengan JAMINAN keselamatan rakyat Palestin....


Mereka masih lagi mempercayai kesucian menjaga Baitulmukadis harus diteruskan oleh saki baki umat islam yang hidup di Bumi Palestin.


Bukan tugas kita melembutkan hati mereka untuk memaafkan YAHUDI dan menyokong negara ISRAEL!




Kenyataan Anwar merupakan duri dalam daging kepada perjuangan rakyat Palestin dan sekiranya beliau menjadi pemimpin bermakna rakyat palestin mempunyai sebuah Negara lagi sebagai Musuh,,,, iaitu Malaysia!


Malaysia tidak memerlukan Pemimpin Yang Menyokong kewujudan Negara Israel!








Tiada ulasan:

Pengikut